Join The Journey
Seperti kebanyakan malam, keluarga Sophia berkumpul di sekeliling meja makan. Acara makan malam dilengkapkan dengan perbualan ringan. Ibu dan bapanya bertanya tentang sekolah, tentang aktiviti dan hari ketiga-tiga anak mereka. Kamarul, anak sulung berusia 19 tahun akan berangkat semula ke kampus esok malam dengan menaiki keretapi. Kamarul agak rapat dengan Sophia, menjadi teman berbual dan bertukar fikiran. Dia menuntut di sebuah universiti di ibu kota manakala Kamal, anak kedua berusia 16 tahun. Kamal akan menduduki O’Level tahun depan, bersekolah di sekolah yang sama dengan adiknya, Sophia, kawannya bergaduh.

Hal yang bermain di fikiran malam tadi menjelma lagi. Sophia seakan tak dapat berhenti memikirkannya. Lalu, selepas memastikan semua orang mendengar, dia memutuskan untuk bertanya. “I have something to discuss.” Sophia memulakan sambil meletakkan garpu di tepi pinggan. Dia memandang ibu bapa dan abang-abangnya yang membalas pandangan dengan riak wajah ingin tahu.

“Of course, dear. What’s on your mind?” Suara mengundang dari bapa membuat Sophia rasa lega.

Nafas kecil ditarik, menggabungkan kata-kata terbaik. “Lynn dan Dahlia, my close friend at school… I think you know them, dont you, Kamal?” Dia memandang Kamal.

Of course. Kenapa dengan diaorang?” Jawab Kamal. “Dahlia anak Encik Bakhtiar, jurutera daerah, jiran kita.” Terang Kamal tanpa diminta.

“Oh, anak Bakhtiar dengan Munirah. Memang papa dan mama kenal sangat,”sambut Puan Kamalia.

Encik Suffiyan mengangguk. “Ada apa dengan dia?”

“Lynn tinggal dekat kampung nelayan bawah ni. Hmm, papa, semua orang kat kampung nelayan tu Katolik ke?”

Mostly. Ada juga Buddha, Hindu, Islam. Majoriti keluarga Kristang penganut Katolik.”

“Oh macam tu… Lynn rajin pergi gereja. Dia cakap tiap Sabtu dia tolong masak kat dapur gereja untuk jamu sesiapa je yang memerlukan, regardless race and religion.”

“Bukan tu je, tak kira bangsa, agama, mereka turut membantu dengan cara masing-masing,” terang Encik Suffiyan lagi.

“That’s great.” Sophia menunjukkan sokongan. Dia memandang bapanya sambil tersenyum. “I’ve been pondering one question lately... Phia nak tau, nak faham… what is the difference between being spiritual and being religious?

Puan Kamalia tersenyum lembut, jelas berpuas hati dengan rasa ingin tahu anak tunggal perempuannya itu. Encik Suffiyan hanya mendengar dan memerhatikan perbualan antara ibu dan anak, memberi mereka masa sebelum dia memberi hujah.

Those are big questions, little girl,” kata si ibu sambil menepuk tangan Sophia.
“I am not a little girl and the matter is important to me.”

Kamal, abangnya nombor dua, menunjukkan minat untuk menyertai perbualan. “Agama dan kerohanian kedua-duanya membantu orang mencari tujuan, but they could be different. Both have ways and guidelines. Being religous means, ikut kepercayaan dan amalan tertentu, macam kita, muslim. Orang muslim agamanya Islam. Kita ada ajaran dan pegangan yang berpandukan kitab suci Al-Quran. Macam Lynn, dia Kristian, kitabnya Injil atau Bible. Dia pun ada pegangan dan garis panduan mengikut kepercayaan dia.”

And being spiritual,” tambah Kamarul anak yang sulung, nadanya lebih bertimbang rasa, “how do I put this?” Dia diam seketika, cuba mengatur bicara supaya senang difahami. “It can mean feeling linked to something... more profound. It doesn't have strict rules and is more about personal experience. Some find this connection in religion, while others feel it through nature or by helping people.”

“Sounds like Lynn.” Sophia membuat kesimpulan. Kamarul mengangguk. “I think so.”

Encik Suffiyan tersenyum, bangga dengan pengetahuan kedua anak lelakinya. “Dalam Islam, kita boleh bentuk hubungan kerohanian dengan Allah melalui solat dan juga melalui komuniti. Tapi pengalaman setiap orang, berbeza. Some people find peace in the organised structure of religion. For others, they discover it in their own unique, more personal ways, on an individual level.” Matanya ditancapkan ke wajah satu-satunya anak gadis dalam keluarga.

Sophia mempertimbangkan hujah-hujah mereka. Pandangannya jatuh ke pinggan, saat dia mencerna semuanya.

“Phia rasa Phia faham. Lynn is more spiritual. Dia suka bercakap tentang alam dan hubungan dengan Tuhan, whereas Dahlia… well, dia tak beminat. Dia kata, dia jumpa kebahagiaan bila berada di sekeliling orang ramai— berpesta.”

“She is an extrovert, then. It has nothing to do with being religious or spiritual.” Komen Kamal.

Sophia memegang gelas berisi air kosong seperti menyelam ke dasar laut yang tenang. “It’s bigger than that.” Katanya, perlahan.

