Memuatkan resonansi…

Perlahan Tapi Pasti


Soft, dreamy digital illustration of a young woman sitting on a wooden swing suspended between two ancient oak trees, wearing a flowing white dress that ripples in the breeze, gentle smile and closed eyes as if singing softly, golden hour sunlight filtering through the leaves creating dappled patterns on her face and dress, background features a soft gradient sky transitioning from warm orange to deep twilight blue with a faint crescent moon visible, romantic and serene atmosphere, detailed textures of fabric and bark, cinematic lighting with soft focus on the background trees, emotional and hopeful mood.
Dalam engkau aku temukan
sebahagian aku yang hilang.
Sebahagian diri yang tak pernah
aku kenal.

Keliru dalam pencarian
terheretlah aku ke tempat-tempat 
yang tak mahu aku tuju.

Jatuh dan terluka, 
aku mencari lagi
hingga hati menjadi letih dan lesu
lantas langkah aku matikan.

Dalam kedamaian merenung kaki langit
kehidupan kuamati satu persatu.
 
Waras pun menyapa rasa,
memujuk jiwa yang merajuk
untuk menerima hakikat
bahawa indah itu sepi.

Lalu aku bersahabat dengan sunyi, 
meneliti diri,
dan aku temu bahagia 
dalam kesendirian ini.

Dalam samar horizon,
bayangan masa depan terpantul
bersama hadir satu wajah.
Kubiar ia tanpa nama,
yakin bahawa waktu 
akan menamakannya.

Kini aku berhenti mencari,
aku tau ia tetap datang.
Perlahan, tapi pasti.
Not every reader is chosen to share:

The Endless Resonance

Struggling with something? Let Us Know
Comments

Comments [0]