Memuatkan resonansi…

10 Penolakan


Bab 10.0: Penolakan

Biarlah buta mata, asalkan celik hati.
𝄞
Rosy sengih sambil menyedut straw minuman berkarbonatnya. “Kau perasan tak… budak tu makin handsome sekarang?”
“Handsome? Siapa?
“Kau pergi check mata hari ni, boleh, blurry?” Rosy pantas rampas cermin mata Lisa, dan sarungkan ke mata Lia.

Handsome... untuk seorang butch.” Rosy senyum, penuh makna.
“Oooohhh…” Sambut Lia. “Handsome?”

“Macam magnet sekolah, Lia.” Zana cuba jelaskan kepada Lia yang kadang macam hidup di planet lain.

“Tak semua magnet tu positif, sayang,” celah Sue pula. “Ada yang reverse.”
“Dia bukan magnet.” Jacques yang dari tadi menyuap nasi lemak, akhirnya bersuara.
Semua menoleh.

“Dia kompas. Korang semua nak dia pusing pandang korang.”

Rosy jeling Jacques, separuh pelik, separuh tergoda.  “Kau ni kenapa bela dia sangat sekarang, hmm? Dah jadi BFF? Atau... gay?”

Semua orang ketawa. Jacques sengaja pakai wajah serius.

“Aku kenal dia.”

The Chicks ketawa. Kecuali Lisa, yang hanya senyum sedikit. Dia tahu lebih daripada yang mereka ingin tahu. Sesekali dia curi pandang ke arah Andrey yang duduk sendirian di sudut kafeteria, tunduk. leka menulis dan Lisa tahu fikiran Andrey bukan di buku. Ia terbang ke tempat lain. Jauh.

“Si Andrey tu…” Rosy sambung, “ada aura. Ada spark. Aku tak hairan kenapa ramai secret admirer.

Jacques angkat kening. “Secret admirer? Siapa? Kau?”

“Kalau aku, mesti kau jealous, kan?” Rosy mencuit dagu Jacques. “Bukan semua benda kau tau, sayang. Aku pun pernah dapat hint… dari mana? Tak penting. Yang penting, kita ada misteri kat sekolah ni.”

Lisa tiba-tiba bersuara, perlahan. “Kau rasa orang tu… akan confess eventually?”

Semua mata berpaling. Lisa jarang cakap.
Jacques senyum kecil.

“Kalau betul-betul suka, lambat laun akan tunjuk jugak. Mana larat nak simpan lama-lama,
nanti tak sempat mekar… terbakar.”

“True…” Rosy sambung, sambil celup kentang goreng ke dalam sos. “Tapi, kan... perasaan ni, bila kita lepas, hilang magik dia. Macam mimpi. Bila kita cerita, dia tak sama.”

Jacques ketawa perlahan. “Rosy… kau ni makin hari makin puitis. Bahaya. Nanti aku pulak jatuh cinta.”

Rosy angkat kening. Tanpa kelip. “Tak payah nanti. Kau dah pun sayang, sayang...”

Jacques terkedu. Rosy puas.
Lisa tunduk. Telinganya merah. Dia belek telefon, konon tak ambil peduli. Sesekali matanya curi pandang ke seberang sana.

Andrey.
Masih duduk.
Masih tunduk.
Telefon bimbitnya dikeluarkan. Satu mesej masuk.
Ringkas mengirim getar.
Kalau satu hari aku berani,
aku akan bagitau siapa aku.
Untuk hari ni, cukuplah kau tahu:
aku pandang kau,
dan aku doakan kau.
Andrey sudah biasa dengan mesej misteri itu. Sejak beberapa bulan lalu. Cuma akhir-akhir ini, nadanya semakin berani walaupun masih berlindung di balik anonimitas. Sebahagian dalam dirinya berharap, mesej itu dari Sophia. Namun hati kecilnya tahu… mana mungkin. Dia toleh ke arah meja The Chicks. Mereka masih ketawa. Rosy sempat angkat kening, lambai manja.

Lisa?
Mulutnya diam. Telefon bimbit di tangan dia genggam seperti menggenggam rahsia alam.

𝄢

Waktu rehat kedua, suasana kafeteria sedikit lengang. The Chicks masih melepak di meja sama. Rosy bersandar malas dengan spek hitam menutup separuh wajah. Jacques datang sambil bawa dua air kotak, selamba letak satu depan Rosy.

