Bab 7.1: Harga Sebenar
![]() |
| Kegelapan boleh diterangkan dari pelbagai sumber, tapi cahaya tak boleh digelapkan dengan sebenar-benarnya. |
“Lebih sangat aku ni, agaknya…” bisiknya pada diri sendiri. “Tapi dia pun melampau sangat...”
Insiden di kedai kopi masih segar. Macam baru semalam terjadi dan berulang lagi, hari-hari. Bibir Andrey. Wajah bingungnya. Tubuh yang kaku sewaktu mata, tangan, bibir… mengikat. Semua itu bukan mimpi. Tapi kenapa rasanya seperti mimpi yang enggan dia kejutkan?
Apa sebenarnya yang aku buat?
Rina pejam mata. Nafas ditarik perlahan. Dalam. Panjang. Geram. Kagum. Keinginan untuk mengawal situasi — semua bergabung dan meletus jadi satu ciuman yang tak dirancang. Salah, ya. Tapi dia tak menyesal. Malah… puas.
Melampau sangat ke aku?
Kau kena tau… Minda dan rasa menjawab serentak tanpa memberi jawapan mutlak.
Why can’t I stop thinking about you? Wajah Andrey menghantui fikiran. Cara dia elak pandangan. Cara dia diam. Senyuman yang tak selalu muncul, tapi bila terbit, cukup untuk mencairkan dendam yang Rina simpan.
Asap teh yang ditarik udara ke atas bagai menarik ingatannya semula. Bau pahit teh hijau… sama pahit dengan penyesalan yang cuba dia nafikan. Dan sekali lagi, bayangan kedai kopi itu menelannya hidup-hidup.
Memori menerjah lagi. Entah episod ke berapa.
“Lewat lagi?” tegurnya, tegas, berhenti di meja terakhir. “Apa alasan pulak kali ni? Kucing beranak?”
Andrey pandang sekilas sebelum kepalanya ditundukkan. Tiada jawapan diberi.
Hari berganti minggu. Dan semakin hari, semakin tegang. Kalau tak lewat, Andrey tak datang. Kalau datang, dia membuta. Kepala terlentok di lengan, buku teks jadi bantal. Rina cuba bersabar tapi sabar ada hadnya.
“Andrey,” tegurnya pasa satu pagi. Hujan. Memang sedap untuk tidur. Kalau boleh, dia sendiri nak balik tidur. Pointer diketuk agak kuat ke meja Andrey.
“Kita tengah bincang pasal keseimbangan pasaran. Tapi awak asyik pandang tingkap. Ada makwe awak kat luar tu?” Rina menyindir.
Kelas mula berderai ketawa. Andrey tak terkesan. “Ramai,” katanya acuh tak acuh, “tapi belum pilih.”
Gelak berjangkit. Jacques paling kuat, menepuk bahu kawan baiknya itu. Rina rasa tercabar. Dada terasa berdesing, bukan saja telinga.
“Hidup ni soal masa dan pilihan, awak tau?” suaranya mula meninggi. “Awak nak pilih yang bersepah kat luar tu, atau awek yang tengah ajar ekonomi ni?” Rina mengetap bibir dalam hati, terkejut dengan kata-kata yang terkeluar tanpa berfikir. Tanpa melalui proses penapisan terlebih dahulu.
Jantungnya laju. “Awak ni bukan je bazir masa awak, tapi masa orang lain juga! Masa saya.” Dia lantas mengalih arah.
Suasana kelas mula berubah. Gelak reda, berganti senyap.
“Kalau awak rasa Ekonomi tak penting, awak boleh keluar dari kelas saya sekarang!”
Diam budak itu lebih berbahaya daripada seribu kata. Diam yang membuatkan Rina rasa dia sedang diperhati, walaupun sebenarnya dia yang memerhati.
Kerusi berkeriut. Bunyi sekecil itu menjadi terlalu kuat bila sunyi.
