Join The Journey
Tuan Arman menggeleng kepala. Dahinya berkerut, memikir dan cuba menghadam perubahan-perubahan fizikal anaknya yang semakin ketara menonjol. Ada campuran perasaan— janggal dan marah. Hasil bantuan testosteron dan mini gym yang dia sendiri sediakan di rumah, Rina selalu cakap Andrey nampak segak. Malangnya, di mata abah, dia tetap hodoh.

“I can't believe you're serious about this. It's unnatural, it's... disgusting. How can you even think of doing something like that to yourself?”

Andrey merasakan campuran kesakitan dan kekecewaan yang memuncak seperti ribut dalam dirinya. Kata-kata abah menyengat dengan racun jijik dan penolakan, menikam harga diri yang cuba dia pertahankan.

“Tengoklah, dah bermisai berjanggut. Suara macam tu, kau tak malu?! Abah yang malu. Dulu tak apa lagi, tomboy. Abah boleh terima. Ni apa sekarang ni?”

“Buat apa nak malu jadi diri sendiri? Memang sepatutnya macam ni bukan macam dulu. Abah faham tak saya benci jadi perempuan? Benci?! Abah faham tak saya terpenjara dalam badan Adriana?”

Andrey telah bersedia untuk menentang, tetapi dia lemah bila melihat kebencian di mata abah yang melantun di suara, menggemakan penghinaan. Walaupun dia cuba untuk bertenang, beban tentangan itu sungguh menyesakkan. Hatinya sakit, bukan hanya dari kata-kata yang menyakitkan, tetapi kerana sedar bahawa orang yang sepatutnya memahami, menyayangi dan menerima dia sedadanya enggan melihat denan mata hati sebaliknya memilih untuk menangkis satu ketentuan. Usaha untuk menjelaskan supaya abah mengerti runtuh di bawah beban penghakiman, meninggalkan dia dengan perasaan tersisih dan terasing seolah-olah dia berdiri di tepi jurang— dalam pertempuran untuk menegakkan kebenaran.

“You were born a girl! That's what you are— my daughter! I don't care what you feel... what is wrong is wrong. You're talking about mutilating your body, throwing away everything you were given at birth. I can't support this. It makes me sick just thinking about it.”

“Arman, stop this. Dia anak kita macam mana pun.”
Daughter, not son. Andy is our only son. Have you also lost your sanity? You think it's wise to support her actions?”

“I chose not to support his actions, but he has every right to discover his identity. Why don't you take a similar stance rather than criticising? We talked about it, for God's sake...”

“Abah, it's not mutilation. It's survival. I can't keep living this way, pretending to be someone I'm not. It's tearing me apart. I'm not asking you to understand everything right now, but I need you to see that this is what I need to be myself.”

“No. No, I can't accept this. The idea of you going through with this... It's revolting. You're my daughter, always have been, and now you want to destroy that? For what? Some illusion? It's wrong.”

“Ini permintaan saya yang terakhir, abah. Tak ada lagi yang saya nak. Fahamlah...”

“It's clear that our child needs medical help, Arman, especially with expert support and advice. This condition is just as serious as any other illness”
“Considering a gender change indicates a mental health issue. Are you disputing that?”

I'm not mentally sick, Abah. I can reason.
“Shut up! I don't want to hear this bullshit no more.”
“Arman, we are the parents. Kena faham anak-anak. Dengar, bagi peluang...”

“Saya boleh dengar yang lain bukan yang ini! You're making a huge mistake, and I can't be a part of it.” Abah tegas dengan pendirian.

Mak dan abah terus bertengkar hingga telinga Andrey tak sanggup lagi mendengar semua itu. Penghinaan dari bapa sendiri. Betapa kecilnya diri dia rasakan.

“Stop it!!!”

Andrey bangun. Tanpa menoleh, terus dia keluar meninggalkan rumah abah. Tuhan mengapalah kau ciptakan aku dengan kecacatan yang tak dapat diterima oleh bapak aku sendiri? Bagilah petunjuk kepada aku bahawa segala apa yang aku rasa dan keputusan yang aku ambil tidak salah.

Berat penolakan itu terpaksa dipikul seperti bayang-bayang yang tidak pernah mahu pergi. Abah memandangnya seperti dia orang asing— seperti dia telah memecahkan sesuatu yang suci antara mereka hanya kerana ingin menjadi dirinya yang sebenarnya. Pandangan yang abah lemparkan ke arahnya adalah beban yang menghempap dan menekan-nekan dada. Kasih sayang dan pengertian abah kini terasa seperti sesuatu yang dia perlu perjuangkan tetapi tidak akan pernah menang.

Setiap kata-kata yang abah ucap bercampur kekecewaan. Setiap pembisuan menjerit lebih kuat daripada sebarang pertengkaran. Dia tahu dia kehilangan kasih sayang abah, bukan kerana dia melakukan sesuatu yang salah, tetapi kerana abah tidak mahu melihat seorang lelaki yang menumpang dalam jasad anak perempuannya.

