Bab 11.03: Antisipasi Tanpa Nama
![]() |
Don’t underestimate your potential. |
“Luahkanlah. Saya kat sini nak dengar awak.”
Benar, pengalaman buruk atau pengaruh bukanlah pendorong. Ini bukan pilihan. Ini ketentuan. Tiada trauma, tiada dendam, tiada kejadian gelap. Yang ada cuma kesedaran — dari usia kecil lagi. Apa yang orang label cacat, baginya hanya kenyataan yang perlu diterima. Lelaki di dalam jasad perempuan. Jiwa yang tahu apa ia mahu.
“Tak ada siapa yang dengar. Yang hina, yang judge, ramai.”
Cikgu Rina mengangguk perlahan. Renungannya seolah membaca sebuah novel yang penuh luka dan keindahan. Hatinya dah jatuh kasih. Kasih yang dah membungakan rasa ingin melindungi.
“Awal. Umur tujuh tahun saya dah tau saya suka perempuan. Cikgu lukisan, masa tu saya darjah satu.”
“Cikgu?” Rina tersengih. “Interesting.”
Hati dah berkenan, tak ada apa yang boleh menahan dia dari memberi telinga dan masa. Lama mata Andrey direnungnya. Bahagia. Sayang… Sayang pada sebuah jiwa yang menyimpan banyak cerita. Sayang pada seraut wajah yang kelihatan begitu kemas dengan rahsia.
rambutnya semakin panjang melepasi bahu, berikat malas. Sedikit terjuntai di bahagian hadapan.
Badan pun dah tak kurus kering lagi. Dah tak sekeping macam papan lapis.
“Semua ni natural, bukan dibuat-buat.”
Andrey angguk. “Skirt, gaun, blouse — semua mak bagi sepupu. Saya lebih suka main dengan Andy.”
“Adrian. Kembar saya.”
“Awak ada kembar? Cool... saya tak pernah tahu pasal ni.”
“Sekarang cikgu dah tahu.”
“Saya nak tahu banyak lagi.”
“Tak pernah sehari saya rasa saya ni perempuan. Jiwa saya tak pernah silap.”
Cikgu Rina senyum. Rasa bahagia dengar Andrey semakin terbuka.
“Tak payah cerita pasal akil baligh... period... fizikal... Saya benci.”
“Kadang-kadang saya rasa… cacat… rendah diri. Tak ada keyakinan.”
“Mengarut. Awak takkan toreh kereta saya kalau awak tak ada keyakinan.”
Komen cikgu Rina mencetus sebak di dada Andrey.
“Semuanya dah lepas. Saya dah lama maafkan.”
“A miss is as good as a mile.”
“But all is fair in love and war.”
“Saya betul-betul, sungguh-sungguh… dari hati...”
Andrey bangun dari kerusi, lalu berdiri di hadapan cikgu Rina tanpa menghiraukan puluhan mata yang memandang.
“Maafkan saya toreh kereta cikgu. Maafkan semua salah laku saya, sikap kurang ajar saya. Saya bersalah. Saya menyesal…”
Seperti yang biasa dia buat bila menghadap abah dan mak, Andrey tunduk tanda hormat, tangan dihulurkan.
Rina terdiam. Jiwanya bergetar dengan sesuatu yang tak dijangka — bukan rasa terharu semata-mata, tapi sesuatu yang lebih kompleks, lebih sulit dijelaskan.
Saat jari mereka bersatu, ada arus hangat naik ke dada. Dalam satu sentuhan, dia rasa seolah ada masa lalu yang menyentuh semula hidupnya.
Tapi bukan itu yang membuat matanya kabur.
Apa yang menusuk jiwanya ialah keberanian Andrey untuk menanggalkan segala ego di hadapan dunia dan menyerahkan maruahnya kepada seorang wanita yang pernah dia benci.
Tanpa diduga, bibir Andrey singgah di tangannya. Rina agak terkejut, tapi tidak menarik. Dia biarkan. Dalam hati, satu pertanyaan muncul:
Apa yang aku sedang lepaskan, dan apa yang aku sedang terima…?
