Bab 6.3: Puas?
![]() |
| Mengaum; sekadar nak sembunyi gemuruh dalam hati. Diam; sebab terlalu banyak suara dalam diri. Bila dua jiwa macam ni bertembung, kau takkan tahu yang mana singa, yang mana rusa. |
𝄢
“Aku tau ni memang kerja dia.” Rina merentus. Dia berdiri, berpeluk tubuh, memerhatikan Sophia yang leka menilik torehan di pintu kereta. Depan dan belakang, kiri dan kanan, dia memeriksa, manalah tau kalau-kalau ada bahagian lain turut jadi sasaran.
Sophia membongkok, teliti. Torehan itu dalam. Panjang. Kasar. Macam hati yang tak tahu cara lain nak bersuara.
“Rina… come on. Don’t jump to conclusions. We need to be sure.”
“Siapa lagi yang benci sangat dengan aku kat sekolah ni?”
Sophia angkat kening. “Err… quite a few?”
Rina jeling. “Don’t.”
“Apa hal tadi?”
“Macam selalu. Again. And I just... lost it. I mean, how can you teach when someone’s practically building a tent in your class?”
“Macam selalu. Again. And I just... lost it. I mean, how can you teach when someone’s practically building a tent in your class?”
Sophia senyum. “Funny. Sebab dalam kelas Bio, dia always alert. No complaints. Very responsive. Rajin. Best student, actually.”
“Yeah, well. That’s you. Not me.”
Dengan muka bengang Rina melangkah ke bilik kaunseling untuk bertemu cikgu Remy, guru disiplin. Sophia dah bersetuju untuk meneman.
Kadang-kadang Sophia rasa pelik dengan sikap Rina yang berubah-ubah bila hal si Andrey jadi bahan bual mereka berdua. Adakalanya Rina menunjukkan rasa kagum bila bercerita tentang bakat seni Andrey tapi dalam masa yang sama dia turut meluahkan rasa sakit hati.
“Jadi awak betul-betul yakin Andrey yang buat?”
“Kami dah minta security department periksa CCTV.” Kata Sophia.
“Tak payah CCTV. Memang tak ada suspek lain. Saya tau dia tak puas hati dengan saya.”
“Awak halau dia dari kelas lagi ke?” Tanya Cikgu Remy, tersenyum bagai dah faham sangat konflik dua orang manusia tu.
“Takkan saya nak biarkan dia terus membuta dalam kelas?”
“Kita boleh bagi dia kaunseling. Kalau dia betul-betul tak larat lagi nak bawak subjek awak, kita boleh encourage dia ambil subjek lain yang dia minat.”
Sophia sambung. “I'm not saying you’re wrong. But maybe the way you approach…”
Rina menjeling Sophia. “Easy for you to say... Dia tu your poster kid...”
Rina menjeling Sophia. “Easy for you to say... Dia tu your poster kid...”
Sophia angkat bahu. Rina pandang Remy semula.
“Look. I don’t mind rebellious students. Tapi dia ni dah melampau sangat. This is vandalism. My car. That’s personal.”
Remy angguk. “We’ll wait for the footage. Either way, I’ll still issue him a letter. And it's your right, if you decide to lodge a police report.”
Sophia duduk di sisi, hanya mendengar perbincangan kedua guru tersebut. Dadanya terasa sesak. Fikirannya diterjah wajah Andrey... bukan sekadar pelajar, tapi jiwa yang memantulkan satu rasa dari sorotan matanya dan sorotan tu bukan untuk semua orang… Itulah yang buat Sophia duduk diam. Berfikir. Biar Rina meletup, biar Remy menyoal.
𝄢
Sophia memberhentikan kereta di hadapan balai tanpa mematikan enjin. Bersandar ke tempat duduk, cuba menenangkan diri, dia bertanya, “betul kau nak buat police report?”
Rina menoleh ke kiri, memandang ke arah bangunan biru dan putih sebelum bola matanya beralih ke wajah Sophia yang menunggu jawapan.
“Kau sure ke?” Tanya Sophia lagi. Lembut, selembut hujan yang turun renyai pada petang tu.
