7.3 Luka Di Tangki Aprilia
Bab 7.3: Luka Di Tangki Aprilia
![]() |
| Nak licinkan berlian mentah, bukannya mudah |
“Saya ada benda nak tanya, cikgu.”
Dengan denyut di nadi dan di kepala, intuisi Andrey menangkap sesuatu yang aneh dalam perbualan petang itu… macam dua magnet yang asyik melawan, tapi perlahan-lahan salah satu kutub mula berpusing… mendekat.
Dia perhati gerak isyarat Rina, bahasa tubuh, cara dia sengaja melambatkan masa dan dalam semua itu, entah kenapa, ada rangsangan positif yang menyelinap masuk. Bukan selesa, bukan tenang… tapi curious. Emosi halus yang dia tak suka layan pun tiba-tiba tersentuh.
Dan dua minggu lepas, terpapar semula: kedai kopi. Ciuman pertama, sekejap, tapi cukup jadi bukti yang mengganggu. Mustahil orang buat macam tu kalau kosong.
Mustahil… kan?
Tujuan asal cuma satu, motor. Tapi sekarang muncul satu lagi niat: nak tahu kenapa.
“Anything, anytime…” Rina menjawab mudah, sambil tersenyum. Tak seperti sewaktu mengajar, petang itu dia murah dengan senyum. Lagi lama masa “dicuri”, lagi mesra suaranya.
“Soalan cikgu tadi…” Andrey tahan nafas. “Bukan cikgu ke sebenarnya yang tak suka saya? Mungkin ada benci… ada dendam?”
Tanda tanya itu terpacul juga akhirnya bila mata berani bertemu mata, dan hati mula berani menuntut jawapan. Kalau boleh, dia nak habiskan benda ni elok-elok. Berdamai. Sebab kebenaran tak perlu dipaksa; yang salah akan terserlah sendiri.
Wajah Rina berubah. Lembut. Renungan matanya pun lembut, memandang Andrey lama, tenang, sampai Andrey rasa janggal.
“Apa sebab awak fikir macam tu?” tanya Rina.
“Cikgu tengok saya macam beban. Saya tahu… saya rasa. Dari mula lagi cikgu macam annoyed.” Andrey tunjuk kepala sendiri. “Semua saya simpan kat sini. Malas nak cerita panjang. Cikgu lupa ke tak ingat? Atau memang tak sedar… tak kisah?”
Rina diam seketika, kemudian menjawab — tiga ayat awalnya tenang tapi penututp kata kembali kepada nada seorang cikgu.
“Tak ada benci. Dendam jauh sekali. Saya tak lupa dan saya tak pernah tak ingat.” Rina lepaskan nafas perlahan. “Tapi sebagai seorang guru, saya nak pelajar saya bagi perhatian, bukan membuta. Itu masalahnya.”
Andrey tewas. Apa yang Rina cakap tu, tak boleh dia nafikan. Semua orang tahu, dia memang selalu membuta dalam kelas. Perkataan “membuta” tu pula… memang trademark si singa gunung.
Rina sambung, suaranya turun sedikit, hampir berbisik. “Awak ni ada potensi. Tapi awak buang macam tu je. Sayang…”
Penjelasan itu menyentuh hati Andrey. Sambil mengangguk, dia pandang mata Rina. Kali ini dengan pandangan lebih terbuka. Hormat. Ikhlas.
“Kalau ada salah silap saya selain toreh kereta… kalau ada perkara buruk yang saya buat tanpa saya sedar, cakaplah. Supaya saya faham. Mana tahu.... selama ni saya...” Dia berhenti sekejap, cuba memilih perkataan yang sesuai. “... Mungkin hati cikgu dah saya cederakan.” Sambung Andrey. Kepalanya sedikit menunduk, panjang cawan kopi.
Cukuplah aku uji takat ni je, hari ini. Banyak lagi hari lain, aku boleh sambung. Dia berbisik dalam hati.
Andrey cepat-cepat tukar topik, nak “selamatkan” diri sendiri daripada suasana yang terlalu jujur.
“Cikgu…”
“Hmm…”
“Cikgu ada boyfriend ke, girlfriend ke? Atau dah kahwin? Ada anak, suami… atau—” dia sengaja dramakan “—janda? Ibu tunggal? Balu?”
Ketawa Rina pecah. Ketawa besar yang jelas datang dari hati. Terusik.
Andrey pun senyum, lega. Bila Rina ketawa macam tu, hilang terus keangkuhan di wajahnya. Yang menyerlah hanya pesona seorang wanita... Pesona yang boleh merantai mana-mana lelaki yang imannya senipis kulit bawang.
Mujurlah aku tebal iman. Andrey tersengih. Dia sendiri hampir tak percaya lawak tu keluar dalam kepala.