Penolakan abah terasa seperti satu hukuman— peringatan bahawa di mata lelaki itu, dia tidak akan pernah cukup—tidak pernah seorang anak perempuan, tidak pernah seorang anak lelaki, tetapi hanyalah kenyataan yang menyakitkan— sesuatu yang tidak boleh diterima.

Dan walaupun dia berharap abah dapat memahami, sengatan penolakannya sangat mendalam, membuat dia tertanya-tanya sama ada cinta dan kasih sayang tanpa syarat itu benar- benar wujud.

Hati yang sedih dan kecewa dia bawa ke tepi tasik. Kalaulah tasik itu boleh berkata-kata pasti dia akan memujuk dan kalaulah Rina tak perlu berkursus, pasti dia tak termenung sendiran begini. Lama duduk termenung menangisi nasib, panggilan telefon dari Sophia perlahan-lahan memulihkan kesedihan.

“Jom keluar. Rindu...”

Pemandangan dari atas bukit sungguh cantik. Tasik Biru dan terusannya membiaskan cahaya langit petang. Bukit bukau yang mengelilingi bandar menambahkan lagi seri alam. Bersama Sophia di sisi, Andrey teringat Rina. Kursus dah curi masa mereka selama empat hari.

“Saya akan sibuk sikit lepas ni. Kena balik kampung every weekend, teman papa.” Kata Sophia sambil merehatkan punggung di atas rumput menghadap ke lembah.

“Macam mana dengan permohonon tukar sekolah tu?”
“Belum apply pun.”

Lega Andrey. Dia memang selalu berdoa agar Sophia ubah fikiran. “Hubungan awak dengan keluarga dah OK sekarang?”

“Dia tetap papa saya. Betul dia pernah benci saya tapi saya tak pernah benci dia.”

“Kalau perlu teman saya boleh teman. Saya pun free sekarang ni. Cuma dua minggu lagi saya akan jalani top surgery.”
“Awak tak akan tukar fikiran, kan?”

“Tak akan ada siapa boleh ubah fikiran saya walaupun abah sendiri.” Kesedihannya menjadi tajuk petang itu. Semua kekecewaan dia luahkan.

“Sepatutnya abah awak turut serta masa awak menjalani psikoterapi.”
“Dia lagi suka buat yang tak patut. Tak adil betul. Semua kemahuan dia saya dah turut. Saya cuma nak jadi diri sendiri. Salah ke?”

Sophia memeluk bahu Andrey. “Tak salah,” katanya. “Manusia yang salah sebab tak nak cuba faham tapi suka bagi hukuman.”

“Saya kecewa. Sekarang, pasal saya, mak abah gaduh. Tak patut abah salahkan mak.”

“Sabarlah. Lambat laun abah awak akan faham jugak. Keluarga awak tak buang awak, Andrey. Macam saya, keluarga bising— cakap saya derhaka. Saya bukan nak jadi anak derhaka. Tapi ni semua soal hidup saya. Pilihan saya.” Sophia cuba memujuk. Bahu masih dirangkul dan dia mengusap rambut Andrey kemudian menghadiahkan ciuman di dahi.

“Dulu Hans pernah nak buat semua ni supaya kami dapat kahwin. Tapi tak sempat. Semua perlukan duit. Makan masa. Awak bertuah ada mak yang supportive dan mampu.”

“Awak tak kisah dia nak buat?”
“Tak. Dia buat ke tak buat ke, saya tak kisah. Dia yang saya nak, jiwa dia. Tak lebih, tak kurang.”

“Kita doa untuk dia. Saya percaya dia lagi tenang kat sana sekarang dan mesti dia tak nak tengok awak sakit, sedih, tertekan, menderita. Saya percaya dia akan senang hati bila tengok awak gembira, bahagia.”

“Semangat Hans hidup dalam jiwa saya dan makin kuat sejak awak datang.”
“Saya akan selalu ada.”
Thanks dan saya nak awak tau, apa je awak nak buat, asalkan awak gembira, asalkan baik untuk kesihatan minda dan diri awak, saya sokong.”
“Sophia tak rasa keputusan saya ni bodoh, sia-sia?”

“Kenapa pulak bodoh, sia-sia? Bukan ke ini satu rawatan? Kriteria ada dalam DSM 5, saya rasa awak tau pasal tu.”

Andrey mengangguk. “Ada Doktor Emir jelaskan tapi bagi abah, saya ni sakit mental.” Andrey ketawa kecil, sinis. “Dia ingat saya gila agaknya.”

“Mungkin abah tak berapa jelas tentang gender dysphoria.”

“Abah tak tau agaknya, kereta kalau aligment lari pun tak sedap bawak. Mental saya dah lama terganggu pasal hal ni. Lepas terapi dan ambik hormon baru saya rasa tenang. Rasa aligned.

“Orang tak kan kisah pasal kondisi mental kita. Awak bukan hidup untuk orang lain, Andrey. Utamakan diri awak dulu. Bila awak tau sayang diri awak, barulah awak boleh menyayangi orang lain.”

