Petang masih panjang, sebelum Hans meneruskan harinya berkerja di kedai. Marsha minta diri sementara bapa Hans juga sudah beransur pulang ke rumah. Lalu Hans mengajak Sophia ke pinggir air, di mana bot nelayan milik bapanya berlabuh. Bot itu terayun perlahan mengikut irama ombak yang tenang. Kayunya berkeriut saat air beralun ke tepi. Hans naik ke atas bot terlebih dahulu sebelum dia menghulurkan tangannya untuk membantu Sophia, memastikan langkah gadis itu stabil ketika dia naik dan duduk di sebelahnya di bangku kayu yang sempit.
“Ini bot papa,” ujar Hans, ada rasa bangga terselit dalam suara. “He doesn't allow us to row out to the sea, but we can certainly sit here and act as if we are gliding across the waves.”
Sophia tersenyum, matanya tertumpu pada air yang tenang terbentang luas di hadapan. Matahari yang semakin jatuh mewarnai langit dengan warna merah jambu dan emas. “Your home is magnificent, Hans. You must feel happy every day being surrounded by such beauty.”
Hans mengangkat bahu, tapi ada kedamaian di matanya ketika dia memandang ke arah laut yang tenang. “Yeah, I guess I do. It’s quiet out here, you know? When I’m on the boat with papa, just us and the sea, it feels like… like I’m part of something bigger.” Dia terhenti sejenak, memandang burung camar yang melayang rendah di permukaan air. “Tapi, perasaan macam ni… bukannya semua orang boleh faham.”
“Saya rasa saya faham,” jawab Sophia, suaranya perlahan, penuh pemikiran. “Sometimes, as I gaze at the twinkling stars and the glowing moon, a sense of a greater force beyond our world instils a feeling of humility that is strangely comforting.”
Kata-kata yang Sophia ucapkan begitu dalam. Hans tertarik dan tak menyangka Sophia akan faham— atau akan berkata sesuatu yang sangat hampir dengan apa yang dia sendiri rasa. “You’re different from what I expected,” dia mengaku, tapi kemudian tersipu malu. “Kebanyakan orang… takkan cakap benda macam tu.”
Sophia ketawa kecil. “I think maybe we’re both a little different.”
Mereka duduk bersama dalam keheningan yang selesa, menyaksikan matahari semakin tenggelam di ufuk yang membiaskan cahayanya berkilauan di atas air. Hans merasakan kehangatan yang jarang dia alami— sesuatu yang memberitahunya bahawa dia tak perlu terlalu berhati-hati, sekurang-kurangnya untuk seketika.
“Jadi boleh aku tanya?” kata Sophia, menukarkan perkataan saya kepada aku, supaya lebih terasa rapat dan mesra. “Have you ever gone to the sea by yourself?”
Hans menggeleng. “How I wish. Papa tak benarkan aku bawa bot ni sorang-sorang. Bahaya katanya. Tapi suatu hari nanti, kau tau…” Hans menurut rentak pilihan Sophia dalam menggunakan kata ganti nama. “Suatu hari nanti, aku nak belayar sendiri. Mungkin pergi jauh, lihat tempat-tempat baru.” Hans menunduk, hampir malu kerana tanpa sedar dia telah menyuarakan impian yang jarang dia ungkapkan. “You probably think that’s silly.”
“Not at all,” balas Sophia ikhlas. “It sounds incredible. I hope you get to go as far as you want.” Kekaguman diekspresi.
Apabila matahari perlahan-lahan tenggelam di kaki langit membiarkan dunia diselimuti senja, Sophia merasa berat hati untuk mengakhirkan peretemuan. Tapi sudah tiba masa untuk pulang. Dia berdiri perlahan, enggan menghentikan keajaiban di senja itu. “Aku kena balik. Nanti papa dan mama risau kalau aku lewat.”
Hans turut bangun, wajahnya tenang, dihiasi senyuman kecil. “Thanks for your time.”
“Terima kasih jugak sebab tunjukkan tempat ni.” Sophia menghulurkan rasa syukur. “Kita jumpa esok?”
Hans tersenyum, “sure.” Dia memandang Sophia ketika membantu gadis itu turun dari bot. “Aku teman kau balik?” Tawaran itu tentu saja disambut dengan senang hati. Mereka berjalan perlahan-lahan, beriringan. Sesekali bahu mereka bersentuhan sambil terus berbual hinggalah sampai ke pintu pagar banglo kerajaan kediaman rasmi Pegawai Daerah di atas bukit. Hans memandang rumah yang besar itu. Jauh sungguh bezanya dengan teratak tempat dia membesar dan meneruskan hidup.
Ketika malam memeluk senja, Hans menuruni bukit, menyusur lorong-lorong ke kampung, bersama sebuah kedamaian menyelimuti jiwa— suatu kepastian bahawa, buat kali pertama, dia mempunyai seorang sahabat yang melihat diri di dalam dirinya. Lupa terus dia tentang perbezaan di antara rumah besar di atas bukit dan pondok kecil di tepi pantai.
