12.1 Schrödinger’s Cat
Bab 12.1 Schrödinger’s Cat
![]() |
Thanks for the headache. |
Di tepi tingkap perpustakaan yang tak selalu diriuhi pengunjung itu, Lisa duduk bersendirian, tenggelam dalam dunia astronominya, ditemani buku-buku atas meja.
Andrey yang baru tiba di perpustakaan teragak-agak untuk mendekati. Nak tegur, tak berani. Tak ada idea nak cakap apa. Tapi kalau tak tegur, rasa rugi. Lagipun macam biasa, tujuan dia ke situ hanya untuk memulangkan buku dan meminjam buku baru. Kalau ada mood barulah dia akan duduk membaca atau buat kerja.
Namun bila terkenangkan kemesraan antara cikgu Sophia dan cikgu Fizi pagi tadi, dia terpanggil untuk mencuba. Hati terasa kosong. Dan kosong itu minta diisi.
Mungkin Lisa sesuai dengan aku, siapa tau? Lalu dia mengarahkan kaki untuk mendekati gadis itu.
Tapi aku tak menganggu ke? Ada bunyi keraguan keluar dari suara di kepalanya.
Tak payah fikir... Pergi je tegur, ajak minum. Tak kenal macam mana nak jatuh cinta? Balas suara dalam dada.
Dia patuh. Akal pun tak cakap banyak, seakan turut bersetuju bahawa melupakan cikgu Sophia adalah satu tindakan yang wajar demi menjaga kesihatan hati dan kewarasan fikiran.
Kini dia dah pun berdiri di belakang Lisa. Go for it. Be confident.
“Tekun betul,” separuh berbisik, dia menyapa dari belakang.
Lisa yang khusyuk mentelaah mengurut dada. “Andrey…”
Riak terkejut di wajah Lisa mebuat Andrey tertawa. “Kusss semangat…” Katanya, mengusik. “Sorry… Boleh saya teman, kalau awak tak ada teman?”
“Yelah, sini mana boleh buat bising.”
Lisa senyum. Tanpa banyak kata, dia meneruskan kerjanya.
“Busy sangat nampak…”
“Almost done. Jap erk…”
“Kita pergi minum, nak?”
“Minum? Hmm… Saya kena inform mama dulu.”
Alahai… Mama lah pulak… Kalau dengan cikgu Rina tak ada mama mama, papa papa ke apa… Ada Rina - Andrey je. Senang cerita.
Dan selepas mamanya bagi lampu hijau, Andrey pun angkut gadis itu ke sebuah restoran makanan segera berdekatan. Mulanya Andrey mempelawa dia naik motor. Tapi Lisa tak nak. Takut.
“Kalau jadi apa-apa bising mama nanti,” katanya.
Ha, yelah… Cakap kat mama, abang Andrey tak ada helmet extra pun.
Jalan kaki, itu lebih selamat. Restoran pun tak jauh dari perpustakaan awam tersebut.
Itulah kali pertama dia ajak budak perempuan keluar minum. Cikgu Rina lain cerita. Cikgu Rina bukan bukan-budak. Dia kakak-kakak.
Hari ni peluang terbuka untuk Andrey test power — nak tengok skill mengorat yang dah Jacques ajarkan.
“Tak jauh dari rumah awak.”
“Ha?”
Lisa ketawa tengok muka Andrey yang bingung campur hairan.
“Besar rumah awak.”
“Rumah abah mak, bukan saya punya. Saya menumpang je.”
“Right. Samalah… Saya pun menumpang… Dekat rumah lorong sebelah rumah awak. Tapi tak lah sebesar rumah tumpangan awak.”
Andrey mencongak-congak rumah mana satu yang Lisa maksudkan.
“Kalau dari belah kiri rumah saya ada pokok. Banyak. Besar-besar semua. Pokok mana satu awak tinggal? Kalau belah kanan mengadap lembah… mana ada rumah.”
Gurauan itu disambut ketawa kecil Lisa. “Ingat saya monyet?”
“Beruk…”
Gadis itu ketawa lagi. “Kiri, kanan… How about depan dan belakang pulak?”
Andrey geleng kepala. Tak pernah dia ukur tanah kat situ.
“Rajin awak lepak kat balkoni petang-petang atau kat rooftop terrace... malam-malam…”
“Awak skodeng saya, ye?” Otak Andrey mula buat andaian kalau-kalau inilah gadis misteri sang pengirim mesej.