Tak ada jawapan. Kepalanya menoleh ke luar semula, pandang papan tanda balai polis. Seketika kemudian, dia berkata,“honestly?” Nafas ditarik dan dilepas semula dengan perkataan No.
Sophia senyum. Lega. “Come, let’s get some coffee. You’re not thinking straight when you’re angry.”
“If I act on rage, I won’t feel bad. But the moment I picture budak tu punya muka… something in me just… pauses.”
“You’ve got heart. That’s why.”
“Ugh. Shut up.”
Sophia gelak kecil. “Fine. But I’m still buying. You look like you could use a double shot espresso, Miss Raging Bull.”
Rina senyum sambil tunduk.
“Make it three shots. And extra foam.”
𝄞
Satu jemputan rasmi sampai ke tangan Andrey keesokan harinya. Destinasi? Mana lagi kalau bukan ke bilik kaunseling.
“Tahniah,” bisik hatinya. “First time dalam sejarah hidup aku kat TBC, aku kena panggil menghadap cikgu disiplin. Dua tahun bersih. Ini tahun ketiga. Pecah rekod. Dan semuanya… sebab kau, Rina. Tahniah. Tapi bukan untuk aku. Untuk kau.”
Andrey duduk. Tangan di paha. Mata di lantai. Cikgu Remy di hadapan, dengan fail terbuka.
Rina di sisi dengan mata berapi, tangan silang dada.
Rina di sisi dengan mata berapi, tangan silang dada.
“So,” Cikgu Remy mula, “awak ada apa-apa nak cakap?”
Andrey angkat bahu. “Saya tak suka ekonomi. Perdagangan. Pengurusan.”
Cikgu Rina merentap suara. “Betul, kan, saya cakap? Memang saya tau ni kerja dia. Tak payah susah payah nak siasat. Eloklah mengaku terus. Bagus. Memang bagus sangat!” Geram betul dia tengok budak kurus yang tengah buat muka toya memandang ke luar tingkap.
“Cikgu Rina,” Remy menenangkan, “kita ikut prosedur. Sabar sikit.” Dia pandang Andrey. “Kalau awak ada masalah dengan cikgu, awak boleh bincang elok-elok. Kalau tak suka subjek, masih boleh tukar.”
Andrey angkat muka. Tenang. Tapi tajam.
“Apa-apa je yang berkaitan dengan cikgu Rina… saya tak suka.” Kali ini, kata hati jadi jurucakap.
Cikgu Rina merapati. Mukanya dekat. Terlalu dekat. “Termasuk kereta saya? Apa masalah awak?” Berdiri muka ke muka, Andrey lihat kulit cerah cikgu Rina bertukar merah macam udang kena bakar. Hidungnya kembang kempis menahan marah sampai Andrey terasa hembusan nafas yang terhela menyentuh mukanya.
Walaupun cuba menahan ego dan maruah, sebenarnya Andrey turut menahan gugup bila cikgu Rina membaham mukanya dalam jarak sedekat itu. Namun dia tetap cekalkan hati untuk tidak mengalihkan pandangan, sebaliknya memerintahkan mata untuk bertikam lagi.
Jangan berkerdip.
Pesannya kepada deria penglihatan.
“Memang nak bagitau, saya ni tak puas hati dengan cikgu.” Secara semulajadi hati jadi berani. Luahan perasaan diteruskan tanpa sekelumit pun rasa terancam. Mata mereka terus berlawan. Akhirnya cikgu Rina tewas oleh renungan yang Andrey pulangkan tepat ke matanya
.
“Saya serahkan pada akta dan peraturan... Ikut prosedur kolej.” Kata putus Cikgu Rina berikan kepada cikgu Remy yang duduk tenang membuat catatan, tapi matanya tetap memandang wajah pelajar yang masih berdiri di sebelahnya.
“Saya serahkan pada akta dan peraturan... Ikut prosedur kolej.” Kata putus Cikgu Rina berikan kepada cikgu Remy yang duduk tenang membuat catatan, tapi matanya tetap memandang wajah pelajar yang masih berdiri di sebelahnya.
