Bab 6.1: Perang

Letusan.
Pengurusan: Seni melawan kekacauan orang lain,
sambil diri sendiri tengah berperang 
dengan kekacauan dalam kepala.
𝄢

“Seni menyelesaikan sesuatu melalui manusia. Merancang, mengatur, memimpin, dan mengawal.”

Tidakkah itu membosankan? 
Hati mula mengusik. Tak senang melihat otak yang begitu tekun memusatkan perhatian. Kalau boleh, hati mahu otak tunduk kepada perintahnya.

Diam. 
Tegas suara otak cuba menghalau hasutan hati. Tapi hati terlalu bijak. Diamnya menyucuk jarum halus ke celah jiwa. 

Pemilik tubuh masih tenang. Tak mengendahkan pertengkaran dua kuasa dalaman itu. Sesekali matanya mencuri pandang ke depan. Hari ini, si singa gunung pakai seluar hitam dan blouse biru. Rambut diikat ringkas tapi kemas. Andrey cuba menangkap setiap butiran penjelasan yang diberikan. Dalam masa yang sama, dia merayu pada waktu — tolonglah lajulah sedikit.

Di hadapan, Cikgu Rina berdiri, cermin matanya ditolak ke hujung hidung. Mug Garfield masih berkabus, macam selalu. Aroma teh bunga melati merebak ke seluruh kelas.

Kelas senyap. Sunyi. Seluruh perhatian berjaya ditawan. Jacques, di sebelah Andrey, sudah leka memandang si singa gunung. Entahkan berminat pada ekonomi, entahkan berminat tengok cikgunya. Andrey tak peduli. Bontotnya dah panas. Gelisah. Matanya dah mengantuk. Kadang dia tersangap. Kadang terhangguk.

Kalau ikutkan hati, tak ingin dia duduk di situ. Hari demi hari, minat terhadap mata pelajaran ekonomi semakin mati. 
Pembunuhnya? 
Perempuan yang sedang mengajar di hadapan kelas. Si singa gunung yang sedang menguasai sekumpulan pelanduk.

Cikgu Rina berdiri di depan kelas, cermin mata tolak ke hujung hidung. Mug Garfield masih berkabus, macam selalu. Aroma teh bunga melati merebak ke seluruh kelas. Dia bersandar separuh malas pada meja, pandang kelas macam nak cari siapa yang berani mencabar hari ini.

“Pengurusan ni, kalau ikut buku teks, dia berbunyi lawa sikit, seni merancang, mengatur, memimpin, mengawal...” Dia ulang lagi penerangannya, tapi kali ini dengan bahasa yang dah berubah nada. Kepala digeleng perlahan, nafas ditarik dan dilepas laju. Matanya memandang Andrey yang melentok kepala di lengan, hampir terlelap di belakang.

“Tapi pengurusan ni pun boleh jadi kerja gila bila kita terpaksa kawal manusia yang hidup dalam dunia sendiri.”

Beberapa budak gelak kecil. Rina senyum sinis dan sambung.

“Pengurusan ialah seni susun chaos. Bukan macam dalam studio lukisan. Lagi comot dari tu. Kalau semua manusia rajin, genius, ikut cakap, senanglah hidup. Tapi realiti? Ramai macam kipas rosak. Bising, berputar kuat... tapi habuk berkerak.”

Cikgu Rina pandang dia tajam. Lama. Sambil hirup teh. “Macam... ada sorang dua kat belakang tu.”

Jacques menyiku Andrey. Masing-masing rasa nak sumbat kepala dalam beg.

“Kawal diri pun satu bentuk pengurusan. Seni. Tak boleh ikut darah. Kalau ikut darah, dah lama mug Garfield ni melayang kat belakang.” Dia angkat mug, senyum menyindir sambil tunjuk garang. Teh diteguk. Kelas ketawa kecil. Ada yang menunduk diam.

“Tapi kalau nak jadi pengurus pro, kita kena belajar kawal. Kita adjust mood. Kita pretend sabar.”
Rina termenung sekejap. Sedikit dreamy, memandang ke luar tingkap, seolah nak tengok apa benda yang budak Andrey tu leka pandang kat luar sana.

“Kadang saya fikir nak berhenti je jadi cikgu. Pergi jual teh ais kat tepi jalan. At least teh tak bangkang kau balik.” Dia mengomel perlahan tapi tak cukup perlahan untuk buat beberapa pelajar tertawa. Tapi sekelip mata, dia kembali ke mode serius, jari ketuk meja.

“Pengurusan adalah bila kamu lawan kekacauan orang lain, sambil kamu sendiri tengah berperang dengan kekacauan dalam kepala sendiri.”

Mata dia tajam menikam Andrey. “And that's why... kalau kita tak boleh kawal diri sendiri, jangan harap nak kawal orang lain.”

