Memuatkan resonansi…

14.1 Multiverse


Bab 14.1: Multiverse

Latar langit kosmik bergelora, berwarna ungu, merah dan biru elektrik, menampakkan dua kapal angkasa kecil terapung dalam kekosongan. Di tengah, pancaran kilat bercabang menyerupai urat takdir. Teks di atas berbunyi: “Hidup adalah soal masa dan pilihan.” Di bawah tajuk: “Only true love makes you feel at home.”
If you fall, you’re not falling. You’re growing
𝄞
Pintu utama terhempas kuat sampai bingkai gambar di dinding pun bergoyang.

“Astaghfirullah...” Jacques dan abahnya, Hariss, sama-sama terkejut, masing-masing pegang cup Maggi macam nak mempertahankan harta karun.

“Laki bini zaman sekarang ni, dua kali lima… Tau nak melalak je dalam court!” Suara Marissa Adam bergema dari ruang depan. Beg tangan dilempar atas sofa. Kot hitam ditanggalkan, dihempas atas rak kasut.

Gender equality konon. Equality la sangat kalau perempuan juga yang kena buat kerja seratus kali ganda!” 

Cerek air dihidupkan. Tapi bila nampak Jacques dengan Hariss tengah menghirup Maggi cup sambil bersila atas lantai, Marissa berdiri di tengah-tengah ruang dapur dengan tangan di pinggang.

“Ya Allah… Apsal kau tak masak, tuan doktor?” Maggi atas kaunter dapur dia capai lalu mengoncang-goncangkan bekas itu dengan ekspresi dramatis penuh royalti.

“Doktor hilang pisau, mak.” Jacques sengih. “Limited edition. Adam’s style.”

“Nak tunggu makcik lawyer masak, mau besok pagi.” Selamba badak harris berseloroh.

“Bapaknya pun sama,  join konspirasi pemalas.” Marissa menjeling. Tapi tangannya capai juga satu cup Maggi. Tuang air panas. 

Survival mode, mak.”

“Ni la masalah bila anak ikut perangai mak dia, banyak mulut.” Hariss mencelah disertai gelak kecil. Terhibur.

“Kurang ajar.” Tanpa protokol, tanpa kontrol ayu, Marissa ketawa, duduk mencangkung depan Jacques, hirup Maggi terus dari cup. Sempat dia mencubit lengan suaminya. “Kau ni doktor apa?! Ajar anak makan Maggi je kerjanya. Aku ni pergi mahkamah berjuang hak asasi, balik rumah berjuang telan Maggi!”

Cermin mata tuan doktor tolak ke atas hidung. “Janji anak aku kenyang. Kenyang, hati senang. Hati senang, tak kacau mak dia.”

“Order pizza bukan susah. Tekan-tekan je. Itu pun malas. Tunggu aku jugak…” Marissa sambung membebel, sambil capai telefon rumah tanpa wayar yang besar gedabak, peninggalan zaman Nokia Jurassic.

“Ha, ni, aku call sekarang, satu large, topping extra keju! Biar kau dua orang kembung sampai esok!”
“Boleh order kan bini baru extra keju sekali tak? Lagi aku suka.”

Jacques dan bapanya ketawa berdekah sambil bagi hi-five.

“Boleh…” Perlahan suara Marissa. “Boleh see you in court.” Bantal dilempar tepat kena muka Hariss. Suara melantun cecah siling. Jacques pegang perut, tergelak sampai mata berair.

“Mak win. Confirm.”

“Gurau je lah, maknya Jacques sayang…” Hariss peluk bantal, cium dan buat muka puppy eyes. Suasana pun reda perlahan-lahan.

Marissa buat-buat tarik muka, tapi semua orang tahu — dari mata, dari cara dia gelak kecil — semua tu cuma muzik latar keluarga mereka. Kuat. Tapi tetap lagu cinta.

Dalam kehangatan itu, Jacques duduk diam sekejap. Tengok mak abahnya — dua manusia yang tak sempurna, tapi selalu sempurna dalam mencintai. Dalam marah ada sayang. Dalam bebel ada doa. Dalam gelak ada berkat.

“Korang tau?” Nada Marissa jadi sedikit serius. “Hari ni ada kes seorang maknyah... budak lagi. Kena belasah sebab pakai baju kurung.”

“Siapa belasah?” Tanya Harriss.

“Polis... Orang macam tu... selalu terpaksa pilih, nak jadi diri sendiri, atau nak hidup sambil menyorok. Dua-dua pun ada harga kena bayar.”

Cerita mak mendorong Jacques untuk meluahkan hasrat yang dah lama dia pendam.

 “Kalau saya nak buat something… besar, perubahan besar... You all still support, kan?"

“Nak bertukar jadi Power Ranger? Nak masuk Akademi Fantasia?” Mak pandang Jacques, mata tajam tapi ada senyuman sinis sikit. Cup Maggi diletakkan ke meja. 

“Nak buat HRT… Full transition…

Suasana senyap sekejap. Hariss dah agak. Dia faham. Dah lama. Marissa angkat kening, tarik nafas. “Kau ingat aku beranakkan kau supaya kau hidup ikut acuan orang lain?”

“Ikut acu mak abah lah…” Jacques menjawab.

“Kalau nak buat, buat sebab apa kat dalam tu.” Dia tekan dada Jacques dengan jari telunjuk. “Bukan sebab nak impress apa kat luar sana.”

Marissa bangun, capai tisu. Tangan dilap, nada masih santai. “Dengar sini, budak. Hidup bukan drama TV. Kalau nak ubah hidup, jangan separuh jalan. Kau kena jalan terus, kepala tegak. Kalau jatuh, bangun sendiri.”

