8.2 Hutan Hujan dan Air Terjun
Kalau air mata boleh ditakung, mungkin dah lama jadi kolam dan kolam itu pecah, mengalir jadi sungai yang tak henti-henti mengalir. Tapi Rina tak pernah letih berenang di dalamnya, mengikut arus ke mana pun dia dibawa. Tiada alasan untuk lari setiap kali dunia mengajak dia berdiri. Dan tiada alasan untuk menolak bila Rina muncul.
Sebab buat masa ini, hanya Rina yang Sophia ada. Satu-satunya jiwa yang bukan sekadar faham, tapi pernah merasai luka dari jenis yang sama.
Bagi Rina, Sophia bukan beban. Sophia adalah satu amanah, satu bentuk kasih yang Tuhan titip untuk dia pelihara.
“Hidup ni bukan semalam. Bukan esok. Hidup ni—hari ni.”
Rina cakap dengan tenang, sambil memeluk bantal kecil di riba. Sophia cuma diam, memandang ke luar jendela yang basah dek embun petang.
“Kadang-kadang aku teringin jadi macam kau. Bebas. Tak ada siapa kawal. Keluarga pun faham. Supportive.”
“Hidup aku biasa je, Phia. Aku cuma... bertuah sebab ada orang yang pilih untuk faham.”
Dan saat itu, air mata Sophia jatuh perlahan. Rina capai tisu, lalu dengan penuh kasih, dia kesat pipi yang basah itu.
“Jangan nangis lagi. Buruklah. Kecut muka nanti macam jeruk.”
Sophia tergelak kecil dalam tangis. Tangannya meraih tangan Rina, genggam erat.
“Banyak kasih sayang dalam diri kau, Rina. Memang tak layak langsung untuk orang macam Kim.” Dia terkenang kisah mereka sewaktu di universiti dulu.
Mereka terdiam seketika. Nama itu macam pintu lama yang tak mahu dibuka, tapi sentiasa menjerit dari dalam.
“Dia tak macam Hans. Hans setia.”“Pengalaman dengan Kim ajar aku satu benda—jangan biar siapa pun jadi tuan kepada jiwa kita.”
“Nasib baik aku tak pernah serahkan semuanya... Hati aku pun macam tolak dia dari mula.”
“Tuhan lindungi kau…” bisik Sophia. Pandangannya tertancap ke wajah Rina, ragu-ragu tapi tetap ingin cuba menyampaikan, “Aku... aku tak nak sambung terapi.”
“No. You need it.”
“Untuk apa? Sakit aku makin jadi-jadi lepas terapi. Semua yang aku ada... dah tak ada.”
“Tapi kau ada aku. Kau ada kerja. Kau ada masa depan.”
“Masa depan...” Sophia menarik nafas panjang. Tisu di tangannya dah lunyai, macam hidupnya sendiri.
“Hari ni bukan untuk disia-siakan. Bukan ke kita bina esok bermula dari sekarang?”
“Aku dah tak nampak apa-apa, Rina.”
“Biar aku jadi mata kau.”
“Jangan korbankan hidup kau untuk aku.”
“Ini bukan pengorbanan. Tanggungjawab.” Rina ambil tangan Sophia, menggenggamnya erat. “Aku... I just do what people who care should do.”
“Sampai kau jumpa seseorang yang buat jiwa kau hidup semula.”
“Habis, kau tak nak jumpa someone?”
“Nanti-nantilah... Aku percaya cinta akan datang bila dia nak datang.”
“Phia, cinta tu pelik. Kadang dia datang bila kau dah letih cari. Kadang dia datang masa kau tak minta apa-apa.”
Sophia mengangguk perlahan. Ada sedikit damai dalam wajahnya, walau jauh dalam hati, badai masih berkecamuk.
“Thanks, Rina. Untuk semua ni.”
“Setiap kejadian ada rahsia, kau percaya tu, kan?”
“Jangan berhenti terapi. Please. Kau sayang aku, kan?”
“Sayang. Sayang sangat.” Sophia angkat tangan Rina, cium jari jemari itu dan bangun menuju dapur.