Tak ada yang tak betul dalam jawapan yang diberi Sophia. Masalah abah tak sepatutnya jadi masalah dia. Dia sanggup jalani rawatan. Abah yang tak sanggup nak hadapi kenyataan yang fikirannya juga perlu dirawat. Sudut pandangnya perlukan perspektif berbeza. Hatinya harus ditiupkan nafas baru. Cara berfikir perlu dia kemas kini. Abah kena keluar dari kotak.

“Pukul berapa gerak balik kampung esok?” Andrey mengerling jam di tangan. Hampir jam enam petang.

Tadi Rina ada tanya kalau dia nak ke mana-mana malam ni. Dia telah memaklumkan tentang pertemuannya dengan Sophia. Selepas itu, tak ke mana-mana. Tunggu panggilan Rina di rumah. Hal bergaduh dengan abah belum lagi dia adukan. Tunggu Rina balik dari kursus, lebih mudah dan tak memberatkan kepala Rina yang dah tentu padat dengan tugas.

“Sembilan.” Sophia merenung wajah Andrey. Hatinya terasa berat. “Mesti saya rindu awak.” Hanya itu yang dapat dia lafazkan.

“Betul ke?”
“Awak tak pernah lepas dari fikiran saya. Esok saya nak balik kampung, nanti mesti lagi rindu. Itu saya nak jumpa hari ni.”
“Kita boleh call, boleh mesej. Kalau awak nak saya hantar pun saya OK je.”
“Jauh... Kalau awak hantar, nanti awak kena jemput. Awak kan nak buat mastec, macam mana nak jemput saya?”
“Saya sayang Sophia.”
“Saya tau. Dari awal lagi saya rasa.” Dia merangkul tubuh Andrey. Kuat. Satu ciuman dia lepaskan di leher.
“Awak sayang saya?”

“Sayang.” Pipi Andrey dikucup lagi. Kali ini bersama jari-jari membelai bibir.

“I missed you so much...” Dia menguatkan pelukan. Ciuman-ciuman di pipi berakhir di bibir. Tidak seperti sebelumnya, malam itu Andrey membalas.

“Kalau boleh, saya nak hidupkan Hans dalam hidup awak,”ucap Andrey selepas kucupan mereka leraikan. Entah mengapa, dia masih mahu mencuba. Bersama wajah Rina di fikiran, hati tamaknya masih lagi memegang hasrat yang lama. Rasa bersalah diketepikan.

Namun ucapan itu seakan telah mengejutkan Sophia dari sebuah mimpi. Dia melepaskan Andrey dari pelukan. Wajahnya berubah cemas berbaur kesal. Bingkas dia berdiri. “Oh God, what did I do?” Separuh berbisik, dia berkata. Bibirnya ditutup dengan tangan. Dia menjauhkan dirinya dari Andrey yang tadi dipeluk mesra. “I'm sorry, Andrey. I didn't mean it...”

“Sophia, wait...”

“This is so wrong. No! I can't do this.” Andrey ditinggalkan terpinga-pinga. Laju langkah Sophia mendahului, selaju dia memandu keretanya pergi. Segera Andrey menyarung jaket, capai helmet. Enjin motosikal dhidupkan. Sophia dia ekori hingga kereta yang dipandunya membelok ke Tanah Perkuburan Tasik Biru. Hans, maafkan aku. Rina, maafkan aku. Maafkan aku...

Di bawah sebatang pokok Andrey menghentikan motor. Dia tak turun. Dia hanya memerhatikan Sophia dari jauh. Daun-daun kering yang gugur di atas puara Hans dikutip kemudian Sophia duduk melutut. Tangannya menyentuh batu nisan, sementara bibir menuturkan sesuatu. Pasti dia sedang meluahkan rindu, memohon ampun atas dosa yang tak dia lakukan. Lama dia duduk di situ menangisi cinta dan selama itu jugalah Andrey setia menjadi saksi. Sedih. Ingin sekali dia mendekati. Ingin sekali memujuk hati. Tapi dia tak tahu bagaimana caranya untuk mengembalikan Sophia ke realiti waktu.

Dia akur. Tak ada gunanya mendesak.
Dia berdosa. Tak sepatutnya Rina dia khianati. Cukuplah sekali ini.

“Hans, aku dah cuba semua yang aku terdaya tapi aku tetap tak berdaya untuk menggantikan engkau dengan orang lain. Andrey... betul, kadang-kadang aku rasa dia dapat mengisi kekosongan yang kau tinggalkan tapi Hans, kekosongan yang kau tinggalkan terlalu besar. Dan Rina... Rina sayangkan Andrey. Dia terlalu sayangkan Andrey. Aku tak nak berdiri antara mereka sebagaimana aku tak izinkan sesiapa pun berdiri antara kita.”

Ketika matahari mula dimamah malam, barulah Sophia perlahan-lahan berdiri dan dengan berat hati meninggalkan pusara kekasihnya. Andrey yang turut tak berganjak dari tadi, memutuskan untuk mengekori lagi. Hanya setelah mengiringi dan memastikan Sophia selamat sampai ke rumah, barulah senang hatinya untuk pulang.