Rina tak terus jawab. Dia buka cermin mata, kemudian sangkutkan atas rambut.
Ah… perfect. Mata hazel itu nampak jelas. Andrey menelan air liur, cepat-cepat “tegur” diri sendiri: Fokus, Andrey. Fokus motor.
Bersama sisa tawa di hujung bibir, Rina memandang matanya, tepat. “Dulu saya pernah ada kawan macam awak.”
“Kawan?” Andrey cuba buat nada biasa. “Someone special?”
“Hampir…”
Andrey tergantung di situ. Soalan seterusnya terasa terlalu peribadi. Tapi Rina tak nampak ragu, malah mengangguk kecil seolah-olah memberi izin pada dirinya sendiri.
“Sebab tu saya faham awak,” kata Rina. “Dan saya nak awak faham… kita ni manusia… We're not just a physical body. Kita lebih daripada tu…”
Ayat itu tepat mengenai dada Andrey macam bulleye shot. Dia terasa sesuatu di dada, ringan dan sakit serentak.“We are the spirit, the soul…” Andrey menyambung spontan, suaranya perlahan. “And that is where it hurts the most.”
Memori Kak Zu bermain di minda. Selama ni, hanya Kak Zu tempat dia letak rahsia tentang orientasi, tentang identiti — tentang “lelaki” di dalam dia yang orang nafikan. Dan waktu ini, cikgu Rina yang duduk di hadapannya, mengangkat kening, pantas membalas. “Now, here’s a soul.”
Otak Andrey ligat memproses. Dia dengar. Dia faham. At least… dia tak gelak.
“Interesting.” Andrey rapatkan badan ke meja. “Nak share?”
“Tak ada apa yang menarik pun. Masa tu saya menuntut di universiti. Lama dah.”
“Sekarang?” Andrey sengaja mengusik, nak ringankan suasana balik. “Dah beralih arah? Ada anak?”
Rina ketawa sampai merah muka. Lesung pipitnya makin jelas. Andrey pula buat muka toya — kononnya… tapi dalam hati dia mengaku: Kalaulah awal-awal kau tak mengaum, mungkin aku dah lama jinak.
Oh please… Keluh otak dan hati. Kalau masing-masing ada mata, mesti dah rolling.
“Senang ke nak ubah siapa kita? Jiwa yang hidup dalam badan ni? Boleh ke jadi orang lain?”
Nada Rina bertukar serius. Ayat itu bagaikan baru terlepas dari satu tempat yang dia jarang buka.
“Bad experience?”
Rina mengangguk sedikit, bukan mengaku, tapi mengiyakan kewujudan luka itu. “Mustahil nak baiki percaya yang dah hilang,” katanya perlahan.
“Dia player.” Rina ketawa kecil tanpa bahagia. “Siapa yang boleh terima?”
“Oh… kes curang?”
“Tak semudah tu.” Rina geleng. “Dia keliru. Tak pasti tentang diri sendiri.”
“Sakit?”
“Sakit boleh dicegah sebelum melarat.” Rina angkat bahu, tapi mata dia tak ringan. “Saya lebih sayangkan diri saya.”
Ketegasan tu buat Andrey terdiam. Dalam diam itu, dia berfikir sendiri, mesti banyak yang dah cikgu Rina alami. Tak macam dia, baru nak naik. Baru nak kenal dunia. Sedangkan Rina… jelas dan berjalan jauh. Mungkin pernah jatuh.
Dan perkongsian itu buat Andrey terlupa sekejap tentang motor. Motor tetap penting, tapi manusia di depan dia tiba-tiba jadi lebih nyata daripada Aprilia.
Tak tahu macam mana nak respon, Andrey terus melompat ke soalan seterusnya — soalan yang jawapannya dia sendiri tak sabar nak dengar.
“Kenapa cikgu nak tahu sangat kalau saya ni single ke apa? Dan satu lagi… sebenarnya saya heran betul kenapa cikgu lepaskan saya macam tu je?”
Mata Rina tak lari dari muka Andrey. Dia bersandar. Selesakan diri untuk beri jawapan. “Hmm. Sepasang soalan yang bagus.” Katanya, bersedia.
“There’s only one reason.”
“Which is?”
Tanpa getar, tanpa ragu… Rina beri jawapan dengan lancar dan telus, seperti menyebut fakta tentang ekonomi yang dah dia hafal. “Simple, Andrey. Saya suka awak.”
Andrey tersedak… kemudian dia ketawa agak kuat, macam baru dengar punchline.
“Apa lawak yang cikgu nak buat ni? Tadi marah, pastu diam, sekarang suka. Lepas ni apa? Saya tengah mimpi ke, atau cikgu tengah high lepas kena mi kari?”