“Settle dah? Boleh saya pergi sekarang?” Tanpa teragak-agak, Andrey mencapai beg galas yang dibiarkan terbaring atas lantai. Sempat dia mengintai sewaktu cikgu Rina menurunkan tanda tangan di atas sehelai kertas sebelum dokumen itu cikgu Remy serahkan kepadanya pula.
“Surat penggantungan. Dua minggu. Sila tandatangan sini.” Tegas Cikgu Remy. Kertas bertukar tangan.
Andrey membacanya sekali lalu. Muka cikgu Rina dipandang sambil surat itu ditandatangani. Guru ekonomi itu menjeling — bengang. Itu jelas terpancar dari mukanya yang tegang sedangkan hati Andrey mula berlagu riang.
Sekuntum senyuman dia sedekahkan dan berkata, “sekurang-kurangnya saya tak payah tengok muka cikgu. Two weeks, my Lord… What a relief.”
Melangkah keluar dari bilik kaunseling bersama satu kepuasan yang mampu menyentuh langit, Andrey rasa bagaikan kunci kebebasan baru saja dihulurkan kepadanya dan sewaktu berlalu menuju ke pintu, sengaja dia langgarkan bahunya ke bahu cikgu Rina.
Melampau betul budak ni!
Cikgu Rina tahan nafas, cuba bersabar. Serta merta otaknya ligat merancang sesuatu.
𝄞
Bebas seperti seekor helang melayang terbang ke syurga ketujuh, Aprilia menderu keluar dari pagar sekolah.
“Kalau kena buang, buanglah. Abah nak marah? Marah. Nak halau dari rumah? Halau.
Aku boleh hidup.”
Sekolah tu, kelas tu, singa gunung tu, semua hanya perenggan panjang yang dia nak padam dari hidup.
“Kenapa dia yang ajar ekonomi? Tak boleh ke tukar orang lain? Tuhan... tak boleh tukar cikgu je ke, bukan tukar nasib?”
Dia nak sangat tukar takdir tapi tak tahu yang takdir, dah pun mula tukar dia.
𝄢
Rina terus ke bilik guru untuk mengemas apa yang patut sebelum pulang. Laci dibuka. Sebuah fail disimpan. Kemudian dia melangkah ke meja Sophia yang masih menatap skrin.
“Busy ke?” Soalnya, bersandar pada meja sebelah.
“Report je,” jawab Sophia, matanya masih di komputer.
“Aku nak pergi workshop. Hantar kereta Lepas tu masuk bandar, settle sikit hal.”
Sophia angkat kepala. “Nak aku teman? Nanti balik tak ada kereta.”
“Tak payah. Kau ada appointment, kan? Aku naik teksi je.”
Sophia tengok jam. “Sejam je pun. Kalau kau nak aku jemput, call aku.”
“Hmm... OK lah kalau camtu... Kau dah makan?”
“Tadi, dengan kau.”
“Pagi tadi tu?”
“Tadi, dengan kau.”
“Pagi tadi tu?”
Sophia angguk. Rina kerut dahi. “Phia… itu sarapan. Sandwich sekeping, mana cukup.”
“Tak ada selera.”
Rina diam sekejap. Dia nampak letih di wajah sahabatnya itu. Bukan saja letih tapi lesu. Lemah. Lalu dia mengajak. “Jom keluar dinner malam ni?”
“Tengok la…”
“Kalau tak nak keluar, aku masak. Nak makan apa, cakap je. Aku belikan barang masa balik nanti.”
“Kalau tak nak keluar, aku masak. Nak makan apa, cakap je. Aku belikan barang masa balik nanti.”
Perhatian yang diberikan Rina membuat Sophia berhenti dari kerjanya. Wajah gadis kacukan itu dia pandang. Lembut. Ada cahaya redup di matanya yang hanya Rina kenal.
Dia senyum nipis. “Macam mana aku nak hidup kalau tak ada kau…”
Rina senyum. Cuit pipi Sophia. “Tetap cantik. Cuma kurang makan.”
“Boleh kita pergi tempat biasa?”
“Anything for you.”

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!