Join The Journey
 
Life can be tough and confusing, much like the ocean.

𝄞

Lewat satu petang di dapur kecil mereka, Hans dan Juan duduk saling menghadap. Ruang makan diterangi lampu malap dari tanglung yang membentuk bayang-bayang di dinding. Untuk dua tiga hari ini, Hans tak perlu bekerja kerana kedai makan ditutup selama beberapa hari. Uncle Jose ada urusan di sebuah bandar agak jauh dari kampung mereka.

Kesempatan itu Hans ambil untuk berbicara dengan bapanya tentang satu perkara yang selalu dia fikirkan sejak akhir-akhir ini. Juan, seperti biasa kelihatan letih dan terbeban, namun diringankan oleh pandangan mata anak perempuannya yang kelihatan bersungguh-sungguh. Sambil mencedokkan semangkuk sup, Hans memulakan bicara. “Pa, ada hal saya nak cakap tentang sekolah,” kata Hans.

Bapanya mengeluh. Dia membetulkan duduk, cuba menguatkan diri, “Papa tau— yuran sekolah belum bayar, kan? Hasil laut kurang kebelakangan ni tapi jangan risau, papa akan usahakan.”

Hans menarik nafas. Dia cukup faham tentang kesulitan itu. Bukan dia seorang saja anak nelayan. Di kampung itu, rata-rata mengharapkan hasil lautan sebagai sumber rezeki. Sering dia menangkap perbualan mereka, sama ada sewaktu di kedai atau di sekolah tentang masalah tersebut.

“Papa struggle tiap hari sebab tu saya rasa, saya nak tolong— maksud saya, bukan setakat kerja dengan Uncle Jose, tapi dengan papa sendiri. Saya boleh tolong papa, naik bot, tangkap ikan. Papa boleh ajar saya memukat, menjala. Siapa tau, saya bawa tuah dan rezeki kita akan bertambah?” Hans cuba meyakinkan.

Serta merta Juan menggelengkan kepala, membantah. “Ah, tak payahla. Tak ke laut pun kau memang dah bawa tuah.” Juan ketawa kecil dan berhenti seketika, mencapai sepotong ikan bakar lalu diletakkan atas pinggannya. “Laut tak selamat. Bukan tempat orang perempuan… gadis semuda engkau.”

“Saya tak macam budak perempuan lain, pa. Saya kuat. Saya boleh kendalikan pukat, tali... semuanya.” Kata Hans. Kekecewaan disembunyikan di balik suara yang bersungguh-sungguh. “Saya tak kisah kerja keras untuk kita.”

“Papa tau kau kuat, kau lain, kau istimewa. Lebih kuat daripada apa yang orang nampak. Tapi laut tak kan faham. Laut tu Hans, — luas, dalam dan boleh jadi kejam. Bahaya. Kau terlalu muda. Papa tak nak ambil risiko.”

“Pa, saya rasa…. saya ni macam…” Nafas ditarik dan dilepas, cuba menyuarakan sebuah rahsia. Dia tak mahu terus keliru dan dia perlukan pandangan seorang bapa. “Saya bukan…” Dia berhenti sejenak, mencari kekuatan untuk melancarkan kata-kata. “Saya tak rasa macam gadis lain. Saya nak teroka dunia kat luar sana, benda... sesuatu yang penting… Something masculine.”

Juan memandang anaknya. Dia cukup mengerti apa yang ingin disampaikan dan dia menerima tanpa akan pernah mempersolkan tentang apa-apa pun. Bagi Juan, Hans adalah anugerah Tuhan. Hadiah daripada Emelda. Siapa atau bagaimana pun dia, Hans istimewa. “I can see your struggle to be yourself and deal with different feelings. Life can be tough and confusing, much like the ocean.”

But I’m ready, pa.” Jawab Hans, tegas. “Saya lain, betul, dan saya tau mungkin orang tak faham. I want to be true to myself and be who I really am, even if that means taking a different path.
“I won’t hold you back. No matter who you are, you’re my angel. But sea— no. I can’t allow you to go there. I can’t bear the thought of losing you like I lost your mother.”

Hans akur. Dia faham akan kebimbangan di hati ayahnya tapi dia tetap dengan pendirian untuk menabur bakti demi meneruskan kehidupan. “If I can’t go with you to the sea… maybe there’s something else I can do to help. Anything. I just want to make life better for us. For you.”

Juan mencapai dan meletakkan tangan kasarnya ke atas tangan Hans. Dia tersenyum dan meyakinkan,“You already doevery day. Just stay as you are. Stay as my strong, determined Hans Marcello. I don’t need you to be anything else, even if life is hard. You’re enough, just like this.”

Hans tersenyum lemah, hatinya lapang walau masih ada resah. “Saya akan terus buat apa yang saya boleh. Cuma...saya minta satu, pa.”

“Let it out.”
“Let me be me, let me find my way, even if it seems unusual or wrong to others. I only want to be me.”

Juan menepuk-nepuk perlahan bahu Hans, memberi keyakinan, “then that’s who you’ll be. And I’ll be here, always.”