Sampai di rumah dengan seribu kebahagian, Hans bersiul kecil. Bapanya yang turut gembira mendengar ritma bahagia dari siulan itu mengangkat kening tapi tidak bertanya. Selepas bersiap-siap menukar pakaian, Hans bergegas ke kedai makan Uncle Jose. Setibanya di sana, suasana turut terasa berbeza. Meja-meja yang separuh penuh diserikan dengan wajah-wajah biasa— para nelayan yang merehatkan diri selepas seharian di laut dan penduduk kampung yang berkumpul berkongsi cerita sambil menikmati hidangan pilihan masing-masing. Bunyi riuh rendah perbualan dan sesekali derai ketawa memenuhi ruang, membawa Hans kembali kepada makna sebenar sebuah ‘rumah.’
Dia terkenangkan Sophia. Tentu Sophia sedang menikmati makan malam di meja mewah banglo itu. Tentu saja hidangannya istimewa, lazat-lazat, disediakan oleh tukang masak khas. Hans tersenyum, membayangkan dirinya sedang memasak di dapur mewah rumah Sophia.
Dan ketika angan-angan itu bermain di fikiran, radio kecil di atas kaunter berdengung seketika sebelum mula memainkan melodi lama Dean Martin, Sway. Irama yang penuh energi itu memeriahkan ruang dapur kecil dan tanpa sedar, Hans membiarkan dirinya dibawa arus melodi yang indah. Tangan kanannya memegang senduk kayu, sementara tangan kiri menggenggam sudip. Senyuman perlahan-lahan terukir di wajahnya. Hans menggerakkan tubuh, menari mengikut alunan.
Kakinya melangkah ringan di atas lantai simen kasar yang sedikit usang, berputar dan beralun menggayakan senduk kayu di tangan umpama mikrofon ketika dia mendendangkan lirik lagu. Hans menjadikan dapur itu seperti pentas. Sup disenduk penuh gaya, sambil melemparkan sayur ke dalam kuali dengan sentuhan bertenaga, seolah-olah sedang memimpin sebuah orkestra. Dia merasa bebas dan setiap gerakan tarian adalah penghargaan terhadap kebahagiaan yang baru terbit dalam hidupnya, sesuatu yang dibawa oleh kehadiran Sophia.
Beberapa pelanggan mencuri pandang ke arahnya. Ada yang tersenyum kecil melihat Hans yang biasanya pendiam kini menari tanpa segan silu. Marsha menjenguk dari hadapan kedai, menahan ketawa melihat aksi Hans. “Kau betul-betul buang tabiat, Hans… seronok benar nampaknya.”
Hans hanya mengangkat bahu, pipinya merah dengan rasa bahagia yang sukar dijelaskan. “Aku suka lagu ni,” jawabnya mengiring tawa dalam suara.
Mama Maria muncul dari balik pintu, tersenyum melihat anak saudaranya menari riang bersama senduk di tangan. Sambil ketawa dia mengusik, “sejak bila kau suka menari ni?” Mata wanita itu berkilau, terhibur melihat gelagat Hans. Pipinya kemerahan akibat bahang dapur yang bercampur dengan rasa malu.
Namun, bahagia di hati harus diekspresi, lalu dia menghulurkan tangannya kepada Mama Maria yang menyambut dengan ketawa. Mereka terus bergerak mengikut irama, menyambung langkah dalam tarian di dapur kecil itu sambil mengacau periuk, membalikkan kuali. Setiap gerakan seiring dengan rentak lagu yang penuh makna. Uncle Jose, sambil memanggang ikan turut menyanyi dan menggendangkan kuali.
Mama Maria memancarkan kasih sayang dari matanya, memandang Hans dengan penuh pengertian. Dia gembira melihat keceriaan di wajah Hans yang jarang-jarang ditunjuk. “You seem really happy tonight. Is there something special going on?”
Hans terhenti seketika, memandang ke bawah dengan senyum kecil, wajah Sophia muncul lagi dalam benaknya. “It was a great day,” katanya perlahan. Rasa bangga mengalahkan rasa malu.
“A good day is precious.” Mama Maria mengusap bahu Hans. Suaranya selembut usapan yang diberikan. “It could lead to something wonderful.”
Selepas dapur ditutup dan pelanggan terakhir beredar, Hans pulang ke rumah penuh terinspirasi. Setelah membersihkan diri, dia baring di atas katil, menarik selimut sehingga ke dagu. Dalam bilik yang serba tiada itu, kedamaian memenuhi dirinya. Bila mata dipejamkan, wajah Sophia muncul lagi dalam fikiran. Senyuman dan gelak tawa Sophia telah menghidupkan segala-galanya, memberi cahaya pada setiap sudut yang gelap, membekalkan nafas baru. Ia bagaikan sebuah janji— segar dan indah berkembang sebagai satu permulaan yang membuat jiwanya terasa lebih hidup.
Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!