Memuatkan resonansi…

Kalau Dunia Terbalik


Kalau dunia ni terbalik,
baru mata celik
tak nampak yang aneh,
tak ada yang pelik.

Bayangkan...
langit jadi lantai,
bumi jadi atap,
kaki berjalan atas awan
dan hujan jatuh ke langit,
menjadi air mata —
puisi pun menitis.

Mungkin dalam dunia yang terbalik,
kita tak berlumba ke atas,
kita belajar tunduk ke dalam.
Kita tak mendaki,
kita menyelam.

Tak penting lagi jadi kaya,
kerana telah ringan jiwanya.

Kalau dunia ini terbalik,
yang menangis akan ketawa,
bersihkan dada
dari keladak airmata.

Dan suara yang perlahan
didengar lebih kuat
dari yang menjerit-jerit.

Mungkin di situ,
kau dan aku tak perlu sembunyi
di sebalik terang dan gelap,
tak perlu pakai make up
untuk diangkat, dilihat.

Kita boleh jadi angin,
jadi pokok,
jadi senyap,
dan masih difahami... 

Tak penting lagi jadi kaya,
kerana telah ringan jiwanya.

Dunia ni sakit sebab manusia gila
kejar, tolak, tarik, sini sana,
Kau fikir kau raja,
sedangkan engkau hanya hamba.

Kau fikir kau tahu,
padahal engkau dungu.

Dunia terbalik penuh dengan
cermin jiwa
Tapi kita terlupa
untuk gunakan mata ketiga.

Tak penting lagi jadi kaya,
bila ringan jiwanya...
Tak perlu lagi jadi hamba
bila raja serah tahta.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]