10.3 Lukisan Tak Berbingkai
Bab 10.3: Lukisan Tak Berbingkai
![]() |
Bahang matahari Khatulistiwa kadang-kadang terasa seperti salji Antartika. |
𝄞
Kereta cikgu Rina masih di situ. Sejenak Andrey tertanya, dah ke cikgu Rina terima borang penyertaanya? Hati berdebar dengan perasaan yang bercampur aduk.
Masih sukar dia nak percaya yang singa gunung itu sebenarnya berbakat besar, sampai dilantik sebagai presiden kelab seni. Rasa tak suka dulu berubah jadi segan. Bila dia kenang kembali semua perbualan sebelum dan selepas insiden toreh kereta, rasa malu makin menebal. Kata-kata cikgu Rina terlalu halus. Terlalu tulus. Terlalu menggetarkan.
Betul ke dia suka aku atau dia suka bergurau?
Masih duduk berteleku atas motor, masa berlalu begitu saja, sehingga dia disapa, lebih kurang jam tiga petang sekaligus menjadi jawapan kepada sebuah penantian. Atas alasan apa, tak dapat dia berkata dengan pasti tapi debaran menghadap hari esok telah menggerakkan hatinya untuk bersiap sedia pada hari ini.
“Dah dapat target kereta mana nak ditoreh?” Tegur Rina. Andrey tau dia bergurau. Itu terbukti di bibirnya yang menghantar segaris kemesraan.
“Lama termenung? Dari tadi saya nampak awak kat sini. Ke memang tunggu saya?”
Baris itu menyentak Andrey hingga ke pangkal jantung, mendorong dia turun dari motor dan berdiri menghadap Rina, muka ke muka.
“Cikgu... Pasal esok...”
“Ohhh... Pasal tu...”
Andrey angguk perlahan, elak eye contact. Cermin mata yang berehat di atas rambut cikgu Rina waktu tu membuatkan matanya lebih terbuka, lebih menakutkan. Lebih menggoda.
Cuaca redup dan segar di bawah lindungan pokok-pokok. Angin berhembus sepoi-sepoi bahasa, mengeringkan peluh di tubuh Andrey. Di bawah pancaran bahang matahari Khatulistiwa, dia terasa bumi berputar laju, sekejap turun ke Antartika, sekejap kembali ke Sahara. Dingin dan panas silih berganti di kulit.
“Welcome back to the club. See you tomorrow.” Lemparan senyuman kecil dihantar. Rina meneruskan langkahnya ke kereta.
Eh eh... Cepatnya nak blah... Biasanya kau yang suka curi masa aku…
“Tahun-tahun sebelum ni, cikgu tak de pun join kelab?”
Usaha menghentikan langkah berjaya. Rina berpaling. lalu Andrey merapatinya.
Mereka berjalan bahu ke bahu menuju tempat letak kereta guru, tak jauh tapi cukup tertahan oleh jarak yang masih segan.
Andrey ketawa. Dahi yang tak gatal digaru. “Rehat cikgu. Kalau honeymoon lama cam tu, mau patah pinggang saya.”
Ungkapan itu menghentikan pandangan cikgu Rina di muka Andrey. Mata dikecilkan.
“Saya ada ajak Jacques sekali esok.” Nak tutup malu, segera Andrey tukar tajuk.
“Hmm... Saya dah tengok lukisan cikgu. Hebat.” Ucapan Andrey tersekat. Dahinya ditumbuhi peluh. Dia tak sangka dia boleh berbicara selancar ni. “Saya impressed... Tak sangka cikgu melukis dan... ada sentuhan. Ada jiwa.”
Rina meneliti ekspresi wajah Andrey. Dia tersenyum, tapi bukan senyuman cikgu kepada pelajar. Senyuman itu hanya keluar dari bibir seorang wanita kepada lelaki yang sedang cuba menjadi dewasa.
Andrey jadi serba salah. Nampaknya cikgu Rina macam nak cepat tapi dia nekad, lalu mata yang merenung kasut diangkat.
“Nak minum teh tak? Teh, pizza?”
Jemputan itu terlepas begitu saja, ringan tapi lebih daripada sekadar pelawaan.
“Itulah, lama sangat honeymoon lepas O’Level…”
Andrey ketawa. Dahi yang tak gatal digaru. “Rehat cikgu. Kalau honeymoon lama cam tu, mau patah pinggang saya.”
Ungkapan itu menghentikan pandangan cikgu Rina di muka Andrey. Mata dikecilkan.
Andrey tersengih, rasa nak tepuk dahi.
Apalah aku merepek tadi…
“Saya ada ajak Jacques sekali esok.” Nak tutup malu, segera Andrey tukar tajuk.
“Why not? Lagi bagus daripada korang buat entah apa-apa aktiviti.” Cikgu Rina menjeling. Di hujung bibir ada senyuman. Dia kemudian berjalan ke pintu pemandu. Baru separuh pintu dibuka, namanya panggil.
“Cikgu...” Andrey gugup. Nak cakap apa pun tak tau tapi hati mendesak jangan diam.
Rina menoleh, menanti kata-kata lanjut dari Andrey. Setelah mencampakkan beg tangan ke tempat duduk pemandu, pintu kereta ditutup semula. Kunci kereta disangkutkan dijari.
“Hmm... Saya dah tengok lukisan cikgu. Hebat.” Ucapan Andrey tersekat. Dahinya ditumbuhi peluh. Dia tak sangka dia boleh berbicara selancar ni. “Saya impressed... Tak sangka cikgu melukis dan... ada sentuhan. Ada jiwa.”
Rina meneliti ekspresi wajah Andrey. Dia tersenyum, tapi bukan senyuman cikgu kepada pelajar. Senyuman itu hanya keluar dari bibir seorang wanita kepada lelaki yang sedang cuba menjadi dewasa.
Andrey masih bersandar di kereta yang pernah dia toreh. Tangannya mula berpeluh bila Rina merapati. Nafas dia tarik perlahan dan perlahan-lahan juga dia lepaskan. Degup di dada membuat kepalanya tunduk tengok kasut.
Di saat bahu menyentuh bahu, kata-kata dari kotak suara Rina terpantul, mengalunkan irama kedamaian.
“Terima kasih, Andrey. Saya nampak potensi awak. Semua bakat yang awak ada, sayang kalau tak digilap. Lagu-lagu awak, lukisan awak. Semua saya dah...”
“Cikgu...” Alunan nada kedamaian itu Andrey hentikan. Bukan dia tak suka dengar tapi dia rasa dah bersedia untuk mendengarkan lagu hatinya. Lagu tentang seorang cikgu Rina yang dah hilang kuasa ubat tidur. Niat nak siesta serta merta terbatal dari potongan 24 jam seorang Andrey.
“Ye, apa dia?”
Andrey jadi serba salah. Nampaknya cikgu Rina macam nak cepat tapi dia nekad, lalu mata yang merenung kasut diangkat.
Keyakinan yang berlawan dengan keraguan dia satukan menjadi keberanian. Rasa percaya yang mula terpupuk tak layak untuk dipersia. Luka pun dah menyembuh, meminta dilepaskan dari balutan.
Mata cikgu Rina Andrey pandang. Tepat. Penuh.
“Nak minum teh tak? Teh, pizza?”
Ia adalah doa tanpa niat yang berlagu di balik satu harapan — semoga mata hatinya tak terus tertidur lagi, dan semoga malam ini, dia berani menjadi watak utama, bukan lagi penonton di tepi gelanggang.

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!