Thursday, 10 December 2020

MENYESAL

Terima kasih sebab bagi aku ruang dan peluang untuk menjadi aku, meluahkan rasa aku di medium ni. Aku tak tau sama ada kau jemu tapi terima kasih sekali lagi sebab tak pernah letih dengar cerita aku.

Pernahkah kau rasa macam mana tertekannya bila ditekan hari-hari dengan soalan yang sama? Bila tak diberi peluang untuk menjadi diri yang sebenar? Lalu terpaksa mengorbankan kepentingan diri demi memuaskan hati orang lain? Aku dah bosan jadi mangsa keadaan.

Memang aku hormat pada keluarga, memang aku sayangkan mereka semua hingga aku sanggup gadaikan kebebasan dan hak aku untuk memilih jalan hidup sendiri demi kasih sayang dan rasa hormat terhadap mereka. Agaknya apa yang aku bagi masih belum mencukupi. Mungkin tak akan pernah cukup. Untuk kali ini aku tak mampu lagi nak merealisasikan impian mereka. Takat ni je aku mampu. Mama, Abah maaf aku.

Bila tengok muka dia, aku kesian. Tak ada rasa lain selain kesian. Kejamkah aku atau keadaan yang dah menzalimi aku? Kejamkah dia untuk terus mencuba atau akukah yang tidak berperasaan lantaran hati ini tak larat untuk menerima?

Kita memang sentiasa diberi pilihan. Pilihan-pilihan itu meletakkan kita di persimpangan. Kadang-kadang kita ambil simpang yang salah. Gerak hati tak boleh nak dipercaya lagi. Kesal. Hanya itu yang tertinggal dalam hati yang dah terlalu penat ini. Aku nak lari jauh. Aku nak keluar. Aku nak bebas jadi diri aku. Tapi aku dah terperangkap. Aku fikir aku dah buat keputusan yang betul. Ternyata aku dah merisikokan perasaan aku. Bila kau cakap, fikir betul-betul, dengan menyembunyikan hakikat, aku kata aku bersedia. Tapi Tuhan itu mengerti; Aku menipu. Aku tipu semua orang. Paling hina, aku dah tipu diri aku, perasaan aku, hati aku, hidup aku. Aku, aku ni lah yang dah zalimi diri sendiri sebenarnya.

Aku nak keluar. Aku nak lari, nak pergi. Aku tak sanggup lagi hidup dengan dia. Tuhan ini bukan yang aku nak. 
Dia tak salah... Akulah yang bersalah kerana mengizinkan semua ini berlaku. Berdosakah aku? Atau diakah yang berdosa kerana mahu mencuba dan menerima semua kepalsuan yang aku cipta?
Berdosakah aku?
Berdosakah hati ini kerana cuba untuk melindungi diri dari diserbu dosa-dosa?

Post a comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search