Give depth a chance before judging the width.Begin with an open mind, not a closed heart.
“Kau pun sama je, Mal. Haprak macam kami. Depan mak bapak pijak semut pun tak mati, konon warak. Belakang, menyetan.” Ijoy membalas dengan ketawa mengejek, walau dalam hatinya terasa pedih dengan sindiran Kamal. Bob dan Tam menyambut gelaknya — riuh, menguatkan ejekan.
“Tapi budak Serani tu rapat dengan adik kau — tu kau tak kisah pulak?” Tam menambah, sengaja mencucuk.
“Budak kampung nelayan tu?” Tanya Kamal. Suaranya keras sekelat mukanya.
“Budak kampung nelayan tu?” dahi Kamal berkerut, suaranya mengeras.
“Hana Marcello,” jawab Ijoy, mengajuk gaya orang mabuk sambil terhoyong-hayang. “Si tomboy anak kaki botol tu lah. Siapa lagi?”
“Hans…” Tam Ijoy ketawa mengejek. “Dia ingat dia jantan. Kau tak risau ke, Mal?” Sambung Tam.
“Kau kenal rapat dengan budak tu ke?” soal Kamal, ingin lebih kepastian. Dia sendiri tak pernah ambil tahu, walau cerita tentang Sophia dan Hans dah mula jadi buah mulut di sekolah — ada yang teruja, ada yang cemburu.
“Bapak dia kaki botol. Mabuk tiap hari,” Bob bersuara akhirnya, puntung rokok dijentik ke longkang.“Biasalah, nelayan bawah tu semua kaki tonggang,” sambung Tam, menambah api.
“Miskin. Kotor. Satu kampung bau hanyir. Kau pun tau kan, semua Kristian,” Bob terus menekan. “Kau pesanlah sikit kat adik kau tu.”
“Betul,” Tam dan Bob menyampuk serentak. “Aku pun setuju.”
Kamal diam. Sebatang rokok dinyalakan lagi. Jantungnya berdegup kencang, geram dan marah. Dia tak suka adiknya, Sophia berkawan dengan orang yang tak setaraf, apa lagi berlainan agama.
“Budak Serani tu kerja kat kedai makan bapak sedara dia. Aku dengar, Dahlia anak Bakhtiar jurutera tu dengan siapa lagi sorang kawan baik diorang…” cerita Ijoy terhenti seketika cuba mengingat nama. Dia menyiku dada Tam.
“Ah kau ni, orang cerita lain, kau ke lain pulak.” Ijoy menolak kepala kawannya.
“Apa yang kau orang nak bagitau aku ni, sebenarnya?”
“Macam apa?!” Kamal membentak. Dia berdiri tegak. Ketinggian dia menenggelamkan Ijoy yang pendek.
“Huh!!” Kamal berlalu meninggalkan kawan-kawannya. Laju dia mengambil beca balik ke rumah.
Sampai di rumah, Kamal terus meluru naik — mencari Sophia di bilik. Tiada. Lalu dia turun ke bawah mencari ibunya pula. “Mama, mana adik?” Suaranya laju. Ibunya sedang leka membelai kuntum bunga mawar di celah kehijauan.
“Adik ada kelas tambahan kat sekolah. Kenapa?” Puan Kamalia duduk di bangku, menghadap laut. Matanya memerhati Kamal yang berdiri resah. “Yang kamu macam kucing hilang anak ni kenapa?”
Kamal membuka mulut, tapi belum sempat bersuara, Kamarul muncul dari arah belakang — bersama Sophia di sisi. Dua beradik itu kelihatan ceria. Si sulung tertawa kecil melihat si bongsu berlari manja ke arah ibu mereka.
“Tak cakap pun nak balik.”
“Saja nak surprise.” Anak sulungnya tersenyum.
Sophia duduk rapat di sisi ibunya.
“Pergi dengan Hans, Dahlia dan Lynn. Cari buku. Terserempak dengan abang kat kedai buku — lepas tu, abang belanja kami makan rojak dan cendol,” ceritanya bersungguh-sungguh.
“Ha’ah, mama. Dapat juga saya kenal kawan-kawan baru adik,” Kamarul menyampuk ceria.
“Semuanya ramah dan baik. Nampaknya banyak juga aktiviti adik sejak pindah ke sini, kan?”
Puan Kamalia hanya tersenyum, mendengar celoteh dua anaknya. Kamal pula berdiri di sisi — rasa ingin bersuara tadi perlahan-lahan lenyap. Seolah-olah, tiada siapa melihatnya di situ.
“Bukan seberang sana tu?” tanya ibunya.
“Tak, ma. Tak jauh. Dekat sangat, jalan kaki pun boleh sampai,” Sophia memalingkan wajah sambil menggenggam tangan ibunya.
“Kalau papa tak sibuk, ajak dia sekali,” tambah Kamarul.
“That would be perfect... dinner by the sea with the whole family,” Sophia bersinar-sinar.
Mereka bertiga terus berbual dan tertawa. Kamal berundur perlahan, melangkah pergi — tenggelam dalam suara yang tidak pernah menyebut namanya.
𝄞
Sophia sedang menyiapkan kerja rumah bila Kamal tiba-tiba melangkah masuk. Wajahnya sukar dibaca — tenang, tapi tegang. Dia kenal benar pandangan itu. Bila Kamal begini, biasanya dia bukan datang untuk berbual... tapi untuk mengawal.
