Join The Journey
Minggu pertama cuti semester, Sophia diminta pulang ke kampung untuk menguruskan pembahagian harta. Sebelum pulang, dia mengajak Rina dan Andrey keluar makan dan seperti biasa dia memilih tempat kegemarannya. Tiada bantahan, kedua teman setia menurut tanpa merungut.

Everyone will hit their lowest point at some time in life. Dah tiba masanya aku bangkit dari titik itu.” Dia memulakan perbualan dengan sebuah harapan bersinar di wajah.

“Kau dah lama bangkit. Tapi biasalah, kita ni manusia. Kadang lemah, kadang kuat. Naik turun tu, tak boleh dielak.”
“Kadang-kadang aku rasa takut sangat nak hadap hidup ni. Aku sedar aku dera diri aku sendiri. Aku kena move on...”
“Bila jatuh, kita kena bangkit. Bila jatuh lagi, kita bangun balik sampai kaki kita kuat untuk terus menapak. Dugaan datang untuk mendewasakan, menguatkan kita. Cabaran akan buat kita lebih bijak dalam meniti dan memperbaiki hidup.”
Thanks, Rina... Tanpa engkau, aku tak taulah macam mana hidup aku ni...”
Don't mention that. What I do for you is what you do for me. Let's focus on moving forward. We've got each other's backs, right?”

Sophia memeluk Rina dan melepaskan ciuman di pipi. Andrey yang hanya mendengar dan memerhati rasa bahagia. Terlalu bahagia. Dua wanita yang dia sayang ada depan mata. Apalagi yang nak dia minta dari dunia yang terlalu banyak meminta?

“Awak pun macam tu, Andrey. Saya doakan hubungan awak dengan abah bertambah baik lepas ni.”
“Sejak mak encouraged abah pergi sesi kaunseling, nampaknya dah ada perubahan. Waktu makan malam keluarga hari tu, ada saya ceritakan tentang Rina. Tunggu masa sesuai, saya akan bawa Rina jumpa dia untuk dapatkan restu.”
That's great. Belum pernah jumpa lagi?”
“Belum lagi. Biarlah dulu. Biar betul-betul sejuk.”
Happy betul saya, korang akhirnya bersama... Andrey, awak nak tau satu rahsia?”
“Rahsia?”
“Rina selalu cakap, awak ni déjà-vu dia.”
“Déjà-vu?”
“Like... I knew I loved you before I met you...”
Sophia menyanyi kecil, mencetuskan tawa di bibir indah kedua wanita tersebut.

Keharmonian yang wujud antara mereka membuat Andrey rasa aneh. Tiba-tiba dia memungkinkan permintaan Rina untuk Sophia tinggal bersama. Tak ada benda tak baik akan berlaku jika tak ada perasaan lain terlibat, maksudnya, nafsu. Yang penting dia tau siapa dia, siapa Rina dan siapa Sophia.
Tapi itulah kita ni, manusia biasa. Boleh cakap, boleh cuba. Boleh meditate. Bila diuji, banyak yang gagal. Itulah yang amat Andrey bimbangkan. Itulah yang paling dia takutkan.

“Speaking of déjà-vu, I also occasionally experienced a sense of it. As if we were present in the moment, it feels like we have been through everything.”
“Interesting, isn't it?” Kata Rina. Topik-topik seperti ini memang selalu dia bicarakan dengan Sophia terutamanya sewaktu di universiti, bersama Hans, sudah tentu.

“Agaknya memang korang dah pernah kahwin dulu.”
“Maksudnya?”
“In a past life, who knows...” Rina melebarkan idea yang dibentang Sophia.

“Do you both believe in past life, rebirth or reincarnation?” Tanya Andrey, menunjukkan minatnya dalam topik tersebut.

“Kalau kita tengok putaran waktu, alam, contohnya— musim yang berganti atau dari air yang tersejat jadi awan,turun sebagai hujan dan meresap balik dalam bumi, jatuh di lautan— bukan ke itu menunjukkan tanda-tanda?” Sophia mengongsikan pendapat.

