Memuatkan resonansi…

5.2 Lisa, Rosy and the Chicks


A gleaming, modern luxury school cafeteria featuring a vibrant group of five pretty girls at a table, with coffee, each adorned in distinctive 2000s indie outfits that exude a trendy and eclectic charm. One of them wears a pink-highlighted hair, a denim knee-length skirt. One of them looks nerdy, wearing glasses, NASA shirt and jeans, the most beautiful in the group. She is reading a book while the others are chatting. The rest of the girls wear a casual jeans and trendy indie clothing.
Aku tak tahu siapa kau dalam dunia siang.
Tapi dalam dunia malam, kau cahaya.
𝄞
Lisa tak perlu kalendar untuk tahu bila bulan mengambang penuh. Tubuhnya memberi isyarat, lebih awal daripada jam. Jiwanya peka lebih kuat daripada cuaca. Dan setiap kali rasa itu datang, dia tahu, budak pelik dari rumah di hujung tasik akan muncul.

Senja mula beransur menjadi malam, dan langit bertukar menjadi kelabu lembut. Dia bersedia untuk memanjat bumbung rumah banglo yang sedikit tinggi, menghadap lembah Terusan Tasik Biru. Kawasan perumahan elit itu sunyi. Tak kosong, tapi penuh dengan cerita yang tertanam di balik pagar dari pokok-pokok kayu yang tumbuh rapi.

Rumah di sebelah itu lebih rendah sedikit. Cukup rendah untuk nampak bumbungnya, dan cukup dekat untuk dia dengar bisikan tubuh yang bercakap dengan langit.

Andrey.

Si introvert yang tak pernah dia temui di kawasan perumahan. Budak yang tak tahu pun ada sepasang mata yang saban bulan, saban malam, melihatnya dalam diam, tanpa niat, dengan rasa.

Dan malam itu, bulan tak hanya penuh, bahkan kelihatan rindu. Rindu untuk jatuh. Untuk disentuh. Untuk dipuja.

Andrey keluar dari pintu bilik yang terus membawa ke rooftop terrace. Rambutnya terbiar kusut, boxer mendedahkan peha dan betis. Dada terbuka, tanpa balutan. Tanpa apa-apa selain kulit dan keberanian, seperti nak memberitahu alam, ini jiwa yang sedang belajar jadi cahaya.

Lisa menelan nafas. Teleskop yang biasa digunakan untuk mencerap bintang dan planet kini bertukar menjadi teropong di bawah langit. Dia tahu dia patut berpaling. Dia patut kembali ke teleskop, kembali ke buruj dan carta bintang, bukan ke dada seorang manusia yang sedang membuka diri seluas semesta dan membiarkan tubuhnya disentuh cahaya bulan. Dicium angin malam.

Tanpa menyembunyikan dadanya, Andrey berdiri antara lantai dan bulan. Antara dirinya dan sesuatu yang jauh lebih besar dari jasad. Kemudian, dia berbaring, tangan terbuka luas ke sisi, seperti mahu memeluk malam. Cahaya bulan mencurah ke kulit lalu masuk ke liang roma dan menyerap ke tulang.

Lisa menyaksikan semuanya. Satu makna. Sebuah bukti. Dia nampak sebentuk keberanian. Cerita dalam kewujudan. Dan ini bukan kali pertama sejak beberapa bulan lepas.

Anak Tuan Arman itu akan bermandi cahaya setiap kali bulan mengambang penuh, seolah-olah minta dibaptis.

Andrey— kalau gadis, dia cantik. Kalau lelaki, kacak. Tapi androgynousnya yang membuat Lisa rasa mahu merangkak turun ke bumi, merayu bulan jatuh ke riba. Bukan kerana nafsu, hanya keinginan yang memuncak bila sedar, dia sedang menyaksikan sebuah keajaiban ciptaan Tuhan.

Seseorang yang jujur dalam sunyi.
Jiwa yang berani dalam diam. Indah dengan cara yang hanya langit faham.
Lisa tak mahu faham. Dia hanya mahu melihat. 
Dan malam itu, untuk kesekian kali sejak pertama kali teleskopnya secara tak sengaja tersorot ke rooftop terrace Tuan Arman, dia percaya, cahaya paling indah tak hanya jatuh dari langit, tapi juga naik dari tubuh yang sedang memeluk rembulan.

Dengan lutut dirapatkan ke dada, selimut nipis ditarik ke bahu, Lisa duduk sedikit menggigil. Tapi sebenarnya dia tak sejuk. Yang menggigil itu bukan badannya, tapi rasa. Rasa yang tak sempat dia cipta teori.

Andrey masih terbaring. Tubuhnya disimbah cahaya perak bulan. Tapi dia tak gerak lagi. Diam. Sunyi. Macam jasad yang ditinggalkan roh.

Lisa memeluk lutut lebih kuat. “Apa yang kau minta pada langit, Andrey?” Bisiknya.

Setiap bulan, ritual itu berulang, macam jam solat yang hanya difahami Tuhan. Kadang dia bermeditasi, kadang dia berdiri menari perlahan seperti ada lagu yang cuma dia saja dengar. Tapi malam ni lain. Malam ni… Lisa nampak Andrey memekupkan mukanya dengan kedua-dua tapak tangan.

