7.3 Luka Di Tangki Aprilia
“Saya ada benda nak tanya cikgu.” Bersama denyut di nadi dan di kepala, intuisi perlahan-lahan mengesan sesuatu yang menarik dalam perbualan petang itu— seperti medan magnet yang saling melawan tapi salah satu darinya beransur-ansur memusingkan kutub untuk mendekat.
Mungkinkah semua itu hasil tindak balas terhadap kata-kata dan juga soalan-soalan yang cikgu Rina ajukan? Memerhati gerak isyarat dan bahasa tubuhnya, watak dan perwatakannya, semua ekspresi yang dia tunjuk, Andrey akui, ada satu rangsangan positif tersalur dalam pertimbangan dan rasa ingin tahu. Emosi paling halus turut disentuh oleh rangsangan itu.
Segera dia teringatkan peristiwa dua minggu lalu. Bila dikaji semula, cikgu Rina sebenarnya telah menghantar isyarat. Bukankah ‘ciuman pertama’ di kedai kopi itu dah jadi bukti? Mustahil seseorang akan buat macam tu kepada seseorang kalau tak ada sesuatu yang melibatkan perasaan. Di situ rasionaliti mengambil tempat. Berasal dari tujuan yang satu— motosikal, sekarang muncul satu niat baru.
“Anything, anytime...” Tak seperti sewaktu mengajar, petang itu Rina cukup murah dengan senyuman. Semakin lama masa dicuri, semakin dia kelihatan bersemangat dan suaranya kedengaran lebih mesra.
“Soalan cikgu tadi tu… Bukan cikgu ke sebenarnya yang tak suka saya? Mungkin ada benci dan ada dendam.”
Tanda tanya yang selalu berlegar di minda kini terpancul juga di mulut. Andrey percaya inilah masa yang sesuai untuk bercakap dari mata ke mata, hati ke hati. Kalau boleh dia nak berdamai. Kenapa? Sebab kebenaran tak perlukan bukti dan kesalahan akan membuktikan dirinya sendiri.
Wajah Rina berubah. Lembut. Sama lembut dengan pandangan matanya yang merenung muka Andrey. Ditenung, dipandang lama-lama macam itu, Andrey rasa janggal. Namun dia akur— demi hati yang berkocak untuk mengakhiri persengketaan dengan baik, tak ada gunanya menentang arus.
“Apa sebab awak fikir macam tu?”
“Cikgu tengok saya macam beban. Saya tahu. Saya rasa. Dari mula lagi cikgu macam... annoyed. Semuanya saya simpan kat sini…” Jari ditudingkan ke kepala sendiri. “Malas nak cerita panjang. Lupa ke tak ingat? Atau memang tak sedar, tak kisah?” Ayat disambung, cuba memancing sambil berterus terang. Teringin benar dia dengar jawapan jujur seorang guru.
“Tak ada benci, dendam jauh sekali. Tak lupa dan tak pernah tak ingat. Tapi sebagai seorang guru, saya nak pelajar saya bagi perhatian, bukan membuta. Itu masalah awak.” Dua baris ayat terakhir kedengaran tegas bunyinya, gaya seorang cikgu. Namun tiga baris ayat pertama bernada tenang, seperti bisikan bayu malam yang mendamaikan laut.
Gagal menghapuskan bukti, Andrey hanya mampu mengangguk. Semua orang tau, memang dia selalu tertidur dalam kelas. Membuta— perkataan kegemaran si singa gunung. Benang yang basah mustahil ditegakkan. Bagaimana pula dengan benang yang kering? Boleh ke?
“Mungkin saya… kecewa. Saya tengok awak, saya nampak potensi... tapi awak buang macam tu je.” Separuh berbisik cikgu Rina melengkapkan ayat. “Tak ada sebab untuk membenci awak, Andrey.”