“Semuanya putaran, sebab tu ada turun naik macam roda.” Rina memperluaskan perspektif dari penjelasan Sophia. "I firmly believe that the entire universe, akin to planets spinning on their axis, serves as a scripture that mankind has overlooked.”

“Musim yang berganti pun tanda satu kelahiran baru, kan?”  Giliran Andrey pula melontarkan pandangannya. “Bila musim sejuk, pokok berehat, tapi akarnya tak mati. Bila musim bunga, dia hidup balik.” Katanya lagi. Wajah Rina dia pandang. Mungkin benar, itulah wajah yang dah meneman dia di kehidupan sebelum ini.

Awak contohnya," kata Sophia pula, “you underwent a rebirth too.”
Betul. Not only did it transform me physically, but also my outlook on life.”
“Shedding your old self for a more authentic version.” Tambah Rina.

“That's right, sayang. This liberation empowered me to break free from my past and embrace a brighter future, shaping me in ways I never imagined.”
“Rebirth is happening every day, so it seems.”
Saya tak tau kalau itu déjà-vu atau apa, adakala saya pun terasa-rasa. Tapi mungkinlah sebab presence dia kuat.”
“Could be.”
Serentak dia dan Rina memberi persetujuan, faham apa yang cuba Sophia sampaikan.

“Well, whatever it is, I'm so happy for both of you.” Sophia memegang tangan pasangan kekasih itu“Andrey, kalau nak tau, kadang-kadang Rina ni macam kakak saya, bukannya adik. Kalau saya lost, dia lah yang uruskan semuanya. Memang, kalau tak kenal, orang akan anggap macam-macam. Garanglah, berlagak, sombong. Tapi sebenarnya dia ni ... apa ye... tak tau saya nak describe macam mana. Dia attentive. Saya bertuah dapat kenal dia. Ingat lagi tak Rina masa kau mula-mula masuk dalam bilik aku?”

“Ingat, mana boleh lupa. Kau tengah menangis masa tu. Aku dah cuak... Apahal pulak minah ni.”
“Dia terus datang pujuk saya, caya tak? Padahal tak kenal lagi ni.”
“Kenapa menangis?”
“Pasal keluarga... Pasal Hans...” Sophia mencampakkan pandangan matanya ke tasik. Ada kepiluan di hujung renungan. Dia menundukkan muka.

“Jom kita buat road trip minggu depan.” Menyedari kemurungan di wajah Sophia, Rina cepat-cepat ubah tajuk.

“Dari tahun lepas kami rancang tapi belum ada kesempatan. Minggu depan memang sesuai.” Tambah Andrey pula.
“Kau tak ada apa-apa plan, kan? Boleh gilir-gilir drive.” Rina tau, Sophia suka road trip dan Andrey sendiri tak ada masalah langsung. Dia memang suka memandu jauh-jauh terutama pada waktu malam.
Road trip, best tu. Aku on je. Bila?”
“Selasa?”

Tiada alasan diberi. Tiada dolak dalih. Pelawaan diterima tanpa banyak tanya. Dah lama Andrey dan Rina merancang untuk menjelajah negara dengan kereta. Mereka mahu jadikan percutian kali ini berbeza daripada percutian-percutian sebelumnya, terutama bagi Sophia. Siapa tau, cara ini akan lebih membantu dia untuk terus membina kekuatan, memulihkan semangat, meringankan beban di kepalanya, di bahunya. Rina dan Andrey berharap, perjalanan itu nanti dapat memberi Sophia nafas baru dan inspirasi dalam mencorak warna di kanvas hidup seterusnya.

Hans akan kekal hidup dalam diri dan ingatan, dalam hati dan semangatnya. Dia boleh bawa Hans ke mana-mana saja dia suka. Tak siapa akan mengganggu lagi. Tapi dalam masa yang sama, dia juga perlu beri ruang untuk dirinya mengecapi nikmat-nikmat hidup. Semua orang berhak untuk bahagia sebagaimana tak seorang manusia pun boleh mengelak daripada airmata.

