2.1 To Be Continued
Bab 2.1: To Be Continued...
![]() |
| Bernafas tanpa rasa salah, hadir sebagai diri, bukan siluet... Itulah kebebasan. |
Terdengar sapaan dari belakang. Puan Asha menghampiri Andrey bersama dua cawan teh panas di tangan.
“Take it as an advantage to develop skills that can be beneficial, personally and socially. Professionally.” Katanya sambil meletakkan cawan teh tersebut di atas meja. Puan Asha mengerti akan kegelisahan yang mengganggu ruang fikir di celahan hati anaknya itu.
“Rugi rasanya tak explore kampung abah ni dari awal.” Balas Andrey, cuba melencongkan arah perbualan.
“Tak sempat, kan? Sekarang waktu dah sampai. So, how do you find this place?” Wanita berusia lingkungan 45 tahun itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi bertentangan.
“Interesting tapi turun naik bukit, sakit sikit la kayuh basikal.”
Senyuman di bibir Puan Asha menyambut jawapan yang diberikan. Senyuman yang membawa satu berita gembira buat Andrey. “Tahun ni dah boleh ambil lesen.”
“Tapi kalau motor, taklah sakit turun naik bukit.”
“Seriously?”
“I talked with your dad, and he's on board with getting you a motorcycle.”
Melonjak gembira hati Andrey. Itulah yang dia nanti-nantikan. Anganan untuk memilik sebuah motorsikal kini menghampiri kenyataan. “Aprilia, mak?”
“Anything you wish.” Puan Asha meninggalkan anaknya sendirian melayan fikiran.
Merenung malam, Andrey panjatkan kesyukuran atas kesempatan yang mengajarnya memahami hidup; untuk segala nikmat yang dia kecapi, dan kekurangan yang mendewasakan hati. Dia yakin, kekurangan itulah yang akan membantunya menjadi insan yang lebih utuh.
“Perfect. I can finally grow the business the way I’ve always wanted. Thanks for bringing us back home.”
Tuan Arman meletakkan buku ke sisi bila Asha datang menyertainya di atas katil, mahu menyambung perbualan yang tak pernah terputus sejak dua dekad lalu.
“I love this town. This is where everything started for us. Remember?”
“It’s where I found the best thing that ever happened in my life.” Asha senyum, lalu melentokkan kepala di bahu suaminya, seperti malam-malam awal perkahwinan mereka. SEwaktu dunia cuma milik mereka berdua.
“I’ve been dreaming of this since I fell for you.”
“You do know how to be romantic sometimes,” bisik Asha, matanya mengintai nostalgia yang lama tersimpan.
Sambil membelai rambut Asha, Arman membisik, “it’s an honour to make you happy,” balasnya seolah setiap helaian itu menyimpan doa-doa yang mereka pernah panjatkan bersama.
“I’ve told Andrey about the license and the bike,” ujar Asha sambil menggenggam jari suaminya. “So… for Andy too?”
“Of course,” balas Arman, tenang tapi yakin. “That’s only fair.”“They’re going to love this,” Asha senyum, seperti sudah nampak cahaya pada wajah-wajah anak mereka.
“Let them explore the world,” sambung Arman, matanya jauh, seolah sedang menatap horizon. “Take the bikes, chase the wind, sleep under the stars. Lepas O’Level, kalau nak bigger license, earn it. Hopefully, both masuk IB. If rezeki goes overseas, at least they’ll have each other. Blood. Bond.”
Tasik Biru College atau lebih dikenali dengan panggilan TBC, menempatkan pelajar dari menengah rendah samapi menengah tinggi. Kolej ini turut menawarkan program A-Level.
Dan dari langkah pertama Andrey menjejakkan kaki ke sini, dia tahu, ini bukan sekolah biasa.
Apa yang paling melegakan, TBC memberi kebebasan berpakaian. Bagi Andrey, ini bukan soal gaya. Ini soal nafas. Pakaian perempuan, baginya, adalah topeng. Dan memakai topeng sama seperti mengurung diri dalam kulit yang bukan miliknya.
Dia mahu bebas. Bebas menjadi dirinya sendiri. Tidak dikongkong oleh peraturan ciptaan manusia. Peraturan yang tak pernah peduli apa yang terkandung dalam dada.
Seragam itu simbolik.
Seorang staf mengiringinya ke kelas baharu. Amanda ke Tingkatan Dua. Anis pula dihantar mak ke sekolah rendah yang berkongsi nama tapi lain atap.
Ketukan perlahan. Semua mata berpaling. Sunyi sejenak.
Ini ritual yang paling dia benci — memperkenalkan diri di depan kelas. Tapi entah kenapa, kali ini terasa lain. Nafasnya lebih ringan. Tubuhnya tak lagi dikurung pakaian yang tak sudi dia pakai. Tak ada lagi kain yang merantai.
Okay ke baju aku ni? Terlalu biasa?
“Pekan Mutiara tu… lebih kurang 500 kilometer dari sini, kan? Jauh. Pekan kecil je, kalau saya tak silap.” Suara Cikgu Izlan ramah.
“Betul, cikgu.” Jawab Andrey dengan tenang.
“Saya pernah ke sana. Cantik. Hidup. So… apa yang bawa awak ke situ?”
“Ayah saya ditugaskan di sana.” Suara Andrey terbit perlahan, seperti kabus pagi yang malu menyingkap bukit.
“Wah… mesti orang besar tu.” Cikgu Izlan senyum, nada berseloroh tapi mata menyelidik.
Andrey hanya membalas dengan senyuman kecil, lalu sebaris kalimat keluar dari dadanya sebagai pengakuan penuh makna. “Terusan Tasik Biru… tempat asal saya.” Nafas bangga dihembus.
“I see. Welcome home, then! Well, awak cakap tadi hobi awak melukis. Kalau berminat, boleh join Kelab Seni. Saya boleh bawak awak jumpa presiden Kelab Seni dan Kebudayaan, cikgu Fairuz.”
“That's great. Terima kasih, cikgu.”
“No problem. Sila ambil tempat duduk.” Balas guru yang mengajar matapelajaran Sejarah itu.
Mata Andrey mula mengimbas sekeliling kelas, cari tempat yang sesuai, tempat pilihannya di mana saja; belakang kelas. Dia berjalan ke lorong kiri dan satu suara menegur mesra.
“Sini kosong.” Senyum manis dilempar. Pelajar perempuan itu menarik kerusinya sedikit ke tepi, memberi ruang. Auranya bersahaja, tapi cukup memanggil.
“Arni.” Dia menghulurkan tangan.
“Andrey.” Jabat tangan dibalas. Debar terasa sedikit reda.
“Tasik Biru College. Obviously?”
Arni tersengih menampakkan sebarisan giginya yang dikemaskan pendakap. “Tak.”
“To be continued.” Baris itu mencuri senyum dari bibir Andrey sekaligus memunggah resah keluar dari fikiran.
Mungkin di sini, hidupnya hanya perlu disambung dari tempat ia terhenti.

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!