Dalam kepala, akal dan hati serentak menyampuk, sekali-sekala mereka sehaluan, malangnya.
Akal kata: Tadi kau sendiri cakap tak ada orang buang masa layan orang yang dia benci.
Hati tambah: Dia dah confirm kan spekulasi kau. Patutnya kau happy.
Akal: Kau ingat senang-senang orang nak suka kau? Cikgu… lawa pulak tu. Jangan buat hal, Andrey.
Pertanyaan Andrey yang berbunyi geram campur keliru, dan sedikit tersentuh itu Rina sambut dengan senyum nipis. “Pelik? Awak ingat saya main-main? Saja nak buang masa?”
Andrey tarik nafas, cuba tenang. “Ye… tak ye. Betul jugak.” Dia senyum sinis. “Macam manalah saya boleh tak sedar, kan? Of course lah cikgu suka saya. Sebab tu cikgu suka memalukan saya.”
Rina diam. Sengaja. Dia nak dengar lagi. Lagi banyak, lagi dalam.
Andrey pun tak berhenti. Pintu dah terbuka dan benda ni pun dah berkulat dia simpan sorang-sorang selama ni.
“Saya yang bermasalah, kan? Membuta dalam kelas. Sebab tu patut kena baling kapur, kena halau… apa lagi…” Dia geleng, ketawa kecil yang tak ada lucu. “Marah saya depan budak-budak. Apa saya buat semua salah. Sebaik mana pun saya jawab exam atau buat assignment, mesti ada je point yang tak kena. Ada je yang cikgu tak puas hati.”
Dia tunduk sekejap, kemudian angkat muka semula — tepat, beranimemandang mata cikgu ekonominya itu.
“Kepala saya ni kotak kosong, kan?” Suara Andrey naik sikit, membawa gema kenangan di halau dari kelas. “Kalau cikgu nak tahu sangat, cikgulah yang cetus kemarahan dan… kebencian dalam diri saya. Bukan ekonomi.”
Senak yang duduk lama di dada mula terasa ringan. Untuk beberapa saat, mereka tak bercakap tapi mata macam tak berhenti “berdialog”.
“Jadi betul lah memang ada benci?” Tanya Rina, dan tanpa rasa bersalah, dia letakkan kedua tapak tangannya di atas tangan Andrey.
Hangat. Aneh. Terlalu dekat. Dan cukup menyentak orang yang disentuh.
“Betul.” Andrey jawab, tegas. “Benci dengan sikap cikgu.”
Rina menarik nafas, suaranya jadi bisik. “I am so, so sorry, Andrey. I wasn’t aware of that.”
Andrey tarik tangan serntak dengan ayat yang meluncur pantas. “Wasn’t aware? Itu je alasan cikgu? How easy…”
“Saya bersalah buat awak rasa macam tu.” Rina tunduk sedikit. “Tak ada niat pun…”
Andrey diam sekejap, marahnya turun seperti ombak lepas pecah. “Tak apalah, cikgu. Saya dah bagitahu. Saya anggap semuanya settle.”
“Andrey…” Rina menyebut nama itu, mahu memujuk. “Percayalah. Tak ada alasan untuk saya membenci awak. Sikit pun tak ada. Apalagi dendam. Tak ada, Andrey…” Dia cuba sambung kata-katanya yang tersangkut sekejap. “Saya cuma nak awak tumpukan perhatian… nak tengok awak berjaya macam —”
“Okay.” Andrey Potong. Dia penat. Dia hanya mahu Rina tunaikan janji.
“Yes, sure…” Rina tak melawan lagi. Dia bayar, bangun, mendahului Andrey ke kereta.
Sepanjang perjalanan lima belas minit itu, sunyi kembali memenuhi ruang. Bukan marah. Sunyi itu lebih kepada malu dan rasa bersalah. Masing-masing hanyut dalam fikiran masing-masing.
Sampai di rumah Rina, sebelum turun dari kereta, Andrey berkata perlahan, tanpa memandang. “Terima kasih… dan lupakanlah apa yang saya cakap tadi. I know I lack a lot. You don’t need to prove it.”
Permintaan Andrey disambut dengan pandangan sayu. Rina tidak membalas. Dia tahu, tak ada apa yang boleh dia buat. Hal dah jadi. Apa yang ada adalah saat ini. Esok... Dan esok pula... terpulangah pada masa… sebab dia sendiri tak tahu nak betulkan yang mana dulu — motor, atau hati pemilik motor itu sendiri.
Andrey tak rasa apa-apa.
Tapi tipulah kalau kau kata sikit pun kau tak tersentuh.
“Ya. Terima kasih, cikgu.”