Seperti selalu, menziarahi pusara Hans adalah satu kemestian. Malam itu Sophia membawa sejambak bunga. Bunga mawar putih. Bunga kegemaran mereka. Dia nampak tenang dan ceria. Begitulah Sophia setiap kali dia menziarah pusara Hans seolah-olah di situlah rumah mereka.

“Sayang, Rina dan Andrey pun ada ni. Dia dah kahwin tau, dengan Andrey. Do you remember Andrey? My favourite student, I told you about.” Kata Sophia sambil menyentuh nisan. Begitulah dia berbicara dengan Hans. Dia percaya, Hans mendengar, cuma tak dapat kata-kata. Namun suaranya dapat Sophia dengar dalam angin, dalam hujan. Di desir daun, ombak dan sungai yang mengalir. Hans ada di mana saja dia berada.

“I missed you so much. Rina missed you, too. Don't you, Rina?” Sophia memandang wajah Rina.
“Of course I do. I missed you, very much. I wish you were here with us.” Rina menekap mukanya ke bahu Andrey. Rasa sebak dah menyekat suaranya. Seperti dia, Andrey juga rasa yang sama.
“Sayang, I wrote you a poem. You know I'm not good at writing, so pardon me if it sounds funny.” Sophia mengeluarkan sekeping kertas dari beg tangan lalu sebuah puisi dibacakan.

One day, I'll come to you, cross the space between what is and what was,
and find you waiting where time no longer touches us.
But I hope there's no next life, no circle pulling us back again—
I'm tired of lifetimes spent loving, losing.
If we meet again, let it be the last,
no promises of another tomorrow,
just you and me in the stillness of forever.
Where there's no need to return, no endings,
just the quiet of us, together, at last.

Airmata Rina menitis sederas pilu yang Andrey biarkan membasahi mukanya. Tangisan jangan ditahan. Kalau ditahan, ia akan menambahkan lagi kesakitan. Jadi dia biarkan saja ia mengalir, sampai kering semua duka.

Sophia masih berlutut di pusara Hans. Wajahnya tenang. Seperti setiap kali dia ke situ, sunyi mengisi ruang seolah-olah dunia menahan nafas. Berada di terminal bisu itu, dia dapat merasakan keasingan yang ketara antara keriuhan di atas dan kedamaian di bawah batu walaupun bumi di telapak kaki terlalu padat, terlalu dingin untuk seseorang yang pernah menghangatkan hidupnya.

Nama yang terukir di batu nisan diusap dengan mata terpejam. Dia membayangkan jari-jarinya yang menggeletar itu sedang menyentuh wajah Hans.

“I know you are always by my side, unconditionally supporting me through thick and thin. Time may test us, but it will never change our unbreakable bond. Our love will conquer all, and I vow to uphold my promise to you as you have done for me. With my whole heart, I declare my love for you.” Sophia mengucup batu nisan sebelum mereka meninggalkan pusara Hans.

𝄢

“Aku sikit pun tak kisah pasal harta tu. Harap tak ambil masa lama sangatlah. Aku nak balik cepat, tak sabar nak buat road trip dengan korang.” Kata Sophia, nadanya ceria. Tangan Rina dia pengang, kedua belah.

“Bawak kereta elok-elok. Kalau ada apa-apa call.” Pesan Rina. Mereka saling memeluk dan bertukar ciuman.

“Kalau berhenti mana-mana, call la. Saya risau Sophia drive sorang malam-malam. Jauh pulak tu.”
Don't worry. Dah biasa. Hmm... Korang, road trip tu nanti, saya nak masak untuk kita semua, buat bekal.”
“Wah bestnya... Ini buat makin tak sabar.” Andrey teruja. Dia sendiri sebenarnya dah merancang nak buat sandwich nanti.

Sophia menghampirinya lalu tubuhnya dirangkul erat. “Jaga adik saya tu elok-elok.” Pesan Sophia kemudian mencium pipi sambil tangan mengusap mesra rambut dan dahi Andrey.

