10.1 Siapa Aku?
Bab 10.1: Siapa Aku?
![]() |
| Bahaya, bila kau sandar harapan pada orang yang tak pernah berjanji. |
𝄞
Hari ini, ada dua perkara yang buat hati Andrey berbunga. Bukan Sophia. Bukan Rina. Dan itu sendiri sudah cukup untuk membuat dia tersenyum. Bersama secawan teh di tangan kanan dan sekeping surat di tangan kiri, dia duduk di balkoni bilik tidur, memandang ke lembah Terusan Tasik Biru.
Aman.
Perbualan dengan Arni sekejap tadi dah meringankan hatinya yang sarat dengan kerinduan.
“Cuti nanti, aku nak TTB. Jumpa kau, rindulah…”
“Cuti nanti, aku nak TTB. Jumpa kau, rindulah…”
Kata-kata Arni berputar di kepala. Hatinya terasa lebih rindu dan rindu semakin menebal bila surat di tangan dibaca lagi.
Kak Zu. Dia sertakan beberapa keping gambar. Nampaknya hati Kak Zu dah dikongsi dengan seseorang yang kelihatan amat sepadan dengannya. Dalam diam, Andrey panjatkan doa — semoga perjalanan Kak Zu dipermudahkan dan hatinya sentiasa dipelihara.
Surat di selitkan bawah pasu. Teh dihirup. Hatinya jauh melayang ke Pekan Mutiara. Surat Kak Zu mengajak dia membuka lembaran lama. Ke Sekolah Menengah Seri Mutiara.
“Budak-budak dah kecoh pasal surat cinta yang kau bagi kat Angel tu, tau?” Tanpa salam, Ziana terus menyergah ketika Andrey melangkah keluar kelas. “Kau tak takut dosa ke?”
Kening Andrey terangkat sedikit. “Angel?” Dia ketawa kecil. “Pasal puisi tu?”
Ziana menyeringai sinis. “Surat cinta. Puisi. Tak kisahlah kau panggil apa, cinta sejenis tetap dosa. Dosa besar.” Ayat itu menerjah telinganya macam awan kelabu yang membawa hujan.
Andrey balas tenang. “Bercinta ke aku dengan Angel?” Dia ketawa kecil. “Apa salahnya aku kongsi puisi? Dia suka. Seni pun dosa ke?”
Ziana terdiam. Andrey terus melangkah, malas nak layan. Dia tahu apa dia tulis. Dia tahu apa dia beri. Angel pun tahu apa yang dia terima. Namun laungan Ziana menahan langkahnya.
“Aku malu dengan kau! Tengoklah diri kau... siapa je yang suka kat kau? Aku! Aku je yang sanggup nak berkawan dengan kau! Angel? Huh! Dah tak ada lelaki dalam dunia ni?”
Andrey berpaling sedikit, suara masih tenang. “Puisi dalam bentuk surat... terus orang panggil surat cinta. Pandai. Memang aku suka Angel. Dia suka puisi aku. Kalau dia suka aku balik… apa masalahnya? Kau cemburu?” Dia tak tunggu jawapan. Langkah diteruskan bersama hati sedikit ringan dan semakin teguh.
Surat merah jambu berbahasa tajam menanti di bawah mejanya pada keesokan pagi. Tulisan tangan Ziana — kemas, bulat-bulat hurufnya seolah mengukir hukuman dalam wahyu.
Dia tak marah. Tak juga sakit hati. Cuma… kosong.
Aku tak mahu bersubahat dengan dosa. Selamat tinggal.
Dia senyum kecil. Tak kecewa. Tiada rasa kehilangan.Cuma... bebas. Dunia terlalu cepat melabel, tapi terlalu lambat memahami seperti mana lambatnya masa berlalu di sekolah pada hari itu.
Andrey bertemu Kak Zu pada sebelah petangnya. Bercerita tentang hal sekolah, hal sawah dan akhirnya Andrey serahkan surat Ziana.
“Saya dapat surat cinta pagi tadi...” Andrey hulurkan surat.
“Ini surat putus cinta ni.” Kak Zu geleng kepala, senyum sinis. Surat dibaca sampai habis. “Suka cari perhatian? Apa maksud dia?”
Kedengaran suara Kak Zu dari sisi kenangan, sewaktu mereka duduk di tepi sawah, makan nasi berlauk ikan sepat masin buatan Kak Zu. Angin membelai hujung rambut Andrey. Suasana kampung terasa lapang.
