Sebaris ayat sejuta kisah
semurni mimpi kulukiskan madah
di bibirku hanya kalimah indah
buat mengisi jiwamu.
Bait baris rindu cetusan hati
untuk kau miliki ketulusan suci
bangunkan sebuah harapan
aku pasti untukmu...
Ketika bulan menemani malammu
Ketika firasat rindu menyapa bimbangmu
kau membenarkan jiwamu menerokai rasa
satu rasa yang tak pernah kau rasa...
Terpegun menyentuh perasaan
biarpun masih keraguan
Bila malam menjelang...
hapus resah bimbang
kerana aku ada bersama satu rasa
buat memadam keliru dan ragu
seusia... seusia... seusia...
Rasa yang kau peluk.
Kerana aku ada bersama satu rasa
yang tak pernah kau rasa
Seusia rasa yang kau peluk.