Bab 5.0: The Boring College
![]() |
| Ada kawan ajar kita ketawa. Ada yang pergi untuk ajar rindu. Dan ada yang datang untuk ajar kita jadi dewasa. |
“Hello, sweetie.”
“Welcome to TBC — The Boring College. Jom, I bawak you jumpa The Chicks.”
Semester baru menumbuhkan satu keazaman dalam hati Andrey; keazaman untuk menjadi versi terbaik dirinya, baik dari sudut pelajaran mahupun peribadi.
Semangat itu semakin berkobar setiap kali wajah cikgu Sophia bermain di mata. Dia mahu buat cikgu Sophia bangga, sebagai guru dan mungkin lebih daripada itu.
Duduk memerhati dari atas motor, dia berkira-kira, nak bersarapan di kafeteria atau di tempat biasa?Azam yang baru tumbuh dalam dada memberinya jawapan. Dia pilih untuk ke kafeteria.
Tetap meja paling terpencil juga yang dia cari.
Meja itu... meja pertama kali dia dan Cikgu Sophia berkongsi kopi dan sandwich.
Meja itu, tempat dia melihat drama pagi warga TBC.
Seperti selalu, tiada apa yang menarik selain kopi yang dihirup dan nasi lemak yang mengisi perut.
Sunyi di pagi hari terpecah dengan kemunculan gelak tawa dari sekumpulan gadis yang datang memenuhi meja bersebelahan.
Rosy and The Chicks.
Cantik. Bergaya. Melebih-lebih.
Apa saja nama yang mereka pakai, bagi Andrey, tetap satu benda — keterlaluan. Macam sengaja nak tarik perhatian seisi alam.
Keriuhan gadis-gadis itu mengajak mata Andrey mengerling sesekali. Dan dia perasan, pagi tu Rosy and The Chicks nampaknya dah menambah ahli. Seseorang yang lebih senyap daripada yang lain. Hanya mendengar. Kadang-kadang tersenyum kecil. Tanpa sengaja, lama mata Andrey tertancap di meja sebelah. Mungkin sedar diperhati, sekuntum senyuman dihantar.
Dan Andrey membalas. Kemudian cepat-cepat dia mengalihkan mata ke cawan kopi. Asapnya semakin nipis, naik ke atas dan hilang dalam udara.
Seketika kemudian, seorang lagi ahli kumpulan datang. Andrey kenal gadis itu. Sue. Antara mereka semua, Sue boleh dikatakan yang paling cantik, paling menyerlah. Kalau Rosy, selaku ketua. Sue tak datang sendiri. Dia bawa seseorang. Wajah baru yang tadi dia nampak di parkir. Seseorang yang macam dirinya — androgini. Dalam TBC, orang macam dia boleh dikira dengan jari.
Jejaka itu mencium pipi setiap gadis sebelum duduk di sebelah gadis yang tersenyum padanya tadi.
Rancak mereka berbual, ketawa demi ketawa bergegar.
Apalah yang lucu sangat agaknya?
Bosan, Andrey capai beg, ayun kaki, ingin membawa diri ke belakang dewan — tempat kegemarannya. Tempat yang pernah cikgu Rina labelkan sarang ular.
Tapi baru separuh tangga, cikgu Sophia muncul. Senyuman kecil di wajah gadis itu mematikan langkah Andrey dengan segera.
“Morning, Andrey.”
Mendung pagi serta-merta bertukar terang apabila gadis idaman menyapa, membawa sinar matahari. Bunga-bunga di seluruh muka bumi turut berkembang segar mekar bila suaranya memenuhi ruang.
“Selamat pagi cikgu. Cikgu apa khabar?”
“Saya baik-baik je. Awal awak hari ini? Sihat ke?”
“Demam, cikgu.”
“Ada je jawapan awak ni.”
Tangan cikgu Sophia penuh menjinjing dua beg kertas dan beberapa fail. Segera Andrey mencapai ke dua buah beg tersebut. Tak sampai hati tengok awek sendiri angkut barang banyak-banyak macam tu.
“Berat gila. Apa dalam ni? Tengkorak?” Andrey sengih. Seperti selalu, lawak bodoh dia, ketawa manis cikgu Sophia.
“Tulang berat ye?”
“Ye ke tengkorak ringan?”
“Dah tinggal tulang. Mana ada isi.”
“Ye tak ye jugak. Padanlah tulang ayam ringan.”
Gurauan itu disambut ketawa besar cikgu Sophia dan mesra tawa mengiringi perbualan mereka hingga kaki menjejak makmal.
“Terima kasih.” Fail-fail di tangan diletakkan ke atas meja. Andrey menurut dengan meletak sama ke dua beg yang diangkutnya tadi.
“Cikgu punya pasal, anytime. Cakap je bila, camne, kat mana cikgu suka. Tanpa alasan semua saya sanggup buat.” Dengan bangganya dia memberi keizinan untuk diri diperhambakan. Sedia berkhimat dengan cekap, mesra dan betul untuk mengisi apa saja permintaan gadis yang perlahan-lahan menjajah perasaan.
Mungkin selesa atau gembira mendengar apa yang diperdengarkan, senyuman cikgu Sophia melebar sampai ke mata.
Renungan yang seolah-olah berhasrat untuk memperdalamkan sejenis perasaan.
Renungan yang buat Andrey perasan.
Ahh… Lantaklah… Perasan ke apa, yang aku tau aku nak dia.
Dan apa yang penting bagi Andrey, dia diwajibkan hati untuk membalas tatapan cikgu Sophia dengan penuh keberanian.
