Memuatkan resonansi…

Dalam Ketiadaan


Resonansi III

Dalam Ketiadaan

Tiada nama tercatat dalam sejarah,
tiada gambar berbingkai indah,
kerana kita bukan cerita atau lukisan.

Kita adalah cahaya 
yang bergerak di antara zarah
melintasi ruang masa 
di mana bahasa gagal mentafsirkan.
dua denyut bertemu di titik tenang
antara mimpi dan jaga,
antara doa dan rindu.

Jiwa bukan makhluk maya,
dan kita bukan hanya jasad fana.

Ketika dunia bercerita tentang cinta
dengan seribu satu tafsirnya,
dengan hukum, angka, dan syarat,
kita menadahnya dengan pasrah,
dengan getar rindu yang tak bisa dilogikkan.

Dan dalam ketiadaan itulah 
kita benar-benar wujud.
Tiada saksi, kecuali langit 
yang menyimpan rahsia bintang
dan hati yang tak pernah lupa.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]