Join The Journey

Bab 10.3: Lukisan Tak Berbingkai

Bahang matahari Khatulistiwa kadang-kadang terasa seperti salji Antartika.
Kereta cikgu Rina masih di situ. Sejenak Andrey tertanya, dah ke cikgu Rina terima borang penyertaanya? Hati berdebar, ada bimbang, malu, segan, ragu-ragu, excited. Bercampur aduk.

Tak pernah dia sangka, Cikgu Rina bukan calang-calang orang. Masih sukar nak percaya yang singa gunung itu sebenarnya berbakat besar — malah dilantik sebagai presiden kelab seni. Rasa tak suka dulu berubah jadi segan. Bila dia kenang kembali semua perbualan sebelum dan selepas insiden toreh kereta, rasa malu makin menebal. Kata-kata cikgu Rina — terlalu halus. Terlalu tulus. Terlalu menggetarkan.

Betul ke dia suka aku atau dia sengaja nak bergurau?
Masih duduk berteleku atas motor, masa berlalu begitu saja, sehingga dia disapa, lebih kurang jam tiga petang sekaligus menjadi jawapan kepada sebuah penantian.

Wanita itulah yang ditunggu, yang dicari. Atas alasan apa, tak dapat dia berkata dengan pasti tapi debaran menghadap hari esok telah menggerakkan hatinya untuk bersiap sedia pada hari ini.

“Dah dapat target kereta mana nak ditoreh?” Tegur cikgu Rina. Andrey tau dia bergurau. Itu terbukti di bibirnya yang menghantar segaris kemesraan.

“Lama termenung? Dari tadi saya nampak awak kat sini. Ke memang tunggu saya?”

Waktu tu jantungnya berdetak lebih kencang seperti genderang mau perang.

Dari tadi nampak aku kat sini? Tak de kerja lain ke nak buat selain skodeng aku? Jangan-jangan dia ada simpan teropong dalam handbag.

“Hmm... Cikgu... Pasal esok...”
“Ohhh... Pasal tu...”

Andrey angguk perlahan, elak eye contact. Cermin mata yang tersangkut di kepala cikgu Rina waktu tu membuatkan matanya lebih terbuka — lebih menakutkan. Lebih menggoda.

Angin berhembus sepoi-sepoi bahasa. Cuaca redup dan segar di bawah lindungan pokok-pokok, tapi seluruh badannya berpeluh. Di bawah pancaran bahang matahari Khatulistiwa, dia terasa seperti duduk di Antartika — dingin dan panas silih berganti di kulit.

“Tahniah. Cikgu Fauzi ada bagitau saya pasal tu. Borang awak dah pun saya terima. Welcome back to the club. See you tomorrow.” Lemparan senyuman kecil dihantar. Cikgu Rina meneruskan langkahnya ke kereta.

Eh eh... Cepatnya nak blah... Biasanya kau yang suka curi masa aku…

“Tahun-tahun sebelum ni, cikgu tak de pun join kelab?”

Usaha menghentikan langkah berjaya.

Rina memusingkan badan. Tak lepaskan peluang, terus guru itu dia rapati.

“Biar saya bawakan.” Fail-fail di tangan cikgu Rina segera dia ambil tanpa tunggu persetujuan. Mereka berjalan bahu-ke bahu menuju tempat letak kereta guru.

“Baru dua tahun setengah saya mula mengajar. Tak kan itu pun tak tau?” Pintu kereta bahagian belakang dibuka.

“Oh… Sama dengan cikgu Sophia.”

“Dia awal setahun.” Terang cikgu Rina sambil meminta dia untuk letakkan fail-fail itu di tempat duduk belakang.

“Itulah, lama sangat honeymoon lepas O’Level…”

Andrey ketawa. “Rehat cikgu. Kalau honeymoon lama cam tumau patah pinggang saya.”

Ungkapan itu telah memberhentikan pandangan mata cikgu Rina di mukanya. Dia tersengih sambil garuk dahi. Cikgu Rina mengecilkan mata.

Mampus… Apalah aku merepek tadi…

“Cikgu, mungkin Jacques pun nak join. Saya ada ajak dia sekali esok.” Nak tutup malu, segera dia tukar tajuk.

Why not? Lagi ramai lagi bagus. Kita memang galakkan remaja dekatkan diri dengan seni dan kebudayaan, dengan alam. Daripada korang buat entah apa-apa aktiviti...” 

Cikgu Rina menjeling. Di hujung bibir ada senyuman. Dia berjalan ke pintu pemandu. Baru separuh pintu dibuka, namanya panggil.

Andrey diserang gugup lagi. Nak cakap apa pun tak tau tapi hati mendesak jangan diam.

Cikgu Rina menoleh, menanti kata-kata lanjut dari Andrey. Ekspresi di wajahnya jelas mempamerkan keinginan. Setelah mencampakkan beg tangan ke tempat duduk pemandu, pintu kereta ditutup semula. Kunci kereta disangkutkan dijari.

“Hmm... Lukisan cikgu... Hebat.” Ucap Andrey. Dahinya dah ditumbuhi peluh. Rina perasan.

“Saya impressed... Tak sangka cikgu melukis dan... ada sentuhan.”

Kekaguman dizahirkan, memilih kata-kata terbaik untuk mempotretkan ketulusan hati.

Ucapan itu berjaya membawa cikgu Rina berdiri di sisinya yang masih bersandar di kereta yang pernah dia toreh.

Tangan pun mula berpeluh. Nafas dia tarik perlahan dan perlahan-lahan juga dia lepaskan. Gugup di dada membuat kepala tertunduk tengok kasut.

Di saat bahu menyentuh bahu, terpantul lah kata-kata dari kotak suara cikgu Rina. Alunan nada kedamaian pun menerjah telinga.

“Terima kasih, Andrey. Saya nampak potensi awak. Semua bakat yang awak ada, sayang kalau tak digunakan. Lagu-lagu awak, lukisan awak. Semua saya dah...”

“Cikgu...” Alunan nada kedamaian itu dia hentikan. Bukan sebab tak suka dengar tapi dia berniat untuk mendengarkan lagu hatinya.

Cikgu Rina dah hilang kuasa ubat tidur. Mengantuk lenyap sama sekali. Niat nak siesta serta merta terbatal dari potongan 24 jam seorang Andrey.

“Ye, apa dia?”

Nampaknya cikgu Rina macam nak cepat je. Andrey jadi serba salah tapi dia nekad, lalu mata yang merenung kasut tadi diangkat.

Keyakinan yang berlawan dengan keraguan dia padukan. Dari mana timbulnya keberanian, itu bukan persoalan. Rasa percaya yang mula terpupuk bukan untuk dipersia. Luka dah menyembuh, meminta dilepaskan dari balutan.

Mata cikgu Rina dia pandang penuh yakin. Raut wajah itu, hanya hati yang bermata saja tau menilai.

“Nak minum teh tak? Teh, pizza?”

Tercetus di harapan semoga mata hatinya tak terus tertidur lagi.

Join The Journey
Comments

Comments [0]