Memuatkan resonansi…

2.1 To Be Continued


Bab 2.1: To Be Continued...

Seorang remaja berambut panjang paras bahu memakai baju biru berdiri di hadapan bangunan sekolah moden dalam suasana senja. Teks di atas imej bertulis “To Be Continued – Suara oleh Ray FL”, dengan petikan yang menekankan bahawa kisah hidup tidak perlu ditulis semula, hanya disambung dari tempat terakhir ia berehat.
Bernafas tanpa rasa salah, 
hadir sebagai diri, bukan siluet...
Itulah kebebasan.

𝄞
“It's exhausting to live like a wanderer chasing the wind, right?”

Terdengar sapaan dari belakang. Puan Asha menghampiri Andrey bersama dua cawan teh panas di tangan. 

“Take it as an advantage to develop skills that can be beneficial, personally and socially. Professionally.” Katanya sambil meletakkan cawan teh tersebut di atas meja. Puan Asha mengerti akan kegelisahan yang mengganggu ruang fikir di celahan hati anaknya itu.

“Rugi rasanya tak explore kampung abah ni dari awal.” Balas Andrey, cuba melencongkan arah perbualan.

“Tak sempat, kan? Sekarang waktu dah sampai. So, how do you find this place?” Wanita berusia lingkungan 45 tahun itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi bertentangan.

Interesting tapi turun naik bukit, sakit sikit la kayuh basikal.”

Senyuman di bibir Puan Asha menyambut jawapan yang diberikan. Senyuman yang membawa satu berita gembira buat Andrey. “Tahun ni dah boleh ambil lesen.”

“Naik basikal tak payah lesen.”
“Tapi kalau motor, taklah sakit turun naik bukit.”
“Seriously?”
“I talked with your dad, and he's on board with getting you a motorcycle.”

Melonjak gembira hati Andrey. Itulah yang dia nanti-nantikan. Anganan untuk memilik sebuah motorsikal kini menghampiri kenyataan. “Aprilia, mak?”

“Anything you wish.” Puan Asha meninggalkan anaknya sendirian melayan fikiran.

Merenung malam, Andrey panjatkan kesyukuran atas kesempatan yang mengajarnya memahami hidup; untuk segala nikmat yang dia kecapi, dan kekurangan yang mendewasakan hati. Dia yakin, kekurangan itulah yang akan membantunya menjadi insan yang lebih utuh.

𝄞
“Hopefully, the kids manage it well. How’s the office? Settled in?”
“Perfect. I can finally grow the business the way I’ve always wanted. Thanks for bringing us back home.”

Tuan Arman meletakkan buku ke sisi bila Asha datang menyertainya di atas katil, mahu menyambung perbualan yang tak pernah terputus sejak dua dekad lalu.

“I love this town. This is where everything started for us. Remember?”

“It’s where I found the best thing that ever happened in my life.” Asha senyum, lalu melentokkan kepala di bahu suaminya, seperti malam-malam awal perkahwinan mereka. SEwaktu dunia cuma milik mereka berdua.

“I’ve been dreaming of this since I fell for you.”

“You do know how to be romantic sometimes,” bisik Asha, matanya mengintai nostalgia yang lama tersimpan.

Sambil membelai rambut Asha, Arman membisik, “it’s an honour to make you happy,” balasnya seolah setiap helaian itu menyimpan doa-doa yang mereka pernah panjatkan bersama.

“I’ve told Andrey about the license and the bike,” ujar Asha sambil menggenggam jari suaminya. “So… for Andy too?”

“Of course,” balas Arman, tenang tapi yakin. “That’s only fair.”
“They’re going to love this,” Asha senyum, seperti sudah nampak cahaya pada wajah-wajah anak mereka.

“Let them explore the world,”
sambung Arman, matanya jauh, seolah sedang menatap horizon. “Take the bikes, chase the wind, sleep under the stars. Lepas O’Level, kalau nak bigger license, earn it. Hopefully, both masuk IB. If rezeki goes overseas, at least they’ll have each other. Blood. Bond.”

