Bab 10.0: Penolakan
![]() |
Biarlah buta mata, asalkan celik hati. |
“Handsome?”
“Kau pergi check mata hari ni, boleh, blurry?” Rosy pantas rampas cermin mata Lisa, dan sarungkan ke mata Lia.
“Handsome... untuk seorang butch.” Rosy senyum, penuh makna.
“Oooohhh…” Sambut Lia. “Handsome?”
“Macam magnet sekolah, Lia.” Zana cuba jelaskan kepada Lia yang kadang macam hidup di planet lain.
“Tapi tak semua magnet tu positif, sayang,” celah Mila pula. “Ada yang reverse.”
“Dia bukan magnet.” Jacques yang dari tadi menyuap nasi lemak, akhirnya bersuara.
Semua menoleh.
“Dia kompas. Korang semua nak dia pusing pandang korang.”
Rosy jeling Jacques, separuh pelik, separuh tergoda. “Kau ni kenapa bela dia sangat sekarang, hmm?”
“Aku kenal dia.”
The Chicks ketawa. Kecuali Lisa, yang hanya senyum sedikit. Dia tahu lebih daripada yang mereka ingin tahu. Sesekali dia curi pandang ke arah Andrey — duduk sendirian di sudut kafeteria, tunduk membelek buku.
Lisa tahu fikiran Andrey bukan di buku. Ia terbang ke tempat lain. Jauh.
“Si Andrey tu…” Rosy sambung, “ada aura. Ada spark. Aku tak hairan kenapa ramai secret admirer.”
Jacques angkat kening. “Secret admirer?”
“Yelah. Bukan semua benda kau tau, Jacques. Aku pun pernah dapat hint… dari mana? Tak penting. Yang penting, kita ada misteri kat sekolah ni.”
Lisa tiba-tiba bersuara, perlahan. “Kau rasa orang tu… akan confess eventually?”
Semua mata berpaling. Lisa jarang cakap.
Jacques senyum kecil.
“Kalau betul-betul suka, lambat laun akan tunjuk jugak. Mana larat nak simpan lama-lama —
nanti bukan mekar… tapi terbakar.”
“True…” Rosy sambung, sambil celup kentang goreng ke dalam sos. “Tapi... perasaan ni, bila kita lepaskan, hilang magik dia. Macam mimpi. Bila kita cerita, dia tak sama.”
Jacques ketawa perlahan. “Rosy… kau ni makin hari makin puitis. Bahaya. Nanti aku pulak jatuh cinta.”
Rosy angkat kening. Tanpa kelip. “Tak payah nanti. Kau dah pun sayang, sayang...”
Jacques terkedu. Rosy puas.
Lisa tunduk. Telinganya merah. Dia belek telefon, konon tak ambil peduli. Tapi matanya tetap curi pandang ke seberang sana.
Andrey.
Masih duduk.
Masih tunduk.
Tapi kini, telefon bimbitnya dikeluarkan. Satu mesej masuk.
Ringkas mengirim getar.
Kalau satu hari aku berani,
aku akan bagitau siapa aku.
Tapi untuk hari ni, cukuplah kau tahu:
aku pandang kau,
dan aku doakan kau.
Andrey tersandar perlahan. Jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Sebahagian dalam dirinya berharap itu dari Sophia. Tapi hati kecilnya tahu… tak mungkin. Dia toleh ke arah meja The Chicks. Mereka masih ketawa. Rosy sempat angkat kening, lambai manja.
Lisa?
Masih senyap. Tapi matanya… masih tak lari dari Andrey.
𝄢
Waktu rehat kedua, suasana kafeteria sedikit lengang. The Chicks masih melepak di meja sama, tapi kali ni Rosy bersandar malas dengan spek hitam menutup separuh wajah. Jacques datang sambil bawa dua air kotak, selamba letak satu depan Rosy.
“Untuk kau, Queen of Red.”
Rosy angkat spek. “Kau ingat aku budak darjah dua ke minum air kotak?”
Jacques juling mata. “Aku tengok kau minum straw je tadi.”
Satu jeritan ketawa meletus. The Chicks gelak berdekah-dekah, tapi Rosy tak kalah. Dia bangun perlahan-lahan, langkahnya dekat ke Jacques.
“Kalau aku budak darjah dua, kau mana? Darjah berapa?”
“Darjah satu. Tapi repeat dua kali. Otak tak cukup susu.” Jacques angkat bahu.
Rosy tergelak kecil — rare. Jarang dia kalah dalam bab punchline. Tapi sekali lagi, dia benarkan Jacques menang satu pusingan. Walau hati dia masih terkunci pada seseorang yang lain, dia tahu satu perkara: Jacques tahu irama. Tak semua boleh buat dia tergelak. Tapi Jacques... lain.
Sementara itu di meja sebelah, Lisa tengah belek nota fizik sambil kunyah perlahan sandwich tuna. Pandangan dia teralih ke arah Andrey yang baru masuk kafeteria — nampak letih tapi masih ada gaya dalam serabutnya. Lisa pantas tunduk, pura-pura sibuk.