Suasana kelas terasa berat. Kipas angin yang tak berputar tu pun macam boleh rasa ada drama yang bakal berlaku. Andrey tunduk, main-main dengan hujung buku teks. Dalam hati dia maki perlahan.  Makin meluat.

Meluat dengar suara cikgu Rina.
Meluat sebab selalu sangat singa gunung tu off topic.
Meluat dengan gaya dia berlagak tahu semua benda.
Meluat sebab terasa macam Rina bercakap terus ke dahi dia.

‘Dia ni merepek apa?” Bisik Jacques. Andrey angkat bahu. Mata dipejamkan tapi tetap cuba pandang ke depan, pura-pura beri perhatian kepada cikgu ekonomi yang tak pernah letih membebel, macam wakil rakyat, cuba memperluaskan pengaruh.

Andrey perhatikan rakan-rakan sekelas. Semua mereka sangat teruja mendengar khutbah Cikgu Rina sedangkan tiada satu paradigma pun yang menganjak dalam dirinya.

Tiba- tiba cikgu Rina beruara lantang meneruskan kuliah. 
“Unit sosial di mana dua atau lebih orang berinteraksi untuk mencapai matlamat bersama pada satu set matlamat.”
Kapur dicapai dan tangannya mula menulis atas papan hitam: Interaksi. Matlamat.
Besar. Terang.

“Dia ni mood swing ke period tak berhenti? Kejap merepek, kejap ajar elok balik…” keluh Jacques yang mulutnya memang tak reti diam dan kapur pun mendarat tepat di muka Andrey untuk kesekian kalinya, sewaktu dia leka menconteng buku teks dengan tangan membantalkan kepala di atas meja.

“What the hell?” Andrey tersentak. Laju mulutnya melatah dan sepantas gerak bibir, dia mendongak.

Boleh mati terkejut aku kalau macam ni hari-hari. Ni bukan lagi sakit hati, tapi dah tahap sakit jantung.

Kepada hati dia mengadu. Seketul daging dalam dadanya berdetak laju sehingga berpeluh tapak tangan. Sarung kaki pun terasa basah.

Nasib baik seluar dalam tak basah sama.

Peluh turut timbul di dahi. Ketiak juga sama terkesan. Penghawa dingin tak cukup sejuk untuk melawan panas Cikgu Rina.

“Datang depan!” Satu arahan berintoniasi keras keluar dari mulut cikgu Rina, melagakkan dominasi.

“Aku ke kau?” Jacques berbisik. “Tapi kapur tu kena kat kepala kau, kau la tu…” Kepalanya ditundukkan sedikit, macam kura-kura masuk cengkerang. Badan dibenamkan ke dalam kerusi. 

Seisi kelas mula senyap. Tak ada lagi ketawa kecil.

Bila Cikgu Rina dah baling kapur, semua orang dah cukup faham — perang akan tercetus. Lagi.
Andrey bangun. Dan lali tapi hari ni dia dah tak tahan lagi.

“Sini.” Cikgu Rina menudingkan jari ke lantai di mana dia sedang berdiri. “Jelaskan pengurusan!” Dia menuntut hak untuk perintahnya ditaati. Dada yang terlihat bengkak dengan keangkuhan itu tergambar jelas diraut wajahnya yang garang bercampur bangga.

Bangga dengan kemampuan menguasai. 
Bangga kerana tau pelajarnya itu tidak punya apa-apa daya untuk mengingkari arahan.

Pedang matanya mula menusuk seluruh muka Andrey. Segera Andrey alihkan pandangan. Dia tau, mata itu kalau dilawan, bukan saja mampu merosakkan pengamatan malah akan turut mencederakan kewarasan. 

Hatinya yang marah ingin memberontak, tapi segera dipujuk otak — 
dia cikgu, kau tu siapa? Dia tua, kau muda. Orang muda kena hormat orang tua selalu, tak kiralah kurang ajar macam mana pun orang tua tu.

Nak tak nak, Andrey akur kepada nasihat otak, mengizinkan diri didominasi tanpa rela.

“Apa saya cakap tadi?” Sorotan mata cikgu Rina mengikut setiap pergerakan sehingga langkah anak muridnya itu berhenti di depan mukanya, membelakangkan papan hitam.

Andrey tunduk, bukan tunduk hormat tapi saja nak tengok kasut apa cikgu tu pakai.
Kenapa kau tinggi sangat? Hmm… Ingat pakai heels. 
Perlahan-lahan Andrey mengangkat muka, cuba menentang mata cikgu yang agak tinggi dari dirinya.

“Pengurusan…” Jantung masih laju. Peluh terasa menyerap kemeja biru yang menyalut badan.

“Define.”

Bahu diangkat. Mata pandang meja. “No idea.”

“Orang datang kelas nak belajar, awak membuta. Awak ni umur berapa?” Sengaja cikgu Rina menyoal sedangkan jawapan dah ada dalam kepala.