“Kau menangis, Andrey… atau itu caranya kau berdoa?”

Beza besar.

Lisa tahu dia tak patut pandang lama sangat. Tapi tubuhnya tak mahu berganjak. Tangan masih memegang teleskop , tapi matanya tak pakai lensa lagi. Dia biar bayang-bayang Andrey jadi kabur sedikit — lebih mudah dicintai bila kabur, kan?

Tiba-tiba…

Andrey bangun perlahan. Tangan yang menekup muka kini diangkat ke langit seolah-olah cuba menangguk cahaya bulan. Jari-jarinya mengusap dada. Perlahan. Seperti menghalau satu beban… atau cuba menerima satu hakikat.

Entah mengapa, jantung Lisa sendiri terasa berat.

Dia suka membaca tentang fizik kuantum dan teori tentang bagaimana dua partikel boleh “berhubung” walau terpisah ribuan kilometer, yang menarik minatnya.

Entanglement. 

Mungkin itu yang berlaku sekarang. Partikel di dadanya bergema dengan partikel di dada Andrey.

Kemudian, Lisa nampak bibir Andrey bergerak. Dia tak tahu apa yang Andrey katakan. Dia tak pandai membaca gerak bibir. Tapi entah kenapa,hatinya berbisik:

Maafkan aku. 

Andrey tunduk, baring semula. Matanya dipejam. Dan dengan satu hela nafas panjang, dia tidur di bawah cahaya bulan.

Dan Lisa masih tak bergerak. Dalam jiwanya, terlahir satu rasa. Satu janji, mungkin.

Kalau bulan boleh datang tiap malam, begitu juga aku. Sebab aku pun nak tunggu dia jumpa terangnya sendiri.

Teleskop diturunkan. Lisa menatap bumbung rumah itu sekali lagi. 
Dan dengan hati yang masih menebak-nebak, dia berbisik, 
“Aku tak tahu siapa kau dalam dunia siang, Andrey. 
Tapi dalam dunia malam, kau cahaya.”

𝄢

Hari itu, Lisa tak mahu turun dari dunia malam. Tapi loceng pagi menjerit, memaksa.

Macam biasa, dia jalan ke sekolah ikut lorong belakang dengan beg sandang penuh stiker planet dan rambut diikat longgar. Pakai baju yang tak pernah masuk trend. Converse putih bercorak bintang dihiasi dengan logo NASA dengan marker warna biru. 

Lisa bukan jenis yang bersolek. Tapi kulitnya bersih dan matanya selalu nampak macam dia simpan rahsia galaksi.
Sesampai di pintu pagar, suara yang tak boleh salah dielak lagi menerpa telinganya

“LISA!!! Gurl, come here, you nerdy sexy alien!”

Rosy.

Dengan gincu merah darah. Rambutnya di-highlight pink neon, macam lampu papan tanda malam di tepi jalan. Kuku hitam. Suara dia macam DJ radio tengah high on caffeine—berdiri di tepi pagar macam jaga pintu syurga atau neraka, bergantung pada sudut mana mata orang memandang.

Nak tak nak, Lisa memaksa diri mendekati mereka. Rosy. Sue. Zana. Lia. Empat warna berbeza, tapi bila bersama, mereka jadi pelangi.

“Sinilah… duduk dengan kitorang! Jangan asyik sorang-sorang macam Pluto,” sambung Sue, yang hari ni pakai kacamata hitam dalam dewan makan.

Senyum dilempar. Malu. Tapi dia duduk juga.

Mula-mula dulu, dia ingat Rosy & The Chicks nak kenakan dia. Yalah, siapa sangka budak fizik dapat tempat kat meja geng paling bising? Tapi hari pertama dia duduk situ, semua orang buat lawak. Lisa ketawa. Lembut. Tapi cukup untuk Rosy jerit, “girls! We got a snorter!”

Itu titik mula dia jadi “Lisa Si Astrologer” — gelaran yang Rosy sendiri bagi.

“Aku tak faham hukum Newton, tapi aku boleh kira bila meteor lalu atas kepala kau. Kau rasa?”

Lisa angkat bahu. “Macam kau rasa warna lipstick kau tu lawa, kot...”

Sue tergelak. “OHHHHHHH BURNNN!”

Rosy peluk dia terus. “This is why I keep you.”

Lisa tak faham kenapa Rosy & The Chicks suka dia. Dia nerd, dia canggung, dia tak tau beza eyeliner dengan pensel mekanikal. Tapi mungkin sebab dia jujur dalam pelik, geng tu rasa selamat. Dan dalam bising-bising Rosy tu, Lisa sebenarnya belajar satu benda — 
Langit tak selalunya sunyi. Kadang langit menangis. Kadang-kadang langit pun ketawa.

Dan dalam ketawa tu, Lisa masih simpan rahsia.
Tentang seorang budak bernama Andrey.
Tentang ritual moonlight bath, setiap bulan mengambang penuh.

Dia belum pernah tegur. Tapi dia tau, dia dah jatuh. 
Dalam diam.
Dan dia jatuh macam bulan jatuh ke air.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]