“And if they can’t?” Asha bertanya, matanya redup memandang jauh, risau masa depan anak-anaknya terlalu bergantung pada sistem.

“Form Six.” Jawapan diberi, tenang dan tegas tapi tidak memaksa.

“But... there are so many private colleges, universities…” Cuba mengingatkan, bukan kerana mahu membantah, Asha mencadangkan pelan B. Nada seorang ibu yang selalu mahu semua pintu terbuka untuk anaknya.

“They need to understand value before they can truly appreciate life.” Arman berkata perlahan, seperti sedang berbicara kepada masa depan.

“Okay, darling. You’re the boss,” Asha berseloroh, lalu mencium pipi lelaki yang selalu dia percaya. Walau arah mereka kadang berbeza, tujuan mereka tetap sama.

“Macam mana kalau hujung minggu ni kita bawak dioarang keluar? Tunjuk tempat-tempat lama yang kita pernah pergi dulu.” Suaranya penuh harapan, bukan nostalgia semata tapi sebagai tanda, kisah ini belum tamat cuma berehat sebentar sebelum halaman seterusnya dibuka.

I cuti hari tu,” jawab Asha, suaranya senada dengan angin malam yang mengusap tenang.

Good idea. I pun nak jatuh cinta sekali lagi dengan you.” Arman mencuit hidung wanita yang telah menemaninya menjejak ribuan senja. Pelukan berbalas. 

“Syukurlah semua impian kita akhirnya tumbuh subur, satu demi satu.”

Thanks to the amazing woman who’s always had my back,” bisik Arman sambil mengusap rambut isterinya seperti mentari mengusap embun.

“Andrey tu salin awak.”
“Pendiam, suka menyendiri, susah diajak sembang?”
“Minat pada alam, suka merantau, camping... and ya, termasuklah semua yang awak cakap tu.”

Arman tergelak kecil, mengemaskan pelukan. 
“Minat dia pada seni dan muzik, itu dari awak. Anak-anak kita... they are mazing.”

Lampu tidur dipadam. Gelap mengambil alih, tapi hati mereka tetap terang.

“Ya. Memang luar biasa.” Arman mula mencium wajah isterinya, penuh kasih.
“Tapi sayang… empat dah cukup kot.” Asha ketawa perlahan. 
“Maybe... but I can’t get enough of you.”

𝄞

Tasik Biru College atau lebih dikenali dengan panggilan TBC, menempatkan pelajar dari menengah rendah samapi menengah tinggi. Kolej ini turut menawarkan program A-Level.
Dan dari langkah pertama Andrey menjejakkan kaki ke sini, dia tahu, ini bukan sekolah biasa.

Apa yang paling melegakan, TBC memberi kebebasan berpakaian. Bagi Andrey, ini bukan soal gaya. Ini soal nafas. Pakaian perempuan, baginya, adalah topeng. Dan memakai topeng sama seperti mengurung diri dalam kulit yang bukan miliknya.

Dia mahu bebas. Bebas menjadi dirinya sendiri. Tidak dikongkong oleh peraturan ciptaan manusia. Peraturan yang tak pernah peduli apa yang terkandung dalam dada.

Namun, di sebalik kebebasan itu, Andrey akui satu hakikat:
Seragam itu simbolik.
Di sekolah lama, seragam menyamakan yang miskin dan kaya. Tiada beza antara kasut lusuh dan kasut baru.
Tapi di kolej berprestig seperti TBC, kain yang membalut tubuh adalah isyarat; siapa dari banglo. Siapa dari rumah pangsa. Siapa makan roti jenama. Siapa makan lempeng semalam.

Seorang staf mengiringinya ke kelas baharu. Amanda ke Tingkatan Dua. Anis pula dihantar mak ke sekolah rendah yang berkongsi nama tapi lain atap.