“We need to talk.” Suara Kamal tegas, pendek. “Abang dengar adik rapat dengan budak Serani anak nelayan tu.”
Kata-kata itu menikam.
Sophia tahu Kamal mungkin tak suka, tapi dia tak sangka sampai begini caranya.
“Dia ada nama.” Sophia membantah panggilan yang diberi Kamal. “Ya,” jawabnya tenang, bertemu pandangan. “Hans kawan Phia. Kami satu team, apa masalahnya?”
Rahang Kamal mengetap. “Ni bukan masalah team up. Abang cuma nak ingatkan adik, dia tu tak macam kita. Lain. Dia datang dari dunia lain.”
“Kita kena jaga kedudukan papa. I don't like you hanging out with someone like that.”
Sophia tersentak, “like that… like what?” Dia cuba menahan keinginan untuk membentak. “And why shouldn’t I? Just because she’s from a different background doesn’t mean she’s a bad person. She’s kind and she works hard.”
“Look, you are my sister.” Kamal mencelah, suaranya mengeras. “I won't allow you to associate with those below our standards. You know what others will say if they see you with her? She comes from a troubled background. Her father... he's—”
“I don’t care about the rumors, Kamal!” Suara Sophia meninggi. Kekecewaan menyesak hati dan fikirannya. “Hans is my friend, and it’s my choice who I spend time with.”
Wajah Kamal menjadi gelap. “Kau ni memang keras kepala!” Kamal menendang kerusi. “Ini bukan pasal adik sorang, ni melibatkan keluarga dan maruah kita. Orang akan bercakap. Adik jangan nak bagi malu keluarga!”
Kamarul abang sulung mereka terdengar pertengkaran itu. Dia masuk ke bilik Sophia. Sikap tenangnya bertentangan dengan sikap panas baran Kamal. Dia telah mendengar perbualan kedua adiknya dan dia bertanggungjawab untuk meredakan ketegangan— sebelum orang tua mereka masuk campur.
“Kamal, kau duduk.” Kamarul memberi arahan. “Adik nak berkawan, biarlah dia berkawan. Kalau dia rasa Hans tu baik, aku tak nampak apa salahnya kat sini.”
Kamal menjeling ke arah abangnya itu sambil menggeleng kepala. “Kau ni lembut sangat. Aku tengok diorang ni lain— bukan sekadar kawan biasa.” Kamal bangun, mendekati abangnya. “Macam jantan, kau tau?” Dia merendahkan suara. “Anak melayan tu bukan dari dunia kita. Kau suka adik bercampur gaul dengan orang kafir? Dahla bapak dia…”
“Watch your mouth, Kamal!” Bentak Sophia. “You don’t get to insult someone just because they’re different — or because you don’t understand them.” Dia berasa pedih apabila Kamal menjadikan agama dan latar belakang keluarga sebagai satu masalah besar. Dalam membentuk persahabatan dengan Hans, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang dia fokuskan malah, langsung tak penting baginya. Sophia benci dengan cara fikiran Kamal yang konservatif.
“Aku tau, aku dah kenal dia petang tadi. Aku tengok OK je. Pandai hormat orang dan baik tingkah lakunya.” Kamarul mengeluh, riak wajahnya berbaur antara kebimbangan dan pengertian.
“Aku faham kenapa kau risau. Ya, mungkin Hans dengan kita tak sama dari banyak hal, but Kamal, people can be surprising. Give depth a chance before judging the width. Begin with an open mind, not a closed heart.”
Dia cuba bersikap tenang. Faham benar dia dengan perangai Kamal yang bongkak dan suka mengawal. Kemudian dia menoleh ke arah Sophia pula. “And adik, just be careful in choosing friends. Think about how these differences might affect you both.”
“I appreciate your concern, really,” kata Sophia, sedikit tenang. “But I’ve thought about this, and I know Hans is a good person. She doesn’t deserve to be judged based on rumours or because she’s different.”
Kamal kelihatan seperti ingin membantah, tetapi Kamarul meletakkan tangan di bahunya. “Dahlah tu, Kamal. Bagi adik ruang. Kalau kita kawal semua langkah dia, dia takkan belajar. Biar dia buat pilihan. Biar dia belajar nilai — bukan sekadar ikut.””
Pintu tertutup perlahan. Langkah dua abangnya makin menjauh. Sophia berdiri lama di tengah bilik — jantung masih laju, tangan masih mengepal. Antara marah dan syukur, antara luka dan kekuatan — semuanya bersilih ganti dalam dadanya.Dia duduk perlahan di sisi meja belajar, memandang ke luar jendela. Angin petang meniup langsir putih seperti membisikkan sesuatu. Dia tahu... hubungan ini tak akan semudah yang dia sangka. Tapi dia juga tahu, perasaan yang ikhlas tak patut disembunyikan hanya kerana orang lain takut melihatnya.
Sophia menghela nafas, perlahan.
Hans tak minta untuk difahami. Tapi dia berhak untuk tidak dihukum.
Persahabatan mereka bukan sesuatu yang terjadi selalu. Dan bila ia hadir — dalam diam, dalam langkah yang tak seiring — ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilepaskan.
Kalau ini harga untuk menyayangi seseorang seperti Hans, aku rela membayarnya — kerana orang seperti Hans tak wujud dua kali dalam hidup.
Dan tak mungkin Sophia akan mengorbankan semua itu apalagi kerana Kamal yang angkuh.
Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!