𝄞

Kedai bunga— sebuah kedai yang amat jarang dikunjungi. Namun untuk mengutuskan satu kejutan buat Rina, maka dia ke situ. Sejambak mawar merah, berserta sekeping kad sebagai surat ringkas. Di atas kad dia lantunkan sebuah puisi sebagai tanda terima kasih untuk cinta dan kasih sayang yang dicurahkan.

Untuk malam harijadi cikgu Rina yang ke 29, Andrey sudah pun menempah siap-siap makan malam di Avenue Hotel, tempat mereka menari buat pertama kali. Malam ini akan menjadi malam yang paling istimewa untuk gadis teristimewa. Andrey tak mahu ketinggalan mengira detik.

Dan untuk Rina, sekali lagi dia menolak pelawaaan Sophia dengan menjanjikan tarikh lain. Sophia agak kecewa tapi dia tahu, malam itu adalah malam untuk Rina dan Andrey sendiri akan lebih kecewa jika malam ini Rina dia abaikan. Setelah semua yang dilalui, dia mula sedar bahawa masa telah mengajar dia untuk memahami betapa pentingnya Rina dalam hidup dan kehidupannya.

Loceng rumah cikgu Rina dibunyikan tepat jam lapan malam. Di sana dia berdiri dengan dress berwarna biru cair.

You look amazingly gorgeous.” Pipi lembut cikgu Rina dicium dan sudah tentu dia dapat satu sebagai balasan. “Tapi pakai macam ni tak bolehlah naik motor.”

Rina ketawa kecil. Keajaiban terserlah di senyumannya yang memukau dan pesona itu telah mengikat hati Andrey dihatinya.

“Thanks for the flower and the card. You wrote that stabbing poem?”
“You make me bleed.”
“You're humbly romantic. I like that. Thanks, baby.”
“The test is for the best.”
“Saya ingat awak ada date dengan Sophia malam ni.”
“Betul, tapi saya cancelled.

“Kenapa pulak? Bukan ke itu yang selalu awak tunggu-tunggu?” Sengaja Rina menduga hati.

“Bukan.”
“Dia tau awak jumpa saya?”
“No, I didn't tell her about you. Saya kata ada urusan keluarga. Jangan salah faham. Saya tak kisah nak beritahu dia saya keluar dengan awak, kalau awak tak kisah. Saya tak nak Sophia fikir...”
Shhh... Don't worry.” Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir Andrey. “Saya faham. Tak perlu penjelasan. Here you are with me, enlightening the whole story.”

“Ini tarikh penting dalam hidup Rina. I don't want to miss the countdown.” Masing-masing mengeluarkan telefon bimbit. Seketika mereka sibuk menaip.

“Dah pandai.” Usik Andrey.

“Awak ajar.”
“Cikgu, ingat tak saya dah janji nak bawa cikgu pergi sungai?”
“Apa bercikgu-cikgu pulak ni?”
“Rina...”
That's better. Saya takkan pernah lupa semua kata-kata awak.”
“Kalau nak, kalau tak ada date atau hal lain, saya nak bawa Rina ke sana esok.”

“Sure. Why not? You are my permanent date. There is no reason to deny such a wonderful idea. It's Sunday, my birthday. Time spent with you is time worth wasting, honey bunny.” Panggilan itu memunculkan senyum di bibir Andrey.

“Great. I'm honoured to fulfil your dreams, bumblebee.”
“But Andrey, is it OK if we invite Sophia? I've never missed celebrating my birthday with her.”
“Boleh. Apa salahnya. Dia kawan baik awak. Tak patut diabaikan kerana saya.”
Thanks. Ni buat saya makin sayang.”

Petikan piano mengajak Rina memimpin Andrey ke lantai tarian. Sedar dan jelas kali ini, Andrey membalut kemas tubuhnya dalam dakapan Rina. Dengan santai mereka hayati setiap langkah, menghargai setiap not yang dimainkan dalam lantunan irama indah. Dia suka apa yang dia rasa. Dia yakin dengan apa yang dia buat. Dan dia dah mula pandai menari. Bachata? Kacang...

𝄢

Rina tak banyak tanya bila Andrey meminta dia memadu mereka ke sebuah padang terbuka di kawasan berbukit selepas makan malam. Hampir jam sebelas. Satu jam dari sekarang, akan dia nyanyikan lagu harijadi untuk Rina.

Mereka mengambil tempat di sebuah bangku, menghadap lembah. Di hadapan, kelihatan lampu-lampu berkilauan manakala bintang-bintang berkelip di langit menghias malam yang sempurna. Udara segar mengharmonikan keajaiban alam, disuluh samar cahaya bulan yang berlindung di sebalik awan.

“Sejuk?” Kenangan di perhentian bas muncul semula semasa jaket ditawarkan.

“Thanks but I prefer your embrace.” Dan itulah sesuatu yang ditunggu-tunggu— yang tak akan pernah jemu dia lakukan.

“Stellar starlight. I love it, and love it more when you are here, by my side.”
“Me too...”
“Saya tak pasti apa yang saya rasa, tapi Rina, awak penting bagi saya. Is this love?”

