Jangan

Ray FL
0

Feb 2019

Perlukah masih terus percaya bahawa hidup
yang dijanjikan hanya sepi?
Menanti harapan di ufuk sinar mentari.

Dan bila kasih bersemi mengapa berjauh diri?
Katakan pada angin lalu, sampaikan bicara rindumu.

Dia pasti dengar kalau kau percaya
Dia pasti memberikan tanda-tanda.

Jangan patah harap.
Jangan patah semangat.
Jangan biarkan kata-kata meninggalkan lesu hati
dikedukaan yang tersalut sunyi
Dalam diri pasti diberikan satu rasa...

Dia pasti dengar, kalau kau percaya
Dia pasti mengungkapkan satu rahsia.
Dia pasti memberikan tanda-tanda.

Jangan pergi, jangan lari dari hidup
Jangan pergi, jangan lari dari sisa hidup.

Dia pasti dengar, kalau kau percaya
Dia pasti membawakan satu rasa
Dia pasti mengungkapkan satu rahsia
Dia pasti memberikan tanda-tanda.

  
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!