Andrey merenung kewujudannnya lagi. Dia cukup bersyukur kerana bertuah dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan senang. Apa saja keinginan, tanpa perlu usaha boleh dia dapatkan. Kadang-kadang tak nak pun dapat tapi dia tak mahu terus dimanjakan begitu. Yang kaya mak abah, bukan dia, dan sekarang dia rasa terbuang dan dibenci oleh abah sendiri.
Sewaktu kunci rumah diserahkan, Andrey tak sedap hati. Dia bimbang kalau abah tau mak benarkan dia tinggal di salah sebuah rumah sewaan mereka. Pasti akan bertambah marahlah abah dan mak akan jadi mangsa. Selama ni, tak pernah Andrey nampak mereka bertengkar. Mak dan abah pasangan romantik dan Andrey selalu terinspirasi untuk memiliki hubungan seharmoni itu— keharmonian yang tak patut terpadam kerana dia.
“Abah tau?”
Mak menggeleng. “Don't stress over that. Go after your dreams and turn them into reality. Akademi Seni. There's where you belong.” Kata Puan Asha.
“Terima kasih, mak.”
“Embrace your newfound freedom. Soar like an eagle, be wise like an owl, rise like a phoenix. The choice is yours to become anything you desire.” Puan Asha menyentuh bahu Andrey. Di mata anaknya itu, dia nampak ketulusan dan harapan yang tak layak disia-siakan. “Your life and future are within your grasp, whether it leads to greatness or challenges. But remember that in life, we should always make thoughtful decisions. Through careful consideration, rather than following your emotions.”
“Itu bukan untuk difikirkan sekarang. Live in the present. Keep my words as a key.”
“Abah marah mak lagi?”
“You think your dad can bear a minute without me? I know how to handle him. This matter is too new to him. He needs time. Soon he'll understand. I promise. Don't worry.”
Khabar gembira diutuskan Akedemi Seni beberapa bulan selepas ujibakat. Dia diterima untuk intake yang seterusnya. Alangkah gembiranya dia. Bangga. Mak pun bangga. Rina lebih bangga lagi. Betul kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana.
Sayangnya, dalam meraikan berita gembira itu, sebuah pesanan ringkas dari abah turut diutuskan. Intuisi memang dah menjangkakan ini akan terjadi. Dia dihalau dari apartmen setelah abah dapat tahu dia tinggal di situ. Elaun disekat.
“Aku dengar mak abah bertekak pasal tu. Kau OK tak, mana kau duduk sekarang? Rumah awek cikgu tu ke?” Sempat Amanda mengusik abangnya.
“Ada masa aku jumpa kau. Nak aku bawak apa-apa tak?”
“Gitar aku.”
“No problem.”
“Mak abah gaduh teruk?”
“Mak ada kan, apa nak risau. Kau tu kan anak mak...”
Betul kata Amanda— Andrey anak mak. Selalu Amanda perhatikan, kadang-kadang layanan mak terhadap Andrey lebih daripada yang dia sendiri terima. Kalau pergi membeli belah atau bercuti tanpa Andrey ikut sama, mulalah mak— Andrey suka itu, Andrey suka ini. Belikan Andrey itu, belikan Andrey ini. Kalau waktu makan, Andrey suka lembu, Andrey tak makan ikan. Macam-macam lagi. Tapi mereka adik beradik tak iri hati sikit pun. Biasalah, dalam keluarga, mesti ada seorang anak emas.
“What abut this one? It's close to the academy.” Mak menunjukkan beberapa risalah rumah sewa sewaktu dia serahkan kunci rumah abah.
Syukurlah, mak seorang wanita yang berdikari. Dia tak bergantung pada abah bulat-bulat. Kejayaannya dalam perniagaan banyak membantu. Tak pernah sedikit pun mereka adik beradik kekurangan apa-apa. Andrey selalu berangan nak jadi macam mak yang berdikari dan gigih berusaha meluaskan empayar perniagaannya yang bermula secara kecil-kecilan.
“Don't worry about the cost and all.”
“I know... Tapi biar saya fikir dulu yang mana satu.”
“Habis nak pergi mana sekarang, sementara nak masuk rumah baru? Takkan gelandangan?”
“Saya ada kawan.”
“Jacques?”
“Hotel pun banyak. Saya akan bincang hal ni dengan dia, mungkin dengan Rina juga.”
“OK. Take your time but don't think too long. Tak elok susahkan orang. Let me know which one you like. I'll get it ready.”
“Thanks, mak.”
“Andrey, I think you need a car too."
"A car? What I have is more than enough. I'm comfortable with my Aprilia.”
“But you can't sleep on... in it.” Mak senyum. Kunci diserahkan ke tangannya.
“Mak...”
“You've earned it. We want to show our gratitude for your great performance in A'Level. Your hard work and determination have paid off. This present is a symbol of our respect and also a gift from abah. We had already intended to express our appreciation to you long before the occurrence.”
