9.1 Kantoi
Bab 9.1: Kantoi
![]() |
| Sayang dalam diam, sakit. Apalagi bila kau tahu diam itu tak akan pernah berbunyi |
𝄞
Bilik guru TBC tenang dalam cara yang terpelihara; sunyi yang mewah, tiada desing, tidak menekan. Lampu siling berona hangat memancar lembut dari panel tersembunyi, memantulkan cahaya ke permukaan meja kayu gelap yang tersusun kemas. Dinding kaca separa legap mengasingkan ruang itu dari koridor luar, menapis bunyi langkah menjadi sekadar bayang gerak. Udara sejuk terkawal dan bersih; gabungan pendingin hawa berkualiti dan aroma kopi yang baru dibru, tanpa gangguan bau kertas lama atau mesin usang.
Di satu sudut, Sophia duduk menghadap skrin komputer, tubuhnya membongkok sedikit. Kerusi ergonomik menyokongnya dengan sempurna, namun bahunya tetap jatuh ke dalam, tanda keletihan yang tidak dapat disembunyikan oleh kemudahan terbaik sekalipun. Jari-jarinya menari di atas papan kekunci dengan ketepatan. Setiap klik hampir tenggelam dalam keheningan bilik. Pantulan cahaya skrin melukis garis halus di wajahnya, menampakkan mata yang fokus, dan garis dahi yang menegang menahan tumpuan.
Rina muncul dari belakang dengan langkah terukur. Kasutnya tak meninggalkan bunyi di atas lantai berkemasan matte. Dua botol minuman di tangannya dingin, permukaannya berkilau halus di bawah cahaya hangat.
Dia berhenti sejenak, cukup untuk membaca tubuh Sophia; rentak bahu, jeda nafas, keletihan yang berlapik profesionalisme. Lalu dia melangkah masuk ke ruang peribadi itu dengan penuh hormat, dan meletakkan satu botol di atas mousepad, perlahan, tepat di sisi tangan Sophia.
“Untuk kau,” katanya, ringkas. Kerusi ditarik, lalu punggung dilabuhkan. Fail berwarna hijau diletakkan atas meja.
Sophia menoleh sejenak, senyum. “Thanks. Banyak kerja lagi ni...”
“Report tak pernah habis.”
“Hmm.” Sophia menghela nafas.
“Tengok ni.”
“Report tak pernah habis.”
“Hmm.” Sophia menghela nafas.
“Tengok ni.”
Fail hijau disorongkan.
Sophia berhenti menaip. Jari yang lincah kini terhenti. Fail dibuka, helaian demi helaian diselak. Dahi sedikit berkerut.
“Bukan main kemas assignment ni. Buah hati punya?”
“Siapa lagi.”
“Nampaknya ada perubahan positif. Well done, Cikgu Rina. Aku rasa kau dah inspired dia.”
“Inspired la sangat.” Tersenyum sinis, Rina kemudian menambah, “cuba kau baca betul-betul.”
Sophia menurut. Dia cuba memahami apa yang tercatat dalam lembaran putih tersebut walaupun dia tahu, Rina bukan mahu dia memahami subjek ekonomi. Rina mahu dia memahami Andrey. Atau lebih tepat lagi... memahami perasaan Rina terhadap pelajar itu.
“OK je kertas tugasan ni. Kau tak happy ke dia dah banyak berubah?”
“Bukan dia buat ni. Dia suruh orang.”
“Bukan dia buat ni. Dia suruh orang.”
Sophia ketawa. Dia dah agak, cuma, bukan tuduhan itu yang dia jangka.
“Kau ni kan… Tak baik menuduh membuta tuli. Ada bukti?”
“Bukti? Tak de...”
“Bukti? Tak de...”
Sophia pandang wajah Rina. Penutup hijau botol mineral dibuka dan selepas menyisip seteguk, dia menyambung, “confident je kau cakap dia suruh orang. Kalau betul orang lain yang buat, kau tau ke siapa?”
“Tak tau pun.”
“Habis, nak serkap jarang je?”
“Intuisi.”
“Ahhh… Kau ni Rina. Sengaja nak cari pasal ke atau sengaja nak cari peluang?”
“Aku kenal gaya bahasa dia. Cara penulisan dia.”
“Habis, nak serkap jarang je?”
“Intuisi.”
“Ahhh… Kau ni Rina. Sengaja nak cari pasal ke atau sengaja nak cari peluang?”
“Aku kenal gaya bahasa dia. Cara penulisan dia.”
