Memuatkan resonansi…

Kalau Dunia Terbalik


Kalau dunia ni terbalik baru mata celik
Nampak hanya yang baik, 
tak ada yang pelik.

Bayangkan...
langit jadi lantai, bumi jadi atap,
kaki berjalan atas awan
dan hujan jatuh ke langit.

Dalam dunia terbalik,
kita tak berlumba untuk naik,
kita belajar tunduk ke dalam.
Kita tak mendaki, kita menyelam…

Tak penting lagi jadi kaya,
Kerana telah ringan jiwanya.
Tak penting lagi jadi kaya,
Kerana telah ringan jiwanya.

Kalau dunia ni terbalik,
Yang menangis akan ketawa,
Bersihkan dada dari keladak air mata.
Dan suara yang perlahan 
didengar lebih kuat
Dari yang menjerit-jerit.

Di situ, kau dan aku tak perlu sembunyi
di sebalik terang dan gelap,
tak perlu tampal make-up,
kita dah siap boleh jadi angin,
jadi pokok, jadi senyap,
Bercakap tanpa pakai kitab
Didengar tanpa perlu berucap...

Dunia sakit tengok manusia gila
kejar, tolak, tarik, sini sana.
Semua nak jadi raja 
Padahal semuanya hamba

Kau fikir kau tahu, 
padahal engkau dungu…
Dunia terbalik penuh cerita 
Cermin jiwa pakai mata ketiga.

Kejar, tolak, tarik, sini sana.
Manusia sakit, dunia menggila
Nak sangat jadi raja, 
Akhirnya semua jadi hamba

Kau fikir kau raja padahal kau hanya hamba
Kau fikir kau tau padahal engkau dungu…

Kalau dunia ni terbalik baru mata celik
Semuanya cantik, tak ada yang pelik.
Tak perlu lagi jadi hamba bila raja serah tahta.
Tak penting lagi jadi kaya, 
kerana telah ringan jiwanya...
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]