Rina menjawab pertanyaan itu dengan senyum nipis menghias wajah. Bila dia hanya memandang tanpa berkata apa, mulalah rasa malu menyerang.

Mengapalah aku tanya macam tu. Bodoh betul. Bukankah jawapan sepatutnya ada pada aku?

Lima minit sebelum pukul dua belas, dia minta izin ke kereta. Ada sebuah kotak yang sempat dia sorok sewaktu Rina ke bilik mengambil beg tangan sebelum keluar tadi. Menggantikan kek dan lilin, wanita sesuci dia layak dilimpahi sesuatu yang luar dari kebiasaan.

“Semoga hari ini menjadi permulaan kepada hari-hari indah yang akan datang. Selamat hari lahir, Ireena Joseph.” Tepat jam dua belas, untuk harijadinya yang ke dua puluh sembilan, Andrey menyanyikan lagu selamat hari jadi.

“I don't know what you like but I hope you like this.”

“Terima kasih. Awak kat sini sekarang pun dah lebih dari cukup. This is beyond words. Thank you for being so endearing to me...” Rina menghembuskan rasa bahagia.

Bibirnya Andrey usap dengan kedua ibu jari sebelum jari itu digantikan dengan bibir. Sentuhan yang menyatukan mereka di bawah simbahan bunga api yang menembak bintang-bintang di langit tinggi.

𝄢

“There's something I wanna show you.”

Tiada rasional untuk menolak bila Rina menjemput ke rumah. Lebih kurang sejam, mereka duduk di ruang tamu, berbual kecil sambil minum kopi.

Dia nak buat aku berjaga sampai pagi agaknya.

Tak perlu minta, Andrey memang tak merancang nak tidur pun malam ni. Kat rumah pun bukannya ada orang. Dia sekarang bebas. Tak ada had waktu lagi dan malam ni tak mungkin Rina akan melepaskan dia balik. Dia sendiri tak bercadang nak balik.

Rina menunjukkan Andrey beberapa buah album. Dengan gembira, kenangan yang terlukis pada setiap gambar dia ceritakan— gambar bersama keluarga. Cerita tentang orang tua dan saudara-saudaranya. Dan yang paling menarik perhatian Andrey ialah gambar sewaktu Rina masih bayi. Comel. Dan melalui gambar-gambar tersebut, terungkaplah kisah zaman kanak-kanaknya. Dari kecil lagi dia dah mula melukis dan main muzik— sama seperti Andrey.

Ginger...” Andrey tersenyum memegang gambar seekor tabby berwarna oren putih kemas berbingkai di sebelah gambar Rina yang menghias meja konsol.

“Tak nak ambil yang lain?”
I'm still thinking. Tak nak kehilangan lagi.”
“Sekarang awak dah tak sorang-sorang lagi.”

“Dan saya tak nak kehilangan...” Dalam maksud yang nak disampaikan. Andrey dah cukup mengenali untuk tidak mengerti.

“Ini ke yang awak nak tunjukkan kat saya?”

“Nope. There's something else. Come...” Tangannya ditarik, dibawa ke tingkat atas, ke bilik tidur.

“Encik Fauzi bagitau, awak cari ni.”
“Heaven...”

“Macam ni sekali dia sayangkan kau...” Serentak akal dan hati berlagu. Terharu.

“Biar lukisan tu kekal kat situ sampai bila-bila.” Ucap Andrey. Terus dia merangkul pinggang cikgunya itu.

“It was never easy at school to look at you without a trembling heart, you know, cikgu?”

Rina ketawa bila perkataan cikgu diguna pakai dalam nada mengusik. Satu perkataan yang mengembalikan memori indah di sekolah. “I know. Tak susah buat awak nervous.”

“Cikgu Rina memang pandai.” Hidung dicuit.

Sewaktu Rina di bilik mandi, Andrey duduk di ambang tingkap, melihat ke luar. Merenung langit yang terbentang luas, teringat dia pada kata-kata yang pernah dilontarkan semasa perkhemahan pertama. Agaknya inilah tingkap tempat dia duduk, mengira bintang-bintang sendirian, melalui malam-malamnya yang sunyi. Andrey bangga kerana cikgu Rina telah memilih dia untuk mengisi masa dan hati. Hidupnya, jika itulah ketentuan yang dah dijanjikan.

“Berapa banyak bintang dah awak kira?” Andrey menoleh.

“Sebanyak rindu saya kat cikgu Rina yang garang.” Jawab Andrey dalam nada mengusik sambil menutup tingkap. Terdengar ada ketawa kecil.

“Macam mana tau saya suka hijau?” Dia berjalan ke arah Rina yang sedang mengeringkan rambut.

“Tak tau pun. Ingat awak suka transparent. Saya memang suka hijau.”
“Nak tidur pakai suit ke?”
“Eh... Dah lewat ni.”
“Mak tunggu depan rumah? Atau abah dah ready nak hambat dengan penyapu?”
“Haha...” Andrey ketawa. “Abah dengan mak tengah sedap honeymoon kat pulau. Tu saya kena balik sekarang. Rumah tak siapa jaga.”

