Sunday, 18 August 2019

ISTILAH PUISI : A


literasi adalah pengulangan konsonan dalam baris-baris puisi. Kebiasaanya pengulangan ini terletak pada awal kata atau perkataan yang berturutan. Ini memberikan kesan indah kepada sesebuah penulisan.

Contoh-contoh Aliterasi dalam blog ini :

SEMINGGU JADI DUA

"Dia bukan sesiapa, sedangkan kau segalanya."
~
Pengulangan pada konsonan 's'.


UNTUK DIA YANG TERINDAH

"T
erangi tiap liku yang kita tempuh."

~ Pengulangan konsonan  pada 't'.

TERAWANG

"Tertutup mata hati telah hilang."
"Mata tertutup telinga terkambus."

~ Pengulangan konsonan 't', dan 'h' .

2. ALUSI

Alusi merupakan satu gaya bahasa perbandingan yang secara tidak langsung merujuk kepada sesuatu peristiwa atau individu lazimnya tokoh-tokoh atau karya sastera yang terkenal.

Contoh :

At rest on ocean’s brilliant dyes
An image of Elysium lies
SERENADE by EDGAR ALLAN POE


3. AMBIGUITI

Makna kata atau perkataan atau ungkapan dalam puisi yang mempunyai pelbagai kemungkinantafsiran, iaitu lebih dari satu makna atau tafsiran. Ia juga disebut sebagai ketaksaan
Puisi yang menggunakan ambiguiti adalah agak sukar untuk diselami akan maksudnya secara tepat. Namun begitu, penggunaannya menghasilkan sebuah karya yang kuat dari segi isu dan pemikiran.

4. ANAFORA

Satu jenis gaya bahasa pengulangan pasa sesebuah perkataan atau kata. Kebiasaannya pada awal baris-baris puisi.

Contohnya dalam puisi bertajuk
TEMAN POLIFONIK

"Cinta itu satu.
Cinta itu melodi dan lagu.
Cinta itu engkau dan aku."

Gaa bahasa pengulangan menimbulkan kesan keindahan bunyi dan tujuannya adalah untuk menguatkan pertanyataan maksud.

Post a comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search