Memuatkan resonansi…

8.1 Integriti


8.1: Integriti

Cinta memang selalu ajak kita buat benda yang pelik-pelik
𝄞

Sejak peristiwa toreh kereta, perkataan maaf tak pernah terlintas dalam fikirannya. Tapi ya, itulah ucapan yang tiba-tiba lahir terus dari hati. Mungkin sebab kata-kata Andy semalam. Mungkin juga kerana keinsafan yang lahir dari sentuhan embun pagi dan getar dedaun yang dia hayati waktu berjalan tadi.

“Saya tak ajar awak. Awak yang dah ajar diri awak sendiri.” Suara cikgu Rina santai, namun maknanya mencurah ke hati yang sedang cuba menjadi dewasa.

We can start all over again. Tak ada point nak panjang-panjangkan kes kecik macam ni.”

‘Kes kecik,’ katanya? Andrey senyap, malu sendiri. Tapi dalam diam, dia renung wajah cikgu Rina yang tenang memandu. Dari mata, turun ke hidung dan kemudian ke bibir itu... bibir yang pernah dengan selamba mencuri keperawanan bibirnya — secara literal mahupun simbolik.

Jantung berdebar. Cepat-cepat dia alihkan pandangan ke luar tingkap. Tapi sempat juga fikir, eh, lawa pulak... Apasal dulu aku tak perasan?

“Lupakan saja. Saya pun ada salah. Saya dah maafkan awak.” Rina sambung dengan senyuman tenang. Jarinya ligat menukar lagu sehingga terhenti pada The Zephyr Song. Volume dinaikkan ke tahap empat. Dia mengetuk-ngetuk stereng, seperti ada rentak dalam hati yang tak dapat dia tahan.

Bait-bait lirik berputar perlahan.
“Fly away on my zephyr...”

Andrey cuba hayati. Mula perasan. Terasa seperti ada mesej yang ingin Cikgu Rina hantarkan.

“Awak ingat saya suka-suka ke bagi awak markah rendah? Saya pro bukan amatur.” 

Pernyataan itu buat Andrey rasa nak tampar je mulut cikgu Rina, tapi dalam masa yang sama, dia ketawa kecil. Terhibur juga menyaksikan drama cikgu yang overconfident tu dan kadang-kadang poyo tu.

“Markah rendah tak bermakna awak salah bagi jawapan. Cuma tak lengkap. Itu je. Ekonomi bukan 1+1=2. Jawapan kena datang dari pemahaman.” Dia berhenti sekejap. Tumpukan perhatian pada selekoh di lampu isyarat. “Macam analogi hot chicks kawan baik awak tu, ingat?”

“Faham, cikgu.” Andrey tebayang muka Jacques. Muka Rosy and the Chicks.
“Awak ni bijak. Tapi pemalas. Macam Spiderman.”

Tawa kecil keluar juga. Entah bila terakhir kali dia rasa ringan begini.

“Cubalah jangan membuta lagi dalam kelas. Menyampah saya tengok.”
“Membuta...” Andrey mengajuk sambil tersengih.

Cikgu Rina teruskan, “Kalau awak rasa ekonomi bukan dunia awak, saya sokong kalau awak tukar. Hidup ni tentang masa dan pilihan, right?”

Masa dan pilihan. 
Dua benda yang tak pernah dia renungi cukup dalam. 

Dia berfikir lagi, entah kali ke berapa... kenapa dia pilih ekonomi? 
Sebab nak cabar diri? 
Atau... sebab ekonomi nak mendekat dengan seseorang? Satu jiwa?

Benda takkan jadi tanpa sebab. Aku percaya ada hikmah semua ni
Otaknya beri ulasan. Mudah. Senang nak hadam tapi masih belum ada kesimpulan.

Jangan salahkan aku. 
Tak macam selalu, kali ini hati ambil keputusan untuk tak mengejar. 

Andrey biarkan kedua-duanya berbicara. Dia hanya diam dan mendengar.

“I’ll sleep on it.” Itu sahaja yang mampu dia janjikan kepada cikgu Rina.

“Saya akan ada kalau awak nak bincang.” Cikgu Rina sempat tepuk bahu dia sebelum melangkah ke bilik guru.

“Terima kasih, cikgu.”
“Awak sentiasa boleh cari saya. Untuk apa saja. Be good.”