“OK… Baru saya tau, saya ni bintang.”
“Protostars? Dwarf?”
“Matahari.”
“Patutlah panas.”
Telefon bimbit dia keluarkan sewaktu Lisa minta diri untuk ke tandas.
“Monalisa.”
“Tak pastilah. Kejap aku tanya Rosy.”
Tak lama lepas tu mesej dari Jacques masuk.
“Melissa Nilsson. Pesal tanya?”
Telefon bimbit disimpan. Sengaja nak buat Jacques panas bontot. Esok mesti kecoh kawannya itu. Biarkan…
Nilsson. Aku kena cari rumah si Nilsson.
“Ambil A’Level kan untuk siapkan diri masuk universiti. That’s my dream.”
“Bidang apa?”
“Astronomy. Physics… quantum physics. We’ll see.”
“Wow… That’s high.”
“Awak?”
“Rendah je. Art.”
“Great. I saw your artwork. It's terrific.”
“Terima kasih.”
Lisa angguk, tapi straw di genggaman digulung-gulung jadi spiral. Tangannya gelisah.
“Really?”
Dan bermulalah satu kuliah ringkas tentang kucing, elektron dan eksperimen gila seorang saintis bernama Schrödinger.
“Define.”
“Ever heard about the famous Schrödinger’s cat thought experiment?”Lisa bercakap dengan mata tak berani pandang Andrey lama-lama. Makin dia cuba relaks, makin tangan dia berpeluh.
Andrey yang tercengang hanya mampu menggeleng — langsung tak menjangkakan topik itu jadi pilihan Lisa.
Andrey kecilkan mata, gelengkan kepala. Tak faham.
Lisa meneruskan penghuraian tanpa menghiraukan langsung niat Andrey nak buat lawak.
Nampaknya kenalah aku belajar pasal Quantum Physics kalau nak mengorat dia.
“Quantum Physics ni Andrey, kebarangkalian. Nak tentukan keadaan objek adalah dengan melihatnya.”
“OK… But, isn’t it obvious? Everyday’s life, I mean… memang itu yang manusia buat, kan? Bukan manusia je, semua kehidupan pun?”
“Right… Quantum phenomena are everywhere and work at every scale, but most quantum experiments focus on objek kecik-kecik macam electrons or photons.”
“Oohh… OK…”
“Bukan senang nak detect dalam objek yang besar. Boleh silap assumption that quantum phenomena are weird and extraterrestrial.” Lisa menyambung dengan penuh semangat, tapi dalam dirinya, dia dah mula rasa menyesal.
Kenapa aku cerita benda yang buat orang mengantuk?
Ada rasa kesal dalam hatinya. Peluang untuk mengenali Andrey lebur bersama teori Fizik Kuantum. Tapi dia tahu satu hal — bila Andrey duduk depan mata, buat kali pertama, dengan rambut yang tak pernah ikut undang-undang, dan sneakers Adidas lusuh warna maroon yang dia suka pakai — Lisa hilang grip pada algoritma sosial.
I saw you sitting alone on the rooftop during the heavy rain. I know you immerse yourself in the pool every full moon. I've never understood that ritual, but it's something I can never forget.
Dan Lisa juga tahu perasaan macam tu cuma boleh disimpan . Macam partikel yang hanya wujud bila ada yang melihat.
“Schrödinger’s Cat experiment…” Lafaz Andrey tiba-tiba. “Saya tak faham langsung.” Dia ketawakan diri sendiri.
“Wujud tak wujud. Hidup tak hidup... Rasa tak boleh diputuskan sampai seseorang berani buka kotak.”
Tapi sekarang, kotak itu bukan milik Andrey seorang. Lisa rasa dia pun sedang memegang satu kotak, dan Andrey mungkin satu-satunya orang yang mampu buka.
“Yes?”
“I have a headache.”
Lisa ketawa kecil. “Too much quantum for one day?”
Adakah ini satu perlanggaran zarah cinta yang baru? Atau sekadar eksperimen ilmuiah tanpa makna?Entah. Yang pasti, itulah kali pertama Andrey tak fikir tentang Sophia sepuluh minit straight.
“Thanks for the drink,” ucap Lisa.
“Thanks for the headache.” Senyum dibalas sambil angkat gelas.
Sewaktu berjalan bahu ke bahu, kedua remaja itu tak pasti sama ada baru mula mengenali seseorang atau sedang membuka kotak diri sendiri.

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!