Tapi tak cukup cepat.
Andrey sempat pandang, sempat lempar senyuman kecil.
Satu.
Kecil.
Tapi tepat ke hati.
Lisa senyum balik, dan itu saja cukup buat dia terpaksa pegang dada sendiri — sebab jantungnya seolah nak keluar ikut perut.
"Aku nak muntah tengok Jacques dengan Rosy tu,” rungut Sue. “Dua-dua macam pelakon drama, tapi yang satu over, yang satu nak kena tampar.”
“Diorang dua kali lima. Hantukkan je kepala.” Lisa menyampuk perlahan, buat semua berpaling.
“Wuuuu Lisa bersuara!” Rosy angkat tangan, beri ‘high five’. Lisa layankan saja. Dalam hati dia, ada awan. Putih. Perlahan. Terapung tanpa arah, tapi tak mahu jatuh.
Di luar tingkap kafeteria, matahari menyinar redup. Angin bertiup lembut. Mungkin hari ni bukan hari untuk tahu siapa pengirim mesej rahsia. Tapi satu perkara pasti — di antara sandwich, lawak bodoh Jacques, dan spek merah Rosy, cinta sedang cari celah untuk tumbuh.
Dan mungkin, ia dah pun mula tumbuh… perlahan-lahan, di satu tempat yang paling tak dijangka.
𝄢
“Betul ke dia join malam ni?”
Rosy kelihatan lebih teruja dari biasa. Gincu merah darahnya berkilat di bawah cahaya lampu luar pusat karaoke. Jacques hanya senyum. Dalam hati, dia sendiri tak pasti.
“You all masuk dulu. Aku tunggu dia kat sini,” kata Jacques, cuba sembunyikan keresahan.
Parti malam minggu ni bukan main-main. Sudah dirancang sejak awal minggu. Bilik VIP di pusat karaoke dah dia tempah siap-siap. Lengkap dengan sound system, light show, dan segala jenis rokok dan minuman keras. Rosy & The Chicks pun dah tak sabar nak mula.
“Monyet ni… datang ke tak datang?” Rungut Jacques seorang diri.
Nombor Andrey didail agi. Tiga kali sebelum ni tak dijawab. Sekali lagi, masih tiada respon. Dia mengeluh, menyalakan sebatang rokok. Asap disedut perlahan. Jantung berdegup macam orang tunggu kekasih. Dia perlukan Andrey untuk balance-kan malam ini. Bukan nak gunakan kawannya itu — sekadar nak menguji... sebab dia tau Rosy memang ada ‘niat’ dan dia nak tengok reaksi budak kampung yang kononnya keras kepala tu.
Baru separuh batang rokok habis, bunyi enjin Aprilia kedengaran. Jacques berpaling.
Andrey.
Helmet dibuka. Rambut bersepah. Mata masih sembab.
“Sorry lambat. Aku tertidur.”
“Tido?” Jacques ketawa kecil, lega.
“Yalah. Lepas makan terus terbungkang.”
Jacques tepuk bahunya. “Baguslah bangun. Jom. Let’s get wild.”
Pintu bilik karaoke dibuka. Bunyi muzik meletup macam mercun Tahun Baru. Asap rokok berkepul-kepul. Gelak ketawa gadis-gadis bergema, tumpah ke seluruh ruang yang berlampu malap berwarna-warni.
Jacques mendahului. Andrey langkah perlahan. Matanya melilau. Jantung berdetak macam nak lari.
Dia rasa asing. Terasing.
Di atas meja, berderet botol arak dan snacks yang belum disentuh. Kotak rokok pelbagai jenama berserakan macam koleksi stiker. Zana dan Mila — dua dari The Chicks — menari macam tak ingat dunia. Sue tengah bercium pipi Jacques, ketawa besar. Semua orang kelihatan mabuk dalam cara mereka sendiri.
“Mana Lisa?” soal Andrey. Dia berharap ada sekurang-kurangnya satu wajah yang dia kenal. Wajah yang tenang.
“Dia mana join kalau party macam ni,” Jacques menjawab sambil hulur segelas champagne.
Andrey pegang gelas itu, tapi tak minum. Dia tenung lama-lama buih yang mendidih. Tak pernah dia rasa sesuatu yang begitu mewah boleh buat jiwa terasa semurah ini.
Belum sempat dia berkata apa-apa, Rosy dah melabuhkan punggung di sebelah. Gincunya, malam itu lebih tebal dari biasa. Bau minyak wangi tajam. Tangannya dilingkar ke bahu Andrey macam tali.
“Ni bukan rokok biasa, tau...” Bisik Rosy sambil hulur balutan kertas nipis. “Try sikit… sedap. Promise.”
Andrey tolak. “Thanks, Rosy. Rokok biasa pun cukup.”