Hariss yang dari tadi diam, angkat kepala sikit. “Kalau nak tahu,” dia bersuara perlahan, “ikut DSM-IV, ini bukan suka-suka. Dalam medik, kita panggil Gender Identity Disorder. Kalau tak ditangani betul… boleh bawa kemurungan, kecelaruan emosi… worst case, suicidal thoughts.”

Jacques angguk perlahan. Tak ada drama, tak ada airmata jantan.

So kalau nak buat…” Hariss sambung. “Consult doktor betul-betul. Jangan main rasa. Ingat, ni badan kau. Bukan test drive.”

“Satu je,” mak sambung, acah-acah garang. “Kalau kau nak jadi diri sendiri, jadi habis-habis. Jangan half-baked.”

Aye, aye, capitán. Maggi separuh masak mana sedap.” Jacques sengih. 

“Pandai pun,” Marissa ketawa kecil, sambil tunjuk peace sign gaya oldschool.

Dan dalam bising, dalam sindir menyindir, dalam lawak berlapik pedang itu, ada satu rumah yang kasihnya kekal, utuh.

𝄞

Bau setanggi memenuhi ruang tamu. Asapnya naik perlahan, menari-nari di bawah lampu gantung. Puan Surya Nilson sedang berlutut di hadapan altar kecil di sudut rumah — satu sudut yang dihiasi patung Buddha emas, Ganesha bersaiz sederhana, bunga segar, dan cawan-cawan kecil berisi air suci dan lilin.

Suaminya, Raymond Nilson, sedang mengelap patung Krishna yang sedang meniup seruling dengan kain lembut, penuh teliti, seolah-olah sedang menyentuh sejarah hidup sendiri. Rambutnya sudah memutih sedikit di tepi, tapi setiap geraknya masih penuh kejelasan seorang lelaki yang hidup dalam ketenangan.

Harum melati dan gaharu memenuhi segenap ruang rumah, menjemput Lisa turun dari katil, melangkah keluar dari bilik. Dia hanya mengenakan t-shirt kelabu dan seluar track. Matanya sedikit sembab. Malam itu, hatinya tergerak untuk menyertai, lalu dia duduk bersila di sisi ibunya.

Tanpa banyak bicara, ibunya hulurkan setangkai bunga melur. Lisa sambut dan tunduk dan meletakkan bunga ke dalam mangkuk kecil di hadapan patung, menyusun tangan di dada.

Om Shanti Shanti Shanti...

Selepas mantera pendek itu selesai, mereka bangkit perlahan. Raymond meletakkan patung Krishna kembali ke tempat asalnya, lalu menyertai mereka di ruang tengah. Surya sudah pun menghidangkan cerek teh. Mereka bertiga duduk bersila di atas tikar rotan lama — saksi banyak malam sunyi dan perbualan yang panjang.

Hati Lisa terasa aman. Malam ini, dia bersedia untuk membuka apa yang dah lama tersimpan dalam fikiran. Cawan teh digenggam dua tangan. Wapnya naik perlahan, menari macam bisikan halus dalam kepala.

“Pa, Ma... I nak tanya something…”

Sambil tiup perlahan cawan teh, Puan Surya memandang anak tunggalnya itu. “Ask lah. Tapi jangan tanya pasal exam markah — I belum ready nak sakit jantung malam-malam.”

No lah… I nak tahu… kita ni sebenarnya agama apa? Itu je.”

Wah… big question at this hour ah?” Bapanya terbatuk perlahan. 

Kemudian Surya senyum nipis, menyambung, “Ni mesti lepas sembahyang terus rasa extra spiritual, kan?”

Pandangan Lisa tak lepas dari cawan. Dia senyum kecil. “I mean... dalam rumah kita ada tokong, ada Ganesha, ada Buddha. Semua ada. But sometimes… I really don’t know where we stand.

Raymond angkat cawan teh, buat gaya toast kecil. “Aiyah… that’s not confusing, Lisa. That one we call a complete package, ok?”

“Sayang… agama bukan macam baju sekolah. Tak semestinya satu jenis saja boleh pakai.”

Raymond sokong dari sebelah, “exactly. It’s not a name tag, it’s a compass. You get?”

Lisa angguk perlahan.

Teh diteguk sikit sebelum Surya bersuara semula, “you pun tau, Ma was born Hindu. Appa you, Buddha but we never force that label on you. Yang penting… awak hidup dengan dharma.”

But… apa maksud dharma, exactly?”

It’s the life path that doesn’t hurt others. Jalan yang buat hati tenang. Kalau hati tak rasa kotor, kalau jiwa tak rasa kacau — that’s dharma.” Terang ayahnya.

“Tak kisahlah awak sembahyang depan lilin ke, pelita minyak ke, incense ke… kalau awak sayang orang, jujur dengan diri, tak buat jahat, awak sedang sembahyang, sayang.”

Penjelasan ibu dan ayahnya itu buat Lisa terunduk, menyorokkan mata yang sedikit berkaca dengan rasa lega.

“So… if one day I like someone… doesn’t matter who… but the way dia buat I feel like… I can be myself…”

“Then you’re not falling. You’re growing.” Tak perlu ulas panjang, Raymond faham apa yang ingin Lisa sampaikan. 

Ibunya pula menambah, “True love makes you feel at home.”

So… kita ni Buddha ke Hindu?”
 “Ayoooo leng lui… Kita? Kita multi-faith, multi-racial, multi-everything lah.”

Surya ketawa kecil sambil cubit lengan Raymond. “And multi-aircond bill. Now go to sleep before I add a karma lecture.”

Lisa bangun dan cium pipi ibunya kemudian bapanya. Malam itu hatinya lapang, selapang angkasa.
Hidup ditawarkan dengan pelbagai pilihan dan dia tak perlu memilih kerana dalam keluarga Nilson... semua yang berbeza adalah satu.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]