Andrey terpaku. 
Kenapa marah aku boleh cair macam ni?

Mana hilangnya marah? Senang betul memaafkan? 
Tindakannya dipersolakan oleh hati dan perasaan yang bersekongkol dengan akal yang tersenyum menunggu jawapan?

Integriti. Dia dah ajar aku perkataan ini. Bukan senang nak dapatkan kemaafan orang, apa salahnya kalau aku mula belajar memberi?

Tak salah pun kalau nak jernihkan air yang keruh. 
Hati terasa lapang dipujuk akal dan fikiran.

Dia cipta satu pepatah — 
kita tak boleh nampak refleksi di permukaan air yang tengah mendidih,
apalagi air yang sedang mendidih itu keruh warnanya.
Biarlah air itu sejuk dan tenang, bergenang jernih, barulah biasnya jelas.

Mungkin cikgu Rinalah yang mula-mula mengeruhkan air dan dia pula mencedok air yang sedia keruh itu untuk didihkan. Kini, api dah dipadam dan nampaknya cikgu Rina pun dah mula menyalurkan aliran air baru.

Siapa tau, satu hari nanti segalanya akan menjadi lebih tenang dan jernih, setenang dan sejernih Terusan Tasik Biru?

Akhirnya dia sendiri buat kesimpulan.

Hati dan perasaan bertampar tangan.
Akal pula? Tersenyum bangga.

𝄞

Di mejanya dalam bilik guru, Rina termenung panjang. Skrin komuter ditenung seperti memandang sebuah wahyu yang sedang menampakkan wajah.

Kau rasa apa dia fikir, lepas kau bagitau kau suka dia?
Dia keliru — itu jelas. Tapi dalam keliru tu, ada satu cahaya kecil... macam mata budak yang baru nampak langit malam penuh bintang.

Kau rasa dia akan consider perasaan kau tu?
Aku tak mengharap. Aku meluah bukan untuk diterima. Aku cuma nak... sayang dia.

Kau tak rasa ke, tak banyak, sikit... kau dah sentuh dia?
Dia manusia. Bukan batu. Kalau dia faham, bagus. Kalau tak, it's OK. Aku tak mintak jadi miliknya. Aku cuma nak jadi doa yang dia tak tau datang dari siapa.

Rina bersoal jawab dengan bayang sendiri. Suara hati dan suara logik saling berbalah di medan rasa. Kenangan merampas Aprilia, menukar warnanya kepada merah jambu dan tulisan I 💓 Rina, masih terasa segar di mata. 

Dia masih rasa bersalah. Tapi entah kenapa, perbualan ringkas dalam kereta pagi tadi bagai membawa angin perubahan. Seakan jalan ke arah hati Andrey atau ke hatinya sendiri sudah mula terbentang. Kabur, ya, tapi ada.

Kau dah cium dia pun.
Aku tak rancang... semua tu terjadi macam refleks dan benda yang dah jadi, tak boleh diundur.

Bila dikenang, Rina rasa pipi dia panas. Rasa nak sumbat kepala dalam bantal hotel tiga bintang. Kenapa entah dia boleh ikut sangat perasaan masa tu. Tak sepatutnya. Tapi dia manusia. Ada ruang rapuh yang tak sempat dibendung.

Kau pun dah sayang. Bukannya nak sayang je.

Andrey ada tarikan tersendiri, Rina akui tapi bukan itu yang mengetuk perasaannya. Ada suara dalam diri Andrey yang buat Rina rasa terpanggil.

Cukuplah kalau dalam mimpi, aku miliki dia.
Tanpa sedar tangan kirinya mencoretkan baris itu di atas sehelai tisu. 

Cinta tak semestinya bertukar tangan. Cukup sekadar duduk diam bertahan.
Bisiknya kepada tisu yang berbekas penwarna bibirnya sendiri. Dia memandang tisu tersebut, melipatnya lalu diselitkan dalam jurnal. 

Mana tau... kau dah gerakkan sesuatu dalam hati dia?
Aku tak tau. Betul atau salah... itu pun aku tak tau. Aku rasa... sesat, berjalan dalam kabus, tak pasti arah mana langit, arah mana jurang.

Time... it has the power to do as it pleases.
Dan dia... student aku.

Rina pejam mata. Nafas ditarik panjang.
Aku rasa tua sangat.
𝄞

Di hujung kafeteria, tempat biasa, Linda menemani Andrey makan tengah hari, macam biasa, tapi Andrey nampak jelas kelam yang cuba disembunyikan kawannya itu. 