Wajah Andrey bukan lagi wajah seorang pelajar. Dia tak tahu apa atau siapa yang sedang berdiri di hadapannya. Tapi dia tahu: ini bukan sekadar momen biasa.
“I deserve that. Tapi cikgu, lain kali jangan pink.”
Tawa mereka mengalir seperti anak sungai yang damai. Namun, di sebalik gurau senda, senyum dan ketawa, jiwa Andrey dipalu rasa sayu — tersentuh dengan sikap terbuka dan keikhlasan yang cikgu Rina beri.
Saat-saat manis seperti ini tak wajar dipahitkan, lalu Andrey menukar topik perbualan. Malam itu dia benar-benar terpanggil untuk membogelkan dirinya di hadapan cikgu Rina.
Lalu telefon bimbit dia keluarkan. “Ini Adrian. Slide it.”
“Tengah ambil IB. Dia cemerlang.”
“Awak istimewa.”
“Saya…”
Keraguan Andrey ternoktah. Tiba-tiba.
“Ni mak, abah, Anis, Amanda.”
“You have a beautiful family.” Rina memandang lama gambar yang ditunjukkan. Dan sebelum telefon bimbit di serahkan semula, dia berkata, “you look very much like your father.”
Malam itu — malam yang bermula gelap kini, semakin terang. Terang dengan pengakuan, pengertian, dan penghormatan.
Jiwa Andrey rasa bebas.
Betul kata orang, tak kenal maka tak cinta. Cikgu Rina bukan lagi seorang guru yang menjengkelkan, yang pernah dia dendami, benci, yang dia gelar singa gunung.
Bukan lagi ubat tidur, malah wanita itu telah mengubah wain merah menjadi kopi ‘O’ keras yang buat dia tak mau lelapkan mata.
“Nak apa?”
“Menari dengan monyet?”
Tawa cikgu Rina mekar. Lesung pipitnya muncul. Andrey capai tangannya. Mereka ke lantai dansa.
“Your monkey is ready, m’am.” Nafas panjang ditarik lalu dilepaskan ke telinga cikgu Rina, dengan satu permintaan, “ajar saya, cikgu.”
Ada sesuatu dalam langkah itu — dalam cara tangan mereka bersatu. Dalam gerakan tubuh yang seolah-olah tahu menjawab sebelum belajar.
Andrey kenal rentak itu — walaupun lidah, fikiran, dan pengalamannya belum pernah tahu apa itu tarian.
Matanya dipejamkan — mengerti, tak akan ada satu kuasa yang dapat menafikan nikmat kali pertama. Tarian dijiwai, sama seperti dia meluhurkan aroma harum dari rambut dan tubuh cikgu Rina yang terasa begitu dekat dengan kewujudannya sendiri.
Mungkinkah ini satu permulaan, tapi apakah yang telah berakhir? Dan jika ini satu pengakhiran, apakah yang akan bermula?
Otak malas memanjangkan teka teki. Tanpa dolak dalih, dia bersetuju dengan semua kewarasan untuk merakam setiap langkah dan gerak badan cikgu Rina yang memandunya dilantai tarian.
Jantung berdetak seirama seperti turun naik nota-nota lagu di sekeping kertas bergaris. Emosi dihayun seiring petikan piano yang menyamar jadi muzik — Canon in D menjadi tafsir bahasa jiwa.
Rina benamkan wajahnya di bahu Andrey seakan cuba memadam batas yang terlukis jelas antara mereka. Tapi malam ini, garis itu kabur.
Rina tak tahu dengan siapa jiwanya sedang berhayun. Cuma dia sedar, langkah demi langkah terasa seperti dia sedang melanggar sesuatu.
Lalu dia memutuskan...
Jika ini satu kesilapan, ini adalah kesilapan yang paling benar. Kerana bukan semua kesalahan datang dari niat yang salah. Ada yang lahir dari rindu yang terlalu lama mencari tempat.
Ketakutan lenyap dalam sentuhan tangannya yang tidak mencabul, tapi menjemput.
Dan dalam pelukan itu, Rina rasa dilihat sebagai wanita —
Hanya getar berbalas getar dan inspirasi menjadi antisipasi yang mereka biarkan tanpa nama.
Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!