Muncul sebak dalam dada. Tiba-tiba dia begitu merindui abah. Kunci kereta dia genggam dalam tapak tangan dengan satu doa semoga abah dapat terima dia suatu hari nanti. Buat masa ni, dia serahkan pada mak untuk melembutkan hati abah. Penerimaan mungkin akan memakan masa dan dia dah sedia untuk memberi.
𝄢
Andrey membelek-belek akhbar— nak cari kerja sambilan dan menyewa rumah sendiri tanpa bantuan mak. Semua apartmen yang mak tunjuk tadi harganya boleh tahan. Dia tak perlukan apartmen semewah itu. Sekadar bilik sewa atau rumah teres biasa dah memadai, yang penting selesa.
Bunyi loceng membuat dia tersenyum walau hati sedikit berdebar. Dia tau, Rina mesti marah sebab dia memilih untuk menginap di hotel daripada terus datang ke rumahnya.
“Banyak...”
Rina menggeleng. “Kalau banyak sangat duit, beli terus hotel ni, senang.”
“Tak lah sampai boleh beli hotel, sayang.”
“Hmm... Bungkus kain baju. Ikut saya.”
“Tapi...”
“Saya tak nak dengar alasan.”
Akur dan patuh, dalam pada rasa tak nak menyusahkan, sebenarnya dia gembira sebab dapat bersama Rina, siang dan malam. Rina tak suka dia sewa hotel lama-lama atau menumpang rumah orang. Memang wajar pun... Dan di situlah bermulanya fasa di mana mereka belajar hidup bersama.
Tapi sebelum tu...
“Esoklah check-out... Malam ni kita make-out kat sini dulu, what say you?”
Tanpa menjawab, terus Rina tolak Andrey rebah ke katil.
𝄞
Sambil membantu Andrey menyusun baju-baju dalam almari di bilik tidurnya, Rina membebel— masih tak puas hati sebab merahsiakan hal abah. Andrey pekakkan telinga. Dia fokus melipat dan menyusun baju yang tak seberapa, sekadar satu beg galas.
“Hmm...”
Andrey menghampirinya. Pinggang dipeluk. "Saya minta maaf pasal rahsiakan hal tu. Saya bukan apa... Saya fikir, eloklah kalau saya stabilkan kewangan dulu untuk tampung hidup dan pengajian. Mak memang banyak bantu, tapi saya mesti belajar berdikari." Andrey berterus terang sewaktu konflik antara dia dengan abah diutarakan.
“Kan saya dah cakap, apa-apa semua inform saya. Kenapa dari hari tu, kalau pasal perkara ni susah sangat awak nak cerita? Saya ni tak penting?”
Dah lama tak kena marah, sesekali kena marah, kena bebel dengan Rina seronok pulak dia rasa. Kenangan buat dia tersenyum dalam hati. “Saya malu... takut kalau saya akan menyusahkan awak.” Dia cuba menjelaskan lagi. Cuba untuk memujuk.
“Saya nak awak teman saya sampai bila-bila.”
“So? Tinggal je lah kat sini dengan saya, sampai bila-bila.”
“Tak ke saya menyusahkan awak nanti?”
“Susah apa? Rumah saya memang tak sehebat rumah abah awak tapi semuanya lengkap.”
“Saya belum kerja lagi...”
“Saya ada kerjaya. Awak ada cita-cita. Apa guna wujudnya saya dalam hidup awak kalau hanya sanggup nak hadap senang?” Rina memegang lengan Andrey dan membawanya duduk di katil.
“Saya ni belajar pun baru nak mula. Tak ada duit sendiri. Harap duit mak je. Nak tanggung Rina macam mana nanti?”
“Bukannya saya tak ada kerja. Tak payahlah fikir pasal nak tanggung, nak bagi nafkah ke apa. Sekarang ni awak tumpukan pada pelajaran, kejar cita-cita awak. Nanti dah berjaya, bagilah saya apa je awak nak bagi. Tak bagi pun saya tak kisah, bukan itu yang saya harap.” Dia mengusap wajah Andrey, mengerti ketulusan hati kekasihnya itu. Ketulusan yang telah membuat dia jatuh cinta.
“Betul dan bersederhana adalah kuncinya.”
“Saya takut... Selama ni saya senang sebab mak abah. Sebab tu saya nak kerja, untuk tampung diri. Saya tak nak Rina susah kerana saya.”
“Tak akan ada yang susah kalau kita berani. Saya cuma nak awak ada dengan saya, sayang saya. Tu dah lebih dari cukup. Buat masa ni, biar saya jaga awak. Saya nak support awak apa yang mampu. Duit, saya tak ada banyak tapi untuk kita, dengan usaha dan izin Tuhan, cukup. Sayang jangan risau. Rezeki Tuhan ada kat mana-mana. Percayalah.” Tangan Andrey dia genggam untuk menghalau semua kebimbangan dan keraguan yang mengganggu rasa yakin dan percaya.
