Memuatkan resonansi…

11.2 Expect the Unexpected


Bab 11.2: Expect the Unexpected

On a weathered, moss-covered rock by the tranquil, azure sea, stands a delicate, frosted glass of shimmering ice. Near the glass lies a vibrant, bioluminescent starfish, its tendrils gently pulsating with a mesmerizing, ethereal glow. It was a breathtaking sunset of deep, velvety violet; the expansive skies were painted in hues of lavender and amethyst. The pristine, white foam of the waves looks serene and soothing, as it gently laps against the shore.
Jangan mabuk sebelum minum
𝄞
“I didn’t expect this.” Kata Andrey apabila cikgu Rina menghentikan keretanya di hadapan sebuah hotel berbintang. Lampu chandelier dari lobi mencucur kemewahan ke atas jalan tar, kontras tajam dengan jaket hitam Andrey yang masih membalut tubuh Rina.

Expect the unexpected. Anggap ini sebagai permulaan baru antara awak dan saya. Kita pun patut celebrate jugak, betul?”

Mereka turun dari kereta. Angin malam membelai pipi, dan di antara lampu kota yang malap, Andrey Rina hampiri. Sambil membuka jaket, dia bersuara lembut, “come, let me help you.”

Jaket itu disarungkan semula ke tubuh tuannya. Berdiri muka ke muka, jarak mereka hanya beberapa inci. Rina membetulkan kedudukan bow tie yang masih melingkar di wing tip collar kemeja. Jari-jarinya menyentuh leher Andrey seketika. “Senget,” katanya, mata bertemu mata. Dia senyum. “Kacak jugak awak ni… Jom.” Dia senyum. 

Thanks, cikgu.”

Lengan Andrey Rina rangkul. Selamba. Bersahaja; membawa sama bau minyak wangi yang mengembalikan semua kenangan semalam. 

Lengan Andrey Rina rangkul, bersahaja, membawa bersama aroma minyak wangi yang mengembalikan semua kenangan semalam. Degup jantungnya terpalu. Malu? Atau arus elektrik yang bergerak di antara kulit mereka? 

Saat itu Andrey belajar satu perkara lagi tentang guru ekonominya: keberanian itu mungkin lahir dari rasa percaya dan hasrat mahu Andrey turut merasa hidup sepenuhnya.

“Hari ni berapa haribulan?”
“Tiga. Awak fikir apa?”

Andrey mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar. Jarinya pantas menaip sesuatu di skrin kecil itu. Kemudian dia serahkan PDA kepada cikgu Rina. Apa yang tertera membuatkan bibir wanita itu menguntum senyuman.
3rd of July. The day the wolf stopped running.
“Sekarang awak nak tunjuk sisi romantik awak kat saya ke apa ni? Ehm, awak ni memang selalu bawak bom ke sana sini, ye?”

Andrey ketawa besar. “Ingat saya terrorist? Nak letu hotel ni?”
Lucu? Mungkin. Tapi sebenarnya dia sedikit tersentuh. Tak pernah ada siapa puji dia romantik atau kacak sebelum ni.

Kau memang terrorist. Kau tak sedar. Hati aku ni dah kau letupkan tanpa letusan.
Ekspresi wajah mengganti suara hati. Rina hanya mahu menikmati saat-saat itu dan menarik Andrey kembali ke orbitnya.

“I want this moment to be logged as an emblem of my appreciation. Please know I’m deeply honoured to spend the night with you.”
“My pleasure.”
“Ni semua baru bagi saya. Mungkin cikgu tak faham… saya sendiri tak faham sebenarnya... Just let me capture this moment and frame it well on the empty wall of my heart.”

Ketawa kecil cikgu Rina menjawab. Sederet gigi putihnya tersusun cantik. Baru kali ini Andrey sedar, betapa cantiknya senyuman itu. Suci, tanpa paksaan.