“Aku kenal gaya bahasa dia. Cara penulisan dia.”
Rina mengambil semula fail hijau tersebut. Matanya terpaut pada helaian di tangan, nadanya kini lebih berbaur penyiasatan, seolah-olah sedang mengkaji kes mahkamah.
“Lagi?” celah Sophia sambil menggeleng kepala.
“Dia tak pernah guna Times New Roman,” Rina memulakan penjelasan. “Kalau dia buat assignment, dia mesti guna Quicksand. Tengok ni... cara dan tempat dia letak nama, malah format tugasan pun langsung tak sama macam selalu.”
“Hebat betul cikgu Ireena... Semua budak pun kau ingat ke dorang suka tulis guna font apa? Anyway, kan kita ada format tetap.”
“Betul. Ada tiga pilihan template dan dia tak pernah guna yang ni.” Nafas ditarik dan dilepaskan. “Aku nak test dia.”
“Test? Test apa?”
“Nak tengok hati dia. Nak tengok keikhlasan dia. Nak tengok, dia jujur ke tak.”
“How?”
“You’ll know.”
“Babe, you are in love. Obviously.” Balas Sophia. Badannya disandarkan ke kerusi.
Kata-kata itu dibiarkan tergantung bersama sunyi dan sejuk bilik guru. Cuma ada degupan yang mencari bahasa, dan perasaan menunggu untuk bersuara.
Sophia tahu. Wajah Rina dah cukup dia hafal macam kitab; wajah seorang wanita yang tak pasti samada ingin mendidik atau mencintai.
𝄢
Dari kelam ke cahaya, dari beku ke bara.
Inilah langkah sebuah jiwa yang mula percaya pada dirinya.
Cahaya fajar perlahan-lahan menyimbah gelap subuh. Andrey terjaga tapi tak bergerak seinci pun katil. Dia hanya memandang siling. Gelap, tapi mimpi yang dia alami tetap terang.
Cukup dah kau hidup dalam bayang.
Sekarang tiba masa kau hidup dalam cahaya walaupun masih samar.
Suara itu, sekali lagi bagai menghembus nafas baru ke dalam hidupnya.
Hari-hari yang dulu penuh keterpaksaan kini terasa lebih ringan. Jiwanya semakin ikhlas menerima jalan yang dipilihkan buatnya.
Entah dari mana datangnya kekuatan itu. Mungkin dari kesedaran bahawa dunia tak akan berhenti hanya kerana dia masih tidur.
Mungkin dari rasa dihargai dalam kelas biologi.
Mungkin juga kerana seseorang yang setiap pagi setia menjadi jam loceng hidupnya hanya dengan satu perkataan: Bangun.
Ekonomi.
Kelas demi kelas dihadiri dengan dada terbuka. Buku-buku yang dulu hanya jadi alas kepala, kini menjadi bahan renungan. Dan di celah perubahan itu, Jacques banyak membantu tanpa banyak soal.
Biologi.
Di sinilah satu nama Sophia bertukar menjadi debar.
Sapaan kecil.
Pandangan yang singgah sepintas.
Senyuman lembut dari balik meja makmal dan mikroskop.
Pandangan yang singgah sepintas.
Senyuman lembut dari balik meja makmal dan mikroskop.
Semua itu cukup untuk membuat Andrey rasa… berharga.
Dia mula berangan...
Mungkin suatu hari nanti dia akan berani.
Mungkin satu hari, dia akan jemput cikgu Sophia keluar — sekadar kopi.
Atau wayang. Tapi tentu bukan cerita cinta.
Nanti kantoi.
Mungkin suatu hari nanti dia akan berani.
Mungkin satu hari, dia akan jemput cikgu Sophia keluar — sekadar kopi.
Atau wayang. Tapi tentu bukan cerita cinta.
Nanti kantoi.
Namun di sebalik angan itu, suara lain mula membisik:
Kalau semua ini hanya syok sendiri?
Kalau Cikgu Sophia tak pernah pun fikir apa-apa tentang kau?
Kalau Cikgu Sophia tak pernah pun fikir apa-apa tentang kau?
Sakit rasanya menyayangi dalam diam. Dan lebih sakit bila kau tahu, diam itu mungkin tak akan pernah bersuara.Bayangan Cikgu Fizi tiba-tiba menyelit di sisi Cikgu Sophia. Gelak mereka. Cara mereka berjalan seiring. Kadang-kadang, cara Sophia memandang cikgu lelaki itu membuat Andrey rasa… dia sudah lambat. Kalah sebelum sempat bertanding.
