Join The Journey

Bab 12.1 Schrödinger’s Cat

Thanks for the headache.
“Macam kau tak tau abah tu macam mana… Overthinking is not healthybrother.

Adrian membuka mulut sebaik sahaja mak dan abah keluar dari ruang makan. Kemudian dia mengajak Andrey duduk di taman, membiarkan kedua adik perempuan mereka dengan aktiviti masing-masing.

“Mana cikgu Rina ajar ekonomi malam tadi?”
Avenue Hotel.”
“Hotel… My goodness!!!”
Dinner la, kau ingat apa?”

Adrian merapatkan kerusi untuk duduk lebih dekat. Dia kemudian berbisik, “Aku nampak apa jadi dalam kereta tepat pukul 1.46 pagi tadi, masa dia hantar kau balik.”

Saudara kembarnya mengeluarkan binocular lalu meneropong ke langit.

Padanlah dari tadi dia leka dengan binocular tu. Rupanya dia sengaja bawak sebab nak kenakan aku.

Andrey tersengih — malu, tapi memilih untuk berterus terang.

“Dia cakap dia suka aku…” Binocular dari tangan abangnya diambil. “Clear ke?”

Infra-red tu.” Tambah Adrian sambil tersenyum mengejek.

“She was only attempting to be nice, nothing else. That’s what girls always do, don’t they?”
C’mon la… Perempuan takkan cium lelaki kalau takde perasaan tau.”
“Hmm…”
“Awal-awal lagi dia dah bagi hint. Kau ingat kenapa dia cium kau kat kedai kopi aritu?”

“Cuti ni apa plan?” Malas nak terus panjangkan topik cikgu Rina, Andrey ubah arah perbualan.

“Jom camping, macam dulu.”

Cadangan dibuka dan Adrian bersetuju. “OK jugak. Ajakla cikgu Rina… Mesti dia happy kalau kau ajak. Confirm tak tolak.”

“Rina lagi…”
“Awek kau, kan?”

Andrey tersenyum. Masih rasa malu tapi ada rasa bangga. Bila mengenangkan ciuman kedua, ciuman dalam kereta sebelum cikgu Rina melepaskan dia pulang malam tadi, hatinya diusik rindu. Ciuman itu… indahnya seperti sentuhan malaikat di bahu.

“Dia proposed aku.”

Adrian gelak besar. “Proposed? Maksud kau melutut, letak cincin dalam kek, atau pecah belon keluar arnab bawak cincin, macam tu?”

Terkekeh mereka ketawa bila kata-kata itu digayakan Andy.

“Tak la, belum kronik tahap tu lagi.”

Akhirnya terbongkarlah semua rahsia antara dia dan cikgu Rina selepas peristiwa merah jambu.

Adrian bangun dari tempat duduk, menepuk bahu Andrey.
“Kau ingat aku tak tahu?”

“Tahu apa?”

“Bukan pasal cikgu Rina je. Pasal kau sebenarnya.” Adrian duduk semula. Pandangan dilempar jauh ke langit malam. “Aku hidup dengan kau sejak dalam perut, tak ingat?”

Andrey tunduk. Jantungnya mengetuk tulang rusuk.

“Aku tak pernah kisah… tunggu kau cakap sendiri je. Yang penting kau hidup.”

Dan selepas malam itu, hidup Andrey terus meluncur — tak ke depan, tak ke belakang, tapi ke dalam.

𝄞

Lisa begitu tekun duduk membaca di tepi tingkap perpustakaan yang tak selalu diriuhi pengunjung itu. Dia bersendirian ditemani buku-buku atas meja. 

Andrey yang baru tiba di perpustakaan tergerak untuk mendekati. Nak tegur, tak berani. Tak ada idea nak cakap apa. Lagipun macam biasa, tujuan dia ke situ hanya untuk memulangkan buku dan meminjam buku baru. Kalau ada mood barulah dia akan duduk membaca atau buat kerja.

Tapi bila terkenangkan kemesraan antara cikgu Sophia dan cikgu Fizi pagi tadi, dia terpanggil untuk mencuba — cuba cari pengganti bagi mengisi kekosongan hati yang tak pernah terisi. Mungkin Lisa sesuai dengan dia, siapa tau? Lalu dia mengarahkan kaki untuk mendekati gadis itu.

“Tapi aku tak menganggu ke?” Ada bunyi keraguan keluar dari suara di kepalanya.

“Tak payah fikir... Pergi je tegur, ajak minum. Tak kenal macam mana nak jatuh cinta?” Hati menjawab. Dia patuh. Akal pun tak cakap banyak, seakan turut bersetuju bahawa melupakan cikgu Sophia adalah satu tindakan yang wajar demi menjaga kesihatan hati dan kewarasan.