“Balik? No! Saya takkan lepaskan awak!” Matanya mengecil. Tuala dibaling ke muka, ditangkap kemudian tuala itu dibaling semula kepadanya.

“Permintaan ke tawaran ni?”
“Arahan.”

Selepas menyegarkan diri, Andrey menghampiri Rina yang duduk di atas katil, membaca di bawah cahaya lilin ditemani sayup-sayup muzik instrumental. Memerhatikan wanita itu dari hujung rambut hingga hujung kaki, batinnya terusik. Tiada perkataan dapat menggambarkan kesempurnaan ciptaan Tuhan. Spontan, tangan dia menyentuh lengan Rina yang halus. Buku di tangan Andrey ambil dan letakkan di atas tilam. Seperti mengizinkan, Rina mengalihkan buku itu di atas meja sisi.

“Happy birthday, beautiful.” Tangannya dicium. Wangi. Andrey menarik nafas dalam-dalam, menikmati wangian itu.

“Saya suka lilin wangi.”
“I know.” Duduk bersemuka, mereka biarkan jari jemari bertaut.
“Although no strings are attached between us, you make me feel complete, special. I appreciate that. Honestly, I've never felt like this before.
“Lepas Kim Rina tak try ke cari yang lebih sesuai ?”
“Ada yang nak cuba tapi hati saya menolak. Saya nak betul-betul sedia. Serik dengan orang macam Kim.”
“Tak takut ke dengan saya?”
“Nak takut apa?”
“Manalah tau saya ni lagi teruk dari dia.”
“Bila kenal awak, saya dah lebih matang, dah lebih pasti. Dan saya dah pandai menilai.”
“Saya ni kan kurang ajar. Biadap. Budak kecik...”
Rina tergelak. Muka Andrey ditatap. “Awak istimewa.”
“Istimewa la sangat. Dulu dia sendiri yang cakap kita ni childish.”
“Kurang matang. Still, some things excite me. Maturity comes with time. Awak dah banyak berubah, sayang.”
“Awak dah ajar saya macam-macam. Terima kasih.”
“Kita akan belajar banyak lagi. Kali ni kita belajar sama-sama.”
“Dengan awak semuanya baru. Kalau nak tau, inilah kali pertama saya sambut hari jadi seorang gadis, selain keluarga. Tak pernah bawak perempuan naik motor, apatah lagi kena cium sebelum motor kena curi. You are my real teacher.”
“Takdir dah temukan kita. You know, Andrey... Many things about you blow me away. Things that get me all fired up. You have such strong principles. It's not easy for others to sway you, yet, you may not fully comprehend the power it holds within you.”
“Segala-gala tentang emosi, lebih dari tu, awaklah yang pertama.”
“I'm proud to be. Thank you for letting me in.”
“Memang tak ada lelaki langsung dalam hidup awak?”

“Mestilah ada.” Wajahnya bertukar serius. Andrey terkejut. Hati mula rasa cemburu.

“Dengar dulu,” pujuk akal.

"Siapa?"

“Ada tiga orang. Sila jangan dengki.” Senyuman nakal bermain di bibir Rina yang seksi.

Geram betul aku.

“Siapa?” Dia bertanya lagi. Sengaja genggaman tangan dikuatkan ke jari-jari yang halus meruncing itu. Cantik.

Mungkin sebab tu dia lebih hebat main piano daripada aku.

“Rasanya pernah bagitau aritu. Saya ada ayah, ada abang, ada adik lelaki.”

Dia nak bergurau rupanya. Andrey menghembus nafas lega.

Jealous?”

“Tak. Geram...” Pipi Rina dicubit perlahan.

Let me tell you a story. Pernah sekali saya keluar dengan lelaki. Dululah, lama dulu, masa study. Mamat ni konon suka sangat kat saya. Bagi bungalah, hadiahlah, surat cinta. Macam-macam. Tapi date pertama tu, jadi yang terakhir. Lelaki tak ada kick.”

Andrey ketawa kuat dengan perkataan kick yang dipilih. “So, itu je ke ceritanya?”

Rina mengangguk dan berkata, “ha ah, itu jela. Jangan risau, sayang. Saya tak pernah biarkan sesiapa pun sentuh saya. Not even Kim.” Mudah benar dia membaca fikiran Andrey seperti kuasa telepathic itu benar-benar wujud. Sekurang-kurangnya antara dia dan Rina.

“Kenapa saya?”

“Sebab awak calar kereta saya.” Kenangan dua tahun lalu menerpa kembali. Rina mengecilkan matanya dan tersenyum, sesuatu yang dah menjadi kegemaran Andrey.

“Ya... Maaf sekali lagi, cikgu.”

Tangan Andrey dirangkulnya. “Seriously... Pernah tak awak terfikir, hal tu dah bawa kita lebih dekat?”

