11.3 Antisipasi Tanpa Nama
Bab 11.03: Antisipasi Tanpa Nama
![]() |
Don’t underestimate your potential. |
𝄞
“Abah saya tu boleh tahan garang, tegas, terapan tugas, kot but… sometimes, funny... saya sendiri confused.” Andrey meneguk air sebelum meneruskan ceritanya. “Imagine the obstacles to being your true self while living in a cookie-cutter world. That's what I feel, and I choose to be me.”
“It's not easy being people like us, Andrey. I, myself, have been through all kinds of things. Trust me, it was hard, but it's not forever.”
“Saya pasti siapa saya.”
“And I'm here to listen.”
“And I'm here to listen.”
“I’ve always been this way since... forever…”
“Lepaskan semuanya, Andrey. You need this.”
“Ini bukan pilihan, cikgu. Ini... fitrah.”
Rina mengangguk. Renungannya tenang. Pengakuan itu pernah duduk di hadapannya dulu, dalam bentuk lain, dengan suara yang berbeza.
Pengertian itu tidak datang kosong. Ia lahir dari pengalaman melihat jiwa-jiwa yang disalaherti, dilabel rosak hanya kerana berani jujur pada diri sendiri. Apa yang orang panggil cacat, bagi Rina, satu karya; tentang jiwa yang tahu apa ia mahu, dan keberanian untuk tidak menipu diri demi keselesaan orang lain.
Kasih yang hadir di dadanya bukan kasihan. Ia kefahaman yang ditempa dengan hati-hati, dari melihat seseorang bertarung dengan dunia yang enggan mendengar. Andrey perlu tahu, dia wujud tanpa perlu mempertahankan diri dan Rina dah bersedia, membuka ruang dan hadir.
“Bila awak sedar semua ni, peralihan ni?”
“Awal. Umur tujuh tahun saya dah tau saya suka perempuan. Cikgu lukisan, masa tu saya darjah satu.” Andrey mula membuka diri.
“Awal. Umur tujuh tahun saya dah tau saya suka perempuan. Cikgu lukisan, masa tu saya darjah satu.” Andrey mula membuka diri.
“Cikgu? Interesting.” Rina tersengih. Dia perasan perubahan pada fizikal Andrey. Rambutnya semakin panjang menyentuh bahu, berikat malas. Sedikit terjuntai di bahagian hadapan. Badan pun dah tak kurus kering lagi. Dah tak sekeping macam papan lapis.
“Mak selalu cerita, sejak umur tiga tahun, saya ni tak nak langsung pakai baju perempuan.”
“Semua ni natural, bukan dibuat-buat.” Rina mencelah, memberi validasi yang tak diminta.
“Semua ni natural, bukan dibuat-buat.” Rina mencelah, memberi validasi yang tak diminta.
Andrey angguk. “Skirt, gaun, blouse — semua mak bagi sepupu. Saya lebih suka main dengan Andy.”
“Andy?”
“Adrian. Kembar saya.”
“Awak ada kembar? Cool... saya tak pernah tahu pasal ni.”
“Sekarang cikgu dah tahu.”
“Saya nak tahu banyak lagi.”
“Tak pernah sehari saya rasa saya ni perempuan. Jiwa saya tak pernah silap. Tak payah cerita pasal akil baligh... period... fizikal... Saya benci.”
“Adrian. Kembar saya.”
“Awak ada kembar? Cool... saya tak pernah tahu pasal ni.”
“Sekarang cikgu dah tahu.”
“Saya nak tahu banyak lagi.”
“Tak pernah sehari saya rasa saya ni perempuan. Jiwa saya tak pernah silap. Tak payah cerita pasal akil baligh... period... fizikal... Saya benci.”
“Tak payah malu. Saya bukan macam orang lain.”
“Kadang-kadang saya rasa… cacat… rendah diri. Tak ada keyakinan.”
“Nonsense. Awak tu terlebih confident, sebab tu berani toreh kereta saya.”