“Mungkin ekonomi tak sesuai untuk saya. Kalau ada salah silap saya selain toreh kereta, kalaulah ada perkara buruk yang dah saya buat tanpa saya sedar, cakaplah, supaya saya faham. Mana tau dalam diam hati cikgu dah saya cederakan tanpa sengaja.” Tangan diangkat. Kalah lagi tapi untuk kali ini, dia ikhlas dengan apa yang diucapkan.
Baris-baris itu kedengaran jujur di pendengaran Rina. Tak sampai hati dia nak terus mendera. Cukuplah menguji setakat itu saja, hari ini. Banyak lagi hari lain kalau nak terus menguji.
“Saya faham.” Jawapan cikgu Rina pendek tetapi renungan matanya yang tepat ke wajah Andrey sangat panjang dan dalam.
“Cikgu…”
“Hmm...”
“Cikgu ada boyfriend ke girlfriend ke? Atau cikgu mungkin dah kawin ke, ada anak, suami? Atau... janda... ibu tunggal…” Untuk menyedapkan hati sendiri, Andrey mengubah topik. Gurauan diselit sama.
Dia tau cikgu Rina tu single, bukan janda, balu atau sewaktu. Gurauannya menjadi. Pertanyaan yang diajukan telah membawa keluar ketawa besar cikgu Rina dan itu nyata datangnya dari hati. Mata yang redup itu telah memberi pengesahan dan itu dengan mudah memunculkan senyum di bibir Andrey.
Bila ketawa macam tu, barulah kau nampak mesra. Hilang angkuh timbul pesona yang dapat merantai hati mana-mana lelaki yang imannya senipis kulit bawang. Mujurlah aku ni tergolong dalam golongan orang-orang yang tebal iman.
Ciuman sesaat bermain lagi di paparan minda.
Cikgu Rina tak terus menjawab sebaliknya membuka cermin mata kemudian menyarungkan kanta itu di atas rambut.
Ah... perfect. Boleh tengok mata kau dengan jelas, tanpa dihalang cermin.
“Ha ah… Supaya lagi senang dia hipnotis engkau.” Serentak hati mengusik, otak pun mengejek.
Rahsianya, kalau mood baik, Andrey memang suka tengok bila cikgu Rina meletakkan cermin mata atas rambut bukan sangkut atas hidung. Sebab apa?
Rahsianya, kalau mood baik, Andrey memang suka tengok bila cikgu Rina meletakkan cermin mata atas rambut bukan sangkut atas hidung. Sebab apa?
Sebab bila dia pakai cermin mata di atas rambut, kaburlah mata dia, jadi, dapatlah aku tidur macam baby. Korang ingat aku ada niat lain?
“Dulu saya pernah ada kawan macam awak.”
“Kawan? Someone special?”
“Hampir...”
“Jadi cikgu ni… hmm...” Andrey berhenti di situ. Dia tak pasti samada patut bertanya lanjut atau biarkan saja. Perkara seperti itu terlalu peribadi untuk dikongsi apalagi dengan seseorang yang tak dikenali rapat. Namun cikgu Rina, tanpa teragak-agak, mengangguk dan berkata, “sebab tu saya faham awak dan saya nak awak faham yang kita ni, manusia... We are more than just a body.”
“We are the spirit, the soul… and that is where it hurts the most.”
Spontan Andrey meluahkan sesuatu yang dah lama tak dia bincangkan dengan sesiapa. Sejenak dia teringatkan Kak Zu. Selama ni, hanya Kak Zu sajalah satu-satunya perempuan tempat dia mencurah rahsia tentang orientasi seksualnya.
“Now, here’s a soul.” Cikgu Rina mengangkat kening, menghantar indikasi selaju cahaya. Ligat otak Andrey memproses, siap dengan analisis sekaligus membangkitkan satu keinginan.
“Interesting. Nak share?”
“Tak ada apa yang menarik pun. Masa tu saya menuntut di universiti. Lama dah.” Pengakuan telus itu kedengaran begitu jujur. Andrey mula mengagumi keterbukaan cikgu Rina.
“Sekarang? Dah beralih arah? Ada anak?” Meskipun jawapan ada digenggaman, sengaja dia mengusik, cuba menduga hati untuk menambah kemesraan. Cikgu Rina ketawa sampai merah muka. Itu semakin menyerlahkan lesung pipit yang menghias kedua belah pipinya.
Andrey sengaja buat muka toya. Senyum tak, ketawa pun tak tapi dalam hati, memuji.
Kenapalah awal-awal dia tak berperangai senonoh macam ni dengan aku, kan senang?
“Oh please...” Keluh pasangan jiwa yang kerap bertelagah kerana dia.
“Senang ke nak ubah siapa kita, jiwa kita? Jiwa yang hidup dalam badan kita ni? Boleh ke jadi orang lain?” Pernyataan berbentuk pertanyaan itu tak ubah seperti apa yang selalu dia bicarakan dengan diri sendiri kalau tidak dengan Kak Zu dulu.
Kalaulah mengubah jiwa, perasaan dan esensi atau roh yang ditiupkan dalam jasad semudah kata-kata mereka yang suka menghakimi, lenyaplah segala permasalahan dalam dunia ini. Semuanya akan hidup aman damai. Tak ada protest, tak ada opresi.
“Bad experience?” Menunjukkan minat, Andrey lupa tentang waktu. Dia mau cikgu Rina terus bercerita. Kalau nak terus bertanya sekalipun, Andrey sedia menjawab.
“Mustahil nak baiki percaya yang dah hilang.”
“Kecewa sangat ye?”
“Dia player. Siapa yang boleh terima?”
“Ohh... Kes curang lah ni?”
“Tak pasti tentang diri sendiri. Dia keliru...”
“Sakit?”
“Sakit boleh dicegah sebelum melarat. Saya lebih sayangkan diri saya.”
Andrey berfikir sendiri, mesti banyak yang dah cikgu Rina alami. Tak macam dia— baru nak naik. Baru nak kenal dunia.
Malunyalah…
Tak tau macam mana nak respon, lalu dia terus ke soalan seterusnya untuk jawapan yang tak sabar didengarkan.
“Kenapa cikgu nak tau sangat kalau saya ni single ke apa? Dan satu lagi cikgu, sebenarnya saya heran betul kenapa cikgu lepaskan saya camtu je?”
“Hmm, sepasang soalan yang bagus.”“Give me the best answer then.”
“There’s only one reason.”
“Which is?”
“Simple, Andrey. Saya suka awak.” Punca dikemukakan dengan lancar tanpa suara keraguan. Cukup telus, cukup mulus namun disambut dengan ketawa agak kuat.
“Apa lawak yang cikgu nak buat? Tadi marah pastu diam, kejap karang suka. Lepas ni apa? Saya tengah mimpi ke atau cikgu tengah high lepas kena mi kari?”
“Hey, tadi kau sendiri cakap, tak akan ada manusia yang nak buang masa layan orang yang dia benci. Sekarang cikgu Rina dah mengesahkan spekulasi engkau. Apa yang kau mengada sangat? Patut kau happy. Kau ingat senang-senang orang nak suka kita? Cikgu... lawa pulak tu…” Separuh menyindir, serentak akal dan hati mengingatkan dia kepada kata-kata sendiri.
“Pelik? Awak ingat saya main-main? Saja nak buang masa?”
“Ye tak ye, betul jugak... Macam manalah saya boleh tak sedar, kan… Of course la cikgu suka saya. Pasal tu cikgu suka memalukan saya.”
Peluang dah terbuka untuk meluahkan segala-galanya, tak perlu dipendam-pendam lagi. Pengakuan cikgu Rina, Andrey simpan belakang kepala.
“Saya yang bermasalah, kan? Membuta dalam kelas. Sebab tu patut kena baling dengan kapur, kena halau... Apa lagi...? Ehmm... Marah saya depan budak-budak tu semua. Apa saya buat memang ada je salah kat mata cikgu. Sebaik mana pun saya jawab exam atau buat assignment, ada je point yang tak kena. Ada je yang cikgu tak puas hati. Kat mata cikgu, kepala saya ni kotak kosong, kan? Kalau cikgu nak tau sangat, cikgulah sendiri yang dah cetus kemarahan dan kebencian dalam diri saya, bukannya ekonomi.”
Untuk beberapa saat, tiada kata yang keluar dari mulut mereka namun mata seakan tak mau menghentikan bicara. Terasa beban yang menghempap dada selama ini dah hilang. Sekarang dia tak sabar nak dengar jawapan dari mulut cikgu Rina. Biarlah semuanya selesai di sini, hari ini.
“Jadi betul la memang ada benci?” Bersama pertanyaan cikgu Rina sertakan satu kejutan dengan meletakkan kedua tapak tangannya di atas tangan Andrey.
“Betul. Benci dengan sikap cikgu.”
“I am so, so sorry, Andrey. I wasn’t aware of that.” Dia berbisik.
“Wasn’ t aware?! Itu je alasan cikgu? How easy…” Tangan ditarik.
“Saya bersalah buat awak rasa camtu. Tak ada niat pun...”
“Tak apalah, cikgu. Saya dah bagitau ni, saya anggap semuanya dah settle.”
“Andrey, percayalah... Tak ada alasan untuk membenci awak… Sikit pun saya tak ada rasa macam tu, apalagi dendam. Tak ada, Andrey… Saya cuma nak awak tumpukan perhatian… Nak tengok awak berjaya macam…”
Tak sempat menghabiskan ayat, Andrey memotong dengan menuntut janji. Malas dia nak dengar penjelasan lanjut tentang apa-apa pun.
“Yes, sure...” Dengan jawapan itu, cikgu Rina memandu mereka ke rumah. Sunyi kembali memenuhi ruang di sepanjang perjalanan selama 15 minit itu.
“Terima kasih, dan lupakanlah apa yang saya cakap tadi. I know I lack a lot. You don’t need to prove it.”
Permintaan Andrey disambut dengan pandangan sayu. Cikgu Rina tidak membalas kerana dia sebenarnya rasa bersalah. Tapi apa boleh buat, hal dah jadi. Sekarang ni terpulangah pada masa…
Bagi Andrey pula, dia tak nak tau pun apa yang cikgu Rina fikir. Kalau betul dia suka, suka hati dialah. Andrey tak rasa apa-apapun. Gembira tak. Benci pun tak.
“Tipulah kalau kau kata sikit pun kau tak tersentuh.” Malangnya dia gagal menipu hati dan kewarasannya.
𝄞
“Ini kunci. Terima kasih, saya enjoy bawak motor awak.”“Ya, terima kasih, cikgu.” Kunci bertukar tangan.
Cikgu Rina nampak kegembiraan terpancar di wajah Andrey.
“How about taking me for a ride one day?“ Kata cikgu Rina sambil mengusap belakang badan Andrey. Sekilas. Cukup untuk mengganggu degup jantung.
“Boleh je, kalau cikgu nak. Kita boleh plan nanti.” Dia jawab tanpa fikir. Dalam kepala, hanya Aprilia. Rindu. Lega. Bahagia. Hatinya segera lupakan perselisihan, seakan konflik itu tak lain daripada seminit mimpi ngeri. Dan seperti yang cikgu Rina usulkan, dia anggap semuanya dah berbayar dengan adil dan saksama.
“Tapi mana dia, cikgu?”
“Oh, maaf... Sana tu.” Rina tunjuk ke arah beranda. Motor itu terbungkus kemas dengan kanvas biru.
Elok dia jaga motor aku. Hati Andrey berlagu riang. Tapi tak lama. Tiba-tiba lagu itu menjadi sumbang.
“What the hell???!!!”
Suara Andrey meletus. Dia berpaling, terus menuju ke arah Rina. Bahu wanita itu digoncang dengan kedua tangan.
“Cikgu ni kenapa?! Apa masalah cikgu?!!” Andrey rasa tangannya dah ringan sangat nak melayang ke pipi cikgu Rina.
“Awak toreh kereta saya... Saya cat motor awak. Adil, kan? Warna tu sesuai dengan awak. Kenapa? Tak suka?” Selamba cikgu Rina menepis tangan Andrey.
Bajunya yang berkeromot sedikit akibat sentapan tadi dibetulkan lantas berjalan santai ke garaj seperti tak ada apa yang berlaku. Berdiri di sebelah Aprilia, dia kemudiannya mengusap tangki motosikal itu.
“Shhhittt… Rina... Tapi tak… bukan dengan warna tu... And those.... aaarrggghhhhhhhhhh..........”
Andrey melepaskan kemarahannya di tembok. Berpaling semula memandang motosikalmya, dia kecewa.
Entah mana hilang pandangan sayu dari mata cikgu Rina. Entah mana pergi kata-kata lembut yang dia ucapkan tadi. Hanya riak bangga tercermin di muka, tersenyum lebar memandang Andrey yang melangkah lemah, menapak ke Aprilia kesayangan yang dah tercela dengan warna merah jambu, dihiasi tulisan di tangki.
“I 💓 Rina”
dan di sebelah kiri:
“I 💓 Economics”
“Cantik, kan?” Suara Rina lembut, tapi tajam macam kaca.
Andrey menggeleng. Tak percaya. Tak terima.
“Anggap je semua dah settle, dah berbayar.”
“Bijak. Memang bijak. Tahniah!!!” Suaranya sinis tapi hampir pecah.
“Well…” Cikgu Rina mengangkat bahu. Apa yang cuba dia sampaikan, malas Andrey nak fikir.
Oh, harga sebenar. Inilah dia agaknya…
“Saya ada soft spot untuk cikgu kat restoran tadi, tapi terima kasih banyaklah. Sekarang cikgu rosakkan lagi. I hate you, Rina.”
“One day, you’ll understand what hate truly means.”
Aprilia dipacu laju meninggalkan rumah cikgu Rina — laju macam pelarian perang. Dia terus ke bengkel. Warna tu mesti hilang. Tulisan tu mesti lenyap. Tak kisah berapa dia kena bayar. Yang penting — Aprilia perlu bebas. Dia perlu bebas.
Sambil tunggu teksi untuk pulang, dia dengar suara hatinya perlahan menyapa:
“Agaknya, macam ni lah rasa cikgu Rina masa dia tengok kereta dia kena toreh hari tu, kan?”
Akal menyambung, dingin:
“Tapi... ada ke rasa benci?”
Renungan :
Dendam, boleh jadi satu seni,bukan hukuman bila ia disulam halus dengan warna dan kata-kata.Bukan membalas, sekadar menyalur rasa.
Rasa bagaimana jika ego dicat semula.
Rasa bagaimana kalau sesuatu yang milik kita,disentuh oleh tangan yang ingin mengajar tentang keperluan untuk mendengar.
Benci dan suka tak duduk di kutub berbeza.
Mereka jiran yang dinding pemisahnya cuma setipis satu sentuhan.
Dan cara paling dalam untuk menyentuh, bukan dengan tangansebaliknya melalui sesuatu yang kadang-kadang susah dikawal —mungkin ego, maruah atau keinginan untuk difahami.
Kebenaran selalunya datang dalam bentuk yang menyakitkan.
Pahit. Namun bila ditelan, boleh hilang segala penyakit.
Mungkin ia datang sebagai warna merah jambu yang bertukar merah
dan dua kalimat yang ditulis dengan niat —jelas mahu didengari walau kelihatan jahat.
Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!