Dia cuba memujuk hati.
Tak apa. Dia jadi bonus.
Bonus untuk aku cemerlang Biologi.
Bonus untuk aku kenal siapa diri aku.
Bonus yang buat aku percaya; aku juga layak disayangi, walau hanya dari jauh.
Bonus untuk aku cemerlang Biologi.
Bonus untuk aku kenal siapa diri aku.
Bonus yang buat aku percaya; aku juga layak disayangi, walau hanya dari jauh.
She’s just a crush. Nanti bila semua ni habis, bila kau masuk dunia luar, kau akan jumpa cinta sebenar.
Itu kata akal. Tapi hati masih setia menunggu; penuh harapan, dalam ragu.
Itu kata akal. Tapi hati masih setia menunggu; penuh harapan, dalam ragu.
“Aku tengok kau dah lain sekarang ni dengan si singa gunung,” usik Jacques, si mulut tak reti diam.
“Macam sweet-sweet je.”
“Macam sweet-sweet je.”
Andrey sengih. “Bapak aku suruh aku belajar disiplin. Fokus. Sekarang aku rasa aku faham kenapa dia nak sangat aku buat A’ Level.”
“Oh.” Jacques angkat kening. “Bapak kau dah bagi petua ke macam mana nak jinakkan singa gunung?”
Jacques memang jenis begitu — mulut celupar, ketawa dulu, fikir kemudian. Tapi di celah gurau dan usikannya, ada biji-biji hikmah yang tak ramai orang perasan.
Dengan Jacques, Andrey tak perlu berselindung. Tak perlu jadi orang lain. Cukup jadi diri sendiri, itu pun sudah memadai.
Ketawa dua sahabat itu memecah sunyi belakang bangunan lama, tempat cari ilham, tempat melepas rasa.
“Aku dengan Rosy… kami dah —”
Belum sempat Jacques habiskan ayat, Andrey terus potong. “Aku dah agak.” Dia pandang Jacques lama sikit. “Tapi kau sure ke, Jacques? Maksud aku… Rosy tu serius ke dengan kau?”
Jacques ketawa, tanpa rasa tersinggung. “Mungkin dia liar… sikit.” Bahunya diangkat.
“Tapi kalau kau boleh jinakkan singa gunung, kenapa aku tak boleh jinakkan kucing batu?”
Bahu Andrey ditepuk. Kuat. Sekuat ketawa mereka. Ketawa yang menggema di ruang sunyi, tanpa penghakiman. Hanya penyaksian.
𝄞
Beberapa minit sebelum kelas ekonomi tamat, perbualan Andrey dan Jacques terhenti bila Cikgu Rina datang ke meja mereka dengan wajah yang kurang mesra.
“Jumpa saya lepas kelas.”
Arahan itu tegas dan ringkas. Tanpa bunga kata, dia berpaling dan kembali ke hadapan, menyambung saki-baki kuliah seperti tiada apa berlaku.
“Sudah…” Bisik Andrey perlahan. Dia menoleh ke arah Jacques. Tapi wajah Linda yang dia nampak.
“Apa kena pula tu?” Jacques menyiku lengan Andrey, teruja nak tahu.
Ada masanya, kebenaran tak datang daripada bukti, tapi daripada mulut yang takut.
Dan sebuah pengakuan bodoh selalunya cukup untuk membuktikan keikhlasan.
Bilik kelas makin sunyi apabila semua pelajar keluar. Jantung Andrey berdegup laju, seolah-olah mahu lari sebelum kakinya sempat bangun.
Di hadapan, Cikgu Rina menunggu tanpa senyum. Pandangannya tajam seperti X-ray; seakan mahu menembusi dada, atau mengorek satu persatu dosa yang Andrey simpan.
“Ambil kerusi. Duduk sini.”
Andrey patuh. Matanya menjeling sepintas ke meja guru yang menuh dengan buku dan kertas tugasan. Dan di atas longgokan kertas tersebut, ada sebuah fail hijau. Dan Andrey cukup tahu, apa yang terkandung dalam fail itu; kertas tugasannya, atau lebih tepat lagi, kertas Linda, yang menggunakan namanya.
“Hantar lambat, satu hal tapi saya pejam mata. But this…” Dia menolak kertas ke hadapan. “…boleh explain?”
Andrey memandang kertas itu seperti memandang cermin dan bayang yang dipantulkan bukan wajah dia. Hatinya berdebar, otaknya hanya fikirkan Linda.
