Join The Journey

Bab 11.01: Why Not?

Kau tak dikejar waktu. Tapi waktu tak menunggu.
“Hai.”
“Cikgu…”
“Awak call saya kejap tadi?”
“Saya call cikgu?”
“Ye, ada missed call ni, 10 minit lepas.”

Andrey betul-betul tak perasan. Tak tahu entah bila nombor cikgu Rina didailnya. Entah jari, entah hati yang lebih dulu bergerak.

“Awak OK ke? How's the party?”
“Entahlah, cikgu. Saya tengah tunggu teksi nak balik.”
“Kenapa? Awak kat mana sekarang?”

Jawapan ringkas diberi, dan tanpa menunggu jawapan lengkap, talian ditamatkan.
Cikgu Rina sudah tahu, dan dia sedang dalam perjalanan.

Perhentian bas malam itu jadi ruang sunyi. Dingin, kosong. Terima kasih kepada dua sahabat setia — pemetik api dan rokok. Kadang, lebih baik ditemani asap daripada diteman rasa yang tak boleh diluah.

Duduk beralaskan bangku yang diserap sejuk malam, Andrey cuba mencari cahaya dari kenderaan yang sesekali melintas. Namun pandangannya kosong. Hanya sapaan angin mengusap muka, menerbangkan ingatan ke zaman kanak-kanak, di mana segala-galanya membawa makna besar dalam kehidupan yang kecil.

Di mana dia bebas menjadi sesiapa, bebas bermain, ketawa, menangis, tidur dan bangun tanpa risau. Hari-hari penuh keriangan. Dimanjakan, segala keinginan dipenuhi — masalah tak pernah benar-benar masalah.

“Tidakkah itu hebat?” Dia bertanya pada angin. Tiada jawapan. Yang kedengaran hanyalah keluhan dihujung nafas.

Hidup ini satu evolusi — hati memujuk.

Dia mengangguk. Akur pada kenyataan — masa berlalu, hari pun berubah. Zaman kanak-kanak kini semakin menjauh, menjadi sejarah indah.

Abah? Semakin tinggi tanggungjawab disandang, semakin sibuk orang tua itu ke sana ke sini, memikul tugas.

Mak? Sama tapi tak serupa. Semakin besar perniagaan, semakin sedikit waktunya di rumah.

Kau tak dikejar waktu. Tapi waktu tak menunggu — akal mula bersuara setelah agak lama membisu.

Remaja — satu fasa di mana setiap pengalaman menjadi satu perjalanan. 

Dan kini, saat ini, dia dapat rasakan, Adrian semakin jauh bergerak atas landasan menuju masa depan, sedangkan dia?
Langsung tak ada gambaran. Yang pasti, dia mahu cepat selesaikan pengajian di TBC, dan pergi jauh.
Jauh, demi membina tapak hidup sendiri — jauh dari bayang-bayang siapa-siapa.
Namun perjalanan masih jauh. Terlalu jauh.

Hembusan berat terhela dari paru-paru.
Aku nak jadi aku. Tak pernah aku minta lebih dari tu. Is that too much?

Andrey tak perasan, cikgu Rina dah pun berdiri di situ berdiri, cuba mengamati apa yang bermain di mindanya.

Namun, samar lampu jalan yang membentuk bayang-bayang di atas lantai perhentian bas menceraikan dia dari imbasan kenangan dan ketika cahaya kilat menyimbah muka, cikgu Rina meleraikan tangan yang tadi memeluk tubuh. Langkah diatur perlahan, menghampiri Andrey yang tertunduk.

“What is it, dear?” Cikgu Rina menyentuh bahunya, lembut. Punggung dilabuhkan di sisi.

“Tak ada apa…” Andrey menjawab ringkas. Matanya terasa malu untuk memandang cikgu Rina.
“I'm here to give you my ear.”

Andrey toleh seketika ke wajah cikgu Rina. Tanpa cermin mata, rambut terurai, dress hijau lembut — sesuatu dalam dirinya kelihatan... lain.

“Tak ada apa-apa. Saya cuma bosan… Majlis macam tu boring. It’s so not me.”
Jawapannya disambut dengan tawa kecil. “You look great in that tux.” Perlahan suara cikgu Rina memuji. Dari hati. Dan dia menyambung seolah ingin memadam pujiannya tadi, “jadi, ni majlis tari menari ke apa?”

“Just a formal thing,” jawab Andrey. “Abah dapat anugerah perkhidmatan.”

“I heard he’s quite respected,” ujar cikgu Rina.
Andrey hanya mengangguk.