“Rajin dia tulis surat... Tapi sayang, tak cukup puitis.” Kak Zu lipat surat, masukkan semula dalam sampul. “Kalau dunia ni ada satu jenis manusia je, kau rasa hidup manusia jadi indah ke pelik?”
“Life will be boring.” Andrey menggeleng tapi bibir mengukir senyum. Matanya redup pandang muka Kak Zu.
“Kau tak fake, dik. Yang kau bagi, itulah yang kau rasa. Yang kau tulis, itulah yang kau fikir. Jujur dan itulah yang orang tak suka.”
“Saya tak malu jadi diri sendiri. Tapi bila orang buat saya rasa tak layak jadi manusia… That hurts the most.”
Kak Zu pandang wajah Andrey lama-lama. “Kalau kau tak layak, tak siapa pun tak layak. Semua orang pun nak hidup cara masing-masing, kan?”
Andrey mengangguk. “Betul…” Jawabnya, berbisik perlahan.
“Jangan kau kumpul kata-kata orang tu jadi kitab. Hati sendiri pun kadang-kadang menipu, apatah lagi mulut orang.”
Andrey telan nasi pelan-pelan. “Saya penat.”
“Orang mati je tak penat.”
Selesai makan, Kak Zu hulur tangan.
“Jom naik motor. Kita pergi sungai… berenang dalam air. Bukan dalam airmata.”
Di tengah kegelapan hidup, kata-kata itulah bintang. Andrey bangkit. Hati terasa lapang walau dunia kadang-kadang terasa sempit.
Kau bukan dosa. Kau bukan silap.
Bukan kecacatan. Kau cuma Andrey.
Dan itu pun dah cukup untuk buat aku sayang.
Kata-kata itu Zulaikha tanam jauh di dalam hatinya
𝄞
Meriah suasana kafeteria dengan bunyi pinggan berlaga, hiruk-pikuk pelajar yang belum sempat menyiapkan kerja rumah, dan suara guru-guru bercanda. Tapi semua itu hanya latar belakang bagi hati yang sedang menahan tsunami kecil.
Andrey duduk di sudut meja, menanti Jacques yang belum muncul-muncul. Pandangannya kosong, meleret-leret ke seluruh ruang. Satu per satu wajah-wajah biasa melintas, tapi dia hanya menanti satu — wajah yang tak pernah hilang dari mimpi.
Dan bagai doa yang terjawab, satu suara memanggil nama satu nama. Cikgu Fizi melintas depan mata. Mukanya tersenyum memandang ke depan. Andrey toleh ke belakang, nak memastikan senyuman itu benar-benar untuk nama yang dilaung.
Betul.
Sophia. Muncul dengan senyum yang sentiasa sama — tenang, manis, mematikan segala kekusutan.
Namun senyum itu bukan untuk dia.
Kedua-dua guru tersebut melangkah seiringan, dan kemesraan mereka seperti pasangan yang sudah lama saling tahu isi hati.
“Sorry, I’m late. Dah breakfast?”
“Belum.”
“Jom. Semua yang you mintak, dah I sediakan.”
“Jom. Semua yang you mintak, dah I sediakan.”
Ayat itu bagai kaca yang terbenam ke dada Andrey.
Hati mengetap. Tangan mencekam sudu. Bahu terasa sejuk. Mata mengekori langkah mereka yang duduk tidak jauh dari situ. Ketawa kecil Sophia membingitkan telinga. Cara dia menyandarkan dagu di tangan sambil mendengar cikgu Fizi bercakap — Andrey selalu bermimpi, dia akan direnung seperti itu.
Senyuman yang pernah jatuh padanya, kini dimiliki orang lain dan dia hanya mampu menjadi penonton dari sudut sepi itu.
Siapa aku ni? Dia bertanya kepada hati.
Sekadar pelajar. Sekadar pemuja dari jauh. Sekadar angin lalu. Logik tolong menjawab.
Sekadar pelajar. Sekadar pemuja dari jauh. Sekadar angin lalu. Logik tolong menjawab.
Dia tahu dia tak patut rasa begini. Tapi siapa yang dapat kawal hati?
Andrey mengalihkan pandangan. Tapi suara tawa Sophia tetap mengejar. Dadanya sesak, tekak terasa perit seperti tangisan yang ditahan. Hati mengajak dia bangun dan pergi tapi kaki berat. Lalu dia menunduk pandang ke dalam diri, cuba memujuk hati dan berpura-pura tak peduli.