“I'm so grateful to have you. Thanks, sayang.”
“Don't ever mention that.” Rina bangun menuju ke meja solek. Dia membuka laci dan mengambil sesuatu. Lesung pipitnya menyerlah bila dia kembali duduk di sisi Andrey. "Now, I want you to have this." Sebuah kotak kecil dihulurkan.
“Awak dah sarungkan cincin kat jari kita. Leher saya pun dah awak ikat sebelum tu. Sekarang saya nak ikat leher awak pulak.” Kata Rina, cuba berjenaka sewaktu menyarung rantai tersebut ke leher Andrey.
“Lama dah... Tak ingat?”
Garangnya dia tak pernah berubah. Masih suka mengaum macam singa gunung. Tapi bila manja mengalahkan kucing siam. Andrey ketawa kecil. “Mana boleh lupa.”
Hidup bersama adalah bayangan kehidupan di syurga bagi mereka berdua. Cinta akan sentiasa hijau bila yang dinikahi adalah jiwa, bukan raga semata-mata.
Hari-hari yang dilewati semakin teratur bila tujuan hidup semakin difahami. Rina dah membuktikan apa yang pernah dia ucapkan dulu— hidup akan menjadi lebih indah dan bermakna bila dijalani bersama seseorang yang kita cintai.
Andrey berazam untuk buktikan kepada semua orang yang selalu memandang jijik, yang menggelar hubungan seperti ini songsang, bahawa mereka bukan masalah, bukan penyakit, bukan pembawa bencana. Seperti semua orang, seperti manusia lain, mereka ada hati, ada perasaan. Ada akal, ada fikiran. Ada mimpi dan impian. Ada cerita dan cita-cita.
Kini dia hidup dalam cinta. Rutin harian menjadi semakin menarik. Setiap hari bangun pagi, macam waktu sekolah dulu. Biasanya, Andrey akan bangun lebih awal untuk sediakan sarapan. Sementara Rina bersiap, semuanya dah menunggu. Sebelum Rina pergi mengajar, mereka akan sarapan bersama. Lepas tu, dia hantar Rina sampai ke muka pintu. Ciuman di dahi tak pernah dilupakan, begitu juga Rina yang akan membalas dengan ciuman ringkas di bibir.
Ketika Rina di sekolah, Andrey jadi surirumah— mengemas, membasuh, ke pasar untuk membeli ikan, daging, sayuran dan buah-buahan segar. Rina sentiasa pastikan rumahnya tak putus bekalan buah-buahan, tapi sayangnya dia jarang dapat ke pasar pagi kerana kerja. Biasanya dia akan beli di supermarket.
Sekarang Andrey mengambil alih tugas itu— memastikan rumah mereka sentiasa mendapat bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan serta daging segar dari pasar pagi setiap hari.
Andrey rasa seronok, senang hati dengan tugas yang dipikulnya. Secara tak langsung, rutin itu telah membantu dia meningkatkan skill memasak. Sejak hidup bersama, jarang mereka makan luar. Betul cakap Rina, masak dan makan di rumah adalah yang terbaik. Dia terkenangkan perkhemahan pertama mereka.
Pulang dari mengajar, makan tengah hari dah sedia menanti Rina. Dan sama-sama mereka sediakan makan malam selepas beriadah. Biasanya Andrey tak izinkan Rina membantu. Dia mahu Rina berehat. Mengajar bukannya mudah. Mental dan fizikal berkerja seiringan. Lagi memenatkan kalau kena layan kerenah pelajar macam dia.
Sementara tak ada buat apa, Andrey nak buat Rina selesa. Bila dah mula kelas esok, masing-masing sibuk, jarang dapat macam ni. Kena ikut giliranlah agaknya nanti.
Aktiviti riadah juga tak ditinggalkan. Selalu mereka ajak Sophia sama, tak kira samada untuk beriadah atau makan malam. Kadang-kadang Sophia ikut tapi banyak masa dia tak ada masa nak buat semua tu. Kalau malas, mereka hanya duduk di rumah, berbual sambil menghias taman kecil Rina. Ada tanah kosong di belakang rumah, boleh tahan luas. Jadi Andrey usulkan untuk bercucuk tanam. Rina tak ada bantahan, malah dia memberi galakan dan membantu di waktu lapang.
Dan malam-malam tak sesunyi dulu. Bersama dalam dakapan, tidur mereka tak pernah seindah itu— bahagian yang selalu dinantikan. Bersama. Berdua. Berehat sambil melihat langit, mendengar alam. Bercerita dan bercinta tak kira masa— dari malam sampai ke pagi. Andrey semakin gilakan Rina. Mungkin kerana terlalu cinta tapi, testosteron juga semakin menggila. Kesian Rina, dia jadi mangsa walaupun dia sendiri pemangsa. Kadang-kadang Rina kalah. Selalunya dia nak lagi dan Andrey tak pandai berhenti.