Dia sedut rokok sendiri. Perlahan. Tak mahu gelojoh. Tak mahu hilang kawalan.
Rosy senyum. Liar. “You ni…” Dia sedut ‘rokok’ tu dan hembuskan asapnya ke muka Andrey. “Smells good, isn’t it?” Tangannya mula merayap ke peha.
Andrey tak suka. Tapi dia diam. Matanya ke kanan. Jacques masih hanyut dalam pelukan Sue. Di kiri — lampu malap. Zana, Mila dan Lia menari.
Dia rasa sesak. Tapi tetap cuba bertahan.
“Kalau you nak,” Rosy bisik di telinga, “malam ni I teman... Semua ni... untuk you.” Tangannya memegang tangan Andrey, bawa ke dadanya.
Tube ditarik perlahan. Mata Andrey terbeliak.
“No, Rosy… Aku tak nak.” Suaranya hampir tak kedengaran.
“Don't be shy, darling. Kalau tak tau, boleh belajar. You tak tau, I boleh ajar.”
Dia bangun. Rosy cuba peluk dari belakang. Badannya digesel, tangannya cuba digenggam.
Cukup.
“Aku blah dulu.”
Jacques menoleh. “Awal lagi, bro. Baru nak start. Relaks lah.”
“Tak boleh. Korang enjoy je.”
“Kayu!” Bentak Rosy. Hampa. Lalu dia menyelitkan dirinya antara Jacques dan Sue.
Andrey buka pintu. Langkah keluar. Tak toleh ke belakang.
𝄞
Aprilia meluncur laju menuju ke tepi sungai yang merentang Bandar Terusan Tasik Biru. Andrey menghentikan motosikal, lalu turun singgah di sebuah warung kopi kecil di tepi sungai, tempat yang jarang disinggah orang kecuali yang sedang larut dengan dunia sendiri. Lampu jalan malap. Angin malam mengigir kulit. Dia ambil tempat paling hujung, jauh dari manusia, ditemani kopi O kosong — cukup pahit untuk menjaga hati daripada tidur.
Lama dia duduk memandang cawan. Pahitnya kopi tak setanding dengan pahit yang sedang mengalir dalam dadanya.
"Apa yang aku buat tadi?" Dia tanya diri sendiri.
Rosy.
Tangannya. Dadanya. Bau badannya. Tiupan asap ke muka. Sentuhan yang tak diminta.
Mana maruah kau?
Bisikan itu datang dalam suara sendiri. Lurus. Tajam. Tanpa eufemisme.
Malu. Kalau Rosy tak malu, itu dia tak tau, tapi dia malu. Dahi dipicit seakan cuba untuk melenyapkan kejadian itu dari ingatan. Andrey sedar, dirinya terlalu pasif — terlalu cuba menyesuaikan diri dalam dunia yang bukan miliknya.
Aku bukan mainan.
Aku bukan koleksi untuk malam minggu orang.
Aku bukan batang tubuh yang kau boleh tarik dan letak ikut suka hati.
Dia berbisik dalam kepala. Bisikan itu macam azan mengajak manusia kembali ke diri sendiri.
Kopi diteguk. Rokok dinyalakan. Sambil dia sedut perlahan, dia nampak bayangnya terpantul di cawan.
Wajah cengkung. Mata penat. Bibir ketat.
Tapi ada sesuatu yang sedang menyala di dalamnya — maruah.
Dia bukan tak suka perempuan. Dia suka. Sangat suka. Tapi bukan begini caranya. Bukan dengan gelak tawa murahan, bukan dengan sentuhan semberono, bukan dengan rokok yang entah isi apa, bukan dengan wine murahan dalam gelas mahal.
Dia bukan milik malam.
Kopi dihirup habis. Dia bangun. Sekeping nota bertukar tangan. Terima kasih diucap lalu warung ditinggalkan dengan dada yang sedikit berat, tapi lebih jujur.
Aprilia meraung kecil di bawah punggungnya, tapi dia tak pulang terus. Jalan menuju rumah diganti dengan membelok ke kanan, menuju ke rumah seseorang yang tak sepatutnya dia cari pada malam-malam begini.
Lampu pagar masih menyala. Dua kereta terparkir. Satu dia kenal sangat — yang pernah dia toreh. Satu lagi...
Apa Sophia buat malam-malam begini kat rumah singa gunung?
Tiada niat nak mengintai, tapi hatinya tak dapat tahan rasa ingin tau lalu dia berhenti sebentar.
Tak perlu teka, jawapan dah jelas.
Entah kenapa hatinya terasa ketat. Dadanya sesak.
Lain macam dua orang ni… entah-entah…
Dia senyum. Tak pahit. Tak juga manis. Tapi cukup kuat untuk celikkan mata.
“Dunia ni memang suka bergurau. Rusa pun berani lepak dalam gua singa.”
Dia tak nak jadi pelakon dalam drama orang lain.
Dia nak tulis skrip sendiri.
Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!