Sebelum memandu ke destinasi masing-masing, sempat Andrey bekalkan Sophia dengan sebuah pen drive. Di dalamnya diselitkan lagu-lagu pilihan terbaik termasuk Jerat, lagu yang berkumandang di kafeteria sewaktu hujan turun di hari takdir memutuskan mereka untuk bertemu.

Sejak hati mula mengenal rindu, banyak lagu dah Andrey tuliskan untuk Sophia. Semuanya dirakamkan. Dia nak Sophia dengar semua lagu-lagu itu, terutama lagu Hanyut yang tercipta setelah sejarah hidupnya dia ceritakan.

“Untuk teman Sophia memandu lima jam.”

𝄢

You good, sayang?” Rina menyentuh tangannya.
“Mesti Sophia sunyi, kan?”
“Sebab tu saya nak sangat dia tinggal dengan kita.”

Sebenarnya Andrey cukup hairan mengapa Rina begitu pasti untuk membenarkan Sophia hadir antara mereka. Adakah kerana dia begitu menyayangi dan menghargai persahabatannya dengan Sophia atau adakah disebabkan cinta dan kasih sayangnya kepada Andrey begitu dalam?

Tajuk itu tergantung bila Rina tiba-tiba memilih untuk menyambung topik yang mereka bualkan di restoran tadi.

“Well, the concept of past life and rebirth fascinates me. How about you?”

It makes sense. Sebab, mana perginya roh atau jiwa lepas kematian? Tiap hari ada nyawa baru dilahirkan, ada nyawa yang meninggalkan badan. Jasad, kita tau mana datangnya, dari persenyawaan. Tapi roh, jiwa? Tak siapa tau dari mana dia datang dan ke mana dia pergi selepas meninggalkan jasad.”

“Waiting inside the grave is such a waste of time, don't you think?”
I believe the recycling concept has the answer.”
“Macam rumah. Bila dah usang, perlu diperbaiki. Bila dah tak boleh repair sangat, kita kena keluar, cari rumah baru.”

“Hmm... setuju. Pastu rumah lama tentulah kena roboh, rumah baru dibina. Penyewa akan selalu cari rumah, kalau tidak gelandangan. Macam tu lah jiwa, sentiasa perlukan rumah. Tapi rumah, dalam konteks ni, jasad, takkan pernah kekal.” Andrey tersenyum. Tangan Rina ditarik ke katil. “Sayangnya kita tak dapat buat jasad baru.”

“Tapi kita boleh cantumkan dua jiwa jadi satu.”
“Kalau bersenyawa, jadi budak, apa jadi bila bersejiwa?”

“Jadi syurga, sayang.” Dia memeluk Andrey dan lampu pun dimatikan.

𝄞

Hari Sabtu, Sophia membunyikan loceng rumah. Dia buat kejutan dengan membawa juadah makan tengahari untuk mereka semua.

“Semalam lagi aku dah balik. Hal dah selesai, malas nak tunggu lama-lama. Bukan ada apa pun kat kampung tu lagi. Itu pagi tadi aku pergi pasar. Terasa nak masak hari ini dan share dengan korang. Kalau korang OK, aku nak lepak sini malam ni.”

Sudah tentu hati Rina melonjak riang. Itulah yang sentiasa dia harap-harapkan. Menetap terus, lagi bagus.

Hidangan kari ayam, ikan masin, mixed vegetables dan jus tembikai kegemaran Rina mereka nikmati bersama. 

“Sedap betul... Kalau camni, hari-hari saya nak.” Andrey memuji. Ikhlas. Masakan Sophia ada sentuhan.

“Kalau nak hari-hari Sophia masak, kenalah dia tinggal kat sini dengan kita.”
“Nak suruh aku jadi maid lah, kan?”

Mereka ketawa dan gelak ketawa diteruskan sampai ke malam.

Sophia mengajak mereka masuk ke dalam bilik tidurnya— bilik yang pernah dikongsi dengan Hans. Rumah itu sebenarnya rumah orang tua Rina yang disewakan kepada Sophia dan Hans sebelum Rina memulakan kerjayanya di TBC. Selepas berjaya mendapat tempat di kolej itu, mereka bertiga tinggal bersama sebelum Hans memutuskan untuk berpindah ke apartmen milik pakciknyasebuah apartmen sederhana yang  menjadi syurga buat mereka berdua sehinggalah Joe memusnahkan semua kebahagiaan.