Diiring rasa syukur atas kurnian nikmat-nikmat itu, tak pernah Andrey lupa berdoa, berharap semoga hati abah semakin lembut untuk menerimanya kembali. Sikit pun tak ada kebencian atau kemarahan, malah dia selalu rindu. Kasih sayang tak pernah terpadam, biarpun menanti hati abah terbuka akan memakan masa yang lama.
Dan Andrey turut berharap abah akan menerima Rina sebagai menantunya. Walaupun abah memilih untuk bersikap dingin, mak tetap setia memberi sokongan, merapatkan lagi hubungan dan ikatan. Mendalamkan lagi kasih sayang. Mereka selalu mencipta masa untuk bertemu. Kadang-kadang Amanda dan Anis turut serta. Andy juga telah dimaklumkan tentang segala-galanya.
“Saya harap dia terima.”
“Hopefully.”
“So, how's life together?”
Rina.
Cikgu Rina. Cikgu yang mata dan seluruh pancainderanya begitu peka pada kewujudan seorang dia.
𝄞
Sophia menjemput Rina dan Andrey makan malam di Tasik Biru Seafood Centre, tempat kegemaran dia dan Hans. Ini bukan kali pertama mereka bertiga duduk semeja setelah semua rahsia dan perasaan bukan lagi rahsia.
“Tak pernah tinggal tu kalau datang sini.”
Andrey cukup senang dapat meluangkan masa bersama kedua-dua wanita yang dia sayangi. Walaupun bila berada antara kedua wanita tu dia lebih banyak diam, tapi dia suka melihat dan mendengar celoteh mereka. Dengar cerita-cerita mereka, dengar nasihat dan bebelan mereka. Andrey benar-benar rasa bahagia. Kalau boleh dia nak macam ni sampai bila-bila.
“Saya suka tengok cikgu happy macam ni.” Katanya kepada Sophia.
“Baik, cikgu... Sophia.”
“So, korang berdua macam mana lepas 'kawin' ni?”
“As you see we are.”
Sophia terharu. Kerinduan menerpa jiwa. Melihat kebahagian di wajah Rina dan Andrey, dia mengharapkan kewujudan Hans di situ menyertai mereka, memberi dia kebahagiaan yang sama. Hatinya menjerit dan menangis tapi dia pujuk dengan mengukir senyuman. Dia tak mahu Rina dan Andrey bimbang dan dia juga tak mahu kewujudan dia merosakkan kebahagian mereka berdua.
Tapi Rina tak pernah berhenti mencuba. “Aku rasa, elok kau tinggal dengan aku balik. Dengan kami. Aku ni bukan apa, aku risau kau sorang-sorang. Rumah aku, bilik kau tu kosong. Barang kau pun ada lagi kat situ.”
“Dah bincang hal ni. Aku tak kisah. Aku sayang kau. Kami sayang kau.”
Betul Rina dah bincang perkara itu dengan Andrey. Dia memang bersungguh-sungguh untuk bawa Sophia tinggal bersama, tapi Andrey tak rasa itu idea yang bagus. Namun begitu, Rina tetap mempertahankan pendirian.
“Tapi kalau Sophia yang nak sesuatu terjadi macam mana?”
“Awak tau apa awak patut buat.”
Tak akan dia galakkan, benar. Tapi dia manusia biasa. Takut simpati akan mengembalikan apa yang pernah dia rasa dahulu.
“Roda hidup kata kau. Hidup tak sunyi kalau hati tak sunyi. Aku ada Hans dalam hati. Aku ada korang. Bila masanya aku sempat nak rasa sunyi? Aku tau macam mana nak isi hari aku. Tak lama lagi kan aku nak start buat Master dah.”
“Saya apa pun tak de.” Andrey mentertawakan diri sendiri.
“Kau jadi beli rumah kat kampung?”
“Itulah aku nak bagitau korang ni. Papa aku pun dah tak ada jadi aku rasa tak ada apa lagi aku nak tunggu kat sana. Sekarang aku bercadang nak beli rumah dekat sini. Apartmen tu, aku nak bagi Uncle Jose.” Sophia berhenti seketika. Dia membuang pandang ke arah tasik biru yang tenang. “Aku tau Hans akan buat yang serupa.”
“The Cottage. Harga berpatutan. Rumah pun cantik, simple. Minimalist. Rumah bawah senang. Aku nak bela kucing. Kalau apartmen bahaya.”
Mereka ketawa bila Sophia menyatakan hasrat untuk memelihara kucing. “Hans loves animals. Dari zaman sekolah, dalam beg dia selalu standby makanan untuk strays.”
“And you're still practising it, see, even now.” Rina menambah. Matanya memandang beberapa ekor kucing yang daripada tadi ada di bawah meja mengiau seakan memberi persetujuan. Sophia ketawa.
