Semalam Bukan Engkau

Sophia Izzaty
0


Kuharung duka semalam
bersaing sendu dengan ketawa.
Dibalut sepi dalam kelam,
kuyakini hati pasti ada sinar 
'kan mewarna gelapnya jalan yang kususur,
melewati sempadan-sempadan hancur.
Rebah aku di tanah yang kupijak,
bersujud, meratap syukur.

Kalaupun bukan semalam
namun hari ini bahagia itu pasti.
Kalaupun bukan esok
bahagia kucipta hari ini.

Semalam bukan engkau, hari ini kau di sini.
Untuk malam nanti, esok pagi 
dan hari-hari silih berganti.

Retak hati yang berserakan kini bercantum kembali.
langkahku terhenti di tempat yang telah dijanji.

Semalam bukan engkau.
Hari ini, engkau bukan keraguan.
Hari ini untuk esok.
Untuk rindu kita cantumkan

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!