“You just have a very passionate and intense way of responding to distress.”
“Erk?” Dahi Andrey berkerut sedikit. Pernyataan itu terlalu baru baginya dan dia tak sangka cikgu Rina memandang dia sedalam itu. Sambil senyum kecil, dia membalas, “Entahlah cikgu… Tapi apa yang jadi kat majlis abah tadi ajar saya sesuatu.”

Perbualan terhenti seketika — pelayan datang mengambil pesanan.

“Awak nak makan apa?”
“Hmm… Saya rasa macam serigala lapar nak makan lembu. Char-Grilled Dry Aged Rib Eye Steak. Rare, please.

Pelayan ketawa. Cikgu Rina turut tersenyum. 

“Kalau awak serigala, saya kucing. Fillet Halibut Pan-Seared, please.” Cikgu Rina mengenyit mata. Andrey membalas dengan angkat kening.

“And please serve us the best wine you have,” tambah Andrey, sambil tersengih.
“Awak, saya drive…”
“Bukan ke kita kat hotel?”

Mata Rina mengecil. Kepala digerakkan sedikit ke kiri. Pandangan mereka bersilang. Sekilas ragu menyelinap di wajah Andrey.

Hati ketawa, akal menyumpah. “Bodoh.”

“Yeah, and?”
“Hotel ada banyak bilik.”

Oh my God… Andrey… Otak tak suka dengan jawapan yang dibagi.

“Jadi?”
“Hmm… Kalau kita mabuk, cikgu tak yah drive.”

Now what? Belum minum kau dah mabuk. Andrey, please think straight.
Rintihan otak dia ketawakan. Rina menggeleng kepala. Matanya masih mengecil bagai cuba memasukkan benang dalam jarum.

“Pelik ke?”
“Boleh tahan.”
“Minum sikit je. Tak sampai mabuk. Kata nak celebrate? Tapi kalau cikgu tak selesa dengan idea bermalam, kita boleh naik teksi, kan?”

Rina tidak segera membalas. Hanya bertanya perlahan, “Awak dah buat keputusan ke?”
Soalan yang membawa dua makna — malam ini dan hidup ini, tapi Andrey hanya fikir satu.

“Belum. Saya risau salah langkah.”
“Salah langkah?”
“Saya takut kalau saya tak boleh bawa subjek lain. Fizik, Math? Gerenti fail.”

Tawa cikgu Rina meledak. Andrey terpinga. “Apa yang kelakar sangat?”
“Saya gembira, awak tau pentingnya fokus dan usaha... tapi… awak dah salah faham.” Rina capai handbag, keluarkan tisu. Air mata ditap dari tawa yang panjang.

“I must be a big joke to you…”

Tangan Andrey disentuh lembut. Senyuman belum mahu pergi. “No, hon… But I find it cute… You must be missing school so badly, aren't you?”
“Tak jugak...”

Setiap kali sekolah disebut, wajah ophia melangkah masuk ke ruang fikirnya, tanpa diundang, tanpa mahu disingkir. Segala tentang guru biologi itu menjajah seluruh rasa. Lembut suara, senyuman, perhatian, mata.

Andrey sedar, Rina bukan Sophia. Dan itulah masalahnya. Rina hadir, menyentuh, menunggu. Sedangkan Sophia hanya bayang yang dia puja dalam sepi. Tapi bayang itu jugalah yang dia cintai sepenuh jiwa.

Rina menarik nafas. Bersandar. “Ingat petang minum teh hari tu?”

Soalan itu ibarat sapuan jari pada kaca berkabus. Wajah Sophia mula kabur.

Masih menanti jawapan, Rina hanya beri isyarat dengan matanya. Andrey cuba gagah, menahan debar.

“Cikgu orang pertama… tell me,how can I forget the sihir yang dah cikgu tinggalkan?” Jawab Andrey. Dia sendiri terkejut dengan kejujuran yang keluar dari mulutnya. Nafas cuba dikawal. Dada seolah baru selesai berlari tapi belum sampai diakhir garisan. Dia cuma berharap, cikgu Rina mengerti apa yang dia maksudkan.

