Andai Engkau Hilang

Ray FL
0


Jelaslah segalanya kemas termaktub di dalam buku hari
Andai engkau hilang hujan akan turun...
dan turun tiada mengering
Membasahi hati amukan rindu, getar cinta padamu.

Di manakah letaknya harapan yang kusandarkan dalam dada
sewaktu aku nanti matahari datang dan tiba di malam sepi?
Terhentilah pencarian bila kulihat sinaran matamu
yang lebih indah dari pancaran bulan yang dilitupi awan kelabu.
Bila pagi menjelma, perginya semalam, jangan dirayu
Tunggu lagi hari hilang hingga malam menjelang semula.

Detik kasih kita adalah cerita indah 
yang tak pernah kusahut dalam suara sesiapa 
Jajahan hatiku, hanyalah engkau yang kupuja-puja
yang kupuja-puja.

Oh tak kan ada pengganti 
walaupun datang sepuluh ribu bidadari
Biarkan dikata kubesar-besarkan cerita
ini realiti tiap hari hatiku hadapi.

Meski wujud dewa dewi, merayu diri
tak aku peduli
Buatku kau cukup untuk mengisi hatiku.
Biarlah cukup hanya satu aku mau, hanya engkau.

Sepenuh masa mencintaimu,
Hatiku dijajah tanpa susah payah,
aku rebah menyerah.
Tak ada masa untuk memikirkan sesiapa yang lain.
Kerana kau kucinta,
tak mungkin akan ada engkau yang ke dua.
Walau digantikan sepuluh ribu jembalang pun takkan serupa.

Tak akan ada pengganti
walau dihantarkan sepuluh ribu bidadari
Walau digantikan sepuluh ribu jembalang pun
takkan sama.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!