“Terima kasih, Rina. Rajin kau jaga bilik aku.” Sophia mengambil tempat di atas katil bercadar hijau itu. Rina duduk di sisinya, sementara Andrey menarik kerusi solek dan duduk mendengar perbualan kedua sahabat, menyaksikan kesetiaan mereka.

Ada dua buah gambar berbingkai hitam teletak kemas di atas meja sisi katil. Gambar dia dan Rina semasa graduasi. Dan di sebelah gambar itu berdiri bingkaian gambar Sophia dan Hans, di majlis yang sama. Melekat megah di dinding bilik, menghadap ke katil, sebuah lagi gambar terbingkaigambar Sophia yang diapit Hans di sebelah kanan bersama Rina di sebelah kiri. Mereka kelihatan begitu gembira, penuh harapan dan cita-cita.

Gambar yang dibesarkan itu seolah-olah hidup. Hidup di dinding kamar yang penuh kenangan. Kerinduan menerpa jiwa. Melihat kebahagian di wajah Rina dan Andrey, Sophia mengharapkan kewujudan Hans di situ menyertai mereka, memberi dia kebahagiaan yang sama. Hatinya menjerit dan menangis tapi dia pujuk dengan mengukir senyuman. Dia tak mahu Rina dan Andrey bimbang dan dia juga tak mahu kewujudan dia merosakkan kebahagian mereka berdua.

“Gambar ni kita ambil curi-curi sebab takut sangat family aku nampak.” Sophia mengenang. Dia meletakkan kembali gambar tersebut ke atas meja. “Thanks, Rina. Dalam susah senang, kaulah semangat aku yang tak pernah padam.”

Don't mention that. Kunci rumah ni pun kau ada, bila-bila masa je kau boleh masuk.”

Apa yang cuba disampaikan Rina cukup jelas. Dia nampaknya bersungguh-sungguh mahukan Sophia tinggal di situ. Suara dan kata-kata itu dilontarkan dari hati untuk menegaskan lagi pendirian tentang kesediaannya menerima Sophia dalam hidup mereka.

Sama seperti Rina sayang Sophia, begitulah perasaan sayang untuk Sophia tak akan dapat Andrey nafikan sampai bila-bila.

Sophia. Cikgu Sophia. Sayang yang dah terwujud lama dulu. Tapi kini simpati yang lebih mendalamkan rasa. Andrey mahu meneman tapi bukan dengan cara itu. Cinta datang hanya sekali dan ia datang bukan untuk dikhianati.

Sophia menjemput diri sendiri untuk bermalam di situ. Bukan selalu dapat berkumpul begini kalau bukan hari cuti. Semua urusan pembahagian harta di kampung telah selesai dengan baik. Itu membuat hatinya lapang dan dia mahu berkongsi kegembiraan itu dengan kedua insan yang amat dia sayangi. Dan Rinalah yang paling bahagia. Mungkin ini adalah satu permulaan, fikirnya. Mana tau, esok, lusa dan hari-hari seterusnya, dia tak perlu lagi memujuk.

Malam minggu itu umpama sebuah majlis kecil bagi mengalukan kehadiran sebuah hidup baru. Mereka menyanyi, menari, berbual, minum-minum sambil menonton. Andrey benar-benar rasa bahagia dan turut menyaksikan kebahagiaan di wajah kedua wanita penghias hidupnya.

Entah pukul berapa terlelap di ruang tamu, waktu Andrey celik mata, mereka bertiga masih lagi di situ. Rina memeluknya. Sophia juga. Kedua lengannya membantalkan tidur mereka. Di atas dadanya, tangan kedua wanita itu bersentuhan seakan-akan berganding memegang hati.

Mimpi ke semua ni? Apa dah jadi malam tadi?

