Sunday, 26 July 2020

BESAR

Semalam dia untung besar
dia makan besar, ketawa besar
cakapnya tak ada yang kecil, 
semuanya yang besar-besar.

Ceritanya semakin hebat
ada bini tiga empat
Lapan penuh penjuru dunia
anak merata tak kenal sedara
akhirnya terkahwin sesama dia.

Dia hafal buku tebal
tiap huruf, atas bawah dia bedal
senyumnya makin melebar
cakapnya bertambah besar.

Hafaznya semakin lafaz
dari nafas sering terbias
macam burung duduk di pokok
menyanyi sumbang terhangguk-hangguk.

Mintak huraian dia tak reti
tapi hidung makin meninggi
pusing sana, belit sini
sampai terjerat diri sendiri.

Jangan cuba cabar dia
sebab dia tau semua benda
di syurga menunggu 72 dara
untuk memuaskan hawa nafsunya.

Bawak briefcase penuh duit cash
berjuta ratus ribu, berat macam batu
naik kereta ada driver
tapi semua orang yang punya.

Tadi aku terserempak dia
duduk termenung di kaki lima
aku tanya, "mana kereta? Bisnes apa cerita?"

Dia meludah tanah yang basah
aku nampak mukanya gundah
tak ada lagi ketawa besar
tapi kepala tetap membesar
bas berhenti dia pun naik,
aku hanya mampu senyum mengejek.

Post a comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search