Beberapa minit kemudian, dia kembali dengan dua cawan teh.
“Teh O untuk cikgu yang degil. Aku punya, ada susu.”
Mereka bertukar cawan, bertukar senyum. Macam dua jiwa yang dah letih, tapi masih sudi duduk dan memegang dunia yang makin hari makin rapuh.
“So... selamat dah motor budak tu?”“Dah. Selagi tak bagi, selagi tu dia merengek, boleh jadi puaka pulak nanti.”
Sophia ketawa kecil. Rina tetap melayan walaupun dia masih mahu meneruskan bicara sebelumnya. Tapi seperti selalu, dia memilih untuk mengikut rentak yang dimainkan Sophia.
“Kesian budak tu...”
“Kesian tu memang kesian tapi apa boleh buat dah terlanjur… Nyesal jugak aku buat camtu kat motor dia.”
“Tula kau pun satu, macam budak-budak.”
“Kau ingat boleh ke dia maafkan apa aku dah buat kat motor kesayangan dia tu?”
“Dia tak boleh senang-senang je lupa apa dia dah buat kat kereta kau. Sama je korang berdua.”
“Aku buat lagi teruk. Kau pun nampak.”
“Cinta memang selalu ajak kita buat benda yang pelik-pelik.”
“Eh, kau ni... ke situ pulak. Merepek.”
Sophia ketawa, kemudian bertanya, “kau rasa siapa awek dia agaknya?”
“Ada awek ke budak sombong macam tu? Kawan pun tak ada.”
Sengaja Sophia menduga walaupun mengerti apa yang sedang melanda hati Rina.
“Itu yang rare… betul?” Sophia senyum.
Dalam diam, Rina tahu Sophia perasan. Mungkin dah lama. Tapi dia tak marah. Sebab Sophia tak pernah menghakimi. Dia cuma... tahu.
“Talented, ya. Cemerlang? Entah. Tapi bukan dalam ekonomi.” Dia ketawa kecil, buat isyarat thumbs down.
“Tugas kita bukan sekadar mengajar. Kita bentuk manusia. Kalau bukan sekarang, bila lagi?”
Cinta ke, apa yang aku rasa ni...?
Dia tak tahu jawapannya. Tapi dia tahu satu perkara:
Dia tak sabar tunggu hari Isnin.
Isnin, di mana mungkin... sesuatu akan bermula. Dan yang lama, akhirnya boleh dilepaskan.
Melangkah masuk ke kelas Biologi, suasana sekeping hati serta-merta berubah. Di sinilah, di ruang berlampu putih ini, dunia menjadi lebih tenang. Syurga kecil buat jiwa yang selalu berkecamuk. Tiada tekanan, tiada pertikaian, dan yang paling penting — tiada suara keras seperti yang menusuk dari kelas Ekonomi.
Meja paling hadapan seolah-olah telah ditempah. Seberapa lewat dia datang pun, rakan-rakan sekelas tahu, tempat itu milik Andrey. Dari situ, dia boleh melihat wajah pujaan hatinya — Cikgu Sophia — dengan terang dan jelas. Alunan suara lembutnya yang menerangkan proses fotosintesis terasa seperti nyanyian yang ditujukan khas untuk satu jiwa: jiwanya.
Setiap gerak bibir wanita itu adalah nota muzik yang meresap dalam saraf otak, menjadikan subjek Biologi terasa mudah. Andrey tahu, kejayaannya dalam subjek ini bukan kerana semata-mata bakat — tapi kerana satu: Sophia.
Tarikan Sophia terlalu kuat. Dia menyembunyikan misteri dalam kelembutan. Dalam dunia yang menolak kebenaran dan membenci kelainan, Sophia menjadikan Andrey terasa wujud. Terasa dilihat. Terasa disayangi — walau mungkin itu hanya ilusi hatinya sendiri.
Cintakah ini? Atau cuma rasa kagum? Atau satu gangguan emosi yang meminjam nama cinta?