“19.”
“19!!! See, 19. Bukan 9 tahun!” Suara ditinggikan. Nampak sangat cikgu Rina memang sengaja cari bahan nak menghentam. Semua mata tertumpu ke arah mereka berdua seolah-olah sedang menyaksikan persembahan teater. Masing-masing dengan mulut rapat terkatup.

Sempat Andrey pandang Jacques. Kawannya itu cuma memberi isyarat kepala seolah berkata, “relaks, bro.”

“Kalau sekolah rendah ke, menengah rendah ke, mungkin saya boleh faham, boleh tolerate tapi awak ni sekarang ambil A'Level tau? A'Level! Sedar tak? Awak faham tak apa maksudnya A'Level?” Tangan menyilang tubuh. Suara direndahkan tapi matanya seperti tak kenyang-kenyang menjamah muka pelajarnya itu.

Pertanyaan cikgu Rina diabaikan. Kata orang, api jangan dicurah minyak nanti menyambar, sendiri yang terbakar. Jadi Andrey memilih untuk diam.

“Bukan sekali dua awak membuta dalam kelas saya. Prestasi? Corot! Teruk! Tak malu ke? Tak ada kesedaran ke nak majukan diri? Apa tujuan awak datang sekolah? Buang masa? Menghabiskan duit mak bapak bayar yuran beribu-ribu sebulan?”
“Tak payahla sebut mak bapak pulak.” Petik nama mak bapak, mana boleh dia diamkan. “Nak marah saya, saya ajelah.”

“Memang sedih kalau mak bapak tau perangai awak camni kat kolej.” Cikgu Rina tak mempedulikan kata-kata Andrey. Leteran diteruskan tanpa menyedari dia sedang membuat luka di hati pelajarnya itu.

“Orang buat A'Level untuk persiapan nak masuk universiti. Yang awak, tak. Amik A'Level tapi buat perangai macam budak baru masuk tadika.” Cikgu Rina terus membebel. Bukan sekali dua dia cakap benda yang sama. Depan kelas. Depan budak-budak sekelas. Skrip dia pun, bukan Andrey saja dah hafal malah semua rakan seperjuangan.

Telinga yang tak gatal digaru kemudian kolar baju kemeja dibetulkan sebelum berdiri senang diri, tanda sedia menerima maki hamun lagi.

“Nineteen...” Cikgu Rina masih tak berpuas hati. “Awak tau tak, ada antara kawan-kawan sekelas awak ni lagi muda daripada awak? Apa awak buat setahun lepas O'Level? Buang masa? Membuta? Dah tua bangka bukan budak lagi dah boleh jadi...” Ayatnya terhenti di situ. Tiba-tiba dia diserang rasa bersalah.

 Aku ni over sangat ke?

Punggungnya disandarkan ke meja. Tangan masih memeluk tubuh. Muka Andrey tetap dibaham bulat-bulat.

“Jadi apa, cikgu? Go ahead. Say it. Say it to my face.” Hati yang mula membengkak dibelasah kata-kata cikgu Rina menolak pujukan otak untuk bertenang. 

Kalau berani sangat, cakap aje lah apa kau nak cakap.

Andrey menempelkan biji matanya ke muka guru itu, menghantar keinginan untuk mendengar ayat lengkap. 

Mungkin tak tahan dipandang seperti itu, cikgu Rina mengalihkan cengkaman matanya. “Apa awak cakap sebelum ke depan tadi?” Licik topik diubah tapi masih sempat mengerling sambil tangannya mengemas beberapa buku di atas meja yang kemas.

Kesian pulak… tak patut aku cakap macam tu. Dia pun nampaknya mengantuk sangat, macam tak sihat. Tapi tak kan lah hari-hari tak cukup tidur, tak cukup zat?

What the hell.” Dengan sopan dan laju Andrey jujur bagi jawapan. Gelagat cikgu Rina diperhatikan. Seketika kemudian dia palingkan pandangan ke luar tingkap, cuba cari ayat yang sesuai untuk menanyakan satu soalan yang dah lama berlegar di benak — soalan yang memerlukan jawapan telus dari seorang cikgu yang dah menyemai benih kebencian dalam diri: mengapa engkau suka marah aku? 

Jauh dalam kewarasan, ingin sekali Andrey ajak cikgu Rina berbicara mata ke mata, hati ke hati. Tapi baru je hati nak ajak berbicara dengan aman —
“Now you can get the hell out of my class!”

Dah kena halau. Ambil kau!

Simpati yang menghembus perlahan dalam hati Cikgu Rina dengan sekelip mata bertukar jadi taufan.

Budak macam ni kalau bagi muka nanti naik kepala. 

Dia mempertahankan pendirian bahawa tindakannya itu betul.
Pelajar yang tak ada disiplin, tak reti hormat cikgu, tak boleh dibagi muka.
Comments

Comments [0]