Bab 11.02: Expect the Unexpected
![]() |
Jangan mabuk sebelum minum |
“I didn’t expect this.” Kata Andrey apabila cikgu Rina menghentikan keretanya di hadapan sebuah hotel.
“Expect the unexpected. Anggap ini sebagai permulaan baru antara awak dan saya. Kita pun patut celebrate jugak, betul?”
Mereka turun dari kereta. Angin malam membelai tubuh, dan di antara lampu kota yang malap, Andrey dihampiri. Sambil membuka jaket yang masih membalut tubuh, cikgu Rina bersuara lembut, “come, let me help you.”
Jaket disarungkan semula ke tubuhnya. Berdiri muka ke muka, cikgu Rina membetulkan kedudukan bow tie yang masih melingkar di wing tip collar kemeja. “Senget,” katanya. Dia senyum. “Kacak jugak awak ni… Jom.”
“Thanks, cikgu.”
Ucapan itu dibalas dengan lengan yang dilingkarkan. Andrey rasa terusik dan sejujurnya, agak kekok. Tapi hati? Degupnya macam tukul. Tak pasti sebab malu atau… sebab ada arus sedang bergerak. Dia tahu, cikgu Rina bukan sekadar berani, tapi yakin. Keberanian yang lahir dari rasa percaya, dari hasrat mahu Andrey turut merasa hidup seperti yang dia rasa.
“Hari ni berapa haribulan?”
“Tiga. Awak fikir apa?”
Andrey keluarkan telefon. Jarinya pantas menaip sesuatu. Kemudian dia serahkan PDA itu kepada cikgu Rina.
Apa yang tertera membuatkan bibir wanita itu menguntum senyuman.
“Sekarang awak nak tunjuk sisi romantik awak kat saya ke apa ni? Ehm, awak ni memang selalu bawak bom ke sana sini agaknya, ye?”
Andrey ketawa besar.
“Ingat saya terrorist, nak letup hotel ni?”
Lucu? Mungkin. Tapi sebenarnya dia sedikit tersentuh. Tak pernah ada siapa puji dia romantik atau kacak sebelum ni.
Ekspresi wajah mengganti suara hati. Rina hanya mahu menikmati saat-saat itu dan menarik Andrey kembali ke orbitnya.
“My pleasure.”
“Ni semua baru bagi saya. Mungkin cikgu tak faham… saya sendiri tak faham sebenarnya... Just let me capture this moment and frame it well on the empty wall of my heart.”
Ketawa kecil cikgu Rina menjawab. Sederet gigi putihnya tersusun cantik. Baru kali ini Andrey sedar, betapa cantiknya senyuman itu.
“Entahlah cikgu… Tapi apa yang jadi kat majlis abah tadi ajar saya sesuatu.”
Perbualan terhenti seketika — pelayan datang mengambil pesanan.
“Awak nak makan apa?”
“Hmm… Saya rasa macam serigala nak makan lembu. Char-Grilled Dry Aged Rib Eye Steak, please.”
Pelayan ketawa. Cikgu Rina turut tersenyum.
“Kalau awak serigala, saya kucing. Fillet Halibut Pan-Seared, please.”
Cikgu Rina mengenyit mata. Andrey membalas dengan angkat kening.
“And please serve us the best wine you have,” tambah Andrey, sambil tersengih.
“Bukan ke kita kat hotel?”
Hati ketawa, akal menyumpah. “Bodoh.”
“Hotel ada banyak bilik.”
“Oh my God… Andrey…” Otak tak suka dengan jawapan yang dibagi.
“Hmm… Kalau kita mabuk, cikgu tak yah drive.”
“Now what? Belum minum kau dah mabuk. Andrey, please think straight. ”
Rintihan akal dia ketawakan sementara cikgu Rina menggeleng kepala sambil kerut dahi.
“Boleh tahan.”
“Minum sikit je. Tak sampai mabuk. Kata nak celebrate? Tapi kalau cikgu tak selesa dengan idea bermalam, kita boleh naik teksi, kan?”
