Tidak juga aku. Aku pun tak suci.
Atau dia. Dia pun sama, kotor.
Atau mereka. Mereka pun dicuci.
Apa bezanya kita?
Pilihan.
Jadi jika kau kata aku kotor,
pastikan dulu engkau bersih,
bukannya biarkan benakmu
yang sedia benak itu dikotorkan
yang sedia benak itu dikotorkan
oleh mereka-mereka yang mengaku suci,
yang kononnya ada kuasa sakti
untuk mencuci kekotoran.
Kau ingat niat mereka suci?
Kau dicuci bukan dengan niat
untuk menjadikan engkau suci
tapi semata-mata untuk menjadikan engkau
mangsa kotornya penyucian.
mangsa kotornya penyucian.
Kau dicuci bukan untuk disucikan.
Kau dicuci semata-mata kerana
kau terlalu kotor hingga mudah dijual
oleh pewangi penyucian yang busuk.