Andrey bangun. Perlahan. Sengaja. Matanya tajam, tidak berkedip, mengunci pandangan Rina. Senyum sinis sudah hilang. Yang tinggal hanyalah sesuatu yang Rina sukar tafsir: marah… dan... menusuk.
Beg digalas. Zip sweater ditarik ke atas dan langkah diatur menuju pintu. Dentuman kuat ketika pintu di tutup, menamatkan episod hari itu.
Rina geleng kepala. Dia terkesan tapi tetap memakai muka selamba sedangkan hatinya kacau. Fikirannya meracau.
Kenapa aku kalah? Apa kena sebenarnya dengan budak ni? Atau… aku yang terbawa emosi?
Episod yang menerjah ingatan ditutup seiring tangannya menggosok tangki Aprilia. Kanvas biru ditarik. Harta kesayangan Andrey diselimutkan.
Dia kembali ke ruang tamu. Teh diteguk habis sebelum punggung dihenyak ke sofa sebagaimana persoalan menghenyak fikirannya tanpa henti.
Semua ini pasal disiplin… or something... deeper than it should be?
Antara tahu dan tak tahu, jawapan masih belum bersedia untuk mengaku.
Rina sedar tentang garis. Etika. Lebih penting lagi, tanggungjawabnya sebagai guru. Seorang dewasa. Tapi...
Budak tu muncul... macam bintang di langit malam.
And stars… aren’t they meant to be admired from afar?
But why does my heart ache to reach out,
knowing well, I’ll burn before I ever arrive?
Riuh rendah sekolah bila loceng berbunyi. Suara pelajar bertindih macam gelombang pasang. Semua tak sabar nak balik. Tapi Andrey masih di situ. Duduk di kaki lima, berdekatan kereta hitam cikgu Rina ditemani kepala yang sarat dan sepasang telinga yang disumbat dengan lagu-lagu yang tak mampu menenangkan resah.
Selagi dia bagi balik motor, aku tak bergerak. Apa nak jadi, jadilah.
Di tingkat dua, Sophia mencuit lengan Rina yang sedang sibuk menyusun laporan. “Tu ha. Kau tengok,” katanya, sambil menjenguk ke luar tingkap.
Dari aras itu, jelas kelihatan Andrey yang duduk, berdiri, duduk semula. Macam patung yang menunggu giliran untuk ditiupkan nyawa.
“Biar dia rasa.”
“Motor dia kau tak pulangkan lagi, kan? Kesian dia, Rina... Bagi jelah balik...”
Kata-kata Sophia tak diendahkan. Tangannya lincah mengemas buku-buku dan fail-fail untuk dibawa pulang. Sophia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat kerenah Rina yang kadang-kadang keras kepala.
“KPI.”
“Haha, KPI, ye?” Sophia ketawa. Rina hanya mengangkat bahu. “Aku rasa aku tau.”
Rina mendongakkan muka. Mata meminta penjelasan. Sambil menarik kerusi Sophia tersenyum. Punggung direhatkan kemudian dia membawa kerusi tersebut rapat dengan kawannya itu.
“Kau nak capai hati dia, kan?”
Sementra itu, di bawah, Andrey masih duduk, berdiri, duduk semula entah berapa kali seperti ritual penantian yang tak dijanjikan apa-apa. Kadang dia sandarkan badan ke bonet kereta. Kadang dia kembali melutut di lantai kaki lima.
Akhirnya, muncul juga kelibat yang ditunggu.
Cikgu Rina, berjalan tenang menentang arus pelajar-pelajar yang sibuk berpusu ke pagar. Tangan kanan menjinjing beg laptop. Tangan kiri memeluk timbunan fail. Dan tiba-tiba, muncul seorang pelajar lelaki menawarkan bantuan.
Andrey rasa meluat. Kenapa bukan aku yang kau senyum macam tu?
“Terima kasih, Khairi. Tolong letak buku-buku tu kat seat belakang,” suara cikgu Rina, manis macam lagu cinta.
