Memuatkan resonansi…

Gergasi


Cinematic landscape poster for “The Giant” by Ray FL, featuring two brothers fleeing a colossal stone giant near a village market, with a mysterious blind boy, a woman beside a wooden house, and the giant peacefully watching over the village at sunset.
Dia mendengar bahasa yang hanya difahami oleh  jiwa yang pecah.
Ada dua orang lelaki — kita panggil dia adik dan abang — mereka tersangkut di sebuah pokok besar. Besar sangat — batang pokok itu dipenuhi duri. Mereka berpaut pada duri-duri tersebut, dan tiba-tiba pokok itu bergerak. Mereka terjatuh.

Rupanya, pokok itu adalah seekor gergasi. Perlahan-lahan, gergasi itu bangkit.Tangannya yang seperti  pokok tadi mula bergerak. Badannya bertukar menjadi ketul-ketulan batu. Kedua-dua lelaki itu ketakutan lalu lari ke arah kota.

Abangnya tertinggal di belakang dengan dua ekor anak ayam di dalam kocek seluar, manakala seorang lagi sempat masuk ke dalam kota dan bersembunyi di balik kotak-kotak kayu di pasar.

Gergasi berjalan perlahan, masuk ke kota untuk mencari mereka. Peliknya, orang di pasar itu langsung tidak takut dengan gergasi tersebut. 

Si adik yang bersembunyi tadi akhirnya meloloskan diri dan menghampiri abangnya yang tertinggal di belakang. Dia memasukkan seekor lagi anak ayam ke dalam kocek seluar abangnya itu sambil berkata:
“Anak ayam ni bising. Gergasi senang dengar kita.”

Mereka meneruskan perjalanan. Gergasi berbadan batu itu masih terus mencari. Akhirnya dia menemui mereka — tetapi rupa-rupanya, gergasi itu mahu mengajak mereka berkahwin.

Si adik menghina gergasi itu:
“Kau gemuk, hodoh. Mana boleh kahwin dengan manusia.”

Sementara si abang hanya diam. Dia duduk menghadap gergasi yang kelihatan sedih itu. Dia memandangnya penuh simpati. Mendengar apa yang tak terucap.

Entah bagaimana, sewaktu pulang, si abang tidak ikut serta. Dia masih tinggal bersama gergasi.

Dalam perjalanan, si adik melintasi sebuah pondok. Dia nampak seorang budak lelaki tidak berbaju duduk di atas pangkin, memandang ke arahnya. Dia menjerit kuat-kuat:
“Aku nak tinggalkan kampung ni.”

Perjalanan dia teruskan, naik bukit, tetapi tiba-tiba kedengaran satu suara di udara:
“Kau nak lari, tapi kau sendiri tak boleh jaga adik kau yang cacat?”

Dia terkedu, lalu berpatah balik ke pondok tadi. Di situ dia melihat mata budak lelaki itu putih — buta.
Dia pun duduk bersila di pangkin, menatap kemiskinan yang melingkari mereka.

Dari jauh, kedengaran suara abangnya bergembira:
“Kita dah ada tilam, tak perlu tidur di tanah lagi. Semua kemewahan ni adalah hasil…”

Si adik menoleh ke arah suara itu. Kelihatan abangnya sedang memeluk seorang wanita cantik yang dipanggil isteri. Senyum bahagia melebar di bibir perempuan itu dan gergasi yang duduk di luar rumah turut tersenyum memandang mereka.

Mereka menjaga gergasi tersebut seperti anak sendiri.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]