𝄞

Hans duduk bersandar di dinding dalam bilik kecil Marsha, di sebelah kedai makan. Mereka berkongsi detik selepas hari yang panjang. Marsha duduk bersila di hadapannya, menghidangkan biskut kering dan kopi O. Dia nampak wajah Hans gelisah. Mengenali Hans, dia tau, sepupunya itu sedang merangka kata-kata untuk memulakan satu perbincangan.

Dengan suara teragak-agak, Hans akhirnya bertanya, “boleh aku cakap something? Hal ni… tak pernah aku cerita kat sesiapa pun.”

Marsha menganjak lebih dekat, teruja untuk mendengar. Bersedia memberi telinga. “Pernah ke aku kata tak boleh?”

Hans tersenyum, lega. Selepas perbualan dengan bapanya tempoh hari, dia rasa masanya dah tiba untuk Marsha— satu-satunya kawan yang dia ada, sepupu, kakak dan sahabat— mengetahui tentang dia— seorang dia di dalam dia.

“Aku rasa ada yang tak kena dengan aku.”
“Kenapa, kau sakit?”

Hans menggeleng kemudian mengangguk. “Mungkin bagi sesetengah orang aku sakit…”
“Hmm… kau ni, buat aku risau. Cakaplah terus terang. Apa masalah kau?”

“Aku tak rasa aku ni perempuan, Sha.” Kata Hans, perlahan. Dia melihat tangannya. Urat-urat timbul berhiaskan parut. Dia menyentuh tangan Marsha. “Dan perasaan aku pun lain…”

Marsha mengangguk perlahan, senyuman terbentuk di bibirnya. “Aku rasa aku faham apa kau nak bagitau. Tapi aku nak tanya, kenapa baru sekarang kau nak cakap hal ni kat aku? Ada awek yang kau berkenan ke kat sekolah?”

Hans memandang wajah sepupunya. Ada harapan berkelip di mata. “Bukan pasal ada awek tapi aku rasa aku tak boleh sembunyikan lagi siapa aku. Aku harap kau dengan Uncle Jose dan Mama Maria faham dan terima, macam mana papa terima. Orang lain, aku tak kisah.”

“Of course, we accept you just the way you are. We love the real you. Just be yourself, even if it's tough. Even if others don’t get it.”
“Sometimes, it just feels like such a heavy secret. It’s like I’m carrying it alone, and I’m scared to let go of who everyone expects me to be. But I know I don't have to pretend when I'm with you. I can just… be.”
You are not faking it and that’s all that matters.”

Hari sudah lewat. Hans minta diri. Dia mahu ke taman kecil di tepi laut— tempat dia sering meluangkan waktu bersendirian, bermeditasi. Taman itu kosong, hanya deru ombak memecah sunyi. Langit berwarna merah jambu bercampur jalur jingga dan ungu di awal petang. Dia duduk di atas sebuah bangku, melepaskan pandangan ke laut luas. Mata dipejamkan, membiarkan angin laut menyapu wajah dan untuk beberapa minit, dia mengosongkan fikiran, hanya menikmati sentuhan dan bisikan alam.

Bila mata kembali dibuka, kata-kata Marsha dan papa berulang secara berselang seli di ingatannya. Sekian lama, dia memerhatikan hidupnya, dirinya dari sebalik dinding kaca. Dia tak pernah menjadi sebahagian daripada apa yang dia rasa. Sentiasa bersembunyi, cuba menyesuaikan diri dengan peranan yang terpaksa dimainkan. Dan sekarang, duduk di sini, dia terfikir bagaimana rasanya hidup bebas menjadi diri yang suling, sejujurnya, dengan keterbukaan dan hati yang penuh.

Adakah mungkin?

Dia mempersoalkan semuanya— dia dah diajar untuk menerima. Tapi, adakah kehidupan yang dia lalui— bekerja keras, cuba melakukan yang terbaik untuk meringankan beban bapanya, menyembunyikan siapa dirinya— adakah itu semua mencukupi? Adakah itu kehidupan yang dia inginkan, atau adakah dia hanya cuba untuk terus hidup, berpura-pura menjadi orang lain demi memuaskan hati orang lain?

Melihat masa depan seperti sebuah jalan yang panjang, gelap dan berliku, penuh dengan ketidakpastian, kesunyian dan mungkin juga penolakan, Hans bimbang. Namun, di suatu tempat di lubuk hati, sebuah tekad mula bertumbuh. Kata-kata Marsha telah menanam benih kepercayaan bahawa, mungkin, dia boleh membina kehidupan miliknya sendiri, bahawa dia boleh diterima, walaupun itu akan mengambil masa.

Lama dia duduk di sana, melihat ombak menghempas dan menyurut. Dia sedar, dirinya bukan lagi di persimpangan jalan. Kebenaran tak akan pernah jadi beban demi satu kebebasan. Dia cuma perlu bersedia, menerima dan berani. Perasaan itu walaupun adakanya menakutkan, namun ia juga membawa secercah harapan.

Langit senja perlahan-lahan menggelap. Bersama kerlipan bintang yang muncul satu per satu, Hans membisikkan janji kepada diri sendiri— apa sahaja yang menanti, dia akan cuba menghadapinya dengan berani, untuk hidup sejujur ​​mungkin.

Masa depan tak perlu ditebak dan buat pertama kali, Hans merasakan bahawa dirinya semakin hampir dengan sebuah penemuan.

Join The Journey
Comments

Comments [0]