Beberapa minit kemudian, Jacques tiba dengan wajah ceria. “Oi, kau kenapa? Muka masam macam cuka getah.” Jacques panjangkan leher, macam CCTV — cuba scan sekeliling kafeteria. Matanya berhenti di satu sudut. Dia senyum. Faham.
“Jom... tempat biasa. Bising sangat sini.”
Andrey bangun. Sudu jatuh ke pinggan. Bunyinya cukup nyaring untuk menamatkan pagi yang dingin.
Belakang bangunan sunyi, macam biasa. Tempat paling jauh dari suara cikgu, paling jauh dari jelingan manusia.
Jacques duduk atas tangga simen, nyalakan sebatang rokok dan hulur satu lagi kepada Andrey. Tapi Andrey geleng. Hari ni, nikotin pun tak sekuat rasa kecewa yang lebih menyesakkan dada.
“Sophia dengan Fizi tu...” suara Andrey pecah sedikit di hujung.
Jacques tak toleh. Dia tahu, itu bukan ayat. Itu luka yang baru berdarah. “Aku nampak,” sambung Andrey perlahan. “Macam... ada something.”
Asap rokok Jacques naik perlahan. Dia ketawa pendek, sinis tapi bukan menyindir. Lebih kepada, aku dah agak.
“Relakslah. Kawan je tu.”
“Kawan apa? Siap tarik kerusi, senyum-senyum. Aku nampak cara diorang pandang...”
“Kawan apa? Siap tarik kerusi, senyum-senyum. Aku nampak cara diorang pandang...”
Jacques geleng. “Kalau betul pun... so what? Kau nak claim Sophia tu milik kau?”
“Bukan... entah.” Andrey tunduk. “Aku cuma nak rasa ada harapan.”
Jacques bangun dan berdiri depan Andrey. “Kau nak aku jujur?”
“Cakap je lah…”
“Kau dalam bahaya.”
“Hah?”
“Bahaya, bro, bila kau sandar harapan pada orang yang tak pernah berjanji.”
“Kau dalam bahaya.”
“Hah?”
“Bahaya, bro, bila kau sandar harapan pada orang yang tak pernah berjanji.”
Dada Andrey makin sendat. Tapi Jacques belum habis.
“Kau nak dia. Kau sayang, kan? Tapi perasaan kau tu, kalau tak dibalas, kalau dibiar terlalu lama, boleh jadi racun. Dia akan makan kau dari dalam. Buat kau pertikai semua benda, termasuk diri kau sendiri.”
Angin meniup rambut Andrey ke tepi. Langit pun kelam, macam nak hujan.
“Aku tahu aku bukan siapa-siapa,” Katanya tulus dari dalam. “Aku… tak sesuai. Sophia cantik, pandai. Ramai lelaki boleh offer dia dunia. Aku nak offer apa? Mimpi?”
Jacques lempar puntung, pijak perlahan. “Kau dah offer something larger than that. Kau je tak sedar.”
“Apa? Jadi best student dia?”
“Kejujuran. Kesungguhan. Jiwa.”
“Cukup ke tu?”
“Kalau tak cukup, then she's not for you.”
“Kejujuran. Kesungguhan. Jiwa.”
“Cukup ke tu?”
“Kalau tak cukup, then she's not for you.”
Sunyi mengambil tempat. Bunyi kipas ekzos dari dapur kafeteria pun kedengaran lebih kuat dari biasa. Di celah hening itu, Jacques selitkan ayat yang buat Andrey senyum.
“Kalau kau nak, aku boleh try tackle Sophia. Biar kita sama-sama kecewa, at least kita boleh meratap sama-sama. Aku bawa syair, kau bawa gitar. Kita buat band.”
Andrey ketawa kecil. “Bodoh.”
“Kalau kau menangis lagi pasal dia, aku sumbat kau dalam bonet kereta mak aku. Pastu aku benamkan kat dasar Tasik Biru.”
Andrey ketawa, tapi dalam hati, satu ruang terbuka untuk mengerti —
bukan semua perasaan layak dimiliki. Ada yang cukup hanya dirasai.
bukan semua perasaan layak dimiliki. Ada yang cukup hanya dirasai.
Dan dia masih belum bersedia untuk melepaskannya.

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!