Angin sejuk menyelinap. Cikgu Rina menyilang tangan. “So… you plan to spend such a night staring at this empty road?” katanya sambil tersenyum nipis, memecah sunyi di balik deruman kenderaan yang lalu sekali sekala.

Andrey bingkas berdiri. Jaket ditanggalkan lalu jaket itu dia selimutkan ke tubuh cikgunya.

“Saya ingat nak balik.” Dia bersandar di palang besi, berdepan dengan cikgunya yang duduk bersilang kaki.

“Cikgu, boleh tak?” Kotak rokok dia keluarkan dari saku.

“Asalkan bukan dalam kereta saya.” Mereka ketawa.

Babak dalam kereta sebelum Aprilia dipulangkan menerjah semula ke fikiran Andrey.
Malam itu terasa lain. Sesuatu terasa melarut dalam udara, cahaya, sunyi.

Percikan pemetik api tak sempat menyala ditewaskan angin yang tiba-tiba menerpa,
serentak dengan sebuah kereta yang meluncur laju di belakang.

Api.
Angin.
Cahaya menyilau.
Deruman.

Tangan Andrey berpeluh. Pemetik api terlerai dari genggaman. Jari-jarinya terasa seperti pernah kehilangan dalam cara yang hampir sama — di tempat yang tidak dikenal, tapi terlalu dekat…
…dalam keadaan yang entah mengapa, terasa lebih genting.

Dia membongkok untuk mencapai pemetik api itu, dan jari mereka bersentuhan. Sejenak, ruang dalam dirinya terbuka sedikit.
Sekilas.

Kilatan cahaya.
Dentuman.
Jeritan.
Asap.
Bau.
Retakan.
Runtuhan.
Dan… wajah —
sepasang mata yang merayu untuk tidak ditinggalkan.

Semua itu berlalu dalam sekelip mata. Tak cukup untuk membina cerita, namun cukup untuk mengganggu tenang yang cuba dia bina malam ini.

“Biar saya cuba.” Cikgu Rina menyambut pemetik api, cuba menghidupkan. Tapi angin bermain-main lalu Andrey letak tangannya di atas tangan cikgu Rina — melindungi api dari angin.

Api menyala. Mata mereka bertaut. Dan entah kenapa, ada sesuatu dalam mata itu yang tidak asing bagi Andrey. Bukan rupa. Mungkin… resonansi.

Malam terasa hening. Dan dalam keheningan itu, Andrey cuba memahami satu perkara —
mengapa renungan mata cikgu Rina terasa begitu dalam malam ini?

Dia lepaskan pandangan ke jalan. Tiada jawapan.

“It’s Saturday night,” bisik cikgu Rina.
“And a night like this should not be wasted.”

Udara lembap menyentuh wajah. Manik-manik kecil jatuh dari langit, perlahan. Larut bersama asap rokok, minyak wangi cikgu Rina menguasai deria bau —
melayangkan ingatan Andrey ke bilik kaunseling dan kelas yang menjadi medan pertempuran.

Tiada kata terucap, hanya membiarkan waktu disentuh sunyi. 

Cikgu Rina seolah-olah cuba menyatukan fikirannya dengan tatapan kosong mata Andrey yang sedang membilang kereta di jalan sepi — cuba membuang dan mengumpul ingatan dalam masa yang sama.

“Dah nak hujan ni. Come…” Tangan Andrey dipegang — lembut tapi pasti — dan dia menurut, dipimpin ke kereta.

“Saya belum dinner lagi,” ujar cikgu Rina perlahan.
“Apa kata kita sambung raikan majlis abah awak… dengan cara kita?”

Andrey tersenyum, mengikhlaskan diri untuk merasa tenang.

“Boleh. Bukan senang nak date cikgu yang berbakat.” Dia berhenti seketika, senyum sambil pandang wajah cikgu Rina agak lama. “Cantik pulak tu…” Bisiknya, antara dengar dengan tidak.

“Awak ni… kadang-kadang charming jugak.” Balas cikgu Rina. Hidung Andrey dicuit. “Awak suka menari?” sambungnya lagi.

“Haha, saya? Menari? Cikgu rasa?”
“Saya rasa awak ada potensi.”
“Kalau cikgu rasa monyet ada potensi… so...”
“Saya belum pernah lagi menari dengan monyet.” Jawab cikgu Rina dalam nada gurauan tapi niatnya tak bernah bergurau.

“So… why not?”

Join The Journey
Comments

Comments [0]