Soalan itu berulang setiap malam. Kerinduan menjemput ketagihan. Tak nampak sehari, hidup tak lengkap. Apa dah jadi dengan aku…
Serta merta hati Andrey disapa rindu. Kepada Pekan Mutiara dan jiwa yang tak pernah letih menemannya dulu.
“Dah lama saya sedar saya ni bukan perempuan.”
Kata-kata itu pernah dilontar kepada Kak Zu, sambil mereka menangkap ikan sepat di sawah. Kak Zu, anak ketua kampung, yang selalu buatkan dia sepat masin kalau dapat tangkap banyak. Andrey suka makan dengan sambal belacan dan masak lemak. Hari itu, lumpur dan selut jadi teman bermain tapi dialog mereka lebih dalam daripada keladak sawah. Apa saja Andrey nak makan, dia pasti akan masakkan.
“Kenapa orang panggil saya lesbian?”
“Sebab yang orang suka tengok, suka baca— kulit. Isi diaorang abaikan.”
“Saya tak pernah ada awek pun, kak.”
“Ah, kau pun baru umur 13, tak payah gatal-gatal nak awek.”
“Maksud saya… Yelah… Kenapa panggil saya macam tu? Memang saya mengaku saya suka perempuan. Tapi saya bukan lesbian. Saya lelaki. Dalam ni…” Tapak tangannya menepuk dada kiri.
“Kau ingat orang nak faham tu, nak tengok engkau bawah mikroskop?”
Gelak kecil menyambut jawapan Kak Zu. “Yelah, bukan semua orang mampu beli mikroskop. Bukan keperluan pun bagi ramai orang.”
“Tahu pun kau.”
“Akak ada mikroskop.” Balas Andrey. Matanya dikenyitkan dan Kak Zu menyengih sambil melontarkan segenggam lumpur ke arah Andrey.
“Hmm… Akak tengah tunggu SPM, kan? Akak ada pakwe?”
“Nak pakwe apanya, Andrey oii. SPM pun belum tentu. Kau ajelah jadi pakwe akak.”
Andrey tersedak. “Kak Zu…”
“Ha, kenapa, kau setuju ke nak jadi pakwe akak? Akak OK je. Kau pun handsome.”
“Kau Zu ingat saya suka-suka je jadi macam ni?”
“Akak tak heran, Andrey. Dari cara kau, sekali nampak akak tau dah. Apa yang nak dimalukan? Jangan rasa rendah diri pasal tu. Bagi akak, hal camni normal. Kalau orang lain anggap sebaliknya, itu masalah diaorang, bukan masalah kau.”
“Akak betul tapi yang tak betulnya bila masalah diaorang tu diorang jadikan masalah saya.”
“Asalkan kau tak pandang itu satu masalah, biarkan je kalau diaorang nak terbeban dengan masalah tu. Kalau kita sibuk nak jadi orang lain, siapa nak jadi diri kita?”
Dialog itu dia simpan macam azimat. Enam tahun berlalu. Tapi kata-kata Kak Zu tetap hidup dalam kotak dadanya.
Bersama biologi dan kenangan lama, kini datang pula kekeliruan yang lebih menggugah.
Ciuman Cikgu Rina di kedai kopi dulu — walau hanya sesaat dua — melekat bagaikan wahyu. Tak pernah dia rasa sebegitu sebelum ini. Lembut, basah, berani. Ada sesuatu tentang bibir wanita itu yang tak dapat dipadam, walaupun peristiwa itu memalukan.
Dan ya — dia suka. Kenapa aku suka? Kenapa aku rasa nak rasa lagi? Patut ke aku rancang jenayah lain biar sesaat itu jadi sejam, sehari, seminggu, selamanya… Ah, merepek!
Andrey tahu siapa dia. Dia tahu, rasa itu tak patut wujud — tapi ia hidup. Sama macam rasa dia terhadap Cikgu Sophia. Bezanya, yang ini lebih suci, lebih panjang rindunya. Tapi itu jugalah yang lebih menyakitkan.
Dan gadis depan mata aku ni… siapa pemilik hati dia? Atau tempat tu Tuhan sediakan untuk… aku?
Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!