“Explain.” Bapanya menuntut penjelasan. Dia kenal Encik Bakhtiar Basri, jurutera daerah yang dah dua tahun berkhidmat di daerah yang sama. Atas urusan kerja, mereka saling mengenali sejak setahun kebelakangan ini. Apa yang dicerita Sophia tentang Dahlia, Encik Suffiyan dapat mengaitkan dengan rakan kerjanya— seorang yang liberal dan lebih terbuka.

“She is more outgoing than Lynn. But, she said that being religious or spiritual isn't important. I mean, like… not important at all. What really matters is here and now.”

“Well, as a Muslim, she should know that here and now lead to tomorrow. And God is watching us.” Balas Kamal. Dia seakan tidak menyokong cara Dahlia yang nampaknya lebih suka bersosial. Dalam hati, Kamal bimbang jika pemikiran Dahlia akan mempengaruhi adiknya.

Mata Puan Kamalia melembut sewaktu menyampaikan buah fikirnya yang lebih mudah.“There's no need to rush with this. When it comes to spirituality, faith is something we explore throughout our lives. Just relax and take your time.

Kamarul melemparkan senyuman kepada adiknya yang kelihatan keliru. “Untung adik dapat kawan dengan idea yang berbeza. Kalau sama je semua, apa jadi? Tak ada variasi, fikiran kita akan stagnant kat situ-situ je. Now, they can help you explore, but in the end, it’s about what feels true to you.

Makan malam diteruskan dengan perbualan sekitar topik tersebut. Sophia berasa terhibur dengan keterbukaan keluarganya. Dia tahu dia tidak perlu mencari semua jawapan dalam satu hari atau satu malam. Buat masa ini, memadai sudah dengan bertanya dan memahami bahawa perjalanan hidup adalah milik peribadi untuk diterokai.

𝄞

Bulan mengambang penuh. Ketika semua orang enak dibuai mimpi, Sophia menyelinap senyap-senyap ke balkoni yang bersambung dengan biliknya. Cahaya bulan memandikan alam dan ombak berdesir memukul pantai, bergulung seperti degupan tenang sebuah jantung. Dengan tangan melilit secawan teh, dia memandang keluasan laut, cuba mencari penghujungnya.

“Tentu terlalu jauh,” desis Sophia dalam hati bila dia hanya menemui segaris ufuk tidak berkesudahan yang terbentang ke arah bintang-bintang.

Mungkin Tuhan ada di atas sana, di ruang antara bintang-bintang dan bulan, atau mungkin Tuhan sedekat dinding biliknya— mungkin juga di dalam hati sendiri. Kata-kata Lynn melayang di fikiran, bergema seperti ombak di lautan, “God can be everywhere, Sophia. Not just in the sky, but inside us, too.”

Sophia menghirup perlahan, membiarkan kehangatan teh meresap dalam dirinya. Dia duduk di atas kerusi malas yang terdapat di balkoni. Di atas meja kopi, terletak sebuah buku yang dia pinjam dari perpustakaan pada awal minggu lalu. Mindfulness: A Journey Within— sebuah buku yang sangat menarik, mengheret dia ke satu alam lain. Sophia membukanya terus ke halaman yang dia tandakan dengan penanda buku berbentuk seekor kucing. Jarinya menjejaki kata-kata di dalam buku tersebut yang menyimpan banyak rahsia yang ingin dia bongkarkan.

Buku tersebut mengungkapkan bahawa kesedaran adalah kunci untuk mencapai ketenangan dan keseimbangan. Ia mengajarkan bagaimana untuk fokus dengan tenang, penuh pengamatan, dan hadir sepenuhnya dalam setiap saat— menegaskan bahawa seseorang dapat mengenal emosi, fikiran, dan perasaan tanpa menghakimi. Idea yang dikupas begitu menarik perhatian Sophia— jawapan tidak selalunya ada pada masa hadapan atau tersembunyi dalam pengalaman orang lain, tetapi boleh didapati di sini, sekarang, dalam fikiran dan perasaan sendiri.

Perenggan bertukar perenggan, Sophia menjadi semakin asyik ditenggelamkan halaman demi halaman. Penulis menyebut bahawa setiap momen menawarkan kesempatan untuk terhubung dengan sesuatu yang lebih besar— sebuah cara untuk memahami hidup tanpa memerlukan semua jawapan.

Fikirannya bercampur antara teruja dan tanda tanya. Jika kesedaran dapat memberi kedamaian, mungkin ia juga dapat membantu memperjelas pemahaman tentang diri sendiri dan kepercayaan.

Sophia berhenti sejenak. Buku ditutup lalu dia berdiri menatap bulan. Mungkinkah Tuhan benar-benar sedekat yang Lynn sarankan, sedekat nafasnya sendiri? Campuran kegembiraan dan kekaguman terhadap apa saja kemungkinan, melayangkan dia jauh— seolah-olah dia berada di ambang sesuatu yang sangat luas namun terasa begitu dekat dan selamat. Walaubagaimanapun, fikiran yang berputar-putar di benaknya malam itu terlalu peribadi untuk dikongsikan— tidak dengan keluarga atau teman-teman. Itu adalah miliknya untuk direnungkan secara peribadi. Untuk dikontemplasi dengan tenang, setenang lautan di bawah bulan yang terbentang luas di hadapannya.

Join The Journey
Comments

Comments [0]