“Kalau macam tu, saya anggap awak faham soalan saya.”

Andrey rasa malu. Fikirannya melayang ke petang Jumaat itu. Selepas pizza dan teh, mereka bersiar di Taman Rekreasi Terusan Tasik Biru.

“Cikgu, saya heran…”
“Apa yang awak herankan?”
“Sebelum dan selepas semua ni… dengan perangai saya, sikap biadap, calar kereta cikgu… cikgu masih sudi luangkan masa.”
“Labur. Bukan bazir.”
“Saya tak faham…”
“Awak special case. Tau kenapa?”
“Sebab saya… entahlah cikgu…”
“Honestly, as a teacher, it's a challenge. But as a woman, it's an eruption.”

Andrey tunduk. Eruption?
Dia rasa hangat. Perkataan itu, tajam. Menyengat. Dan bisanya merayap dalam darah bila Rina terus menghentak perasaannya dengan satu  lagi soalan.

“If I say I like you more than you can imagine, do you consider that a burden or something pleasant?”
“You want the answer or the truth?”
“I prefer an honest truth, 'cause I just delivered you one.”

Ingatannya berpusing-pusing, dari meja makan ke petang di Tasik Biru, lalu ke bibir yang pernah menyentuhnya tanpa amaran dan akhirnya cubitan di tangan, membawa dia kembali ke realiti.
 
“Sakitlah…”
“Kalau tak sakit, awak hanyut.”

Andrey pandang tangan sendiri. Bekas cubitan timbul di kulit. Dia menyentuh bekas itu dengan jari telunjuk dan menggosok-gosoknya.

“Hal ni… Soal hati, datangnya semula jadi, kan?” Matanya singgah tepat ke mata Rina. 
“Betul dan saya nak hargai setiap kesannya… dengan awak.”

Andrey tunduk pandang pinggan. Sisa-sisa brokoli di kuis dengan garfu. Nafasnya terasa sempit. Dia tak tahu nak balas atau undur. Kalau petang di Tasik Biru membuka pintu kecil, malam ini ibarat duduk di ruang tamu rasa, terdedah dan telanjang.

“To tell you the truth...” Andrey mengangkat wajah, matanya mencari kejujuran Rina. “The time spent with you is worth spending.”

Jawapan Andrey sampai akhirnya. Yakin, tapi bagi Rina, ucapan itu seperti berdiri di platform, tanpa tiket, menanti keretapi yang tertunda.

“We have a lot of tomorrows.” Rina memetik kata yang Andrey ucap pada petang Jumaat itu, sebelum mereka menutup bicara tentang hati, buat sementara waktu, sebagai selimut untuk malam yang mungkin terlalu berat adengan kemungkinan.

So, boleh awak cerita apa yang jadi kat majlis abah awak tadi?” Rina bertanya sambil mengacau-ngacau jus tembikai dengan straw sebelum disedut. Kemudian bibir bawahnya digigit kecil. 

Serta merta Andrey gelisah. Seolah-olah dikuburkan dalam mantra, deria penglihatannya melekat di muka cikgu Rina, dan lidah terpaku mengunci mulut. 

Bayangan ciuman di kedai kopi muncul lagi. Pendek, tapi cukup untuk mengunci memorinya sampai akhir zaman.

“Hello? Saya tunggu…”
“Andrey!”

Tepukan kecil menyedarkan dia.
“Oh… Maafkan saya.”

Dinner pun boleh tidur. Kalau ada kapur, lama dah saya baling.”

Dia tersengih, malu. 

“Ini bukannya kelas ekonomi.”
“Maaf… Err, cikgu cakap apa tadi?”
“Apa jadi kat majlis abah awak tadi?”
“Oh. Saya ingat dah abih.”
“Mula pun belum.”

Rina membetulkan duduknya. Rambut diselak ke belakang; bersedia untuk mendengar dan menyelami. Andrey berdehem perlahan.

Dan malam pun memanjang, namun masa tak dapat dihentikan.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]