“Dari tadi dia kopekkan ikan bagi makan.” Kata Andrey.
“OK tak, kau rasa tempat tu?”
“OK sangat. Dekat dengan rumah aku. Senanglah nanti, dekat. Berjiran.”
Riak gembira terpancar di wajah kedua-dua wanita yang Andrey hormati. Apa juga yang mereka nak buat, dia akan selalu menyokong. Mereka gembira, dia turut gembira.
“Terusan Tasik Biru ni tempat aku dengan Hans. Kat sini ada kedamaian, ada harapan, tempat kami bina impian, cita-cita dan cinta. Bandar ini jiwa aku. Aku tak nak jauh dari Terusan Tasik Biru.”
“Sini tempat kita jumpa.” Kata Andrey. Perlahan. Dalam hati tipulah kalau dia kata tak ada secebis pun perasaan sayang terhadap Sophia.
Andrey mencapai tangan kedua wanita yang duduk di hadapannya untuk disatukan dengan kedua belah tangannya. “I love you both.” Dia berbisik.
“We love you too.” Jawab Sophia sambil memandang Rina yang memandang Andrey.
“Aku suka kau terus tinggal dekat sini. Dekat dengan aku. Dengan kami.” Rina memalingkan matanya ke arah Sophia.
“Betul, dekat dengan korang berdua. Korang yang sentiasa ada dengan aku. Kekuatan aku. Dan kat sini jugak, aku rasa dekat dengan Hans. Bila-bila masa aku nak, aku boleh jumpa dia. Aku tak perlukan sesiapa kerana dia sentiasa ada. Yang tak ada mungkin jasad. Tapi semangat dia hidup dalam jiwa aku. Tak akan ada pengganti dan aku tak akan mencari.”
Ye, aku dengar, Sophia. Dah selalu kau ulang.
𝄞
Malam itu sewaktu berehat-rehat di taman kecil rumah mereka, Andrey suarakan satu pertanyaan kepada Rina— tentang kesihatan Sophia. Dia teringatkan pil-pil yang dia jumpa dalam beg tangan Sophia dulu. Walaupun dah agak lama, tapi dia selalu memikirkannya.
“Ada. Dua minggu sekali.”
“Masih lagi?”
“Dia cakap doktor kata dah OK, dia tak perlukan lagi terapi.”
“Awak rasa dia OK?”
“Kadang-kadang ada jugak dia termenung. Sedih tu tak payah cakaplah.”
“Mungkin dia dah OK tapi tak sepenuhnya. Saya tak sedap hati...”
“Kenapa?”
“Entahlah... Intuisi kot, tapi dalam hati dia tu...” Andrey mengeluh. “Saya tau dia tak happy.”
“Orang yang ada masalah macam tu tak boleh sunyi, tak boleh dibiarkan sorang-sorang. Sebab tu saya nak sangat dia tinggal dengan kita, sayang.”
Wajah Rina ditatap. Ketulusan hati terpancar jelas, betapa dia ambil berat tentang Sophia seberat permintaan itu sendiri. Bukan Andrey tak suka, cuma dia bimbang. Terlalu berat kesannya nanti untuk dipikul mereka berdua. Bertiga...
“Dia pun tak setuju dengan cadangan awak tu. Tak selesa kot. Mesti dia nak privacy dan tak nak ganggu privacy kita.”
“Yelah, saya tak boleh paksa. Tapi kalau dia nak, sayang OK, kan?” Rina tetap meminta persetujuan sambil tangannya mengusap rambut Andrey yang semakin panjang.
“Setahu saya tak ada dah.”
“Sejak kita mula rapat, Rina banyak bagi masa untuk saya. Sophia macam mana masa tu?”
“Saya rancang masa. Kita pun bukan hari-hari keluar. Pengurusan tu penting. Awak je degil macam keldai masa saya ajar topik tu.”
Segera Andrey terkenangkan hari itu. Hari di mana cikgu Rina menerangkan tentang pengurusan. Hari keretanya dia toreh. "Dulu saya bodoh, tak nampak maksud awak— pengurusan juga satu seni— seni menyelesaikan sesuatu melalui manusia. Rina dah rancang, atur, pimpin, dan kawal bukan saja saya tapi keadaan. Kita berdua ni, satu unit sosial yang berinteraksi untuk mencapai matlamat bersama pada satu set matlamat." Andrey merumuskan lantunan suara cikgu Rina yang pernah bergema dulu. Kini dia benar-benar faham.
“Mesti penuh waktu awak, kan? Mengajar, layan kerenah saya lagi. Sophia lagi.”
“Saya tak pernah rasa tak ada masa pun untuk korang berdua. Siap kerja sekolah, saya balik, makan, rehat. Kalau tak dengan awak, saya keluar dengan dia main badminton, jogging. Kalau keluar dengan awak pulak, kita buat benda yang sama cuma lepas kita jumpa, saya akan ke rumah dia. Itu je bezanya.”
