Aku yang mungkin begitu naif
dalam menaruhkan harapan
Aku yang dipaksa oleh keadaan
Aku yang tercemar oleh kenangan.
Kalaulah kau mengerti tentang seorang aku...
Aku yang terbang bebas dulu
Aku yang tak bertaut di dahan yang rapuh
Aku yang tetap senyum bila dicuba dunia
Aku yang yang ditipu cinta.
Aku yang akhirnya tak mahu lagi percaya.
Mengertikah kau tentang seorang aku?
Aku yang cuba lari keluar dari kenyataan ini
untuk membina satu kenyataan baru
bebas bagai dulu
bagai burung-burung terbang tinggi melihat alam.
Bukan burung yang hidup dalam sangkar emas
tapi bernafas dengan hati yang lemas.
Kalaulah kau dapat merasai derita seorang aku
pasti kau kan tahu
mengapa...