Ketukan perlahan. Semua mata berpaling. Sunyi sejenak. 

“Selamat datang,” ucap seorang guru lelaki dengan nada ramah. 
“Saya guru kelas ini, Cikgu Izlan.”

Ini ritual yang paling dia benci — memperkenalkan diri di depan kelas. Tapi entah kenapa, kali ini terasa lain. Nafasnya lebih ringan. Tubuhnya tak lagi dikurung pakaian yang tak sudi dia pakai. Tak ada lagi kain yang merantai.

Dia rasa lebih dekat pada dirinya sendiri walau masih canggung, masih diburu mata-mata yang seakan menilai dalam diam.

Okay ke baju aku ni? Terlalu biasa? 

Dia angkat muka, pandang sekilas ke wajah-wajah baru depan mata yang menunggu dia memperkenalkan diri. Mereka kelihatan penuh gaya, penuh jenama. 

Dia? Cuma seluar jeans lusuh dan t-shirt biru langit. Rambut diikat ala kadar. 

Hatinya membisik: 
Lantaklah. Aku bukan datang untuk bergaya. Aku datang untuk jadi aku.

“Pekan Mutiara tu… lebih kurang 500 kilometer dari sini, kan? Jauh. Pekan kecil je, kalau saya tak silap.” Suara Cikgu Izlan ramah. 

“Betul, cikgu.” Jawab Andrey dengan tenang.

“Saya pernah ke sana. Cantik. Hidup. So… apa yang bawa awak ke situ?”

“Ayah saya ditugaskan di sana.” Suara Andrey terbit perlahan, seperti kabus pagi yang malu menyingkap bukit.

“Wah… mesti orang besar tu.” Cikgu Izlan senyum, nada berseloroh tapi mata menyelidik.

Andrey hanya membalas dengan senyuman kecil, lalu sebaris kalimat keluar dari dadanya sebagai pengakuan penuh makna. “Terusan Tasik Biru… tempat asal saya.” Nafas bangga dihembus. 

I see. Welcome home, then! Well, awak cakap tadi hobi awak melukis. Kalau berminat, boleh join Kelab Seni. Saya boleh bawak awak jumpa presiden Kelab Seni dan Kebudayaan, cikgu Fairuz.”

That's great. Terima kasih, cikgu.”

No problem. Sila ambil tempat duduk.” Balas guru yang mengajar matapelajaran Sejarah itu.

 Mata Andrey mula mengimbas sekeliling kelas, cari tempat yang sesuai, tempat pilihannya di mana saja; belakang kelas. Dia berjalan ke lorong kiri dan satu suara menegur mesra.

“Sini kosong.” Senyum manis dilempar. Pelajar perempuan itu menarik kerusinya sedikit ke tepi, memberi ruang. Auranya bersahaja, tapi cukup memanggil.

“Arni.” Dia menghulurkan tangan.

“Andrey.” Jabat tangan dibalas. Debar terasa sedikit reda.

“Tadi dah kasi tau.” Arni ketawa. “Welcome to TBC. You know what it actually stands for?
“Tasik Biru College. Obviously?

Arni tersengih menampakkan sebarisan giginya yang dikemaskan pendakap. “Tak.”

“Habis tu?”
“To be continued.” Baris itu mencuri senyum dari bibir Andrey sekaligus memunggah resah keluar dari fikiran.

Mungkin, di sekolah ini, dia tak perlu lagi mulakan dari kosong. 
Tak perlu bercerita semula dari bab pertama. 
Mungkin di sini, hidupnya hanya perlu disambung dari tempat ia terhenti. 

Dadanya lapang, tak rasa dikejar baik oleh masa mahupun dosa. 
Tak rasa perlu menyorok dari siapa-siapa. 
Di sini, ketika ini, dia semakin faham bahawa hidup, akan terus to be continued.

Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]