Tapi dia cuba berlagak selamba lalu bertanya, “tak lengkap ke, cikgu? Saya boleh baiki—”
“Ni sempurna sangat. Sampai tak ada salah.” Rina memandang tepat ke mata Andrey. “Tiba-tiba jadi genius, awak makan apa?”
“Brot.” Andrey tersenyum nipis, cuba meredakan suasana. “Amacam, cikgu rasa saya ada potensi jadi menteri kewangan?”
“Awak?” Rina memusing pointer di tangannya.
“Ye, sayalah. Takkan cikgu pulak...”
“Ye, sayalah. Takkan cikgu pulak...”
“Saya rasa awak lagi sesuai jadi Menteri Putar Alam.” Nada suara Rina bersahaja tapi hati Andrey dapat merasakan pedih tamparannya.
“Menteri Ekonomi dan Kewangan? Linda lagi layak.”
Dan saat itu, langit dalam dada Andrey runtuh. Nama Linda disebut. Dia tahu dia dah kantoi; risiko yang tak pernah dia pertimbangkan dengan waras.
“Kenapa tak buat sendiri? Cuti panjang.”
“Saya… tak ada mood.”
“Kalau ikut mood, awak ingat saya ni ada mood sangat nak ajar awak?”
“Saya—”
“Saya… tak ada mood.”
“Kalau ikut mood, awak ingat saya ni ada mood sangat nak ajar awak?”
“Saya—”
“Berapa awak bayar?” Rina memotong.
“Itu personal.”
“Awak nak saya libatkan Linda dalam hal ni?”
“Tak… cikgu, jangan...” Perlahan suara Andrey, hampir berbisik tapi mukanya diangkat, pandang mata Rina tepat-tepat. “Jangan libatkan Linda. Dia tak salah. Semua ni salah saya.”
“Awak nak saya libatkan Linda dalam hal ni?”
“Tak… cikgu, jangan...” Perlahan suara Andrey, hampir berbisik tapi mukanya diangkat, pandang mata Rina tepat-tepat. “Jangan libatkan Linda. Dia tak salah. Semua ni salah saya.”
“Berapa?”
“Seratus.”
“Biasa buat kerja macam ni?”
“Seratus.”
“Biasa buat kerja macam ni?”
“Sekali…” Andrey menunduk dan dengan satu hembus nafas, dia buat pengakuan, “…dua kali.”
Rina masih tka mengalihkan pandangannya dari wajah Andrey.
“Awak dengan Linda, dua-dua salah. Seorang pemalas, seorang terlebih rajin sampai bukak kedai kat sekolah.”
“Cikgu, pasal bisnes saya tak tahu. Tapi kes saya ni, tolong jangan libatkan Linda.”
“Habis nak libatkan siapa?” Rina menyindir. “Jacques? Diorang tu je kawan awak, kan?”
Andrey kehabisan kata. Yang ada cuma satu; bimbang.
“Berapa lama awak buat kerja macam ni? Jangan-jangan subjek lain pun awak upah orang. Patutlah cemerlang sangat dalam biologi.”
“Cikgu cakap elok-elok sikit.” Suara Andrey sedikita mengeras. “Subjek lain tu memang minat saya. Saya buat sendiri. Yang ni… ni pertama kali.” Dia tarik nafas. “Okey, kali kedua. Dan yang terakhir. Lepas ni kita takkan jumpa lagi.”
“Jadi lepas ni awak nak keluarkan ekonomi dari senarai subjek awak?”
Andrey terdiam. Kata-katanya sendiri menelan dirinya. Dan saat itu juga, satu perkara terlintas di fikirannya. “Apa bukti cikgu tuduh saya?”
“Siapa kata saya ada bukti?”
“Ha?”
“Awak yang mengaku.”
“Awak yang mengaku.”
Dan ketika itu, Andrey rasa mahu sumbat kepalanya ke dalam tong sampah.
“Sebab Linda cemerlang dalam ekonomi, saya saja petik nama dia.”
Kata-kata itu merotan hatinya berkali-kali.
Bodoh.
Bodoh gila.
Bodoh gila.
Baru sekarang Andrey faham — cikgu Rina tak perlukan bukti. Singa gunung itu cuma perlukan pengakuan, kebenaran daripada mulutnya sendiri.
“Tak patut cikgu buat macam ni.”
“Patut ke awak buat macam ni?” Rina mengemas kertas tugasan. “Lepaskan saja ekonomi, Andrey. Saya tengok awak tak larat nak pikul beban ni.”