“Kadang-kadang saya rasa… cacat… rendah diri. Tak ada keyakinan.”
“Nonsense. Awak tu terlebih confident, sebab tu berani toreh kereta saya.”
Lafaz itu mencetus sebak di dada Andrey walaupun dia tahu Rina hanya mahu mengusik. Dan menyedarkan.
“Cikgu… Saya minta maaf sangat pasal tu…”
“Semuanya dah lepas. Saya dah lama maafkan.”
“A miss is as good as a mile.”
“But all is fair in love and war.”
“Saya betul-betul, sungguh-sungguh… dari hati...”
“Semuanya dah lepas. Saya dah lama maafkan.”
“A miss is as good as a mile.”
“But all is fair in love and war.”
“Saya betul-betul, sungguh-sungguh… dari hati...”
Andrey bangun dari kerusi, lalu berdiri di hadapan cikgu Rina tanpa menghiraukan puluhan mata yang memandang.
“Maafkan saya toreh kereta cikgu. Maafkan semua salah laku saya, sikap kurang ajar saya. Saya bersalah. Saya menyesal…”
Seperti yang selalu dia lakukan ketika berdepan abah dan mak, Andrey tunduk tanda hormat, tangan dihulurkan.
Rina tidak terus menyambut. Nafasnya terhenti sesaat. Terkejut, ya, tapi ada sesuatu yang menyentuh lebih dalam. Jarinya menggeletar halus sebelum akhirnya bertaut dengan tangan Andrey. Dia mengangkat wajah. Mata mereka bertemu, menyatukan semua kenangan.
Andrey yang berdiri di hadapannya bukan lagi remaja yang pernah dia salah tafsir. Bukan seoang yang keras. Kasar? Jauh sekali. Tubuh itu membawa satu jiwa yang tahu menundukkan ego, tahu memuliakan orang di hadapannya, tanpa suara, tanpa tuntutan.
Rina menarik nafas panjang, cuba menenangkan getar yang menjalar dari hujung jari ke hujung dada. Ada rasa yang tak sepatutnya hadir. Dan lebih membingungkan, dia tidak mahu menolaknya.
Tanpa diduga, Andrey menunduk. Bibirnya singgah lembut di belakang tangan Rina.
Satu lagi kejutan dan Rina tak menarik tangannya. Dia biarkan. Dalam hati, satu pertanyaan muncul: Apa yang aku sedang lepaskan, dan apa yang aku sedang terima…?
Wajah Andrey bukan lagi wajah seorang pelajar. Dan detik itu bukan momen biasa. Ini taubat dan satu pengakuan dalam satu masa.
“Maaf diterima. Saya pun minta maaf… buat camtu kat motor awak.”
“I deserve that. Tapi cikgu, lain kali jangan pink.”
“I deserve that. Tapi cikgu, lain kali jangan pink.”
Tawa mereka mengalir seperti anak sungai. Damai. Namun, di sebalik gurau senda, senyum dan ketawa, jiwa Andrey dipalu rasa sayu, tersentuh dengan sikap terbuka dan keikhlasan yang diberi Rina.
Mengerti bahawa saat-saat manis seperti ini tak wajar dipahitkan, lalu Andrey menukar topik perbualan. Dia terpanggil untuk membogelkan dirinya di hadapan Rina.
Lalu telefon bimbit dia keluarkan.
“Ini Adrian. Slide it.”
“Boleh tahan.”
“Tengah ambil IB. Dia cemerlang.”
“Awak istimewa.”
“Saya…”
“Awak istimewa.”
“Saya…”
“Don’t underestimate your potential.” Rina cuba membebaskan semua rasa rendah diri yang terkurung dalam dada Andrey.
“Ni mak, abah, Anis, Amanda.”
“You have a beautiful family.” Rina memandang lama gambar yang ditunjukkan. Dan sebelum telefon bimbit di serahkan semula, dia berkata, “you look very much like your father.”
Malam yang bermula gelap kini, bertukar terang. Terang dengan pengakuan, pengertian, dan penghormatan.