Andrey tak rasa mereka terlalu mabuk sampai lupa diri. Dia menoleh kepala ke belah kiri. Wajah Rina dia renung. Terasa ada pergerakan, perlahan-lahan Rina membuka mata.

“Sayang, I have no idea...”
“Shhh... It's OK. Nothing happened. Let her sleep...”

𝄢

“Rina pasti tak jadi apa-apa malam tadi?” Tanya Andrey sewaktu Rina datang ke dapur membantu dia menyediakan sarapan pagi.

“Bangun tadi, awak bogel ke? Atau ada antara kita yang bogel?” Dalam nada berseloroh, selamba dia menjawab dengan soalan.

“Bogel ke tak... Tak sepatutnya macam tu.” Andrey bingung. Seingat dia memang tak ada apa yang terjadi. Mereka menonton filem tapi dia tertidur sebelum filem tamat.

“Sayang, nothing happened. Kita tidur je pun. Kenapa nak risau sangat?”
“Mana dia?”
“Dalam bilik dia. Mandi.”
I don't feel right... Sebab tu dia tak boleh tinggal dengan kita.”

“Saya tak pernah abaikan Sophia.” Rina meletakkan pinggan ke atas meja makan. Dia menyentuh lembut tangan Andrey, menagih pengertian. “Tiap hari saya pastikan makan minum dia, kesihatan dia, pastikan dia gembira. Sebelum dengan awak lagi...”

“Itu dulu, sayang. Kalau saya tak ada, OK lah... Sekarang kita dah kahwin.”

Rina mengeluh. Meski apa pun, Sophia tetap satu tanggungjawab bagi Rina. Andrey tak faham— bukan dia sengaja suka-suka maukan Sophia tinggal sebumbung.

“Ada apa-apa ke yang saya tak tau? Rina berahsia dengan saya ke selama ni?”
“Tak ada rahsia, sayang. Saya risau kesihatan dia, keselamatan dia... Dia dah tak ada sesiapa dalam dunia ni. Abang-abang dia jauh, itu pun tak berapa rapat. Saya rasa bertanggungjawab jaga dia.”
“Rina, dia bukan budak...”
“Ye Andrey, sebab dah dewasalah lagi saya risau.”

Ahhh.... Tak faham aku bini aku ni.

“Apa yang saya tak tau sebenarnya?” Andrey mendesak. Dia yakin mesti ada sebab mengapa Rina bertegas dalam hal itu.

Rina pandang muka Andrey. Lama dia diam sampai sarapan membawa ke makan malam. Makan malam membawa ke bilik tidur sebelum dia buka mulut sewaktu lengan Andrey menggantikan bantal.

𝄢

“Sophia tak bagi saya cerita semua ni. Dia kata nak lupakan hal tu— hal yang memalukan. Dia tak nak awak susah hati.”
“Sekarang lagi saya susah hati.”
“Keluarga dia memang tak membantu. Memang tak ambil kisah langsung. Lepas mintak putus tunang, dia disisih keluarga.”
“Saya tak tau apa nak cakap, Rina. Saya tak sangka...”
“Sophia cuba pulihkan semangat. Tak pernah dia gagal hadir psikoterapi. Menempuh semua tu, saya je yang dia ada. Keluarga saya pun dah jadi keluarga dia. Kami bantu dia apa je yang kami mampu.”
“Kenapa dia tak tinggal je terus kat sini?”
“Apartmen tu syurga dia dan Hans. Sophia cakap dia nak terus tinggal kat sana. Saya tak setuju tapi dia minta saya faham dan bagi dia masa.”
“Teruk betul dia kena kawal. Sophia tak pernah cerita semua ni... Banyak yang saya tak tau rupanya.”

Apa yang boleh dikata lagi? Lidah Andrey kelu, hati menjadi risau. Otak berat. Hanya nafas kedengaran disedut dan dilepas. Muka digosok dengan kedua tapak tangan dan akhirnya dia mengangguk. “Pujuklah dia. Kalau dia setuju, saya ikut je apa yang Rina rasa baik. I trust you.”

“Oh... Thank God... Thank you, sayang. Thank you so much...”

Join The Journey
Comments

Comments [0]