“Memang betul.”
“Bila nampak tulisan tu, automatik saya tau keje awak. Marah betul saya masa tu. Saya carik awak tapi awak dah lesap. Laju buat kerja.”
“Mana tau saya kat Dome?”
“Selalu saya nampak awak lepak situ sorang-sorang. Awak je yang tak nampak saya sebab saya selalu duduk kat dalam. Luar tu panas. Pasal nak merokok, sanggup awak berpanas kat luar, kan?”
“2Rugi la tak pernah perasan Rina kat situ.”
“Awak selalu sibuk dengan mp3, dengan sketch book. Dengan rokok. Mana perasan orang. Saya selalu terfikir, lagu apalah agaknya dia dengar? Apa bendalah yang dia lukis, sampai leka sangat?”

Tersengih Andrey mendengar pengakuan tersebut.

Betul lah dia ni dari dulu memang stalk aku. Aku rasa memang dialah orang yang hantar mesej-mesej misteri tu. Sebab, sejak  makin rapat, mesej tu pun senyap macam tu je.

“Apa yang jadi dulu, buat saya rasa bodoh sangat.”

“Kebodohon awak tu dah bawa kita kat sini, hari ni. So, tak la bodoh sangat, kan?” Sengih bertukar ketawa besar. Kemudian dia menambah “seminggu tarik lepas tahan nafas, saya rasa masa dah sampai untuk jelajah hati awak.”

Andrey minta diri ke bilik air. Bukan nak kencing atau berak, tapi nak ambil sesuatu dalam suit yang disangkutkan di belakang pintu. Tangannya menyeluk saku jaket. Sebuah kotak kecil dikeluarkan.

This is for you, cikgu. Happy birthday.” Kotak kecil berwarna turquoise itu bertukar tangan. “Silakan.”

Dengan hati-hati Rina membukanya. “You don't need to do this... Andrey, this is too much.”

“Saya tau tak perlu, tapi saya nak. And no, Rina... Never too much for someone who means so much.” Dia merapatkan diri di sisi Rina dan rantai platinum itu dia ambil. “May I?” Rambut diselak ke bahu kiri, lalu rantai itu disarungkan ke leher. “Looks good on you. Perfection. Suka tak?

“Apa sahaja daripada awak semua saya suka. Semua harta saya.” Rina melentokkan kepalanya di bahu Andrey sambil berbisik lembut, “saya sayang awak.”

“Saya tahu... Saya rasa dan saya pun sayang, saya rindu cikgu Rina saya. Rindu sangat-sangat.”
“Me too.”
“Kenapa berani sangat cium saya masa kat kedai kopi tu?” Tangan mula membelai wajah.
“Sebab saya geram sangat kat awak...”
“Tak malu...”
“Perasaan yang jujur tak pernah tak betul.”

Tangan kini merayap di leher, meremangkan bulu roma. Lalu bibir pun bersentuhan ketika itu juga. Perlahan. Bila ciuman dilepaskan, pipi pula menjadi sasaran bibir. Tubuh mereka saling mendakap erat.

“You are so daring.” Bisik Andrey. Cuping telinga Rina digigit perlahan sebelum dia melanjutkan kucupan ke leher. “Geram lagi tak?”

“We can skip the meditation tonight.” Bisikan itu merangsang Andrey untuk menyerang lehernya lagi dengan ciuman dan gigitan-gigitan kecil.

“Let me worship you tonight.”

“Andrey...” Rina mengeluh perlahan. Keluhan itu menghidupkan satu getaran. Getaran yang mendesak supaya jangan berhenti. Hati yang rindu menjadi semakin rindu. Akal terdiam, turut menikmati indahnya sentuhan perasaan itu.

Andrey merapatkan bibirnya perlahan-lahan ke dahi Rina sementara jari-jemarinya meluncur di sepanjang lengan yang lembut. Ciuman di lanjutkan ke hidung, singgah di pipi, dagu— di seluruh wajah sebelum berhenti dibibir. Detik-detik seperti ini selalu dikhayalkan tetapi malam itu bukan lagi satu mimpi. Mereka lemas dalam nafas yang cukup selesa.

Ciuman dileraikan untuk saling menatap wajah. Perlahan, Andrey menjejak lagi lengan Rina dengan jari. Saat lengan dilewati hingga ke hujung kuku, tangan pula dicapai lalu disentuh sebelum kucupan ditanamkan. Ghairah yang berkobar memberanikan Andrey untuk menghantar bibir menyusur jejak yang ditinggalkan jari.

Dia berhenti di bahu dan kucupan ditancap lagi. Haruman yang dihidu memikat indera lantas menahan dia di sana. Semua keajaiban yang Rina miliki ingin dia jadikan miliknya, sampai bila-bila.

Kucupan lembut yang Andrey tanam di tengkuk merangsang Rina untuk membelai rambutnya. Dia menarik tubuh Andrey lebih rapat. Nafas semakin berat bila kulit leher yang halus itu digigit kecil sebelum mengizinkan lidah bermain di cuping telinga.

Mata kembali menyoroti wajah. Pipi membelai pipi sambil kedua belah tangan saling mengusap tengkuk. Perlahan-lahan Andrey sentuh bibir Rina yang basah. Rina mencium jari-jarinya, kemudian ciuman itu beralih ke tapak tangan bersama renungan mata yang menyampaikan sebuah hasrat.