Andrey pejam mata. Boleh rupanya kau bercakap lembut. Dengan aku, kau mengaum. Dengan dia, kau mengiau!
Khairi tersenyum. “Have a nice day, cikgu.”
Cikgu Rina membalas dengan anggukan dan senyuman yang hampir buat Andrey muntah darah.
“Hah... ni buat apa kat kereta saya ni? Nak toreh lagi?” Cikgu Rina memerli selepas Khairi berlalu. Tanpa sebelah mata pun memandang, dia berjalan ke sebelah kiri kereta. Langkahnya Andrey bontoti.
Beg raket berwarna hijau jenama Yonex dikeluarkan kemudian dia menjinjing beg tersebut ke belakang kereta. Andrey ekori langkahnya lagi. Boot dibuka. Nampak bersih kemas boot kereta cikgu Rina, kosong tak ada barang langsung.
Biasanya kereta perempuan mesti banyak kasut. Bersepah macam tong sampah. Ah… Lantaklah dia nak isi apa pun. Jangan dia sumbat motor aku dalam tu, sudah.
“Saya nak motor saya hari ni jugak.” Tegas suara Andrey menuntut hak, berharap cikgu Rina akan beralah. Namun tiada sepatah kata pun keluar dari mulut cikgu Rina malah dia masih enggan memandang muka Andrey.
“Janganlah macam ni, cikgu. Tak ada motor saya patah kaki. Kalau bapak saya tau hal ni, mati saya.” Terpaksa dia merayu lagi, dan ikut langkah cikgu Rina ke bahagian hadapan kereta pula.
“Duit ada dah. Berapa je cikgu cakap... Bagi saya angka. Saya boleh bayar dua kali ganda.”
Cikgu Rina tetap membisu. Pintu kereta dibuka, bontot dihenyak ke tempat duduk pemandu. Selepas menghidupkan enjin kereta, akhirnya dia bersuara. “Tunggu apa lagi, naiklah. Nak sangat motor tu, kan?”
Tak hirau dengan bahasa dan nada yang digunakan, bagi Andrey itulah irama paling indah, menjadi lagu pertama cikgu Rina dendangkan ke telinganya.
Dia masuk ke perut kereta dengan hati melompat gembira. Berkali-kali dia ucapkan terima kasih dan kali ini dia ikhlas. Betul-betul ikhlas. Cikgu Rina tak beri apa-apa reaksi. Andrey tak peduli. Yang penting, Aprilia.
Sunyi mengisi ruang. Cikgu Rina diam, Andrey senyap, sampailah kotak rokok dari beg dikeluarkan.
“Jangan berani nyalakan benda tu dalam kereta saya.” Garang ngauman si singa gunung memberi amaran.
“Maaf...” Andrey mendengus. “Boleh pasang radio? Senyap sunyi sangat ni.”
Cikgu Rina buat tak tau.
“Mood cikgu tak baik hari ni?” Andrey cuba ajak berbual. Semua resah, tak sedap hati, mual, takut yang selalu melanda, hilang sama sekali. Dia sendiri tak tau mengapa semenjak kereta cikgu Rina dia toreh, keberanian tu datang. Ajaib. Tapi nampaknya, si singa gunung tetap memilih untuk diam sedangkan Andrey memang tunggu dia mengaum lagi.
Angin orang tua ni. Hati mengajak Andrey untuk sama-sama diam, sehinggalah kereta diberhentikan di hadapan sederetan kedai.
“Saya nak lunch dulu,” beritahu cikgu Rina. Tanpa menunggu jawapan apatah lagi persetujuan, dia terus melangkah keluar dari kereta.
Apa boleh buat, ikut je la Andrey. Kalau tidak, entah sampai bilalah dia peram motor kau tu. Pujuk sang hati.
Padan muka... Inilah akibatnya termakan hasutan setan, buat kerja bodoh. Kedengaran sang otak sinis mengejek.
“Memang lama la nampaknya ni,” Andrey mengeluh perlahan. Dengan langkah longlai dia menurut.

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!