Rindu…
Ingin saja dia ceritakan tepat di telinga wanita tersebut tentang kerinduannya. Tapi sayang, cikgu Sophia mengalihkan pandangan. Mungkin apa yang dia nampak tak begitu merangsang otak.
“Awak dah buat keputusan ke pasal nak tukar subjek tu?”
“Belum.” Andrey berterus terang. Sepanjang cuti semester malas dia nak bebankan otak memikir tentang sekolah. Pertanyaan yang cikgu Sophia bangkitkan dah membawa kembali wajah cikgu Rina ke mata. Ada keluhan kecil terhembus dari dada.
“Saya faham kalau awak perlu masa untuk fikir hal ni dalam-dalam. Tapi Andrey, awak pun kena faham, masa tak tunggu kita.”
“Faham, cikgu.”
Baru je dia nak rasa seronok, baru je nak kuatkan semangat untuk bisikkan I miss you, dah kena bebel.
Kalaulah ada keberanian, akan dia tutup pintu rapat-rapat, kunci. Kat situ, dalam makmal tu jugak dia akan peluk, cium dan meluahkan perasaanya. Dia nak sampaikan terus ke hati cikgu Sophia betapa geramnya dia, betapa rindu dan sayangnya dia. Tapi tak mungkin itu terjadi… Mustahil.
“Jaga diri.”
Dia tinggalkan Cikgu Sophia di makmal, cepat-cepat mencari Linda.
𝄞
Linda yang suka menocangkan rambut itu memang handal dalam ekonomi. Seorang yang business-minded, sebab itu ekonomi sangat serasi dengan dia.
Macam Kak Zu dulu, Linda memahami Andrey dan kemesraan kecil itu membentuk rasa percaya tanpa dipaksa. Masing-masing tak kekok untuk berkongsi masalah.
Bagi Andrey, Linda pendengar yang baik. Dan di seluruh institusi ini, selepas Arni, Linda-lah satu-satunya manusia yang layak dia gelar kawan.
Seketika, aura Arni terasa melintas di bahu. Andrey toleh ke kiri.
Aku pun rindu kau, Arni.
Andrey teringat perbualan mereka di telefon malam tadi. Dia bercerita tentang cikgu Rina dan ekonomi. Cikgu Sophia dan biologi. Arni pula bercerita tentang kehidupannya di kampus, tentang pelan dan model-model bangunan. Tentang kawan-kawan baru. Bila ditanya jika dah ada jumpa yang istimewa, Arni menjawab, “tak jumpa yang sama macam kau.”
Suara Linda yang nyaring menggugah lamunan. “Awal-awal kau tak nak bagi. Ni dah due baru terhegeh-hegeh.” Bebel Linda.
Satu bungkusan Andrey hulurkan — sebungkus rasuah untuk si montel, sempat dia beli selepas meninggalkan makmal biologi tadi.
“Macam manalah Cikgu Rina tu tak hangin dengan kau. Nasib dia tak azan terus kat telinga kau tu!” Linda menyambung bebelannya.
“Azanlah cepat, nak iqamat pun boleh.”
Linda menolak pipi Andrey. Sikit pun Andrey tak kisah, tak ambil hati, sebab jelas perasaan gembira terpancar dimuka kawannya yang bulat itu bila melihat donut dalam bungkusan. Dengan penuh selera, Linda menyumbat donut ke mulut.
“Berapa?” Sebenarnya Andrey tak pernah buat kerja macam ni. Biasanya dia hanya meminta tunjuk ajar Linda tapi kali ni dia terdesak sangat. Masa suntuk. Sendiri punya salah.
“Setan kau, Andrey.” Linda tumbuk lengannya, tak puas hati. “Nak esok ke, Jumaat?”
“Sakitlah… Kau tu dahlah besar macam ahli sumo.” Andrey menggosok-gosok lengan sendiri.
Linda tersengih. Donut di tangan dia cubitkan sedikit dan dihulurkan ke mulut Andrey. Andrey memalingkan mukanya. Buat-buat tak nak. Tapi dia nganga, tadah mulut. Donut masuk dalam mulut, turun ke perut.
Linda ketawa seakan mendengar spekulasi di hati Andrey. Sisa-sisa donut dicicah pula dalam kopi sebelum dia sumbatkan ke dalam mulut dan mengunyahnya penuh nikmat.
“Hmm... Kau rasa kalau Jumaat singa tu mengaum tak?” Tanya Andrey. Matanya melirik sikit ke tepi, menuding dengan kepala, ke arah cikgu Rina yang dah duduk di sebelah cikgu Sophia di meja hujung berhadapan dengan cikgu Izlan dan cikgu Fizi.
“Tak la… Kalau hari Jumaat, tak lah kau tergesa-gesa sangat. Lagi padu assigment tu. Esok macam rush sangat takut nanti ntahape kau tulis. Buat cincai- cincai. Dah la mahal.”
“OK, OK... Jangan tumbuk lagi. Jumaat, OK. Aku memang kena berjimat, nak kumpul duit. Nak belanja cikgu Rina makan nasik minyak.”
“Busy apa? Membuta?” Linda menolak bahu Andrey. “Cikgu Rina tu... bagus. Aku suka cara dia ngajar. Relaks je.”
“Yang menggelabah tu engkau.”
“Hmm.. lagi?”
“Tak de lagi... esok 70. Jumaat siap, collect sendiri kat sini. Tapi kau tau kan, cikgu Rina nak tugasan ni hari ni atas meja dia...”
“Tau…”
“Takde masalah carik masalah.”

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!