“Bodoh betul saya…”
“Bukan bodoh.” Rina berhenti seketika. “Malas. Dan terlalu lembut hati.” Wajahnya tenang, tapi tangannya laju mengemas meja.
“Minggu depan saya nak tengok tugasan ni atas meja saya.” Dia menoleh. “Bukan cetak. Saya nak tulisan tangan awak sendiri.”
Fail ditutup. Kertas disimpan. Rina berlalu, meninggalkan Andrey sendirian.
Tanpa daya untuk melawan.
Tanpa kuasa untuk mempertahankan apa-apa lagi.
Tanpa kuasa untuk mempertahankan apa-apa lagi.
𝄞
Rina berjalan menyusuri koridor tanpa menoleh. Tapak kasutnya berbunyi teratur di lantai — tap, tap, tap — seperti degupan jantung yang dia paksa supaya kekal stabil.
Jangan berhenti.
Jangan pandang belakang.
Bilik guru separuh kosong. Bau kopi dan kertas bertingkah di udara. Fail diletakkan ke atas meja dengan sedikit hentakan. Tangannya menggigil. Nafas ditarik dalam-dalam.
Dia tak marah.
Rasa itu juga bukan... kecewa.
Rasa itu adalah satu ketakutan yang tak berani dia akui.
Dia duduk, memangdang kosong ke arah poster motivasi yang entah bila ditampal di atas papan kenyataan.
Integrity is doing the right thing even when no one is watching.
Ironi.
“Aku tak kejam,” bisiknya perlahan, entah kepada siapa. “Aku cuma… buat apa aku patut buat.”
Bayangan Andrey muncul tanpa diundang. Cara dia tunduk. Cara dia mengaku tanpa ditanya. Cara dia lindungi Linda walaupun dirinya sendiri karam.
Lembut sangat hati.
Rina ulang kata-katanya sendiri. Dan tiba-tiba, ayat itu menikam balik.
Jari-jarinya yang memegang dahi terasa sejuk, namun getar di dada membuat dia terasa hangat.
Ada sesuatu mengetuk dari dalam. Dia tahu wlaaupun dia tak pasti apakah rasa itu...
Sebuah kenangan?
Atau perasaan yang tak diundang?
Intuisi?
Atau sesuatu yang tak pernah benar-benar pergi?
Lorong batu.
Bau arang.
Roti yang dibungkus dengan kertas nipis.
Brot.
Rina tersentak.
“Kenapa aku terkesan sangat dengan cerita zaman perang tu?”
Dia bangun, melangkah ke wash room di hujung bilik guru. Berdiri di hadapan cermin, Rina menatap wajahnya.
Wajah itu memandang kembali — kemas, tersusun, tanpa cela. Wajah seorang guru yang baru sahaja menjatuhkan hukuman, dan memastikan suaranya tidak bergetar ketika melakukannya.
Terlalu kemas.
Namun mata tidak pernah pandai berlakon.
Di situ, sesuatu bocor. Rasa bersalah yang jauh dari profesional, etika yang mendesak, resah yang tak logik, dan satu pertanyaan yang mengejar.
“Aku cuma buat kerja aku,” katanya kepada bayangan sendiri. Tegas. Kemudian suaranya merendah, hampir hilang: “…kan?”
Telefon dalam saku seluarnya bergetar. Bukan nama Andrey. Andrey tak pernah menggetarkan telefon bimbitnya. Budak itu menggetarkan sesuatu yang lebih penting daripada telefon bimbit.
Ketika peranti itu di selitkan kembali ke dalam saku, jari Rina tersentuh sesuatu.
Kapur.
Entah sejak bila ia ada di situ.
Dia kembali ke ruang kerja lalu meletakkan kapur dalam tapak tangan ke atas meja. Thermos di buka, teh dituang ke dalam mug Garfiled. Kemudian dia duduk bersandar ke kerusi. Kedua tangannya menggenggam mug dan matanya tertumpu kepada kapur di atas meja.
Kapur itu berdiri seperti tugu yang dah menjadi saksi kepada satu soalan yang dia tak berani sebut dengan suara.
Starting is easy. Persistence is an art.
Baris itu berulang dalam kepala Rina seakan mahu mencabar dirinya.
Di saat itu Rina sedar, Andrey bukan ujian.
Ujian sebenar adalah sama ada dia mampu terus menjadi guru tanpa membuka pintu yang sepatutnya kekal tertutup.

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!