“No. Never. For the people I love, tak. Tak sepatutnya ada garis dalam kasih sayang. Bagi saya Sophia tu darah daging sendiri. Keluarga saya pun kenal dia. Rapat. Sakit dia, saya turut sakit.”
“Sayang betul awak kat dia.”
“Memang saya sayang sangat. Sebab hati dia. Dia baik. Innocent. Pure. Hati dia suci. Kami sama-sama tak ada kakak, tak ada adik perempuan— anak tunggal perempuan dalam keluarga. Saya dan Sophia dah saling melengkapkan apa yang kami tak ada.”
“Bertuah betul saya dapat isteri macam awak. Tak sia-sia saya toreh kereta awak dulu. Nyesal tak ambik gambar buat kenang-kenangan.” Andrey mengucup rambut Rina yang duduk kemas di ribaannya dengan kedua belah tangan melingkar di leher.
“Family Rina tak ada masalah dengan hubungan macam ni?”
“Dalam kes saya, penerimaan keluarga bukan masalah. Masalah masa kat U dulu. Rina lesbian, Rina biseksual. Rina anti lelaki. Rina itu, Rina ini. Macam-macam gelaran saya dapat especially daripada lelaki yang tak dapat tackle saya.”
“Lebih kurang... Saya tak pedulik apa orang nak cakap, cakaplah. Saya tak rugi apa pun. Keluarga saya pulak, lepas apa yang jadi kat Sophia, diaorang semakin terbuka tentang hal-hal macam ni.”
“Doktor Emir ada terangkan tentang masalah depresi dalam golongan LGBT. Kes macam Sophia banyak.”
“Diskriminasi dan prejudislah penyebab utama.”
“Itulah salahnya masyarakat, menolak untuk belajar dan memahami, macam abah. Lama-lama benda tu boleh jadi tekanan lepas tu gangguan psikologi. Nasib baik saya boleh kawal tekanan tu.”
“Kita hidup bukan untuk puaskan hati orang. Itu daddy saya cakap. Do whatever is right and do it with all of your heart. Sophia dah cuba yang terbaik.”
“Saya sayangkan Sophia dan saya cintakan awak, Andrey. Korang berdua ibarat nadi hidup saya.”
“Saya faham awak ambil berat sangat pasal Sophia. Tapi saya rasa biarlah dia dengan kehidupan dia. Dia nak sambung buat Master, dia nak beli rumah. It's a good start, isn't it?”
“Sure it is.”
“Lambat laun dia akan jumpa seseorang yang boleh jaga dia macam Hans jaga dia dulu. Sama macam saya nak jaga Rina. Kita sama-sama doa untuk dia dan terus bagi dia sokongan. Kita kat sini je bukan nak pindah mana pun. Kita boleh jaga dia.”
“Tapi sayang, saya nak awak faham satu hal.” Rina bangun. Dia berdiri di depan Andrey. “Sekarang ni, kita dah kawin. Masa saya lebih banyak untuk awak, selain sekolah. Sophia... saya bimbang kalau dia rasa tersisih. Jadi saya nak awak faham, mengapa saya ajak dia tinggal dengan kita.”
𝄞
Tuan Arman duduk bersendirian di bilik bacaannya. Cahaya lampu malap membentuk bayang-bayang di dinding. Bilik itu ibarat sebuah kubu pertahanan— tempat di mana disiplin dan ketertiban memerintah, dipenuhi dengan kenang-kenangan kerjaya ketenteraannya. Di situ dia selalu duduk, merenung tahun-tahun perkhidmatan, tugasnya terhadap negara dan nilai-nilai yang diterapkan dalam diri sejak kecil.
Tetapi malam itu lain. Segala pencapaian tidak lagi dia hiraukan, sebaliknya dia membawa keluar album-album gambar dari rak kayu yang melekat di dinding. Semua itu adalah serpihan masa lalu yang kini terpaksa dia periksa semula— kenangan yang terkandung dalam bingkai dan album lebih bermakna daripada yang pernah dia fahami. Fikirannya tertumpu hanya kepada anaknya, Andrey.
“Saya risau kalau ini hanya satu fasa. Bagaimana jika dia menyesal nanti?”
Tuan Arman teringatkan perbualan antara dia dan Doktor Habib. Berbagai-bagai perasaan timbul dalam dirinya selepas pertengkaran dengan Andrey tak lama dulu. Rasa bersalah, menyesal, marah pada diri sendiri, semua itu menggerakkan hatinya untuk bertemu dengan Puan Marissa. Selepas beberapa pertemuan dengan organisasi yang dianjurkan, Tuan Arman akhirnya terbuka hati untuk mendengar. Dalam sesi kaunseling, dia meluahkan rasa risau dan kecewa juga kebimbangannya jika keputusan Andrey hanya bersifat sementara dan tidak mampu memahami mengapa transisi ini perlu. Dengan penuh empati, Doktor Habib menjelaskan bahawa menjadi transgender bukanlah penyakit, tetapi sebahagian daripada identiti seseorang. Transisi dilihat sebagai rawatan untuk membantu individu hidup dengan lebih selesa dan jujur pada diri sendiri.
“Perasaan risau itu normal, Tuan. Kebanyakan individu yang menjalani proses ini telah melalui refleksi yang dalam sebelum membuat keputusan. Sebagai tambahan, doktor dan ahli psikologi yang terlibat dalam transisi memastikan mereka benar-benar yakin sebelum memulakan langkah ini.”
Tuan Arman menarik nafas panjang. “Jadi, ini bukan penyakit?” Dia meminta kepastian lagi.
“Tidak. Transgender bukan penyakit mental. Ia adalah sebahagian daripada identiti seseorang. Organisasi kesihatan dunia, seperti WHO dan APA, telah mengeluarkan transgender daripada senarai penyakit mental. Sebaliknya, transisi dilihat sebagai rawatan untuk membantu individu hidup dengan lebih bahagia dan selesa.” Pencerahan yang diterima daripada Doktor Habib bermain lagi dibenak.
Sekeping gambar menarik perhatiannya— potret keluarga yang diambil ketika anak kembarnya berusia lima tahun. Seawal itu sudah ada tanda-tanda. Andrey menolak pakaian berenda yang dibeli Asha. Dia lebih suka memakai seluar jeans, kasut bertali dan kemeja-T. Masih belum pandai mengikat kasut sendiri, dengan tegas Andrey enggan memakai pakaian perempuan. Waktu itu, Tuan Arman hanya ketawa, meyakinkan diri bahawa ia hanyalah satu fasa. Andrey akan membesar dan berubah. Namun nyata, detik-detik itu tidak pernah pergi.
Jarinya menjejaki foto lain— Andrey dan abangnya, Andy, memakai uniform askar dan di bawah gambar tersebut, terpampang kenangan tiga beranak— Andrey, Andy dan Arman dalam uniform askar. Senyuman kebudak-budakan, riak bangga dan cara Andrey kelihatan begitu semula jadi dalam kostum itu— ia sepatutnya menjadi petunjuk. Tuan Arman sedar sekarang, itu adalah salah satu ungkapan terawal identiti sebenar Andrey, walaupun dia, sebagai bapa gagal untuk menyedari semua itu.
Kenangan bermain di fikiran seperti gulungan filem. Berkali-kali Andrey meminta mainan yang sama seperti abangnya, seperti kanak-kanak lelaki lain. Dia langsung tak menunjukkan minat kepada permainan kanak-kanak perempuan. Tuan Arman tidak menentang. Baginya, itu semua normal dalam pembesaran kanak-kanak. Segalanya akan berubah bersama waktu, walaupun dia sentiasa percaya bahawa disiplin boleh membentuk identiti— cara yang sama dia membentuk dirinya sebagai seorang tentera.
Dalam keheningan ruang itu, kata-kata Asha terngiang di telinga.
“It didn't start when he was old enough to choose, sayang. It started in the womb. This is beyond us, beyond anything we can control or understand. It's not a decision he made lightly. It's who he is.”
Asha telah berusaha untuk menjelaskan segalanya, meyakinkan dia tapi dia berkeras menegakkan penafian, walaupun dia cukup sedar, kebijaksanaan isterinya itulah yang selalu melengkapkan dia, ketertibannya serta kekuatannya dalam mengimbangi ketegasan.
Malam itu, di dalam kamar bacaan, dia dapat menembusi kabus kekeliruan yang telah menyelubungi fikirannya selama ini. Jauh di lubuk hati, dia tahu bahawa ini bukan tentang penentangan atau pemberontakan. Andrey telah bertarung dalam pertempuran sendiri— pertempuran untuk dilihat dan diterima sebagai dirinya yang sebenar.
Tuan Arman bersandar di kerusi, pandangannya melayang ke arah pintu, mengharapkan kehadiran Asha di sisi. Selama ini dia telah berjuang menentang sebuah kebenaran, tetapi Asha tetap sedia menghadapi pertempuran itu sendirian demi membimbing keluarga mereka ke arah pemahaman yang jitu.
Jantungnya berlari laju. Peluh membasahi tubuh. Dia memandang lagi gambar keluarga yang tersangkut di dinding. Bangun dari kerusi, dia ke rak buku dan mengeluarkan lagi beberapa buah album lama. Kembali ke kerusi, dia meletakkan semua album-album itu di atas meja. Sebuah album berwarna merah diambil dan diselak satu persatu.
Album itu dipenuhi gambar-gambar dari hari pertama mereka disampaikan berita gembira setelah menunggu selama lima tahun. Arman masih ingat bagaimana setiap hari dia akan merakamkan gambar isterinya sebagai kenangan.
