ESOK TAKKAN SAMA

Ray FL
0
Ditakdirkan pada suatu hari
hidup dicuba satu misteri, 
dihenyak, dihentam kejam situasi.

Kuberjalan dan aku berlari
mengejar matahari yang sunyi, 
kulihat jutaan bintang menyinar. 
Membuka rahsia-rahsia hidup
Siapa, apa, mengapa, bagaimana, 
bila, di mana? 

Semalam kutunduk, aku akur
aku mendengar tanpa bertutur. 
Terima semua kata yang memukul 
dengan penuh rasa syukur. 
Kerana lontaran kata pedih
menyengat hati selalu bersaksi
menjadi luahan paling jujur. 

Ada suara berbisik pada akal fikirku, 
"renungkanlah dengan hati 
pada sesuatu yang jarang dilihat."

Hidup melewati hitam dan putih
pahit dan sakit pasti bergaul 
menjadi penawar unggul.  

Dan jangan kau ragu pada asmara
andai jiwamu benar setia, 
Dia akan selalu beri petunjuk.
Usah kau merayu pada hari
nanti hatimu kan terus mati
Percayalah bahawa esok takkan sama.



Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !