Memuatkan resonansi…

11.1 Why Not?


Bab 11.1: Why Not?

Kau tak dikejar waktu. Tapi waktu tak menunggu.
𝄞
“Hai.”
“Cikgu…”
“Awak call saya kejap tadi?”
“Saya call?”
“Ye, ada missed call ni, 10 minit lepas.”

Andrey betul-betul tak perasan. Tak tahu entah bila nombor Rina didailnya. Entah jari, entah hati yang lebih dulu bergerak.

“Awak OK ke? How's the party?”
“Entahlah, cikgu. Saya tengah tunggu teksi nak balik.”
“Kenapa? Awak kat mana sekarang?”

Jawapan ringkas diberi, dan tanpa menunggu jawapan lengkap, talian ditamatkan.

Perhentian bas jadi peneman sepi. Dingin, kosong. Sunyi. Terima kasih kepada dua sahabat setia — pemetik api dan rokok. Kadang, lebih baik ditemani asap daripada diteman rasa yang tak boleh diluah.

Duduk beralaskan bangku simen yang diserap sejuk malam, Andrey cuba mencari cahaya dari kenderaan yang sesekali melintas. Pandangannya kosong. Hanya sapaan angin mengusap muka, menerbangkan ingatan ke zaman kanak-kanak, di mana segala-galanya membawa makna besar dalam kehidupan yang kecil.

Di mana dia bebas menjadi sesiapa, bebas bermain, ketawa, menangis, tidur dan bangun tanpa risau. Hari-hari penuh keriangan. Dimanjakan, segala keinginan dipenuhi. Masalah tak pernah benar-benar masalah.
“Tidakkah itu hebat?” Dia bertanya pada angin. Tiada jawapan. Yang kedengaran hanyalah keluhan dihujung nafas.

Hidup ini satu evolusi — logik memujuk.

Dia mengangguk. Akur pada kenyataan bahawa masa berlalu, hari pun berubah. Zaman kanak-kanak kini semakin menjauh, menjadi sejarah indah.

Abah? 
Semakin tinggi tanggungjawab disandang, semakin sibuk orang tua itu ke sana ke sini, memikul tugas.

Mak? 
 Sama tapi tak serupa. Semakin besar perniagaan, semakin sedikit waktunya di rumah.

Waktu tak mengejar dan tak menunggu. Remaja ni satu fasa di mana pengalaman jadi perjalanan. Hati mula bersuara setelah agak lama membisu.

Dan dia melihat, Andy semakin jauh bergerak atas landasan yang dibina sendiri, sedangkan dia?
Langsung tak ada gambaran. Yang pasti, dia mahu cepat selesaikan pengajian di TBC, dan pergi jauh.
Jauh, demi membina tapak hidup sendiri. Jauh dari bayang-bayang siapa-siapa.

Namun perjalanan masih jauh. Terlalu jauh.  

Hembusan berat terhela dari paru-paru dan tanpa sedar, Rina dah lama berdiri di tepi tiang, cuba mengamati apa yang bermain di mindanya.

Samar lampu jalan yang membentuk bayang-bayang di atas lantai perhentian bas menceraikan Andrey dari imbasan kenangan dan ketika cahaya kilat menyimbah muka, Rina meleraikan tangan yang tadi memeluk tubuh. Langkah diatur perlahan.

“What is it, dear?” Rina menyentuh bahu Andrey, lembut. Punggung dilabuhkan di sisi.

“Tak ada apa…” 
“I'm here to give you my ear.”

Andrey toleh seketika ke wajah Rina. Tanpa cermin mata, rambut terurai, dress hijau lembut — sesuatu dalam dirinya kelihatan... lain.

“Tak ada apa-apa. Saya cuma bosan… Majlis macam tu boring. It’s so not me.”

Jawapannya disambut dengan tawa kecil. 

“You look great in that tux.” Perlahan suara Rina memuji. Dari hati. Dan dia menyambung seolah ingin memadam pujiannya tadi, “jadi, ni majlis tari menari ke apa?”

“Just a formal thing,” jawab Andrey. “Abah dapat anugerah perkhidmatan.”
“I heard he’s quite respected,” ujar cikgu Rina.
Andrey hanya mengangguk.

Angin sejuk menyelinap.Rina menyilang tangan. “So… you plan to spend such a night staring at this empty road?” katanya sambil tersenyum nipis, memecah sunyi di balik deruman kenderaan yang lalu sekali sekala.

Andrey bingkas berdiri. Jaket ditanggalkan lalu dia selimutkan ke tubuh cikgunya. “Saya ingat nak balik.” Dia kemudian bersandar di palang besi, berdepan dengan Rina yang duduk bersilang kaki.

“Cikgu, boleh tak?” Kotak rokok dia keluarkan dari saku.

“Asalkan bukan dalam kereta saya.” Mereka ketawa.

Babak dalam kereta sebelum Aprilia dipulangkan menerjah semula ke fikiran Andrey. Malam itu terasa berat. Sesuatu melarut dalam udara, cahaya, sunyi. 

Percikan pemetik api tak sempat menyala ditewaskan angin yang tiba-tiba menerpa, serentak dengan sebuah kereta yang meluncur laju di belakang.

Api.
Angin.
Cahaya menyilau.
Deruman.

Tangan Andrey berpeluh. Pemetik api terlerai dari genggaman. Jari-jarinya terasa seperti pernah kehilangan dalam cara yang hampir sama, di satu tempat, entah di mana, tapi terasa begitu dekat…
…dalam keadaan yang entah mengapa, terasa genting.

Dia membongkok untuk mencapai pemetik api itu, dan jari mereka bersentuhan. Sejenak, ruang dalam dirinya terbuka sedikit.
Sekilas.
Sekali lagi.

Kilatan cahaya.
Dentuman.
Jeritan.
Asap.
Bau.
Retakan.
Runtuhan.
Dan… wajah —
sepasang mata yang merayu untuk tidak ditinggalkan.

Semua itu berlalu dalam sekelip mata. Tak cukup untuk membina cerita, namun cukup untuk mengganggu tenang yang cuba dia bina dalam kekacauan malam.

“Biar saya cuba.” 

Rina memegang pemetik api, cuba menghidupkan. Tapi angin bermain-main. Segera Andrey letak tangannya di atas tangan Rina, melindungi percikan api itu dari angin malam. Kedua-dua tangan bersentuhan. Hangat.

Klik.

Api menyala. Kecil. Mata mereka bertaut. Dan entah kenapa, ada sesuatu dalam mata itu yang tak asing bagi Andrey. Bukan bentuknya, bukan sinarnya. Tapi getarnya.

Malam terasa hening. Dan dalam keheningan itu, Andrey cuba memahami satu perkara —
mengapa renungan mata cikgu Rina terasa begitu dalam malam ini?

Dia lepaskan pandangan ke jalan. Tiada jawapan.

“It’s Saturday night,” bisik cikgu Rina.“And a night like this should not be wasted.”

Udara lembap menyentuh wajah. Manik-manik kecil jatuh dari langit, perlahan. Larut bersama asap rokok, minyak wangi Rina menguasai deria bau, melayangkan ingatan Andrey ke bilik kaunseling dan kelas yang menjadi medan pertempuran.

Tiada kata terucap, hanya membiarkan waktu disentuh sunyi. Rina cuba menyatukan fikirannya dengan tatapan kosong mata Andrey yang sedang membilang kereta di jalan sepi. Dia seakan turut serta cuba membuang dan mengumpul ingatan dalam masa yang sama.

“Dah nak hujan ni. Come…” Tangan Andrey dipegang. Lembut tapi erat  dan tanpa banyak kata, Andrey menurut, membiarkan Rina memimpinnya ke kereta.

“Saya belum dinner lagi,” ujar Rina sambil bukakan pintu penumpang. “Apa kata kita sambung raikan majlis abah awak… our style, just you and me?

Tanpa perlu berfikir, Andrey tersenyum, mengikhlaskan diri untuk merasa tenang. 

“Boleh. Bukan senang nak date Presiden Kelab Seni yang sekali sekala pakai dress hijau.” Andrey berhenti seketika, senyum sambil pandang wajah Rina agak lama. “Cantik pulak tu…” Bisiknya, antara dengar dengan tidak.

“Awak ni… kadang-kadang charming jugak.” Balas cikgu Rina. Hidung Andrey dicuit. “Suka menari tak?” sambungnya lagi.

“Haha, saya? Menari? Cikgu rasa?”
“Saya rasa awak ada potensi.”
“Kalau cikgu rasa monyet ada potensi… so...”

“Saya belum pernah lagi menari dengan monyet.” Jawab cikgu Rina dalam nada gurauan tapi niatnya tak bernah bergurau.

“So… why not?”
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]