“Banyak lagi perempuan menunggu kat luar sana.” Mereka mengukuhkan hujah. Kini dia dah pun berdiri di belakang Lisa. “Go for it. Be confident.”

“Tekun betul,” separuh berbisik, dia menyapa dari belakang.

Lisa yang khusyuk mentelaah mengurut dada. “Andrey…”

Dia ketawa kecil melihat riak wajah terkejut Lisa. “Kusss semangat…” Katanya, mengusik. “Sorry… Boleh saya teman, kalau awak tak ada teman?”

Sure… Rosy dan yang lain jarang datang sini.”
“Yelah, sini mana boleh buat bising.”
Lisa senyum. Tanpa banyak kata, dia meneruskan kerjanya.
Busy sangat nampak…”
“Almost done. Jap erk…
“Kita pergi minum, nak?”
“Minum? Hmm… Saya kena inform mama dulu.”

Alahai… Mama lah pulak… Kalau dengan cikgu Rina tak ada mama mama, papa papa ke apa… Ada Rina - Andrey je. Senang cerita. Adoiii… Mama pun mamalah…

Dan selepas mamanya bagi lampu hijau, Andrey pun angkut gadis itu ke sebuah restoran makanan segera berdekatan. Mulanya Andrey mempelawa dia naik motor. Tapi Lisa tak nak. Takut. “Kalau jadi apa-apa bising mama nanti,” katanya.

Ha, yelah… Cakap kat mama, abang Andrey tak ada helmet extra pun.

Jalan kaki, itu lebih selamat. Restoran pun tak jauh dari perpustakaan awam tersebut.

Itulah kali pertama dia ajak budak perempuan keluar minum. Cikgu Rina lain cerita. Cikgu Rina bukan bukan-budak. Dia kakak-kakak. 

Hari ni peluang terbuka untuk Andrey test power — nak tengok skill mengorat yang dah Jacques ajarkan. 

“Awak tinggal area mana?”
“Tak jauh dari rumah awak.”
“Ha?”

Lisa ketawa tengok muka terkejut Andrey yang bingung campur hairan.
Tau pulak dia mana aku tinggal. Jiran?

“Besar rumah awak.”
“Rumah abah mak, bukan saya punya. Saya menumpang je.”
Right. Samalah… Saya pun menumpang… Dekat rumah lorong sebelah rumah awak. Tapi tak lah sebesar rumah tumpangan awak.”

Andrey mencongak-congak rumah mana satu yang Lisa maksudkan.

“Kalau dari belah kiri rumah saya ada pokok. Banyak. Besar-besar semua. Pokok mana satu awak tinggal? Kalau belah kanan mengadap lembah… Mana ada rumah.”

Gurauan itu disambut ketawa kecil Lisa. “Ingat saya monyet?”

“Beruk…”

Gadis itu ketawa lagi. “Kiri, kanan… How about depan dan belakang pulak?”

Andrey geleng kepala. Tak pernah dia ukur tanah kat situ.

“Rajin awak lepak kat balkoni petang-petang atau kat rooftop terrace... malam-malam…”

“Awak skodeng saya, ye?” Otak Andrey mula buat andaian kalau-kalau inilah gadis misteri sang pengirim mesej.

“Saya suka teropong bintang.”
“OK… Baru saya tau, saya ni bintang.”
“Protostars? Dwarf?”
“Matahari.”
“Patutlah panas.”

Awek ni boleh tahan… pelik… tapi menarik. Tak flirt macam Rosy, tak matang macam Rina, tak unreachable macam Sophia. Nampaknya aku kena belajar lagi banyak dari Jacques.

Telefon bimbit dia keluarkan sewaktu Lisa minta diri untuk ke tandas.

“Apa nama penuh si Lisa?”
“Monalisa.”
“Cakaplah betul-betul…”
“Tak pastilah. Kejap aku tanya Rosy.”

Tak lama lepas tu mesej dari Jacques masuk.

“Melissa Nilsson. Pesal tanya?”

Telefon bimbit disimpan. Sengaja nak buat Jacques panas bontot. Esok mesti kecoh kawannya itu. Biarkan…

Nilsson. Aku kena cari rumah si Nilsson.

“Habis  A’Level nanti apa plan awak?”
“Ambil A’Level kan untuk siapkan diri masuk universiti. That’s my dream.”
“Bidang apa?”
Astronomy. Physicsquantum physics. We’ll see.”
“Wow… That’s high.”
“Awak?”
Tak tinggi, rendah je. Art.”
“Great. I saw your artwork. It's terrific.”
“Terima kasih.”