“Donut hari ni tak sedap,” rungut Linda sambil menguis topping gula yang melekat di plastik pembungkus. 

Andrey tak kata apa, sekadar mengangguk. Dia perhati Linda kunyah perlahan, mata tak betul-betul fokus. Hati Andrey mula rasa tak sedap.

“Kau OK?”

Soalan tu buat Linda berhenti mengunyah. Perlahan dia letak plastik itu di atas meja. Nafasnya panjang sebelum dia jawab.

“Kau tak cerita dengan orang lain, kan?”
“Takkanlah aku cerita. Apa-apa pun, aku simpan.”
Linda angguk. Perlahan. Mata dia masih tak berani pandang Andrey.
“Mama aku makin teruk.” Dia sebut macam berbisik.

Andrey tak mampu cakap apa-apa. Dada dia rasa sesak tiba-tiba.

“Doktor kata agresif. Bapak aku... entah, sejak mama sakit, makin jarang balik. Sibuk katanya. Mungkin tak sanggup nak tengok keadaan mama. Aku pun tak pasti.”

Andrey telan air liur yang rasa kelat. Dia tengok Linda — si gadis montel yang selalu ceria, yang pandai selesaikan soalan ekonomi macam kira sen-sen dalam dompet, yang selalu hulur tangan bila dia susah.

“Tu sebab aku ambil job buat assignment. Bukan sebab aku tamak sangat pun, Rey. Aku perlukan duit. Banyak benda nak bayar. Bukan rumah aku, bukan aku... tapi mama.”

Waktu tu, Andrey genggam tangan Linda atas meja. Tak ada kata yang mampu dia beri selain genggaman tu. 

“Aku... aku tak tau nak buat apa kalau hilang dia. Aku tak ready...”

“Linda,” suara Andrey serak, “Selagi kau ada dia, buatlah semua yang mampu. Kalau kau perlukan apa-apa, even just nak sembang kosong... aku ada.”

Linda ketawa kecil sambil lap air mata. “Kau budak paling loser. Tapi kadang-kadang... loser pun ada guna.”

Andrey tersengih. “Kau debab, tapi debab paling kuat yang aku kenal.”

𝄞

Bau burger tepi jalan masih melekat di hujung jari walaupun dah dua kali Jacques lap dengan tisu. Rosy tengah baring atas bonet BMW merah, rambutnya terbuka, tangan bersilang atas perut.

“Langit kat sini cam sial. Banyak sangat lampu kat jambatan kau ni,” rungut Rosy, matanya meliar ke arah lampu jalan.

“Langit tak sial. Kita yang banyak dosa... bintang pun menyampah nak pandang,” Jacques menyahut sambil menyalakan rokok, asap melayang di udara malam.

Rosy ketawa kecil. “Pandai la kau. Lain kali, bawa aku kat padang. Atas bukit. Aku nak tengok bintang.”

Jacques pandang Rosy, lama. Asap rokok melayangkan niat yang tak habis-habis cuba digoda. “Kau pun bintang, what? Cuma dah nak kena sedut dengan blackhole.” Dia ketawa perlahan, tapi matanya fokus pada Rosy.

Rosy lompat dari bonet kereta, panjat bangku kayu depan mereka, berdiri depan Jacques. Jarinya menjentik dahi budak itu. “Kau nak ayat aku ke apa ni?” Dia lompat turun dari bangku, sandar semula dekat bonet, rambut berkibas ringan.

“Aku suka someone yang buat aku rasa aku tak perlu menang sepanjang masa,” tambah Rosy sambil menunduk, separa senyum.

“Aku mana reti mengayat. Aku bagi pendapat je... dan aku nak bebas, bukan nak menang,” Jacques angguk.

“Free and wild, huh?” Rosy tersenyum, mata berkilat.

“Macam kau,” kata Jacques ringkas, dan senyum itu tersimpul diam-diam antara mereka.

Dalam senyap, dua jiwa yang selama ini berpusing dalam orbit masing-masing mula jumpa irama yang sama. Walau malam itu tak ada bintang, tapi ada dua hati yang diam-diam berharap... kalaupun mereka tak dapat langit, cukuplah sekeping hati yang boleh mereka tumpang berehat.

Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]