Kebahagian bertambah apabila meraka diberitahu bahawa kehamilan pertama akan membawa dua nyawa ke dunia.
“I'm sorry Asha, my love. I didn't mean to hurt your feelings. I was confused.”
Tak sedar mulutnya melafazkan kata-kata itu sambil menyelak lagi lembaran-lembaran kenangan yang dipenuhi gambar kedua anak sulungnya. Andrey berambut pendek, sama potongan dengan Andy. Mereka memakai baju yang sama. Bermain mainan yang sama.
Sekeping foto mengusik hati Tuan Arman. Foto itu dirakam sewaktu sambutan hari jadi Andrey dan Andy yang ke tiga. Masih jelas diingatan rengekan Andrey sewaktu Asha menyarungkan sehelai gaun berwarna merah jambu ke badannya. Gambar itu jelas memperlihatkan betapa dia tak gembira dengan pakaian pilihan ibunya.
“No... I don't want this! I want that!” Suara Andrey kedengaran di telinga, merayu mahukan apa yang dipakai Andy.
“Just for a while, sayang. After this, abah and mak will take you out. Kita beli senapang, OK?” Dia sendiri yang memujuk. Andrey gembira. Dengan gaun merah jambu melekat di badan, dia merangkul leher abah.
“OK, no problem. You can have that too.”
“Yeayyy...”
“Say what?”
“Yeayyy....”
“No, not that one. Say what to Abah?” Isterinya cuba membetulkan.
“I love you.”
“And? What more did I teach you?”
“Thank you, abah.”
Tak sedar air mata yang bergenang kini menitis di pipi.
“It's OK, darling. Let it out.”
Asha akhirnya benar-benar muncul dalam bilik itu, berjalan dengan anggun ketenangan yang selalu menarik dirinya dalam cinta. Dia mendekati suaminya, berdiri di sebelah kerusi sambil meletakkan tangan lembut di bahu. "Semuanya terjadi lebih awal dari yang kita sangkakan."
Arman memejamkan matanya seketika, merasakan ketegangan dalam tubuhnya perlahan-lahan mereda. Dia telah menghabiskan hidupnya membuat keputusan untuk menyelamatkan kehidupan orang lain— memimpin tentera, menyusun strategi dalam menghadapi bahaya— tetapi ini... ini tak sama. Ini soal peribadi, bukan tentang kawalan atau disiplin atau keperluan untuk mengikut jalan yang telah ditetapkan. Ia adalah tentang cinta, tentang keluarga dan tentang keberanian untuk menerima sesuatu yang dia tidak boleh diubah.
Asha memicit bahunya, tanda sokongan. “It takes more courage and strength to accept this than to fight it,” sambungnya. “We're not losing our child, sayang. We're gaining a deeper bond with him. And that's what matters.”
Arman membuka mata. Wajah isterinya ditatap lembut. Dia melihat kebenaran dalam kata-kata yang terpancar dalam tatapan yang tenang itu. Selama ini dia sentiasa berbangga menjadi seorang yang kuat dalam menghadapi cabaran berterusan di arena kerjayanya. Tetapi ini— ini adalah cabaran yang paling sukar— melepaskan ego dan menerima bahawa Andrey mempunyai hak untuk memilih cara hidupnya sendiri.
Arman bersandar di dada isterinya bersama kenangan masa lalu berputar di sekeliling hati. Dia sedar kini bahawa penerimaannya bukan hanya untuk Andrey tapi untuk dirinya sendiri, untuk keluarganya, untuk masa depan yang mereka bina bersama.
Andrey telah patuh kepada segala apa yang dia putuskan sehingga sanggup mengorbankan impian ke Akademi Seni demi menunaikan arahannya. Andrey telah menunjukkan keberanian menyahut cabarannya. Keberanian itu lebih hebat daripada menempuh medan perang. Dan dia akur, Asha juga betul. Ini bukan satu kesilapan. Ia adalah satu langkah ke arah penyembuhan, ke arah pemahaman dan ke arah cinta tanpa syarat.
“It's OK. Everything needs time.”
“How is my Andrey? How is he?”
“He's doing very well, thriving at the Art Academy, pursuing his dreams.”
“Oh, great.”
“And he has a woman who loves him like I love you.”
Arman memandang wajah isterinya. Kemudian matanya dibawa ke sebuah potret mereka sekeluarga yang menghiasi dinding bilik bacaan itu. Potret itu seakan tersenyum kepadanya.
“I want to see my Andrey. I miss him. I missed my son.”
Asha menyapu airmata yang membasahi pipi suaminya. Dia nampak wajah Andrey di wajah Arman.
Tangisan kesyukuran berlagu dalam hati Asha.
Terima kasih, Tuhan.
Your thoughts mean so much and help me improve my writing. If you enjoyed the post, I’d love to hear more from you— your ideas make this space more engaging for everyone. Thank you for commenting. Let’s keep the conversation going!