Aku berdiri di sebuah tempat yang tak pernah aku kenal, namun ia wujud dalam kewujudanku. Tiada dinding, tiada langit, tiada bumi. Hanya cahaya lembut yang menyelimuti setiap sudut, seperti sinar matahari yang dihalusi kabut. Tubuh tak terasa lagi sendinya. Jantung, tak terasa lagi degupnya dan nafas tak perlukan udara. Semuanya menjadi ringan, terbang tinggi melepasi awan dan langit.
Entah bagaimana aku tiba di sini... aku tak ingat, Yang aku tahu, dunia di belakang sana sudah aku tinggalkan— dunia yang berasap dengan debu kehidupan. Dunia itu mungkin satu mimpi panjang, semakin jauh ia semakin menghilang.
“Adakah ini akhirnya?” aku bertanya, bukan dari bibirku. Ia adalah lantunan getar halus dari sesuatu yang tak dapat disentuh dengan tangan, tak akan mampu didakap tubuh. Suara itu bertanya kepada sesuatu, tapi entah apa, aku atau suara itu sendiri tak tahu. Yang pasti ada satu tenaga yang menggerakkan pertanyaan itu dari jantungku yang dah tak lagi memerlukan dada,
Seketika kemudia, aku terdengar sebuah bisikan. Bukan suara, tetapi pemahaman yang meresap telus ke dalam jiwaku. “Ini bukan akhir. Ini adalah permulaan.”
Di hadapanku, seperti lukisan yang perlahan-lahan terbentuk, muncul sebuah jalan. Jalan itu berkilauan seperti bintang-bintang menghamparkan serpihan cahaya dari langit. Tanpa memerlukan peta, aku menyusurnya. Langkahku teratur dan lancar dan ketika itulah aku dipastikan sesuatu bahawa ia adalah milikku— jalan yang aku pilih, yang aku bentuk sewaktu aku mengembara di sebelah sana.
Seperti menyusur denai memori, jalan itu membawa ingatan— bukan sekadar kenangan tentang apa yang aku telah lakukan, tapi niat di sebalik setiap perbuatan. Aku melihat diriku ketika memberi, ketika mengasihi, ketika aku membenci, marah, disakiti, kecewa, bahagia, dihargai dan juga ketika aku dinafikan.

Namun setiap jatuh tak dihakimi, tapi diajarkan setiap bangun. Kehodohon tak dihina, tapi diterima. Keindahan tak dipuji, tapi dihargai.
Di hujung jalan yang kususur dengan kaki seringan bulu ayam, muncul sebuah pintu. Pintu itu bergetar dan getarnya memantulkan cahaya. Cahaya itu begitu indah, begitu terang tapi mataku tak silau melihat kilaunya. Tanpa perlu diajar, secara semulajadinya aku mengerti, di balik pintu itu, ada jawapan menunggu. Jawapan kepada apa yang aku cari selama hidupku.
Langkah kaki aku perlahankan. Tak perlu terburu-buru.
Berdiri di situ, aku renungi turun naik nafas yang aku pernah kuhirup dan kulepas. Tiba-tiba terasa jiwaku dibelai saat munculnya jiwa-jiwa yang pernah aku sentuh, yang telah menyaksikan setiap kasih yang kucurah.

Hidup— aku sedari sekarang, ia bukanlah tentang apa yang kita kumpul, tapi apa yang kita tinggalkan.
Aku akhirnya melangkah masuk, kosong. Tiada apa yang aku bawa apa-apa selain jiwa yang penuh. Tiada rasa takut, tiada keraguan. Hanya keyakinan bahawa dunia di sini adalah cerminan dari dunia di sana. Bahawa kematian bukanlah noktah, tetapi sebuah jeda sebelum cerita yang lebih agung bermula.
Dan di seberang sana, aku melihatnya— sebuah bentangan keabadian yang pangkal dan hujungnya tak akan pernah terlihatkan. Segala beban luruh, segala tangis lenyap, dan cinta menjadi satu-satunya bahasa.

Aku tersenyum, dan aku tahu, aku telah pulang.
Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!