Lisa angguk, tapi straw di genggaman digulung-gulung jadi spiral. Tangannya gelisah. 

“You know, quantum study is spooky.”
“Really?”

Dan bermulalah satu kuliah ringkas tentang kucing, elektron dan eksperimen gila seorang saintis bernama Schrödinger.

“Well, yes. For example, objects can be in two places simultaneously, and the sun wouldn't shine without it.”
“Define.”

Contoh... an electron can be both 'here' and 'there' simultaneously, but it settles down only after a test to determine its location.” Lisa bercakap dengan mata tak berani pandang Andrey lama-lama. Makin dia cuba relaks, makin tangan dia berpeluh.

“Ever heard about the famous Schrödinger’s cat thought experiment?”

Andrey yang tercengang hanya mampu menggeleng — langsung tak menjangkakan topik itu jadi pilihan Lisa.

“I know Jacques loves cats. We are both animal lovers.”
“Well, great. Now, the fate of a cat locked in a sealed box is connected to a quantum device, which remains in both states until a measurement is made.”
“Kenapa tak selamatkan je kucing tu terus? Kalau selamatkan dah tentu kucing tu hidup. At least kalau cedera ke apa, boleh bawak pergi vets.”

Lisa meneruskan penghuraian tanpa menghiraukan langsung niat Andrey nak buat lawak.

Nampaknya kenalah aku belajar pasal Quantum Physics kalau nak mengorat dia.

Quantum Physics ni Andrey, kebarangkalian. Nak tentukan keadaan objek adalah dengan melihatnya.”

“OK… But, isn’t it obvious? Everyday’s life, I mean… memang itu yang manusia buat, kan? Bukan manusia je, semua kehidupan pun?”

“Right… Quantum phenomena are everywhere and work at every scale, but most quantum experiments focus on tiny objects like electrons or photons.”

“Oohh… OK…”

Bukan senang nak detect dalam objek yang besar. It can lead to the mistaken assumption that quantum phenomena are weird and extraterrestrial.”

Lisa menyambung dengan penuh semangat, tapi dalam dirinya, dia dah mula rasa menyesal. 
Apa aku dah buat? Lecture budak ni pasal Schrödinger’s Cat?

Lisa gelisah sendiri, namun dengan suara perlahan dia menyambung, “…to give us a complete picture of our everyday lives, quantum science closes the gap between our knowledge of physics.” Tangannya yang biasa yakin menekan kalkulator sekarang menggigil halus sambil menggenggam straw plastik.

Kenapa aku cerita benda yang buat orang mengantuk?

Lisa rasa kesal. Dia rasa peluang untuk mengenali Andrey lebur bersama teori Fizik Kuantum. Tapi dia tahu satu hal — bila Andrey duduk depan mata, buat kali pertama, dengan rambut yang tak pernah ikut undang-undang, dan sneakers Adidas lusuh warna maroon yang dia suka pakai — Lisa hilang grip pada algoritma sosial.

I saw you sitting alone on the rooftop during the heavy rain. I know you immerse yourself in the pool every full moon. I've never understood that ritual, but it's something I can never forget.

Dan Lisa juga tahu perasaan macam tu cuma boleh disimpan — seperti partikel yang hanya wujud bila ada yang melihat.

“Schrödinger’s Cat experiment…” Lafaz Andrey tiba-tiba. “Saya tak faham langsung.” Dia ketawakan diri sendiri.

“Wujud tak wujud. Hidup tak hidup... Rasa yang tak boleh diputuskan sampai seseorang berani buka kotak.”

Tapi sekarang, kotak itu bukan milik Andrey seorang. Lisa rasa dia pun sedang memegang satu kotak, dan Andrey mungkin satu-satunya orang yang mampu buka.

“Lisa…”
“Yes?”
“I have a headache.”

Lisa ketawa kecil. “Too much quantum for one day?”

“Too much… Lisa, maybe.”

Dia hanya senyum. Tapi dalam senyuman itu, ada sesuatu yang pelik — sesuatu yang buat dia rasa selamat.
Lisa tak tanya dia macam orang lain. Tak nak ubah dia. Tak nak ‘kenal pasti’ dia. Lisa cuma… hadir.

“Thanks for the drink,” ucap Lisa.

“Thanks for the headache.” Senyum dibalas sambil angkat gelas.

Sambil berjalan bahu ke bahu, mereka sama-sama tak pasti sama ada baru mula mengenali seseorang atau sedang membuka kotak diri sendiri.

Join The Journey
Comments

Comments [0]