Kunci bertukar tangan. Andrey genggam kuat-kuat keduanya — kunci motor dan janji Rina — macam memegang janji Tuhan.
Rina nampak lega di wajah Andrey — lega yang jujur, yang membebaskan dia untuk bernafas selepas lama tenggelam.
“How about taking me for a ride one day?” tanya Rina, sambil mengusap belakang badan Andrey, sekilas saja, tapi cukup untuk mengacau degup jantung.
“Boleh je… kalau cikgu nak. Kita plan nanti.” Andrey jawab tanpa fikir panjang.
Dalam kepala, cuma satu: Aprilia. Rindu. Lega. Bahagia. Perselisihan tadi hilang macam mimpi ngeri dan seperti yang Rina sendiri usulkan, dia anggap semuanya dah “berbayar” dengan adil dan saksama.
“Oh, maaf.” Rina menunjuk ke sudut beranda. “Sana.”
Elok dia jaga motor aku.
“What the hell?!” Suara Andrey meletus. Kanvas biru disentak kuat.
Dia berpaling, meluru ke arah Rina. Kedua-dua tangannya menggoncang bahu wanita itu. “Cikgu ni kenapa?! Gila ke apa?!”
Sesaat, dia rasa tangannya ringan… terlalu ringan… macam nak singgah ke pipi orang. Rina menepis tangannya, tenang macam tak ada apa berlaku. Bajunya yang berkeromot sikit akibat sentapan tadi dibetulkan, lalu dia berjalan santai ke garaj.
“Awak toreh kereta saya.” Rina bersuara selamba. “Saya cat motor awak. OK lah tu, kan? Artistic...” Dia berhenti di sebelah Aprilia, mengusap tangki motosikal itu macam mengusap kucing kesayangan. “Warna ni, saya tengok sesuai dengan awak. Lembut.”
“Shit!” Andrey menghempas tapak tangannya ke tembok. Dia berpaling semula dan waktu itu baru dia nampak betul-betul.
Merah jambu terang.
Dan di tangki, tulisan yang dia takkan mampu unsee sampai bila-bila:
I 💓 Rina
Di sebelah kiri:
I 💓 Economics
“Cantik. Saya suka...” Suara Rina mesra dan lembut tapi tajam macam kaca.
Andrey menggeleng, perlahan. Tak percaya. Tak terima.
“Anggap je semua dah settle, dah berbayar…” Rina tersenyum lebar, bangga. Macam baru merangkul pingat emas dalam perang psikologi.
“Bijak. Memang bijak. Tahniah.” Suara sinis Andrey hampir pecah — menahan pedih yang lebih dalam daripada marah.
“Well…” Rina angkat bahu.
Dan tiba-tiba Andrey faham, walaupun dia benci untuk faham. Oh. Harga sebenar. Inilah dia.
“Saya ada soft spot untuk cikgu kat restoran tadi,” Andrey bersuara, serak. “Tapi terima kasih banyaklah... Sekarang cikgu rosakkan lagi.” Dia menelan marah yang memanas sampai ke tekak.
“I hate you, Rina.”
Rina tak kelihatan tersentak pun. Dia hanya memandang — lama, tenang. Dia dah jangka tiga patah kata tu akan dilafazkan Andrey tepat ke mukanya dan dia dah bersedia.
“One day,” katanya perlahan, “you’ll understand what hate truly means.”
Tanpa sepatah kata, Andrey menghidupkan enjin Aprilia.
Sekali putar.
Dua kali.
Kali ketiga, lebih kuat.
Deruman enjin memecah sunyi petang. Asap hitam berkepul keluar dari ekzos, seperti nafas marah yang lama terperangkap di dalam dadanya. Api yang tak sempat jadi kata.
Aprilia meluncur pergi meninggalkan rumah Rina, berdesup laju seperti tentera yang berundur dari medan perang sebelum jiwa runtuh sepenuhnya.
Dia menuju ke bengkel.
Warna itu mesti dihapuskan.
Tulisan itu mesti lenyap.
Aprilia perlu dibaptis semula.
Dimandikan dengan air bunga.
Dibersihkan.
Diwudukkan.
Tak kisah berapa harganya.
Tak kisah berapa lama.
Yang penting, Aprilia perlu bebas.
Dia… perlu bebas.
Ketika berdiri di tepi jalan, menunggu teksi untuk pulang ke rumah, suara hati menyapa perlahan, jujur, tanpa sebarang belas kasihan:
Akal menyambung, dingin, macam hakim:
Tapi… ada ke rasa benci?
Benci dan suka tak duduk di kutub berbeza. Dinding pemisahnya cuma senipis satu sentuhan.
Selalunya melalui sesuatu yang susah dikawal — ego, maruah atau keinginan untuk difahami.

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!