“Untuk kau, Queen of Red.”

Rosy angkat spek. “Kau ingat aku budak darjah dua ke minum air kotak?”

Jacques juling mata. “Aku tengok kau minum straw je tadi.”

Satu jeritan ketawa meletus. The Chicks gelak berdekah-dekah, dan Rosy tak nak kalah. Dia bangun perlahan-lahan, langkahnya dekat ke Jacques.

“Kalau aku budak darjah dua, kau mana? Darjah berapa?”
“Darjah satu, repeat dua kali. Otak tak cukup susu.” Jacques angkat bahu.

Rosy tergelak kecil — rare. Jarang dia kalah dalam bab punchline, tapi dengan Jacques, dia benarkan dirinya kalah satu lagi pusingan. Walau hati dia masih terkunci pada seseorang yang lain, dia tahu satu perkara: Jacques tahu irama. Tak semua boleh buat dia tergelak. Jacques... lain.

Sementara itu di meja sebelah, Lisa tengah belek nota fizik sambil kunyah perlahan sandwich tuna. Pandangan dia teralih ke arah Andrey yang baru masuk kafeteria, masih ada gaya dalam serabutnya. Lisa pantas tunduk, pura-pura sibuk. Tak cukup cepat, Andrey dah pun melontar pandang, bersama senyuman kecil.

Satu.
Kecil.
Tepat ke hati.

Lisa senyum balik, dan itu saja cukup buat dia terpaksa pegang dada sendiri sebab jantungnya seolah nak keluar ikut perut.

“Aku nak muntah tengok Jacques dengan Rosy tu,” rungut Sue. “Dua-dua macam drama; yang satu over, yang satu nak kena tampar.”

“Diorang dua kali lima. Hantukkan je kepala.” Lisa menyampuk perlahan, buat semua berpaling.

“Wuuuu Lisa!” Rosy angkat tangan, beri ‘high five’. Lisa layankan saja. Dalam hati dia, ada awan. Putih. Perlahan. Terapung ikut angin.

Di luar tingkap kafeteria, matahari menyinar redup. Angin bertiup lembut. Mungkin hari ni bukan hari untuk tahu siapa pengirim mesej rahsia. Namun satu perkara pasti, di antara sandwich, lawak bodoh Jacques, dan spek merah Rosy, cinta sedang cari celah untuk tumbuh.

Dan mungkin, ia dah pun mula tumbuh… perlahan-lahan, di satu tempat yang paling tak dijangka.

𝄢

“Betul ke dia join malam ni?”
Rosy kelihatan lebih teruja dari biasa. Gincu merah darahnya berkilat di bawah cahaya lampu luar pusat karaoke. Jacques hanya senyum. Dalam hati, dia sendiri tak pasti.

You all masuk dulu. Aku tunggu dia kat sini,” kata Jacques, cuba sembunyikan keresahan.

Parti malam minggu ni bukan main-main. Sudah dirancang sejak awal minggu. Bilik VIP di pusat karaoke dah dia tempah siap-siap. Lengkap dengan sound system, light show, dan segala jenis rokok dan minuman keras. Rosy & The Chicks pun dah tak sabar nak mula.

“Kambing ni… datang ke tak datang?” Rungut Jacques seorang diri. 

Nombor Andrey didail agi. Tiga kali sebelum ni tak dijawab. Sekali lagi, masih tiada respon. Dia mengeluh, menyalakan sebatang rokok. Asap disedut perlahan. Jantung berdegup macam orang tunggu kekasih. 

Dia perlukan Andrey untuk balance malam ini. Bukan untuk menggunakan; setidaknya itu yang dia yakinkan pada diri sendiri. Tapi Jacques tahu, Rosy ada niat. Dan sebahagian daripada dirinya mahu melihat bagaimana Andrey akan bertahan… atau runtuh.

Baru separuh batang rokok habis, bunyi enjin Aprilia kedengaran. Jacques berpaling.
Andrey.

Helmet dibuka. Rambut bersepah. Mata masih sembab.

Sorry lambat. Aku tertidur.”
“Tido?” Jacques ketawa kecil, lega.
“Yalah. Lepas makan terus terbungkang.”

Jacques tepuk bahunya. “Baguslah bangun. Jom. Let’s get wild.”