Cikgu Rina tidak segera membalas. Hanya bertanya perlahan, “Awak dah buat keputusan ke?”
Soalan yang boleh bermakna dua perkara — tapi Andrey hanya fikir satu.
“Salah langkah?”
“Saya takut kalau saya tak boleh bawa subjek lain. Fizik, Math? Gerenti fail.”
Tawa cikgu Rina meledak. Andrey terpinga.
“Saya gembira, awak tau pentingnya fokus dan usaha... tapi… awak dah salah faham.”
Cikgu Rina capai handbag, keluarkan tisu. Air mata ditap dari tawa yang panjang.
“I must be a big joke to you…”
Tangan Andrey disentuh lembut. Senyuman belum mahu pergi.
“No, hon… But I find it cute… You must be missing school so badly, aren't you?”
“Tak jugak...”
Setiap kali sekolah disebut, wajah cikgu Sophia melangkah masuk ke ruang fikirnya, tanpa diundang, tanpa mahu disingkir. Segala tentang guru biologi itu menjajah ruang rasa. Lembut suara, senyuman, perhatian, mata.
Rina hadir, menyentuh, menunggu...
Rina menarik nafas. “Ingat petang minum teh hari tu?”
Masih menanti jawapan, cikgu Rina hanya beri isyarat dengan matanya.
Andrey cuba gagah, menahan debar.
“Cikgu orang pertama… Beritahu saya camne boleh saya lupakan sihir yang dah cikgu tinggalkan?” Dia sendiri terkejut dengan kejujuran yang keluar dari mulutnya. Nafas jadi pendek. Dada seolah baru selesai berlari tapi belum sampai diakhir garisan. Dia cuma berharap, cikgu Rina mengerti apa yang dia maksudkan.
“Kalau macam tu, saya anggap awak faham soalan saya.”
Andrey rasa malu. Fikirannya melayang ke petang Jumaat itu. Selepas pizza dan teh, mereka bersiar di Taman Rekreasi Terusan Tasik Biru.
“Sebelum dan selepas semua ni… dengan perangai saya, sikap biadap, calar kereta cikgu… cikgu masih sudi luangkan masa.”
“Labur. Bukan bazir.”
“Saya tak faham…”
“Awak special case. Tau kenapa?”
“Sebab saya… entahlah cikgu…”
“Honestly, as a teacher, it's a challenge. But as a woman, it's an eruption.”
Eruption?
Dia rasa hangat.
“You want the answer or the truth?”
“I prefer an honest truth, 'cause I just delivered you one.”
Ingatannya berpusing-pusing, dari meja makan ini ke petang di Tasik Biru, lalu ke bibir yang pernah menyentuhnya tanpa amaran dan cubitan di tangan, membawa dia kembali ke realiti.
“Kalau tak sakit, awak hanyut.”
Andrey tarik nafas, cuba bina ayat.
“Itulah yang saya alami. Dan saya nak hargai setiap kesannya… dengan awak.”
Dia tak tahu nak balas atau undur. Kalau petang di Tasik Biru membuka pintu, malam ini ibarat duduk di ruang tamu rasa.
“To tell you the truth... The time spent with you is worth spending.”
Jawapan Andrey sampai akhirnya. Yakin, tapi bagi Rina, jawapan itu seperti berdiri di platform — tanpa tiket, menanti keretapi yang tertunda.
“We have a lot of tomorrows.” Rina memetik kata Andrey yang pernah terucap petang Jumaat itu — penutup lembut bicara tentang hati, buat sementara waktu — sebagai selimut untuk malam yang mungkin terlalu telanjang dengan kemungkinan.
“So, boleh awak cerita apa yang jadi kat majlis abah awak tadi?” Jus tembikai disedut. Kemudian bibir bawahnya digigit kecil.
“Andrey!”
Tepukan kecil menyedarkan dia.
“Dinner pun boleh tidur. Kalau ada kapur, lama dah saya baling.”
Dia tersengih, malu.
“Maaf… Err, cikgu cakap apa tadi?”
“Moral dari majlis abah awak.”
“Oh. Saya ingat dah abih.”
“Mula pun belum.”
Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!