untuk tidur jangan berjaga lagi
damailah, tenang
di bawah angin malam
bersama impianmu.
Kumemujuk hati ini
untuk bertenang selalu
jangan diikutkan perasaan yang sedih
Kerana itulah pesanan
yang kau tanamkan di dalam hatiku
dan tak mungkin akan pergi dariku.
Kau melentur jiwa ini
dalam setiap mimpi-mimpiku
sendiri bukan sunyi
berteman cahaya bulan
diulit impianmu.
Kau membelai sanubari
bisikan lembut ditelingaku
merayu hati dan cintaku
bersama impianmu...
kusemat satu janji
ditidur yang panjang
bahagia aku melihat wajah sucimu
bersama impianku.
Post a comment