Pintu bilik karaoke dibuka. Bunyi muzik meletup macam mercun Tahun Baru. Asap rokok berkepul-kepul. Gelak ketawa gadis-gadis bergema, tumpah ke seluruh ruang yang berlampu malap berwarna-warni.

Jacques mendahului. Andrey langkah perlahan. Matanya melilau. Jantung berdetak macam nak lari.
Dia rasa asing. Terasing.

Di atas meja, berderet botol arak dan snacks yang belum disentuh. Kotak rokok pelbagai jenama berserakan macam koleksi stiker. Zana dan Lia menari macam tak ingat dunia. Sue tengah bercium pipi Jacques, ketawa. Semua orang kelihatan mabuk dalam cara mereka sendiri.

“Mana Lisa?” soal Andrey. Dia berharap ada sekurang-kurangnya satu wajah yang dia kenal. Wajah yang tenang.

“Dia mana join kalau party macam ni,” Jacques menjawab sambil hulur segelas champagne.
Andrey pegang gelas itu, tapi tak minum. Dia tenung lama-lama buih yang mendidih. Tak pernah dia rasa sesuatu yang begitu mewah boleh buat jiwa terasa semurah ini.

Belum sempat dia berkata apa-apa, Rosy dah pun melabuhkan punggung di sebelah. Gincunya, malam itu lebih tebal dari biasa. Kehadirannya mendahului kata-kata; wanginya, lengannya yang santai tapi mengikat, senyum yang tak pernah benar-benar sampai ke mata. 

“Ni bukan rokok biasa,” Rosy menyedut. Matanya mengunci pandang Andrey. Asap dihembus perlahan, membentuk aura kelabu di sekeliling wajahnya. “Ni… ticket ke syurga. Sekali sedut, dunia pun hilang paksi. Trust me… malam ni, malaikat cuti.”

Thanks, Rosy. Rokok biasa pun cukup.” Andrey mengelak, tangan gemetar sedikit menyalakan rokok sendiri.

Rosy senyum. Liar. “You ni…” Dia sedut ‘rokok’ tu dan hembuskan asapnya ke muka Andrey. “Smells good, isn’t it?” Tangannya mula merayap ke peha.

Andrey tak jawab. Dia rasa lemas. Matanya ke kanan. Jacques masih hanyut dalam pelukan Sue. Di kiri — lampu malap. Zana dan Lia menari.

“Don't be shy, darling. Kalau tak tau, boleh belajar. You tak tau, I boleh ajar.”

Andrey merasa semakin sesak. Dia mengesot sedikit ke kanan, menoleh ke arah Jacques sedang hanyut dalam pelukan Sue. Zana dan Lia masih leka menari dan menyanyi. Gelas wine tak lepas dari tangan. Asap dihembus berkepul naik membentuk awan.

“Malam ni I boleh teman you.” Rosy merapatkan badannya ke badan Andrey. Tangan ditarik dan dibawa menyentuh dadanya. “See, you tak pernah rasa ni, kan?” Rosy mengambil tangan Andrey dan meletakkan ke dadanya. Untuk seketika, tapak tangan Andrey melekat di situ. 

You like it, don't you?” Sambil berbisik di telinga Andrey, dia menurunkan sedikit balutan tube di tubuh. Andrey tak percaya yang Rosy begitu berani memperlihatkan buah dadanya. “It's all yours tonight. Not only these but that too...” Dia membawa tangan Andrey ke pehanya.

Rasa sesak bertukar menjadi rimas.  “Rosy, aku tak nak...” Dia menepis. Champagne diteguk. Seteguk. Hanya satu dan dia bangun, berdiri di depan Jacques yang sedang leka membelai tubuh Sue.

“Woi, aku nak blah ni.”
“Awal lagi, bro. Relaks la. Aku tempah sampai pagi ni. Parti baru nak start.”

Rosy yang mengekori kini memeluknya dari belakang.  “Esok bukannya sekolah.” Gadis itu tetap mahu mencuba. Dadanya sengaja ditekap dan digesel-geselkan di belakang badan Andrey. Tangannya menjalar ke dada. Andrey menepis lagi. 

“Tak pe lah, korang carry on. Aku blah dulu.” 

Pintu bilik VIP ditarik kuat. Sejurus bibir pintu terkuak, dentuman muzik dari luar menyambar masuk seketika, membelah asap tebal yang memenatkan jiwa. Andrey melangkah keluar, meninggalkan kehangatan palsu di belakangnya.

Lorong koridor yang sejuk menyambut langkahnya, tidak seperti gelak ketawa yang ditinggalkan. Jauh dari bau alkohol bercampur minyak wangi dan asap yang memabukkan, 

Andrey menyedut nafas panjang. Dadanya berdenyut. Lega. 
Lega kerana dah terselamat dari malam yang boleh mengubah segalanya.

Sementara dalam bilik VIP, ada hati rasa dicela. “Kayu...” Bentak Rosy. Hampa. Lalu dia menyelitkan dirinya antara Jacques dan Sue.

Dan ada senyuman di wajah Jacques. Malam itu mata hatinya semakin luas terbuka.

𝄞

Aprilia meluncur laju menuju ke tepi sungai yang merentang Bandar Terusan Tasik Biru. Andrey menghentikan motosikal, lalu turun ke sebuah warung kopi kecil di tepi sungai, tempat yang selalu disinggah orang bila mahu larut dengan dunia sendiri.
 
Lampu jalan malap. Angin malam mengigit kulit. Dia ambil tempat paling hujung, jauh dari manusia, ditemani kopi O kosong — cukup untuk menjaga hati daripada tidur. 

Cawan direnung. Kopi dihirup pelan-pelan. 

Apa yang aku buat tadi?
 Dia tanya diri sendiri.
Aku rasa macam kambing sesat dalam zoo.

Rosy.
Tangannya. Dadanya. Bau badannya. Tiupan asap ke muka. Sentuhan yang tak diminta.
Mana maruah kau?

Bisikan itu datang dalam suara sendiri. Lurus. Tajam. Tanpa eufemisme.

Aku malu. 

Kalau Rosy tak malu, itu dia tak tau, tapi dia malu. Dahi dipicit seakan cuba untuk melenyapkan gambaran itu dari ingatan. 

Aku bukan mainan. 
Bukan koleksi untuk malam minggu orang. 
Bukan batang tubuh yang kau boleh tarik dan letak ikut suka hati.

Bisikan di kepalanya macam azan subuh yang mengajak manusia tinggalkan selimut.

Kopi diteguk. Rokok dinyalakan. Sambil dia sedut perlahan, dia nampak bayangnya terpantul di cawan.
Wajah cengkung. Mata penat. Bibir ketat cuba menelan sesuatu yang sedang menyala di dalamnya — maruah.

Dia bukan tak suka perempuan. Dia suka. Sangat suka. Tapi bukan begini caranya. 

Bukan dengan gelak tawa murahan, 
bukan dengan sentuhan semberono, 
bukan dengan rokok yang entah isi apa, 
bukan dengan wine murahan dalam gelas mahal.

Kopi dihirup habis. Dia bangun. Sekeping nota bertukar tangan. Terima kasih diucap lalu warung ditinggalkan dengan dada yang sedikit berat dan lebih jujur.

Aprilia meraung kecil di bawah punggungnya, tapi dia tak pulang terus. Jalan menuju rumah diganti dengan membelok ke kanan, menuju ke rumah seseorang yang tak sepatutnya dia cari pada malam-malam begini.

Lampu pagar masih menyala. Dua kereta terparkir. Satu dia kenal sangat — yang pernah dia toreh. Satu lagi...

Apa Sophia buat malam-malam begini kat rumah singa gunung?

Tiada niat nak mengintai, cuma hatinya tak dapat tahan rasa ingin tau lalu dia berhenti sebentar.
Tak perlu teka, jawapan dah jelas.

Entah kenapa hatinya terasa ketat. Dadanya sesak.
Lain macam dua orang ni… entah-entah…

Dia senyum. Tak pahit. Tak juga manis. Cukup rasa dan cukup kuat untuk celikkan mata.

“Dunia ni memang suka bergurau. Rusa pun berani lepak dalam gua singa.”

Kelihatan cahaya dari dalam. Bayang-bayang. Sayup suara berbual dan ketawa.
Andrey putar balik. Malam masih panjang. Tapi dia dah dapat satu keputusan.

Dia tak nak jadi pelakon dalam drama orang lain.
Dia nak tulis skrip sendiri.

Perlahan. Jujur.
Tanpa perlu dipertontonkan.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]