“I really miss you.” Bisik Andrey ke mata Rina. Sepasang mata yang selalu bercahaya. Bersinar dengan kerinduan, dengan keghairahan, dengan cinta, dengan penuh rasa percaya.

“I'm here for you.” Balas Rina, mengambil giliran menghantar sensasi ke seluruh mukanya. Andrey menyerah. Rela diri ini dijajah luar dan dalam. “Let's build our paradise.”

Kalimah yang dilafazkan membuat bulu roma Andrey berdiri, menikmati belaian lembut jari-jari Rina dileher. Dia membiarkan Rina mencintainya semahu hati.

Sambil mengelus mesra rambut, terasa garis leher dibelai lidah yang basah, melincir lembut ke atas dan ke bawah, diselang-selikan dengan gigitan-gigitan cinta. Jantung Andrey terasa bergetar sampai menjalar ke tulang belakang. Suara nikmat keluar dari paru-paru apabila Rina menggigit lagi cuping telinganya sambil mengucapkan kerinduan lantas merangsang bibir mereka rakus berkejaran untuk mendakap. Dalam pelukan itu, tangan mula menjalar ke seluruh tubuh.

“You can unwrap your birthday present.”
“It's a gift for life.”
“There'll never be another you.”
Own me.”
Explore me, sayang. Lepas ni ada yang tak ada dah.

Rina tersenyum, memahami apa yang kekasihnya maksudkan. Bibir mereka bercinta semula. Nyalaan api asmara semakin marak membakar dua jiwa, melayangkan mereka ke syurga.

Andrey ditarik rebah ke tilam untuk melanjutkan percintaan dengan lebih selesa. Dari dahi dia mengucup mata sebelum bibir menyentuh hidung. Dari hidung, pipi dicium. Dari pipi turun ke dagu, bibir diusap turun ke bahu, dan akhirnya bersandar di dada.

Kiss my heart, sayang.”

Permintaan itu mengisyaratkan betapa dia menikmati sentuhan yang Andrey sapu di kulitnya. Telinga dirapatkan ke dada, untuk mendengar degup jantung. Gelombang tubuhnya begitu indah beralun selari dengan alunan hati. Nafas yang berat menjadi semakin berat bila Andrey menghadiahkan ciuman panjang di dada— di hatinya. Kulit saling membelai dan di syurga itu mereka hilang dalam kewujudan masing-masing.

Malam itu adalah ritual penyerahan jiwa. Satu malam yang panjang. Memberi dan menerima, untuk sama-sama menghayati dan menyaksikan nikmat-nikmat yang tersembunyi dalam kasih sayang.

Dicengkam pelukan Rina, kekuatannya dilemahkan oleh setiap sentuhan. Andrey cuba memberi yang terbaik, tapi Rina terlebih dahulu telah membawa keluar bahagian terbaik dari dirinya. Adakah selama ini mereka telah jatuh dalam cinta atau cinta yang telah jatuh dalam mereka? Keraguan adakalanya menakutkan. Lama dia bermimpi dan Rina telah mengganggu mimpi-mimpinya— menyedarkan dia bahawa selama ini dia cuba lari dari kenyataan walaupun tahu, kenyataan itu umpama bayang-bayang— ia akan selalu mengejar.

Nyatalah, tak siapa dapat menjangkakan apa kejutan yang ditawarkan masa dan dia tak sabar untuk melihat kejutan hidup yang sedang menanti.

Andrey rebahkan kepalanya di dada Rina yang telanjang. Degup kencang masih beralun. Dia rasa hebat dan tersentuh. Bahagia dengan kepuasan yang sama-sama mereka cipta. Bangga menjadi yang pertama. Bangga menjadikan Rina yang pertama.

Penyerahan itu adalah penyatuan jiwa, satu anugerah terhormat— sesuatu yang tidak mungkin dapat dinilai oleh semua harta dan permata dunia. Hadiah terunggul, lambang cinta sejati. Kata-kata lebih dari sekadar kata-kata. Gema setiap perkataan terbuku di fikiran, bukan sekadar lagu yang dinyanyikan oleh melodi. Cinta adalah satu tenaga yang menghidupkan kehidupan. Untuk terus percaya. Untuk terus saling menyayangi.

"I'll never let you down."

Terdengar suara Rina berbisik di telinga, dilengkapi sentuhan bibir di dahi. Jari-jarinya masih membelai rambut Andrey. Dia tersenyum manis. Seluruh tubuhnya, keberadaannya, luar dan dalam terasa begitu penuh. Apa yang dia cari selama ini telah ditemukan. Dia menghadiahkan rasa syukur ke langit.

Pelukan mereka eratkan. Dan malam itu, Andrey membasuh egonya dengan manik-manik kesyukuran yang timbul dari mata. Cinta seluhur ini tak akan terjadi kali kedua.

Rina merelakan hatinya dibasahi airmata Andrey lalu hatinya yang basah itu Andrey kucup bersama satu doa.

Restuilah cinta dan kasih sayang ini, Tuhan.

Join The Journey
Comments

Comments [0]