Jiwa Andrey rasa bebas.
Betul kata orang, tak kenal maka tak cinta. Cikgu Rina bukan lagi seorang guru yang menjengkelkan, yang pernah dia dendami, benci, yang dia gelar singa gunung. Bukan lagi ubat tidur, malah wanita itu telah mengubah wain merah menjadi kopi ‘O’ keras yang buat dia tak mau lelapkan mata.
“Cikgu nak tak…”
“Nak apa?”
“Menari dengan monyet?”
“Nak apa?”
“Menari dengan monyet?”
Tawa cikgu Rina mekar. Lesung pipitnya muncul. Tangannya Andrey capai, memimpin mereka ke lantai dansa.
“You sure, monkey?”
“Your monkey is ready, m’am.” Nafas panjang ditarik lalu dilepaskan ke telinga cikgu Rina, dengan satu permintaan, “ajar saya, cikgu.”
“Your monkey is ready, m’am.” Nafas panjang ditarik lalu dilepaskan ke telinga cikgu Rina, dengan satu permintaan, “ajar saya, cikgu.”
Ada sesuatu dalam langkah itu, dalam cara tangan mereka bersatu. Dalam gerakan tubuh yang seolah-olah tahu menjawab sebelum belajar.
Jantung berdetak seirama seperti turun naik nota-nota lagu di sekeping kertas bergaris. Emosi dihayun seiring petikan piano yang menyamar jadi muzik — Canon in D menjadi tafsir bahasa jiwa.
Andrey kenal rentak itu walaupun lidah, fikiran, dan pengalamannya belum pernah tahu apa itu tarian.
Matanya dipejamkan. Dia mula mengerti, tak akan ada satu kuasa yang dapat menafikan nikmat kali pertama.
Tarian dijiwai, sama seperti dia meluhurkan aroma harum dari rambut dan tubuh cikgu Rina yang terasa begitu dekat dengan kewujudannya sendiri.
Mungkinkah ini satu permulaan, tapi apakah yang telah berakhir? Dan jika ini satu pengakhiran, apakah yang akan bermula?
Otak malas memanjangkan teka teki. Tanpa dolak dalih, dia bersetuju dengan semua kewarasan untuk merakam setiap langkah dan gerak badan cikgu Rina yang memandunya dilantai tarian.
Rina benamkan wajahnya di bahu Andrey, cuba memadam batas yang terlukis jelas antara mereka. Bau Andrey... campuran minyak wangi, asap rokok, dan aroma semula jadi seseorang terasa begitu dekat dengan jiwanya. Ia memabukkan.
Dan malam itu telah mengaburkar garis antara mereka. Rina sedar, tubuhnya sedang berdansa dengan seorang pelajar. Tetapi jiwa? Dia tak pasti dengan siapa jiwanya sedang berhayun. Langkah demi langkah terasa seperti dia sedang memimpin Andrey, melanggar sesuatu. Bukan dinding. Bukan tembok. Tapi sejenis etika batin yang dibina dari tanggungjawab dan amanah.
Dia mahu menolak. Tapi entah mengapa, dia tak mahu menyesal jika tak mengizinkan malam ini hidup. Lalu dia memutuskan...
Jika ini satu kesilapan, ini adalah kesilapan yang paling benar. Kerana bukan semua kesalahan datang dari niat yang salah. Ada yang lahir dari rindu yang terlalu lama mencari tempat.
Rasa bersalah melebur dalam pelukan Andrey yang menerima, bukan memaksa.
Ketakutan lenyap dalam sentuhan tangannya yang tidak mencabul, tapi menjemput.
Ketakutan lenyap dalam sentuhan tangannya yang tidak mencabul, tapi menjemput.
Dan dalam pelukan itu, Rina rasa dilihat sebagai wanita, bukan cikgu, bukan buku, bukan sistem.
Hanya getar berbalas getar dan inspirasi menjadi antisipasi yang mereka biarkan tanpa nama.

Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!